Skip to main content

Nasihat

Assalamualaikum.
Perkongsian dari seorang sahabat digroup whatsapp.


Nasihat itu umpama minum secawan air manis.
Wajib ada walaupun diambil sekali dalam sehari.



Seorang suami mengadukan apa yang dirasakannya kepada seorang Syeikh. Dia berkata:

1. Ketika aku mengagumi calon isteriku, sewaktu itu seolah-olah dalam pandanganku, Allah tidak menciptakan perempuan yang lebih cantik darinya di dunia ini.

2. Ketika aku sudah meminangnya, aku melihat ramai perempuan seperti dia.

3. Ketika aku sudah menikahinya, aku lihat ramai perempuan yang jauh lebih cantik dari dirinya.

4. Ketika sudah berlalu beberapa tahun pernikahan, aku melihat seluruh perempuan lebih manis dari isteriku.

Syeikh berkata, "Apakah kamu mahu aku beritahu yang lebih dahsyat daripada itu dan lebih pahit?"

Suami menjawab,"Ya, mahu."

Syeikh: "Sekalipun kamu mengahwini seluruh perempuan yang ada di dunia ini, pasti anjing yang berkeliaran di jalanan itu juga akan nampak lebih cantik di matamu jika dibandingkan dengan mereka semua."

Si suami tersentak, dan bertanya, "Kenapa tuan Syeikh berkata demikian?"

Syeikh: "Kerana masalahnya bukan terletak pada isterimu. Tetapi masalahnya adalah bila manusia diberi hati yang tamak, pandangan yang menyeleweng, dan kosong dari rasa malu kepada Allah, tidak akan ada yang bisa memenuhi pandangan matanya kecuali tanah kuburan."


Rasulullah bersabda:

"لَوْ أَنَّ لِابْنِ آدَمَ وَادِيًا مِنْ ذَهَبٍ أَحَبَّ أَنْ يَكُونَ لَهُ ثَانِيًا، وَلَنْ يَمْلأَ فَاهُ إِلا التُّرَابُ، وَيَتُوبُ اللَّهُ عَلَى مَنْ تَابَ "
"Andaikan anak Adam itu memiliki lembah penuh berisi emas pasti ia akan menginginkan lembah kedua, dan tidak akan ada yang bisa memenuhi mulutnya kecuali tanah. Dan Allah akan menerima taubat siapa yang mahu bertaubat".

Jadi, masalah yang kamu hadapi sebenarnya adalah kamu tidak menundukkan pandanganmu dari apa yang diharamkan Allah.Sekarang, apakah kamu menginginkan sesuatu yang akan mengembalikan kecantikan isterimu seperti pertama kali kamu mengenalnya? Ketika ia menjadi wanita tercantik di dunia?"

Suami itu menjawab: "Ya, tentu sekali."

Syeikh: "TUNDUKKAN PANDANGANMU."


AJARKANLAH KEPADA DIRI SENDIRI, ANAK-ANAK:

1. Tidur dlm Wudhu.
2. Tidur ke arah kanan.
3. Tidur dgn niat utk bangun  solat malam (1/3 pagi);
4. Mengucap kalimah syahadah
5. Menghayati pbacaan Ayatul-Kursi.
6. Melafazkn Salawat 10 x.
7. Membaca Surah Fatiha 4 x.
8.  Membaca Surah Ikhlas 3 x.
9. Membaca Surah 4 Qul
10. Mengucap Istighfaar;
11. Memaafkn semua org sebelum tidur;
12. Akhir, "sesiapa yg membaca 'Bismillah' 21 x sebelum tidur, Allah akan memaklumkn kpd malaikat utk menulis segala kebaikan  bagi setiap tarikan nafas si pembaca."

Semuga beri manfaat.

Comments

Popular posts from this blog

Badan Terlebih Gula & Resepi Alami

Sekadar hiasan* Bismillah.Tanda-tanda badan terlebih gula. 1. Selalu haus dan kerap kencing.Badan cuba buang gula yang berlebihan melalui air kencing, sebab tu badan cepat hilang air. 2. Cepat letih dan mudah mengantuk.Bila gula tinggi, insulin terpaksa kerja kuat.Tenaga pun turun naik, sebab tu badan cepat lemau. 3. Penglihatan kabur.Gula tinggi boleh ubah cecair dalam mata, jadinya pandangan jadi tak jelas. 4. Selera makan naik tak berhenti.Walaupun gula dalam darah tinggi, sel badan masih tak cukup tenaga sebab insulin tak berfungsi elok. 5. Gigi selalu bermasalah. Bakteria plak dan penyebab ulser mulut senang membiak bila gula darah tinggi. 6. Luka lambat sembuh.Gula berlebihan ganggu aliran darah dan proses pembaikan sel. 7. Kulit gatal, kering, atau naik tompok hitam di leher/ketiak.Ini tanda insulin dalam darah banyak sangat. 8. Berat badan naik atau turun tanpa sebab yang jelas. Metabolisme badan jadi tak stabil gara-gara gangguan insulin. 9. Rasa kebas atau semut-semut di tang...

