Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2020

Bloglist Maq all out?

Assalamualaikum. Mungkin takda blogger buat hal macam maq buat sekarang ni.Sebenarnya sejak masuk tahun 2020, mana mana blog yang maq dah follow, walaupun mereka tak follow maq semula, maq dengan rela hati masukan link blog mereka sebagai bloglist untuk blog maq.Ada berapa blog?  Ye, semuanya berjumlah more 305 blogs!  All out dalam list!  Haha meriah gitu.  Tanpa contest, tanpa give away, tanpa syarat i follow you, please follow my blog back ', tanpa paksaan, maq merelakan ianya belaku disitu, cewah hehe Actually maq memang suka membaca. Tak kiralah buku, majalah,suratkhabar baru kah ,surat khabar lama kah , juga blog. I nilah antara pilihan maq untuk minat maq tu. Jadi kalau nak tau berapa blog maq dah follow, tengok jelah bloglist tu dari hari ke sehari, insyaallah bakal bertambah sikit masa lagi.   Jom blogwalking! 

Jiran Positif Covid19

Assalamualaikum. Harini Perintah Kawalan Pergerakan masuk hari ke 11. Belum pun habis viral pasal " mak Kiah" yang dipetik dari pembentangan Perdana Menteri Malaysia  mengenai pakej ransangan ekonomi semalam, tiba tiba  group whatsapp bertalu talu ajukan soalan. Mereka sertakan status sesaorang mengenai Covid19  positif.  Soalan mereka : betul ke berita ni? Mulanya maq agak terkejut sebab alamat tu adalah taman Maq tinggal. Dan ya ini berita sahih. Maq pasti bila kawan sekolah maq buat panggilan beritahu hal sebenar. Ya, maq beritahu beliau, maq dah berkurung dalam rumah ni sejak dari 15 haribulan Mac lalu. So apa yang belaku kat luar sana memang maq tak tahu.  Ribuan terima kasih kepada sahabat maq tu. Alhamdulillah,  rata rata kawan yang tahu alamat maq, mereka terus je whatsapp maq supaya ambil langkah berjaga jaga . Dan mereka pun mendoakan kesejahteraan kami disini. Atok dan nenek kepada pemilik akaun facebook itu adalah jiran tertua dikawasan maq. Sua

Kampung Pertama diarah lock down di Johor

Assalamualaikum. Pada hari ke 10 perintah kawal pergerakan di Malaysia ,2 kampung di Simpang Renggam, Kluang, Johor telah diistihar "lock down"  oleh  kerajaan kerana wabak Covid19 telah menular dikawasan tersebut. Ini merupakan kawasan pertama diarah "lockdown" sejak wabak Covid19 menular dinegara kita.  Ramai penduduk yang terlibat dan sedang dikuarantin mengikut tahap kesihatan masing masing. Tiada lain yang mampu diperkatakan lagi. Bersabarlah.  Ikutlah arahan kerajaan.  Just  stay at home. Takziah kepada mereka yang dah kehilangan ahli keluarga. Kepada yang sedang sakit,  Semoga cepat sembuh dan kepada yang sedang dikuarantin, Sama sama kita berdoa supaya anda berada dalam kesihatan yang memuaskan dan terus sihat. Aamiin..ya..Rabbal Alamiin..

Penantian Satu penyiksaan

Assalamualaikum. Harini kawalan pergerakan dah masuk hari ke 9. Insyaallah, semua ini akan berterusan hingga 14 April 2020. Demi kebaikan semua rakyat. Petang tadi, ibu maq call. Lama dah tak jumpa  beliau.  Last kami sekeluarga berkumpul pada cuti tahun  baharu Cina lalu. Lepas habis cuti, masing masing mula sibuk dengan komitmen masing masing. Banyak yang ibu ceritakan tadi.  Sampaikan maq cuma mampu dengar dan sesekali mencelah perbualan. Hehe memang sengaja bagi beliau peluang bercakap. Ibu : " rasanya tak boleh keluar ni lama lagi.  Nak tunggu negara pulih ambil masa. Mahu 3-4 bulan ataupun lebih. Bila agaknya kita boleh kumpul macam selalu " Ayat ibu dengan nada sayu .. Maq diam.. Akhirnya ibu pun turut diam... Maq tahu ibu dah menangis kat sana tu. Tapi inilah realitinya. Kawalan pergerakan telah  100% merubah kehidupan  sebenar kita ! Perubahan bukan pada keluarga maq sorang, tapi semua orang. Bukan je di Malaysia tapi disemua negara negara yang t

