Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Ramadhan

10 Malam Terakhir Dalam Kenangan

Gambar sekadar gurauan  26 Ramadhan 1447H Bismillah, Lama sangat blog ni sunyi.All out untuk ramadhan guys hehehe konon konon lah kot. Padahal tuan badan busy dengan tanggungjawab hakiki.Itu yang pasti. "Allahhumma Balighna lailatul qod" Malam ni dah masuk malam ke 27 ramadhan bagi umat islam di Malaysia. Dulukan masa zaman maq memuda dulu  ,orang tua kami bercerita,10 malam terakhir kalau jumpa hal pelik pelik itulah tanda kehadiran lailatul qodar.Mintalah apa pun,pasti maqbul. Pernah satu malam tu,maq tolong abah mengecat anjung rumah.Rasanya umur antara 12/13/14 tahun kot,lupa dah. Dalam pukul 10 macam tu,tengah ralit sapu cat, tetiba sekor lipan besar yang warna hitam kemerah merahan lalu betul betul depan maq.Lipan tu berhenti dan terdiam depan maq dalam beberapa saat. Maq pulak sejenis budak yang tak geli pun lipan (maklomlah budak kampung tulin) cuma maq tak nak dia mengigit je.Tapi yang lawaknya tetiba dalam otak  muda maq boleh pulak terfikir , " eh,tah tah inil...

Tadarus Al Quran 2026

  Bismillah, Ramadhan tahun ini ,maq berpeluang berkumpul dengan wanita wanita satu penempatan dengan maq.Kami bersama sama bertadarus Al Quran selama 2 hari berturut turut. Biro wanita taman Bukit Perdana telah menganjurkan program bertadarus pada 21&22hb Februari lalu.Dan Majlis khatam pula berlangsung pada 28hb Februari pula. Al Quran yang mengandungi 30 juzuk telah selamat kami baca dengan dipantau oleh pembimbing yang bertauliah. Pada hari pertama,setiap kumpulan kena baca 2 juzuk.Kumpulan maq baca juzuk ke 3&4. Manakala pada hari kedua,kumpulan maq baca juzuk ke 18. Alhamdulillah.Gabungan wanita dewasa & remaja telah meraikan al Quran sepanjang 2 hari tersebut.Program bermula dari pukul 8-pukul 11 pagi. Seronoknya bertadarus ni,kita boleh baca sambil disemak oleh pembimbing.Bila silap dalam bacaan,pembimbing secara auto akan perbetulkan.Semuanya berjalan dengan lancar. Berbeza baca quran sorang sorang dirumah,takda siapa yang boleh semak bacaan kita. Moga Allah te...

Puasa ,Raya dan Orang tua

  Bismillah, Hari kedua ramadhan 1447.Blog sunyi ek? Puasa guys,mana boleh banyak cakap,nanti pahala kurang. Alhamdulillah tahun ni ,sebelum nak sambut ramadhan,maq dah cuti awal sebab bergabung dengan cuti tahun baru Cina.So peluang itu maq ambil untuk kemas rumah sempena menanti kehadiran ramadhan. Korang jangan pelik.Family maq ,nak raya tak berkemas sakan tapi kami lebih pilih untuk all out kemas sempena ramadhan. Bukan tahun ni je ,tahun tahun sebelum pun sama. Sebenarnya untuk hari raya akan datang ni,orang tua tua macam kami ni dah tak excited sangat dah.Macam tahun lepas ,beraya cuma 2 hari jek ,lepas tu dah melepak dirumah.Mood raya hilang entah kemana ,ghisau kan. Tahun ni kami tak fikir apa pun,yang penting raya dibulan shawal tu ada dan moga Allah terima semua amalan kami didalam bulan ramadhan. Korang jangan tiru perangai maq yang ni.Korang nak beraya teruskan beraya.Inilah peluang nak bertemu sanak saudara yang jauh diperantauan.Nanti jangan lupa ziarah jiran tetangga...

