Skip to main content

Posts

Showing posts with the label solat

Jangan Biasakan Ponteng Solat Jumaat

  Bismillah, Harini Jumaat.Shawal dah seminggu berlangsung.Kuih raya masih bersusun cantik diatas meja tapi ramai dah mula berkerja mencari nafkah diri demi kelangsungan hidup. "Takpa,raya aidil fitri dekat Johor ni boleh sampai ke raya haji tuan tuan." Inilah antara kata kata ustaz yang beri ceramah di Masjid Al Azim ( masjid ditempat maq tinggal ) Gambar sekadar hiasan* Di khabarkan negara di asia tenggara telah mula merasakan kesan asbab krisis perang US - Iran. Di Bangladesh - negara ini dah muflis minyak. Di Pakistan - pelajar dah mula dicutikan. Dalam seminggu mereka ke sekolah hanya 3/4 hari. Di Filipina - rakyat terpaksa berjalan kaki untuk ke tempat kerja. Di Thailand - banyak stesen minyak sudah tidak beroperasi.Minyak diesel sudah kehabisan. Bagaimana Malaysia ? Dekat sini rakyat nya masih seronok beraya. "Bersalam salaman,bermaaf maafan dihari yang bahagia ini..." Selain ucapan dari PMX suruh rakyat berjimat cermat.Dikhabarkan juga dalam teks khutbah jum...

Solat Jenazah,Ramai Tak Ambil Peduli

  Bismillah, Kalini Maq nak sentuh pasal isu solat jenazah.Solat ini hukumnya adalah fardhu kifayah.  Kalau kita tengok,kebanyakkan yang buat solat jenazah adalah kaum lelaki.Sedangkan kaum wanita yang datang hanya duduk dan bersembang sembang santai. Padahal solat jenazah ini bukan kena guna sejadah atau telekung labuh pun.Cukup dengan; *suci dari hadas kecil & besar *berwhuduk *tutup aurat sempurna seperti aurat dalam solat fardhu Dan andai kata kita adalah waris kepada jenazah yang akan disolatkan itu bukan saja kita dapat pahala,tetapi apa yang lebih penting lagi adalah doa kita yang Allah makbulkan secara langsung. Waktu kita baca doa dan mengaminkan doa ,waktu yang sama itu juga Allah makbulkan doa doa kita untuk simati. Antara doa yang tiada berhalangan   ------------------------------------------- Doa anak untuk kedua ibubapanya. Doa emak untuk anaknya. Doa isteri untuk suaminya. Lagi hebat lagi ganjaran Allah bagi,bila mana 40 orang lakukan solat jenazah seca...

Khutbah Terakhir Rasulullah

  25 shawal 1446 Semoga Allah terima amalanku dan amalanmu...

Ratib Al Attas

  Bismillah, 12 Ramadhan 1446H Video pilihan maq kali ini ialah Ratib Al Attas.Bulan puasa macam waktu sekarangni ,sedang perut tengah kosong ,dengar pulak Ratib Al Attas, jiwa pun automatik jadi tenang. Apa itu Ratib Al Attas? 🔸Ratib adalah sesuatu yang tersusun, teratur dengan rapinya. 🔸Ratib al-Attas mengandungi zikir, ayat-ayat al-Quran dan doa-doa yang telah sedia tersusun. 🔸Ratib al-Attas adalah salah satu daripada koleksi ratib dalam Tarekat Alawiyah (Ahli Bait Rasulullah). Prinsip Tarekat Alawiyah ada 5 perkara iaitu Ilmu, Amal, Wara’, Khauf dan Ikhlas. 🔸Ratib al-Attas mengandungi 17 zikir yang bersumberkan al-Quran, hadis dan zikir para wali Allah SWT. Ratib al-Attas memiliki nama yang popular iaitu  Aziz al-Manal Wa Fathu Bab al-Wisol (sesuatu yang sukar diperolehi dan kunci bagi pintu penghubung) . 🔸Ratib al-Attas diasaskan oleh Keturunan Rasulullah S.A.W yang ke 29 iaitu  Habib Umar Bin Abd Rahman Al-Attas  (w.1072H) di Huraidah, Hadramaut, Yaman...

