Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2023

Birthday Baby Of June

  Bismillah, 25/6/2023 - Anak anak maq balik berkumpul  dirumah kami di Bukit Perdana untuk sambut birthday 2 hero idaman Malaysia. Mohamad Adam Aisy dah setahun.✅ Mohamad Adam Muqri dah 2 tahun.✅✅ Macam baru semalam maq jaga diaorang ni dan ibu mereka dalam pantang.Alahai,kejap je dah besar rupanya. eh! Potong kek untuk birthday of July jugak !  Diam tak diam ,tiga dah sahabat hati tok mak & tok ayah.Membesar dengan sihat ye sayangs. Jadilah keturunan kami yang berakhlak tinggi dan disayangi oleh semua orang.. Happy birthday Adam Muqri & Adam Aisy, Semoga menjadi anak soleh yang mudah dididik dan berjaya didunia dan diakhirat dalam apa juga bidang yang diceburi.  Allahhumma Aamiin...

Renew Kad Atm RHB

 Bismillah, Hari Khamis lepas ,sedang maq santai santai tonton tv, tetiba dapat SMS dari RHB bank . Bila maq tengok kad atm ,laa...kok lupa ! Mujur dah siap masak ,so terus ajak encik suami ke RHB bank yang terpaling dekat. Sampai sana ,beritahu kat petugas dipintu masuk tujuan datang ke bank. "saya nak renew kad " terus dia ambil kan borang yang perlu diisi. Siap isi borang tu dia bagi no giliran dan silalah menunggu. Proses renew kad tak lama pun. Pegawai bertugas masa tu pun sangat beri kerjasama dan semuanya berjalan dengan lancar. Dan tak sampai pun 30 minit,kad baru maq pun siap! okey dah boleh simpan dulu kadnya sebab duit belum banyak lagi dalam akaun. Haaaa..tula siapa suruh tak kerja ,kan dalam akaun bank tak banyak duit hehheee.. healing jap...

Kata Kata Pembangkit Semangat

 Bismillah, Kata kata ni maq dapat dari whatsapp seorang sahabat.Beliau kawan masa maq membesar dikampung dulu.Biarpun beliau lebih tua dari usia maq masa tu,tapi kami pergi kerja dikilang yang sama.Bandartex sdn bhd.Masa ni umur maq baru sweet eighteen.Haaa muda lagi tu.Lepas habis SPM cari pengalaman dikilang tekstile memang seronok.Pengalaman terindah seorang remaja gituuu.. Ayat akak tu memang buat maq jadi kuat,biarpun macam macam ujian sedang maq tempoh sekarang ni.Maklom sejak dah menua ,hati jadi serapuh tisu, sesikit dan sedih,nak sayu ,nak terasa bagai.Haha korang dah tua nanti taula masatu betapa keringnya perasaan bila jadi orang tua! Nah! betul apa betul?  Lepas baca ayat ayat ni,maq lega.Ye,apa nak kisah dengan penilaian orang sedangkan yang lebih penting sekarangni ,fokus pada penilaian kita tentang banyak mana yang kita dah usahakan untuk penilaian Allah pasal kita.Haa ni lebih penting. Makanya nak risau apa ek?chill² sudah. Hehehe sendiri yang buat perangai,sendiri ter

Adam Muqri 2 Tahun

 Bismillah, Siapa ingat lagi cucu maq yang kedua ni? Mohamad Adam Muqri! Ala, tak ingatlah tu.Sebab cerita Adam Muqri ni jarang  maq buat entri.Dia membesar dengan keluarganya sendiri.Kalau macam Ainul Mardhiah & Adam Aisy, diaorang tu maq jaga ,so banyaklah masa nak bercerita pasal mereka. Apa khabar Adam Muqri sekarang?  Alhamdulillah ,bulan 6 ni genap dah dia 2 tahun.Pejam celik ,pejam celik dah besau dah bujang tok mak ni. Masa baby dulu suka menangis waktu malam hingga subuh sampaikan kami gelar dia pak imam, sebab selalu kejutkan orang kat rumah untuk bangun solat tengah malam dengan tangisannya tu. Tapi sekarang dah tak nangis lagi.Dah besar kot.Bila balik rumah maq, dia suka buat hal sendiri.Apa yang maq perasan. Dia suka main songkok tok ayah, tasbih dan sejadah.Itu jelah mainan dia kat rumah ni.Dah letih nanti buat perangai ,ada je yang tak kena.Dapat susu terus nak tidur.Senang noh! Semalam Adam Muqri ada balik kejap ke rumah maq.Sempat jugak perati gelagat dia. Part dia

Tetamu Allah 1444Hijrah

 Bismillahirohmaanirohim, Alhamdulillah musim haji pada tahun 1444H kalini, adik perempuan maq dan pasangannya telah direzekikan Allah menjadi tetamu Nya. Saat maq buat entri ni, mereka telah pun sehari selamat sampai di Kota Mekah.Alhamdulillah. Perjalanan pengisian ibadah yang akan berlangsung selama 45 hari termasuk hari pergi dan balik ke tanahair.Masyaallah tabarokallah... Apa yang mampu maq sekeluarga doakan, semoga disetiap langkah mereka senantiasa dipermudahkan dan diberkati oleh Allah swt setibanya disana, ketika disana ,selama berada disana dan setelah pulang ke tanahair, disini.Dan moga mendapat haji yang mabrur. Aamiin Allahhuma Aamiin. Kenangan sebelum mereka belepas, dikunjungi oleh sahabat sahabat dan anak anak dihotel Movenpick. Alhamdulillah..Hari pertama group mereka di Mekah Gambar & video ihsan dari anak buah maq & fb Juara travel & tour * Simpan sini sebagai kenangan. Video bawah : Anak anak "babai" ibu ayah sebelum mereka ke Klia* 😭 Gambar

Ainul Mardiah Dah Sekolah

 Bismillah, Diam tak diam, hujung bulan 6 nanti sepenggal dah anak anak bersekolah untuk tahun 2023. Ainul  pun dah sepenggal masuk alam persekolahan. Alhamdulillah. Kata mama ,Ainul senang nak bangun pagi untuk kesekolah.Tapi kerap juga tak dapat hadir kesekolah asbab demam dan batuk selsema.Takut menjadi penyebab kepada kawan kawan lain dalam kelas. Terasa bertambah tua lagilah tok mak dan  tok ayah bila cucu dah pergi sekolah. Haha memang tak reti nak rasa tua ke apa kan ?  Langkah penuh semangat. Sekarang Ainul dah susah sikit nak balik rumah tok mak untuk bermanja manja.Maklumlah cuti sekolah hanya Jumaat dan Sabtu sedangkan papa Ainul cuti hari Ahad.  Bila dapat peluang bersama,memang maq kena ngadap dia sesaja lah ,kalau tak confirm merajuk dan buat muka. Part paling tok mak tak larat bila dia minta dukung . Macam nak pitam uiii.. Manja ..💞