Memori 28 Ramadhan 1446

  Bismillah, Harini baru terlintas nak kongsi pengalaman maq berhadapan dengan situasi orang kena stroke. Kejadian belaku pada 28 ramadhan yang lepas. Masatu maq ,encik suami dan Aida baru siap beli barang dapur untuk dimasak sebagai juadah berbuka bersama keluarga dikampung maq pada ramadhan terakhir. kami** Kami pilih pasaraya Lotus Parit Raja sebagai tempat berbelanja sebab pasaraya inilah yang paling awal buka diantara pasaraya lain di daerah Batu Pahat.Pukul 8 pagi semua dah aktif beroperasi.Bak kata orang utara, Awai tak kalut! Masa nak bayar ,maq try guna paywave tapi kad tak diterima,so terpaksalah guna cash encik suami.Waktu nak balik ,maq ajaklah encik suami keluarkan duit guna kad kredit maq yang tak boleh paywave tu tadi nanti dapatlah dipulangkan semula cash encik suami yang maq dah guna tu. So kami pun berjalan menuju ke arah mesin atm.Korang yang pernah jejak kaki ke lotus Parit Raja ,confirm boleh gambarkan lokasi mesin atm tu saat ni. Waktu maq tiba dihadapan meja ...

Tradisi Munjung Dikalangan Masyarakat Johor

  Munjung pertama pada ramadhan 1446 kalini, terima kasih jiran .. Bismillah, Tradisi munjung. Apa maksud Munjung? Di negeri Johor, khususnya dikampung kampung mereka yang berketurunan jawa, adat munjung kekal dilakukan sehingga kini. Menjelang hari raya sesama jiran tetangga akan bertukar tukar juadah masing masing seperti ketupat, rendang, lodeh, sambal kacang dan lain-lain. Kemeriahan bertukar-tukar juadah ini membuktikan keharmonian dan silaturahim antara jiran tetangga sangat kuat. Anda dah munjung? Maq nak ambil keberkatan 10 ramadhan terakhir nanti inshaallah. 🗨️jom selawat

Elakkan 5 Kesilapan Dibulan Ramadhan

Bismillah, 18 Ramadhan 1446H 5 kesilapan yang perlu dielakkan pada bulan Ramadhan. 1.Asyik nak marah 2.Tidur sepanjang hari 3.Berpuasa tapi tak solat 4.Guna bahasa tidak baik 5.Sengaja melakukan perkara yang membatalkan puasa. Ramadhan berbaki tak sampai 2 minggu je lagi.Rebut lah peluang dibulan barokah ini. Dibulan ramadhan ini, Setiap doa akan diterima✅ Setiap pahala akan diganda✅ Inshaallah.. 🗨️jom selawat.  

17 Ramadhan 1446H

  Bismillah, Ramadhan bulan Al Quran.Tapi disebabkan bulan ini umat islam diwajibkan berpuasa , maka ramai yang panggil ramadhan sebagai bulan puasa. Bila ramadhan pergi , *solat terawih ikut pergi *lailatul Qadar ikut pergi Tapi Al Quran tak. Al Quran akan kekal ada bersama kita selagi dunia belum berakhir. Sebelum semua itu belaku , jom sama sama jadikan Al Quran sebagai sahabat kita didunia.Peneman kita di alam barzakh.Dan penyelamat kita di padang mashyar. 🗨️selawat sekali ,  Allah beri 10 kali ganjaran pahala. Subhanallah ...

