Posts

Showing posts from April, 2026

Cara Nak Kawal Tenang

Image
  Menarik ayat dalam gambar ini. Bismillah, Biarpun umur Maq dah semakin lanjut,kadang kala masih perlu diingatkan bahawa tak semua yang Maq katakan adalah betul 100%. Biasanya level mak mak ni banyak sangat tips nya,arahannya ,pantang larangnya.Macam dia je sorang yang serba tahu.Biarpun bercakap atas dasar pengalaman, tapi tak semua pengalaman itu baik untuk dikongsikan kepada oranglain. Maq dulu pun macam gitulah.Bila dengan anak anak ada je yang tak kena dimata Maq.Kadang anak anak pun naik bosan nak dengar.Sedangkan mereka sekarang dah berada dalam kehidupan era mereka.Maq kena paham perubahan tu.Dulu budak,sekarang mereka dah jadi 'emak orang'. Zaman mereka pun dah tak selari dengan zaman Maq dulu dulu. Yang lawaknya bila apa yang Maq katakan tidak diikut, hati tua ni mula lah nak jadi celaru ,asiklah rasa tak tenang.Padahal anak anak yang ditegur tu okey je.Mereka tak ambil hati atau terasa pun. Itulah mak mak,selalu sangat 'over thingking' kan.Kalau boleh anak t...

Mini Cheese Cake

Image
  Resepi Mini Cheesecake Base: 3 cup biskut marie - kisar halus 1/2 cup butter - cairkan Tuang butter dalam adunan biskut marie. Gaul sebati. Sudukan dalam paper cup, tekan2 bagi padat, simpan dalam peti ais sekejap. Kek keju: 250gm cream cheese 2 bj telur 1/2 cup gula (saya pakai 3sb saja) 1/2 sb jus lemon 1 1/2 sb tepung gandum Putar cream cheese + gula. Masukkan telur, putar. Masukkan jus lemon, tepung. Gaul sebati. Sudukan atas adunan biskut marie tadi. Bakar 160/16 minit. Hias dengan topping pilihan. Credit to : Wan Suryana

Ayat Pilihan 27/04/2026

Image
  Bismillah, "Jadilah penyembuh, bukan penambah luka. Kita tak pernah tahu beratnya beban yang dipikul seseorang di sebalik senyuman mereka." Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin di dunia, Allah akan melepaskan daripadanya satu kesusahan pada hari kiamat." (HR Muslim)

Hadiah Selepas Shawal

Image
  Bismillah, Shawal dah pergi, zulkeadah pula muncul. Amalan shawal jangan putus separuh jalan.Bermaaf maafan itu kena diteruskan sampai bila bila.Buat salah je minta maaf,minta maaf je lepastu buat salah lagi.Ek!?  Tapi bagi kami orang Johor ,bukan je bermaaf maafan kami teruskan,open house shawal pun masih meriah.Walaupun dah beberapa hari masuknya zulkaedah.Apa yang lagi best mereka sambut aidil fitri sampai ke aidil adha.Haaa nikmat apa yang kau dustai???Hujung minggu ni pun masih ramai lagi buat sambutan rumah terbuka. Maq? walaupun tahun ni sambut sederhana tapi kemeriahan tetamu sangat bermakna bagi maq.Hinggakan maq tak dapat nak keluar beraya jauh.Family kat JB tu ,satu rumah pun kami tak dapat lagi nak kunjungi hingga ke hari ini. Lepas shawal pergi undangan walimatul urus pulak.Acara yang jugak wajib dikunjungi.Setiap minggu ada saja majlis yang perlu disantuni.Baru 3 majlis Maq pergi,maq dah pulak diuji demam batuk dan selsema. 5 hari demam on off ,batuk batuk yang...

Makcik Pakcik Umrah Bersama Tiram Travel

Image
  Bismillah, Kalini baru berkesempatan nak post kenangan makcik makcik & pakcik pakcik Maq berserta sepupu suami isteri dan anak saudara pergi umrah bersama Tiram Travel Bandar Batu Pahat.  Kenangan bulan Disember tahun 2025  ni guys tapi entah kenapa maq boleh terlupa nak simpan disini. So kalini maq simpan semua kenangan mereka diblog ini. Manalah tau kot satu hari nanti mereka rindu ,boleh juga masuk blog kak long Ani untuk imbas semula semua memori. Penerbangan dari airport Senai ,Johor.Ramai juga ahli keluarga yang ikut hantar.Termasuklah family dari Singapore,Pasir Gudang dan Batu Pahat. Keluarga Mak Ngah Sebelum terbang ke Madinah Okey, dah sampai! 9 jam perjalanan dalam flight,awning tudung memasing dah lari dari paksi.I feel you... hehehe Mak uda,Mak Ngah dan Mak Usu Mak Uda dan Pak Uda Bawah ni antara gambar kenangan di Mekah yang dikongsikan. Dihadapan  hotel mereka menginap  di Mekah.Kiri - Mak Usu,Mak Uda & Mak Ngah Di Jabal Rahmah Difahamka...

