Skip to main content

Covid19, Denggi, Johor

 Assalamualaikum. 

Lama dah tak berblog apatah lagi blog walking, lama sangat rasanya tak jalan jalan masuk blog kawan kawan. Terima kasih kepada adik adik yang rajin komen kat setiap post maq. Semoga kehidupan anda semua senantiasa dipermudahkan. Insyaallah, Aamiin. 

Sebetulnya takda idea nak taip topik malam ni tapi asbab rasa rindu nak menaip datang membuak buak, sambil layan buletin utama tv 3, maq pun gagah menaip. 

Batu Pahat diduga dengan Covid19? 

Harini 4hb Disember, daerah Batu Pahat merupakan daerah kes Covid19  tertinggi di negeri Johor. 



Innalillahiwainna ilaihirojiiun.. 

Sampai bila covid19 ni nak menghantui kehidupan kita lah kan. Maq pun tak boleh nak jangkakannya. Bila ada sesetengah orang menganggap covid19  ni hanya isu fake, hanya alasan yang direka reka, hanya bebanan untuk rakyat, hanya permainan ahli ahli politik ,selagi itulah virus ni tidak dipeduli. Bila ramai tak peduli maka ramai tak jaga SOP. Sebab tu lah covid19 tenggelam timbul datang dalam hidup kita. 

Hmmm.. Dah nak setahun dah berada dalam  mode  kawal pergerakan, bernorma baru, bermask, bersanitizer, tapi yang degil  masih tetap akan  berdegil. Kita tak boleh buat apa dah. 

Selain covid19, negeri Johor juga diancam satu lagi penyakit. Iaitu demam denggi. Biar pun penyakit ini masih dalam keadaan terkawal, tapi ianya masih lagi merbahaya. 


Jagalah kebersihan . Itu adalah tuntutan agama. Itu je cara nak elak penyakit berjangkit menghampiri kita. 

Waallahua'alam .




Popular posts from this blog

Kad kena telan mesin Atm

Rambut Gugur Ketika Ihram?

Susu Cair Ganti Santan

Iltiqa' Sakinain

Cara Tukar Nama Pada Geran Tanah Yang Pemiliknya Dah Meninggal

Pantai Perpat, Rengit, pantai semulajadi yang tenang

Tanjung Hill, Batu Pahat ,Johor

Keturunan Rasulullah ada di Batu Pahat

Doa Amalan Neelofa

Umrah nak beli cenderahati ? Tapi apa?