Bicara hati Asmaul Husna

Assalamualaikum. Berikut adalah bicarahati ringkas setiap nama Allah selepas sebut Nama Allah. Elok disertakan dalam doa doa kita. 1.الرَّحْمَنِ Allahumma Ya Rahman, sesungguhnya Engkau maha Pemurah lagi maha pengasih. Terima kasih atas segala kurniaanMu kepada ku di dunia ini. Engkau mendegup jantungku setiap saat tanpa henti walau daku tidak meminta dan lupa mengucapkan terima kasih kepadaMu. 2.الرَّحِيمُ Allahumma ya Rahim, sesungguhnya Engkaulah yg maha penyayang, Engkau sentiasa membimbing daku ke jln syurgaMu, dan ketika daku.Ketika daku tersasar dari jln syurgaMu, Engkau tarik daku kembali ke jln syurga dgn sedikit kesakitan, perpisahan dan pelbagai ujian. Daku redha atas segala ujianMu kerana ujianMu itu tanda sayangMu kepadaku. 3.الْمَلِكُ Allahumma Ya Malik, sesungguhnya Engkaulah pemilik seluruh isi langit dan bumi dan apa yg ada pd manusia. Daku ini milikMu ya Malik, Engkau pinjamkan anggota tubuh utk beribadah kpMu dan berbakti kp ummah. Terima kasih atas segala

Nasihat doktor Arman Shah

Assalamualaikum. Hari ini, hari ke 7 perintah kawal pergerakan wabak Covid19 di Malaysia. Saja maq kongsi kata nasihat kat bawah ini supaya sikit sebanyak ianya boleh buat kita rasa bersyukur dengan apa yang kita ada setakat ini. Dan harap harap kata kata kat beliau ini dapat mendidik kita dalam meneruskan kelansungan hidup selepas ini.  Insyaallah  , Mudah mudahan. Sekadar hiasan.  BERINGAT-INGATLAH KITA SEMUA.......❗❗ (Diharap sudilah membaca sampai habis) Saya melihat rata-rata rakyat Malaysia tidak begitu risau didalam mengurus kewangan. Di musim perintah berkurung ini, saya melihat rata-rata berbelanja melebihi keperluan dari hari-hari biasa sepertinya dengan penuh yakin perintah berkurung ini akan berakhir pada 31 Mac ini. Beringatlah tuan tuan..wabak ini bukan mudah untuk di tangani.USA  semalam telah umum mereka akan mengambil masa setahun untuk pulih.Lockdown maybe akan lebih sebulan. Indonesia pun dah umum 3 bulan Lockdown. Vaksin Covid akan dijangka se

Keturunan Rasulullah ada di Batu Pahat

Assalamualaikum. Alhamdulillah wasyukurillah. Dalam rehat yang penuh kerehatan dah masuk hari ke enam.  Maq baru tahu kisah ini. Rupanya selama ini ada keturunan Rasulullah di Batu Pahat ini.  Malangnya Wali Allah itu sudah pun meninggal 10 tahun yang lalu. Habib Syed Ali bin Ja'far Alaydrus. Dalam seminggu ni maq dah selongkar hampir kesemua  google dan youtube yang berkisah mengenai arwah habib ni. Allahhu sayang nya maq tak tahu semua tu sebelum ni. Menurut penjaga makam arwah habib,  wali Allah memang takkan dikenali oleh orangramai ketika hayatnya, mereka hanya akan terkenal setelah mereka meninggal dunia. SubhanAllah.. Keturunan Rasulullah ini mempunyai ilmu yang tinggi. Wali Allah ini mempunya syafaat yang Allah izinkan untuknya. Hidup serba sederhana dan sangat merendah diri dan beliau sangat memuliakan tetamunya. Bila dah tonton banyak video  mengenai beliau, timbul rasa malu dalam diri maq. Allahhuakhbar. Hamba Allah yang punya banyak ilmu,  puny