Hilang Pekerjaan Di Malaysia

Image
  Bismillah, Menurut kajian Hong Leong Investment Bank (HLIB), Selangor dan Kuala Lumpur mencatatkan jumlah pemberhentian kerja tertinggi pada bulan Mac 2026. Malaysia merekodkan sebanyak 5,900 kehilangan pekerjaan pada bulan Mac, berbanding 7,500 kes yang direkodkan pada bulan Februari. Kebanyakan pemberhentian kerja berlaku dalam sektor seperti industri pembuatan, perdagangan borong dan runcit, serta maklumat dan komunikasi. Sumber : Oh Media & telegram

Ayat Pilihan 16/04/2026

Image
  Bismillah, “Hidup ini menjadi sempit dan semakin sempit kerana kamu menjalani hidup ini utk meraih perhatian dan redha manusia di sekeliling kamu, ia membuatkan kamu menjalani sebuah kehidupan yg penuh dgn kemunafikan dan pendustaan “ - Imam ibn At’thoillah As sakandari -

Ayat Pilihan 15/04/2026

Image
  Bismillah, "Allah sengaja menciptakan gangguan dari orang-orang terhadapmu, supaya engkau tidak tinggal diam terhadap mereka. Allah ingin membuat kamu bosan dari segala sesuatu hingga tiada sesuatupun yang dapat memalingkanmu dari-Nya" Waallahua'lam..

Kena Ubah Perangai Buruk

Image
  Bismillah, Pada tahun 2014 ,maq pernah test badan dan selera dengan 'cut sugar ' selama 10 hari.Keputusannya adalah baik. Tapi 10 tahun lepas tu maq curang dengan diri sendiri.Ambil gula semula.Puncanya apa ,maq pun dah lupa. April 2026 Tetiba je maq suka air sirap pandan.Lepastu kopi aisnya pun tak boleh tinggal.Parah niii.. Ye.Pada tahun 2026 ini,sukarnya nak ubah pendirian.Padahal tau dah gula tu racun. Tapi degil nya tu tak boleh dibawa bincang. Padahal tahun lepas elok dah buat detox sayur dan buah buahan ganti minuman bergula ni.Macamana entah boleh hilang semua benda tu.Tetiba kembali tabiat buruk lama. Rancangnya 2026 ni macam nak ubah gaya hidup semula.Tapi sekarang pun dah masuk bulan ke empat.Baki 8 bulan je lagi .Mampu ke tidak maq tunaikan 'perancangan' maq tu? Kita lihat je lah nanti.

Hilangkan Rasa Lenguh

Image
Bismillah, Ustaz Nik Bakri telah berkongsi kepada acik acik yang kerap diuji lenguh lenguh bahagian badan. Dibawah ini adalah antara yang ustaz ijazahkan kepada penonton dan jemaah yang bertanya. Mula mula , **baca surah  Al Fatihah 1x **baca selawat 3x **Baca ayat ni, **Kemudian ,tepuk tepuk ditempat yang lenguh itu. Inshaallah boleh diamalkan sebagai rawatan harian untuk diri sendiri. Dah tua tua ni memang mudah kena sakit sakit badan ,pening kepala dan macam macam lagi penyakit.Minta kat Allah kesembuhan.Makan ubat itu hanya ikhtiar.  Moga beri manfaat.

Makanan Tambahan Untuk Jemaah Haji

Image
  Bismillah, Maq ada terjumpa satu status facebook.Beliau update tentang makanan tambahan ,vitamin dan fungsinya untuk jemaah haji. Yelah kan, duduk negara orang 40-50 hari.Dalam keadaan cuaca yang berbeza dan tidak menentu.Pergi pulak nak buat ibadah.Badan kena sihat.Waktu tu bukan ada ahli keluarga yang boleh jaga kita.Masing masing fokus pada ibadah yang dibuat sekali seumur hidup. So sebelum pergi haji,elok lah persiapkan badan dengan pengambilan vitamin untuk jadi kekal sihat.( Dengan izin Allah ) Jomlah kita baca teks tersebut. =============================== Ubat itu memang perlu, cuma kadang kadang ubat itu hanya melegakan simptom sahaja dan bukan memberi kelegaan lama pun. Semasa mengerjakan haji, kesihatan kita mesti kena kuat dan cergas. Sebab ibadah disana memang memerlukan kita kuat mental dan fizikal. sekadar hiasan 4 supplemen yang perlu anda bawa: 1. Magnesium Magnesium bantu fungsi otot dan saraf, serta membantu badan lebih relaks. Kenapa penting untuk Haji: Kurang...

Memori Sepanjang Shawal 2026

Image
  Bismillah, Pagini balang kuih semua dah diletak atas meja makan.Ini bermakna beberapa hari je lagi shawal akan pergi. Kuih kuih raya tu minta dihabiskan sebab tu maq letak atas meja makan.Ini adalah skill. Okeylah maq nak kongsi sedikit gambar kenangan kami sekeluarga sepanjang bulan shawal 2026.Bermula dari shawal pertama hinggalah ke minggu terakhir shawal. Raya pertama berkumpul di rumah keluarga di Kampung Koris ,Senggarang  Bersama ibu, Waktu ni Family along belum sampai lagi,bergambar mana yang ada dulu. Malam raya ke 2, ziarah ke rumah mak Uteh & Ayah Teh.Lepastu ke rumah arwah maktok tapi takdan nak bergambar sebab ralit tengok sepupu sepupu bakar bunga api & mercun Anak² perempuan,Cucu² perempuan & cicit perempuan Puan Jamilah ( ibu Maq )4 generasi tuuu. Suasana kampung yang damai, tenang & hangat Selamat Hari Raya. Maaf Zahir dan Batin Gambar dibawah ni antara tetamu yang datang berkunjung kerumah Maq.Mana mana yang sempat kami berfoto bersama. Hari...