Tatacara Sujud Syukur

Mutiara kata** Bismillah, Kalini maq kongsikan bagaimana cara cara melakukan sujud syukur.Sujud syukur tanda berterima kasih kepada Allah. 1- Pelaksanaannya hendaklah dalam keadaan berwuduk, berdiri mengadap kiblat (Dalam isu ini terdapat khilaf yang menyatakan boleh dilakukan TANPA ada wudhuk dan TANPA menghadap ke kiblat). 2. Seterusnya bertakbir (Allahuakhbar) dan berniat: Ù†َÙˆَÙŠْتُ سُجُÙˆْدَ الشُّÙƒْرِ سُÙ†َØ©َ للهِ تَعَالَÙ‰ "Sahaja aku mengerjakan sujud syukur kerana Allah Taala." 3. Sujud (sekali sahaja) dan baca seperti bacaan berikut: سُبْØ­َانَ اللَّÙ‡ِ ÙˆَالْØ­َÙ…ْدُ Ù„ِÙ„َّÙ‡ِ، Ùˆَلاَ Ø¥ِÙ„َÙ‡َ Ø¥ِÙ„َّا اللّٰÙ‡ُ، ÙˆَاللَّÙ‡ُ Ø£َÙƒْبَرُ ÙˆَÙ„َا Ø­َÙˆْÙ„َ ÙˆَÙ„َا Ù‚ُÙˆَّØ©َ Ø¥ِÙ„َّا بِاللَّÙ‡ِ الْعَÙ„ِÙŠِّ الْعَظِÙŠْÙ…ِ Maksudnya: “Maha suci Allah, segala puji bagi Allah, tiada Tuhan selain Allah, Allah Maha Besar, tiada daya dan kekuatan kecuali atas pertolongan Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung”. 4. Duduk seperti tahiyat akhir tanpa membaca tasyahud.  5. Memberi salam. Semoga bermanfaat. 🗨️Jom selaw...

Solat Pengubat Jiwa

  Doa ketika hujan lebat** Bismillah, Solat itu Pengubat Jiwa dan Penenang Hati Dalam perjalanan hidup yang penuh dengan cabaran dan dugaan, seringkali kita merasa lelah dan kehilangan arah. Di saat-saat sebegini, solat menjadi pelabuhan tenang yang mampu menenangkan jiwa dan menghilangkan segala resah. Sujud dan berceritalah kepada Allah, curahkan segala isi hati agar dapat merasakan ketenangan yang abadi. 🗨️ Solat sebagai Terapi Solat bukan sekadar kewajipan, tetapi ia adalah terapi jiwa yang terbaik. Dalam setiap sujud, kita menghampirkan diri kepada Sang Pencipta, merendahkan hati dan mengakui kelemahan diri. Allah berfirman dalam Surah Al-Baqarah: “Dan mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk.” (Surah Al-Baqarah, 2:45) Melalui solat, kita memohon kekuatan dan petunjuk dari Allah, merasakan kasih sayang-Nya yang tidak bertepi. Solat menjadi medium untuk kita berbicara den...

Solat Sunat Terawih 1446H

  Kata Nasihat* Bismillah. Ramadhan 1446H belum muncul tapi dilaman sosial macam macam isu telah jadi persoalan mengenai jumlah rakaat solat sunat terawih. Cakap pun solat sunat.Buat dapat pahala tak buat tak berdosa.Berapa jumlah rakaat pun bukannya tuntutan.Yang penting dua rakaat diakhiri dengan satu salam. Siapa buat banyak,dia dapat banyak. Siapa buat sedikit , dia dapat sedikit. Siapa tak buat ,dia tidak berdosa pun. Cuma rugilah kan sebab solat sunat terawih ni setahun hanyalah dapat dilakukan selama sebulan je.Lain lain bulan takda dah. Buat sendirian dapat pahala,buat secara berjemaah pun dapat pahala. Untung nya jika berjemaah pahalanya lebihlah sikit berbanding yang buat sorang sorang.Tapi pahala solat sunat masih tetap juga dapat. Waktu solat pun bukan terhad lepas isyak je,tengah malam pun boleh buat solat sunat terawih.Yang penting jangan sampai azan subuh baru nak buat,lagi baik buat terus solat sunat qabliah subuh je. Guys,islam itu memudahkan.Jangan kalut kalut unt...