Kek kukus coklat mudah & sedap

Assalamualaikum. Nama kek pun tak mau kalah hehehe. Jom tengok stock bahan bahan apa yang ada. Serbuk koko 1 cawan✔ - ayak Gula pasir 1 cawan✔ Tepung kek 1 cawan✔ (kalau takda gantikan dengan tepung gandum 1 cawan + 1 sudu teh baking soda + 1 sudu teh soda bikarbonat )  - ayak Telur gred B 2 biji ✔ Minyak masak 1 cawan ✔ Susu cair 1 cawan ✔ ( kalau takda, ambil satu cawan air masak + 3 sudu makan susu tepung apa apa brand pun boleh,susu anak also can lah hehe ) Okey, jom buat! Panaskan kukusan dulu* Blend telur + minyak + susu cair +gula sampai kembang.  Kembang tu macamana?  Sampai adunan jadi ringan dan gebu. Tepung + serbuk koko masukan dalam Mangkok dan tuangkan adunan yang dah blend tadi. Whisk sampai sekata. Dah! Masukan dalam loyang. Maq buat dua bekas  6x6 inci sebab kukusan maq kecik je saiznya. Kalau kecil,  kukus adunan tu ambil masa 25-30minit / loyang. Bekas tu saiz 6x6 inci Kalau guna loyang besar dapat 1 biji kek,  kena ambil masa 45-50

Groundnuts cookies

Assalamualaikum. 'just stay at home'- hari ni dah masuk hari yang ke 4! Ni cerita hari ke 2, Bila dah mula bosan duduk rumah sebab ikut arahan perintah kawal pergerakkan oleh kerajaan Malaysia.  Maq pun mulalah selongkar stock apa yang ada dan cari apa apa je bahan yang boleh dipelbagaikan sebagai kudapan kami dirumah ini. Cari punya cari, jumpalah baki kacang tanah yang tempohari maq buat rempeyak. Adalah dalam kiraan 200gram + "Buat biskut je yang " - kata encik suami " jap, nak check bahan bahan lain dulu, kalau cukup bahannya baru boleh buat "- jawab maq sambil selongkar kabinet berisi stock bahan makanan kering. Tepung gandum 200gram ✔ Tepung jagung 200gram✔ Kacang tanah 230gram✔ ( goreng dan kisar halus) Gula kastor 200gram ✔ ( gula pasir blend pun boleh guna) Margerin 3 sudu makan ✔ Baiking soda 1 sudu teh ✔ Minyak masak ¾ +- ✔ ( minyak masak secukupnya ) Kuning telur untuk sapu atas biskut✔ ( telur saiz B ,sebiji cuku

3 hari kami dalam perintah kawalan pergerakan

Assalamualaikum. Hari ini, hari ke tiga rakyat Malaysia diperintah " just  stay at home" . Hari pertama haritu masing masing  seronoklah sebab cuti,  sampai ada yang  terlajak seronok kan? Pada hari pertama cuti, Encik suami: nak pergi beli sayur tak harini? Maq : what??  Awak lupa ke bang?  Awak diberi cuti sebab wabak, bukan  sebab cuti hari raya. Encik suami : ha ah yelah,  abang lupa.. Maq : faktor usia le tu kot.. Sebetulnya dah terbiasa, bila hari cuti, encik suami akan bawa maq keluar pergi sarapan, kemudian pergi beli stock barang dapur dan stock lauk. Tapi kalini beliau lupa, yang cuti ini cuti istimewa. Cuti sebab wabak. "just stay at home" . Dan lepas zohor masing masing dah mula layan mimpi disiang hari. T. I. D. U. R lah apa lagi.. Pada hari ke dua cuti. Lepas sarapan, encik suami dah buat operasi kat dapur. Dengan sopan santun beliau menyusun pinggan mangkok, periuk belanga dalam kebinet. Maq pulak masak untuk makan tengahari, lepas

Urusan Maya sudah selesai

Assalamualaikum. Alfatihah. Semalam ( 18hb Mac 2020) kami sekeluarga dikejutkan lagi dengan satu lagi berita kehilangan ahli keluarga.  Pemergian Arwah Maya amat mengejutkan maq kerana selama ni maq tak tahu menahu pun yang arwah ada mengidap kanser tisu. Sepupu maq yang dah aktif dalam bidang seni tanahair  hampir 26tahun ni,  tak pernah pun menunjukan yang beliau sakit. Keceriaannya dihadapan peminat dan ahli keluarga  sepertinya hanya mengatakan yang dia sihat dan bahagia. Pandai dia sorokkan. Allahhu.. Semoga ahli keluarga lain redha dengan semua ini. Sama sama kita doakan semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang orang yang beriman dan beramal soleh. Kenangan . Maya bersama ahli keluarga kami pada sambutan hari  raya beberapa tahun lalu. Dia adalah penghibur   untuk peminat dan juga untuk ahli keluarga. Lepas perjumpaan hari raya tu maq cuma mampu lihat arwah aktif di skrin gegar vaganza 2018 dan semalam lah berita terakhir tentang arwah yang maq dengar. In