Dato Maszlee Malik letak jawatan di KPM

Assalamualaikum... Harini hari ke 2 dalam tahun  2020. Negara harini dikejutkan  dengan perletakkan jawatan oleh Menteri Pendidikan Malaysia ( Dato Maszlee Malik ) setelah 20 bulan beliau berkhidmat. Antara yang telah beliau usahakan. Ye, walaupun berat,kena reda dengan kenyataan ini.   Dan  kabar angin juga mengatakan jawatan Dato Maszlee bakal diganti oleh YB Teo Nie Ching? Betul atau tidak,kita lihat je nanti.. Tahniahlah jika ianya benar. Kepada semua pelajar. Tak kira sekolah tadika kah, sekolah rendah kah,Menengah kah,pusat pengajian tinggi kah, belajarlah dengan jayanya.  Rezeki kalian itu hak Allah. Jangan jemu menuntut ilmu. Bangsa akan dipandang hina bila kurang ilmunya. Nanti apabila sudah jadi orang bijak yang berjaya, kalian cuma perlu ingat,ilmu itu untuk dimanfaati, bukan untuk menghianati. Malaysia telah banyak berubah bila terlalu ramai orang bijak. Mungkin inilah yang dinamakan Wawasan 2020 ? Maaf, ini cuma pendapat ...

Bandar Muar diwaktu malam

 Assalamualaikum.  Minggu ni kami bertiga ( maq,  encik suami dan anak bungsu)  dah diserang demam selsema. Dimulai dengan encik suami, kemudian anak kami last sekali maq. Alhamdulillah sakit penghapus dosa dosa  kecil. Kami lalui situasi tu dengan tenang dan sabar. Lama dah  maq tak kena demam selsema batuk ni. Bila diduga dengan family sekali rasanya biarlah kami je yang sakit,  jangan kena kat keluarga kami yg lain. Awal awal maq dah pesan kat anak anak  yang lain tak payah balik rumah sementara waktu ni sebab kami tak sihat. Takut jangkit. Maq risau . Terutama cucu maq tu.  Bila ibu mertua call tanya bila nak balik kampung, kami cakap kami semua tengah tak sihat. Alhamdulillah  mujurlah beliau paham. Sejak covid19  ni, ibu mertua sangat  berjaga jaga pasal kesihatannya dan kesihatan semua orang. Syukurlah.. Tapi.. Haa ada tapinya tu.  Bila dah seminggu memerap dalam rumah asbab selsema batuk,  siapa tahan wey. Bos...

Covid19, Denggi, Johor

 Assalamualaikum.  Lama dah tak berblog apatah lagi blog walking, lama sangat rasanya tak jalan jalan masuk blog kawan kawan. Terima kasih kepada adik adik yang rajin komen kat setiap post maq. Semoga kehidupan anda semua senantiasa dipermudahkan. Insyaallah, Aamiin.  Sebetulnya takda idea nak taip topik malam ni tapi asbab rasa rindu nak menaip datang membuak buak, sambil layan buletin utama tv 3, maq pun gagah menaip.  Batu Pahat diduga dengan Covid19?  Harini 4hb Disember, daerah Batu Pahat merupakan daerah kes Covid19  tertinggi di negeri Johor.  Innalillahiwainna ilaihirojiiun..  Sampai bila covid19 ni nak menghantui kehidupan kita lah kan. Maq pun tak boleh nak jangkakannya. Bila ada sesetengah orang menganggap covid19  ni hanya isu fake, hanya alasan yang direka reka, hanya bebanan untuk rakyat, hanya permainan ahli ahli politik ,selagi itulah virus ni tidak dipeduli. Bila ramai tak peduli maka ramai tak jaga SOP. Sebab tu lah covid19 ...

Group Whats App sekolah diselubungi pilu

Assalamualaikum. Awal pagi tadi, kami - bekas pelajar SMKS batch yang lahir pada tahun 1968 /1969 ( sekolah Menengah Kebangsaan Senggarang ) telah mendapat berita bahawa salah seorang sahabat kami telah kembali kepada Pencipta nya. Innalillahiwainnahirojiun.. إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون Ya Allah, Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.. AlFatihah . بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم  ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين Selepas berkahwin,  mungkin jarak dan komitmen masing masing telah memisahkan kami tap...

Hati hati beli produk dari luar negara

Assalamualaikum. Ini adalah perkongsian dari group whatsapp.  Tapi kenyataan,keluarga maq pun selalu guna produk yang disebutkan oleh penulis dibawah ni bila teringin nak makan spaghetti. Nampaknya lepasni sebagai pengguna muslim, kita kena lebih peka dengan ' ingredients' produk produk tersebut. Kita pun tak boleh nak salahkan sesiapa dalam hal macamni sebab asal usul spaghetti bukan makanan orang kita. Dan produk tu pun produk luar negara. Gambar sekadar hiasan KEPADA PEMINAT SPAGHETTI. (Baca sampai habis ya) Saya ingin memesan kepada anda andainya anda membeli sos tomato yang digunakan untuk memasak spaghetti mestilah hati-hati. Apabila membeli makanan yang dibotolkan atau ditinkan dari luar negara, baca kandungannya terlebih dahulu.Cerita ini dari seorang penggemar spaghetti.   "Semalam, setelah memasak nasi, udang goreng dan etc. Anak saya nak makan mee spaghetti. Memandangkan bahan-bahannya semua cukup, saya pun masakkanlah.Bila spaghetti dah selesai di...

BMI Jadi Syarat Kesihatan Jemaah Haji 2026

  Bismillah, Maq dapat info ,BMI sudah menjadi salah satu syarat baharu pada saringan kesihatan jemaah haji untuk tahun 2026. Katanya mulai tahun 2026,BMI 37.5 atau lebih akan dikira gagal dalam saringan kesihatan. Jagalah kesihatan dan berat badan mulai sekarang. Jom kira BMI anda di  BMI Calculator