Jangan Tinggal Solat

  Bismillah, 17 Rejab 1446H, Jumaat yang barokah. Solat itu tiang agama,jangan tinggal solat. Dengan perbaiki solat ,Allah balas dengan perbaiki segala hal dalam hidup kita sebab tu jangan tinggal solat. Kunci untuk kembali kepada Allah walaupun kita tidak sempurna juga  jangan tinggal solat. Makanya paksa diri walau sesibuk apa sekalipun jangan tinggal solat. Dan banyakkan berselawat sepanjang hari ini.

Paksa Diri Solat Tahajjud

Kata Kata Nasihat Bismillah, Solat Tahajjud - paksalah diri kita untuk lakukan solat tahajjud biar dalam keadaan sesulit apa sekali pun. Waktu ini adalah peluang untuk kita mengadu pada Allah tentang kerasnya dunia dan alamnya. Tentang sukarnya hidup sebagai muslim akhir zaman. Tentang kejamnya undang undang buatan manusia hingga hukum riba' jadi halal. Tentang nyawa manusia jadi taruhan dan modal perniagaan.Si kaya semakin kaya ,si miskin terus ditindas. Dan ceritakanlah juga tentang beratnya penilaian manusia tentang kehidupan orang pencen yang tidak berkerja.😢 Jom selawat.       

Rasa Malas Nak Solat?

  Kata Nasihat Bismillah, Kali ini Allah izinkan untuk Maq kongsikan tips bagaimana nak mengatasi rasa malas nak solat. 1. Bersiap sedia mengambil wuduk sebelum azan. 2. Jangan berlengah-lengah untuk bersolat setelah azan berkumandang. 3. Sentiasa mengingati bahawa malaikat Izrail boleh datang bila-bila masa untuk mencabut nyawa kita, dan kita akan mati. 4. Fikirkan segala azab yang akan diberikan oleh Allah s.w.t. 5. Fikirkan bagaimana siang boleh menjadi malam pada tepat waktunya tanpa sebarang kesilapan. Ia membuktikan kekuasaan Allah s.w.t. 6. Mengenal sifat-sifat Allah kerana dengan mengenal sifat-sifat Allah, manusia akan mendapat merasakan kehadiranNYA dan langsung menanam benih cinta terhadap Allah. Dengan ini manusia akan turut setiap perintah Allah dan tidak akan melengahkan sembahyangnya. InsyaAllah. 7. Mengingati bahwa solat itu penting sebelum kita disolatkan. 8. Sebagai manusia kita tidak lepas dari membuat dosa, dan waktu bersolat itu adalah masa yang sesuai untuk be...

Cara khusyuk dalam solat

Assalamualaikum, Ini adalah hasil dari copy dan paste.Semoga beri manfaat sesama kita.  Ramai orang hadapi masalah ni.. Time kita tak solat, takde pulak pikir pasal apa2.. Time baca Fatihah, baca Surah, time Tahiyyat, time tu jugak la teringat baju kat ampaian, kasut kat luar, keter dah nak mati roadtax..⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀ ⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀ Benda merepek2 yg masuk dlm kepala.. Abes je bagi salam, takde pulak pikir pasal benda2 ni semua.. Bila dah khayal ingat benda2 ni semua, kita pun terlupa rakaat ke berapa.. Ada tu, kita rasa mcm kentut, tapi betul ke kentut? Kalau kentut, batal wudhu.. Batal ler solat.. Ishhh.. Camne nak buat ni? Camne la nak khusyuk solat ni??⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀ ⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀ Meh sini atok habaq sat... Bila kita solat, akan hadir Iblis bernama Khanzab.. Dia ni kejenya memang mengacau orang solat.. Kita akan teringat benda2 tak penting, pastu terlupa rakaat, pastu dia timbulkan keraguan kita kentut ke tak.. macam kentut, macam tak..⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀ ⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀ Nabi SAW ada berpesan yg diriwayatkan ol...