Tolonglah jangan degil

Assalamualaikum. Mulanya maq dah malas nak sentuh pasal covid19 ni,  tapi bila arahan kerajaan tidak dipedulikan langsung  oleh sesetengah orang,  hati ni mulalah naik geram. Asal lah degil sangat. Cuma 14 hari suruh duduk dalam rumah pun tak boleh ke?  Ke nak sambung lagi 14 hari? Atau terus sampai 14 minggu?  Allahhu. Mari baca bawah, apa akan jadi kalau degil rakyat Malaysia  berterusan. Ini adalah pengalaman mangsa keadaan Covid19. *6 Fasa Covid-19 Yang Rakyat Italy Dah Lalui. Malaysia Di Fasa 3 Sekarang* *Baca sampai habis* sebab anda akan faham apa yang rakyat Itali telah lalui dan apa yang rakyat Malaysia bakal lalui jika situasi tidak berubah. *Itali adalah contoh terdekat* yang kita boleh ambil sebagai panduan untuk persediaan menghadapi Covid-19. Apa yang mereka telah lalu, sedang kita lalu dan bakal kita lalui. Sejujurnya, hingga kini *Italy masih belum berjaya mengawal Virus ini.* Dalam tempoh 24 jam, mereka mencatatkan *3500 kes Covid-19 yang baru.* Juml

Usia sama tapi tindakan berbeza

Assalamualaikum. Sesekali masuk berborak dalam group sekolah ni seronok jugak.  Sejak kebelakangan ni maq memang dah tak berapa nak aktif whatsapp group tapi bila dah dalam  situasi macam sekarang ni, banyak sangat info yang nak kena baca, akhirnya maq layankan jugak lah group group tu,  termasuklah group sekolah menengah. Ye, umur kami dah lewat 50/51/52 tahun dah sekarang ni, Alhamdulillah. Apa yang maq nampak,  respond antara kami adalah berbeza mengenai wabak Covid 19 ni. Kalau yang perempuan,  habis semua info diaorang kongsi.  Lepas satu satu diaorang forward atau copy and paste. Sampaikan jadi bahan gelak pulak sebab dah macam infomer kampung katanya. Kalau yang lelaki pulak,  rileks rileks je.  Boleh je borak borak pasal mancinglah, pasal tambah wife la, aduhhai.. Borak kasar ye brothers. Tapi bagi maq, orang perempuan standard emak emak ni bukan lah kecoh atau serabut pun.  Tapi sebenarnya mereka cuma dibelenggu 'panik'. Kenapa mereka panik?  Bawah ni ja

Sisa makanan dalam mulut ketika solat.Sah kah solat?

Assalamualaikum. Sedikit perkongsian mengenai sisa makanan yang tiba tiba ada dalam mulut ketika sedang solat. Persoalan ini telah ditanya oleh seorang netizen dan telah dijawab oleh Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri - Menteri diJabatan Perdana Menteri ( hal ehwal Agama) Soalan netizen :Salam @drzul_albakri . Ketika kita sedang solat, tiba-tiba terdapat sisa makanan di dalam mulut. Adakah masih boleh terus solat? Terima kasih. Berkenaan dengan makanan yang lekat dicelahan gigi, Imam Nawawi menyatakan: “Sekiranya makanan yang terlekat di celahan gigi kemudian ditelan makanan tersebut dengan sengaja atau sesuatu yang turun daripada kepala kemudian ditelannya ... (1/4) secara sengaja maka batal solatnya tanpa khilaf fuqaha’. Selain itu, sekiranya menelan sesuatu yg sukar dihalang seperti bercampurnya air liur dgn makanan, tanpa sengaja / menelan kahak yang sukar utk menghalangnya, maka tak membatalkan solatnya”. (Lihat al-Majmu’, 4/90) (2/4) Dalam hal ini, Dr. Muhammad al-Zuhaili m

