Assalamualaikum .. Jumaat datang lagi. Apa perkara paling bahagia setiap pagi ialah kita masih bernafas dikala celiknya mata . Alhamdulillah . Itu tandanya Allah masih beri peluang kat kita untuk bertaubat dan menambah lagi pahala yang sedia ada . Banyak mana jumlah pahala tu , pakar matematik terhandal didunia ini pun tak mampu nak kirakannya dan hanya Allah yang Maha mengetahui untuk setiap perbuatan yang setiap hambaNya lakukan . Sering kali bila kita bertekad nak jadi lebih baik , seringkali itu jugaklah saitan berbisik kat telinga untuk melakukan dosa lagi. Kadang tu ,saitan tak bisik pun dah hati memang 'jahat' .. tiba tiba je hati merengus sekelumit rasa yang tidak elok dan terhasillah dosa kecil . Banyak sebenarnya dosa yang kadang tu kita tak perasan yang kita dah lakukan . Antaranya ? " kita baca dan dengar satu cerita yang kita sendiri tak nampak kejadian yang sebenar tapi kita bersungguh sungguh menyalahkan pesalah yang terlibat didalam ke