Amal ibadat Wanita Istihadah

Assalamualaikum. Harini kita nak sembang sikit pasal wanita istihadah. Semua orang tahu, bilamana darah haid sesaorang wanita tu melebihi tempoh 15hari ,maka darah yang keluar selepas tempoh tersebut dipanggil darah istihadah. Amal ibadat apa yang wanita istihadah boleh lakukan? Buku yang maq baca ini ditulis oleh Ustaz Muhammad Ramzi Omar B. A Hon's  Syariah Universiti Al Azhar, M. A Syariah Universiti Malaya Menurut buku tersebut: - wanita istihadah tidak dihalang  dari melakuan solat dan puasa serta apa juga ibadat lain yang dilarang kepada wanita haid dan nifas. - kes wanita istihadah ini sama juga seperti masalah kencing tak lawas oleh kebanyakkan kaum lelaki.Masalah sering keluar air mazi,  juga masalah najis yang sering keluar tanpa mampu dikawal. Jadi kalau maq kongsi pasal wanita istihadah ni, orang lelaki pun layak ambil tahu sebab manalah tahu esok esok anda mengalami masalah seperti diatas tu pulak. So boleh la diamalkan nanti. ❤Bila nak s...

Sisa makanan dalam mulut ketika solat.Sah kah solat?

Assalamualaikum. Sedikit perkongsian mengenai sisa makanan yang tiba tiba ada dalam mulut ketika sedang solat. Persoalan ini telah ditanya oleh seorang netizen dan telah dijawab oleh Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri - Menteri diJabatan Perdana Menteri ( hal ehwal Agama) Soalan netizen : Salam @drzul_albakri . Ketika kita sedang solat, tiba-tiba terdapat sisa makanan di dalam mulut. Adakah masih boleh terus solat? Terima kasih. Berkenaan dengan makanan yang lekat dicelahan gigi, Imam Nawawi menyatakan:  “Sekiranya makanan yang terlekat di celahan gigi kemudian ditelan makanan tersebut dengan sengaja atau sesuatu yang turun daripada kepala kemudian ditelannya secara sengaja maka batal solatnya tanpa khilaf fuqaha’.  "Selain itu, sekiranya menelan sesuatu yg sukar dihalang seperti bercampurnya air liur dgn makanan, tanpa sengaja / menelan kahak yang sukar utk menghalangnya, maka tak membatalkan solatnya”.  (Lihat al-Majmu’, 4/90) (2/4) Dalam hal ini, Dr. Muhammad al-Zu...

Rebutlah masa antara dua waktu ini

Assalamualaikum. Maq pernah tonton video ceramah oleh seorang ustaz yang memberitahu andai kata kita tak mampu mengejar kelebihan amalan dibulan Ramadhan ( berpuasa ) dan juga tak mampu nak beribadat dilewat malam ( bertahajjud ) ,sebagai umat Muhammad kita masih punya satu lagi waktu yang jangan dilepaskan peluangnya untuk melakukan amal ibadah. Iaitu waktu selepas solat Maghrib dan menanti masuknya waktu solat Isyak. Diwaktu yang tersebut, buatlah apa juga amal ibadah yang kita mampu.  Seperti,  membaca al Quran, berzikir,  solat sunat taubat,  berselawat , Qada' solat,  dan apa apa juga amalan yang kita mampu lakukan. Ini kerana diantara waktu yang tersebut, Allah menjanjikan pahala yang paling menarik untuk hambaNya yang tidak lalai. Lepasni jangan tergesa gesa nak tinggalkan sejadah hanya sebab nak tonton drama cinta dikaca tv tu.  Drama tu hanya fantasi, realitinya kita ni akan pergi dan bakal melepaskan apa je milik kita didunia ni. Waallah...