Berehatlah sebelum direhatkan

Assalamualaikum. Maq dapat kata pesanan dari seorang bekas sahabat sekolah yang juga merupakan seorang kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia. Beliau kata : " kalau rakyat malas nak ambil kesedaran umum pasal virus Covid19 ni, tak mustahil Malaysia akan berada ditangga teratas dalam list pesakit wabak Covid19  " Beliau juga suruh kami ( kawan kawan sekolah)  jaga kesihatan sebab semakin hari keadaan semakin meruncing.  Semua asbab sikap orang ramai yang tak ambil peduli tentang bahaya Covid19 ini. Bila keadaan dah semakin buruk,  kesannya bersangkut paut dengan ramai orang dalam banyak sektor.Bukan je Kakitangan Kementerian Kesihatan yang letih dan tergugat,  tapi sektor perniagaan,  pendidikan,  urusan disemua tempat awam, semua  tempat ibadah, perhimpunan dan aktiviti  luar banyak yang sudah dibatalkan  dan paling membimbangkan risiko pada masyarakat keliling ialah " perintah berkurung" . Masa ni baru kita tahu langit tu tinggi ke rendah.  Biasanya ak

Mencegah lebih baik dari Mengubati

Assalamualaikum. Cuti sekolah penggal pertama dah bermula. Sejak semalam ( Sabtu 14hb March 2020 ) hampir sepanjang minggu ni ada undangan majlis perkahwinan.  Semalam pun maq dan family pergi ke undangan sepupu encik suami di Pekan Nenas, Pontian, Johor. Si bungsu ikut juga. Dan terpaksa rela ponteng kerja hehe Bagaimana nak elakkan gejala covid19 ditempat tempat ramai orang seperti dimajlis majlis seperti ini? Ikut pannduan dibawah ini. Semalam,  maq tak sampai hati untuk tidak bersalam dengan saudara mara.  Semua maq bedal salam je. Cuma dalam diam maq kerap basuh tangan.  Tapi maq tak buat depan saudara mara . Buat secara sorok sorok, takut ada yang salah faham pulak nanti hehe. Harini ( Ahad ) ada majlis untuk dihadiri lagi.  Semoga Allah beri sebaik baik perlindunganNya kepada kita semua.  Dan dijauhkan dari semua wabak yang merbahaya. Aamiin ya Robbal alamiin... 

Doa pagi dan petang elak Covid 19

Assalamualaikum. Musim wabak Corona virus ni, banyak tips dan panduan yang telah dikongsikan di group group whatsapp. Mana yang maq rasa logik dipraktikkan, maq akan simpan di blog ini sebagai panduan pembaca hari ini dan pembaca akan datang. Untuk wabak Covid19 ini, maq pun dah tag kan dengan label Covid19 supaya pembaca boleh baca macam macam info dari awal wabak ini menular hinggalah kehari ini. Bawah ini doa yang elok kita amalkan pada setiap pagi dan petang bagi kesejahteraan hidup. Sekarang mungkin kita amalkan asbab  wabak Covid19 , namun jika dah terbiasa, Insyaallah amalan doa doa ini akan jadi benteng penghalang untuk masalah masalah lain. Ingat,  ikhtiar paling mudah dan mustajab bagi satu satu masalah adalah " doa ". *Semoga boleh beri manfaat bersama. Insyaallah. 

Covid19- jangan panik!

Assalamualaikum. Rakyat Malaysia dipesan supaya jangan panik dengan gejala wabak Covid 19 yang sudah masuk gelombang ke 2 ini. Panik akan buat keadaan jadi bertambah serabut dan makin timbul macam macam masalah sampingan.  Apa yang disarankan ,elakkan pergi ketempat tempat yang menjadi tumpuan orang ramai. Jaga kebersihan diri walaupun berada dimana mana sekalipun. Hati hati pada 'peralatan'( benda benda)  yang terbuka ditempat tempat awam. Misalnya, button lif, pemegang besi tepi tangga/eskulator ,tombol pintu, pam tandas, paip ditandas awam, host pam minyak, dan macam macam lagi benda diluar sana. Kurangkan aktiviti luar. Elakkan melawat kawasan hospital kecuali terpaksa. Elakkan bersalaman. Kerap minum air. Dan bila badan rasa seperti demam, sila buat pemeriksaan suhu pada badan anda dan kemudian lakukan seperti yang disarankan macam dibawah ini. Yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu datangnya dari kita. Wallahhua'lam...