Tahu Tapi Tak Mahu Ambil Tahu

Assalamualaikum. 12 PERKARA DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN YANG KITA TAHU, TAPI KITA TAK PERNAH AMBIL TAHU. BUAT RENUNGAN KITA BERSAMA. *❤️1). Kita mengetahui, solat secara berjemaah itu adalah sunnah, mendapat lebih 27 darjat berbanding solat bersendirian.Tetapi ruginya kita MASIH TIDAK MAMPU UNTUK BERJEMAAH DI MASJID ATAU SURAU. *❤️2). Kita mengetahui bahawa ucapan "Subhaanallaahi wa bihamdihi" sebanyak 100 kali dalam sehari akan menghapuskan dosa-dosa kita, walaupun dosa kita sebanyak buih di lautan. Akan tetapi sayang, berapa banyak hari kita yang berlalu tanpa kita mengucapkannya sedikitpun. *❤️3). Kita mengetahui, bahawa pahala dua rakaat Dhuha setara dengan pahala 360 sedekah, akan tetapi sayang, hari berganti hari tanpa kita melakukan solat Dhuha. *❤️4). Kita mengetahui bahawa orang yang berpuasa sunnah kerana Allah satu hari saja, akan dijauhkan wajahnya dari api neraka sejauh 70 musim atau 70 tahun perjalanan. Tetapi sayang, kita tidak mahu menahan lapar. *❤️5). K...

Sunat angkat tangan dalam solat

Assalamualaikum. Sedikit perkongsian . Semuga beri manfaat. Gambar sekadar hiasan. 4 TEMPAT DLM SOLAT, "SUNAT" ANGKAT TANGAN (Takbir) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~ [Tuan Guru Hj Mohd Noor Hj Mohd Saad, Mantan Imam Masjid Mahang, "Kuliah Ilmu Muslimat / Soal Jawab", 2017 / 11 Rabi'ulakhir 1438H @Masjid الرحمن, Mahang Kulim Kedah] ✅ Dalam sembahyang, ada 4 tempat SUNAT ANGKAT TANGAN (Takbir).  Jangan dok angkat kepak semua naa.. 🔆 PERTAMA. Takbiratul Ihram - Angkat tangan.. "الله اكبر" - Dalam hati, "Sahaja aku sembahyang Fardhu...." 🔆 KEDUA. Nak Rukuk 🔆 KETIGA.  I'ktidal 🔆 KEEMPAT.  Bangun Ke Raka'at Ke-3  Habis baca tahiyat awal...   kita bangun dan angkat tangan. ✅ Yang itu sahaja SUNAT ANGKAT TANGAN, angkat biar serupa semua.. kalau tak sama, tak dapat pahala. Lelaki dengan cara lelaki dan perempuan dgn cara perempuannya angkat tangan (takbir). ✅ Yang lain toksah (jangan) angkat tangan belaka... raka'at yg...

Menguap ,batuk,bersin batalkan solat

Assalamualaikum. Ilmu itu umpama tingkap ,jika tidak dibuka,kita takkan tahu apa yang berlaku diluar sana. Bila kita berusaha mencari ilmu ,banyak persoalan bakal terjawab dan kita akan bebas dari perasaan was was .  Bawah ini sedikit perkongsian dari group whatsapp sekolah maq. Benda baik jangan malu kongsi. Semuga beri manfaat bersama.. Sebagai hiasan *BATAL SOLAT KERANA MENGUAP, BATUK DAN BERSIN……*  Antara point penting kuliah Ustaz Kpt Mawardi Di Surau Ar Rahman, Solat boleh jadi BATAL DAN TIDAK SAH apabila menguap, batuk dan bersin ketika rukun qauli. Sebagai ingatan, terdapat 5 rukun qauli dalam solat iaitu: 🌻 takbiratul ihram, 🌻fatehah, 🌻tasyahud akhir, 🌻selawat ke atas Nabi dalam tasyahud akhir 🌻salam ke kanan. Keadaan ini hukumnya demikian sekiranya seseorang itu tidak mengulang semula bacaan atau ayat ketika menguap, batuk dan bersin. Ini adalah kerana ketika menguap, batuk dan bersin,bacaan kita terputus. Sesiapa yang terus menyambung ba...