15 Ramadhan 1446H

  Bismillah, Masuk je hari ke 15 berpuasa, tetiba pagi tadi sebelum subuh badan lesu semacam. Kepala rasa berat melayang layang.Sebelum ni badan semua rasa sakit macam dicocok duri tapi maq buat diam je. Apa pun keadaannya maq tetap juga kena gagahi untuk lakukan rutin ramadhan. Dan lepas subuh tadi makin menjadi jadi badannya meragam.Kalut cari alatan yang kat dalam gambar atas tu. Tekanan darah 128/74 Nadi 67 Spo 98 suhu badan 36.5° Alhamdulillah semua normal. Tak lama lepas subuh ,maq trylah aktifkan badan ni.Buatlah kerja sesikit, angkat kerusi dan meja jati kat ruang tamu,kononnya nak buang habok dan nak bagi badan berpeluh. Pukul 8.00pagi semua settle.Ruang tamu kecil kan,cepat je siapnya. Dan pada pukul 12 tengahari , tetiba pinggang cramp!Jalan pun tak stabil.Nyaris nyaris kena solat duduk tadi tapi i try my best . Alhamdulillah tak perlu solat duduk. Cuma kena solat pelan pelan dan tahan sakit. Bulan puasa guys ,bulan keampunan.Sakit datang silih berganti.Moga Allah ampunk...

Hadiah Ramadhan 1446

  Bismillah, Harini dah 14 Ramadhan 1446.Dah 2 hari blog krik krik.Mesti korang ingat maq pergi berperangkan? Lepas update pasal perang dunia tetiba blog senyap. Pergi perang ke apa orangtua ni? Hahahaha ngarut je Padahal maq sedang berperang dengan nafsu sendiri.Diam tak diam dah 14 hari kita berpuasa.Bulan puasa ni banyak sangat ujiannya. Ada orang cakap , kalau takda ujian macamana kita nak dapat pahala bersabar. ha ah betul juga kan? Kata ustaz, syaitonirojim memang kena ikat dibulan puasa tapi yang buat kita jadi "nakal" di bulan puasa ni ialah nafsu kita sendiri.Haaa tulah puncanya ramai orang masih berbuat dosa di bulan yang mulia ini. Kesian mahlok Allah yang satu tu ,asik asik dia je yang jadi mangsa keadaan ,dahlah kena ikat,namanya pulak yang disebut sebut,yang disalahkan. Ayat paling kerap diguna, "Semua sebab hasutan syaiton.." syaitan : " wei jahat sangat ke aku ni ,korang yang buat maksiat tapi nama aku jugak korang petik.." Memang letih mik...

Ramadhan Itu Indah

  7 Ramadhan 1446H 🗨️ teruskan berselawat

Ramadhan 1446H

  kata kata Nasihat** Bismillah, Alhamdulillah, hari ini masuk Ramadhan ke dua bagi umat islam di Malaysia. Apa cerita Maq pada Ramadhan 1446H kali ini? Seperti tahun tahun sebelum,kami tetap kekalkan tradisi masak sendiri.Makan sahur,makan berbuka pastikan sendiri punya air tangan.Sedap ke tak ? Itu letak tepi yang penting ada juadah untuk dimakan. Kami memang takda perancangan pun untuk belanja di bazar Ramadhan.Sebab encik suami kata dia dah boikot bazar Ramadhan. Punca??? Hanya beliau je yang tahu.Kalau maq tak silap lebih 10 tahun dah kami tidak ke bazar Ramadhan. Tahun ni juga ,kami akan pastikan solat terawih tidak diabaikan.Manalah tahu kot ini terawih terakhir buat Maq. Dan sama seperti tahun tahun sebelum , Bersama nasihat dari Encik suami, Beliau - solat terawih diMasjid , Maq dan Aida -solat je dirumah. Jujur cakap,maq memang tak pernah sekalipun berpeluang solat terawih di masjid atau disurau. Encik suami kata, "pilihlah yang lebih afdal"  Inshaallah, maq follow ...

Pandai mereka memujuk

Assalamualaikum. Harini dah 27 hari kita berpuasa. Rasa macam kejap je masa berjalan. Awal pagi Bukit Perdana sudah disirami hujan. Dan saat ni awan mendung menutupi langit kami. Angin dingin bertiup lembut ke pipi . Sejuk sekali. Alhamdulillah.. Mood : jiwang Seperti yang kita sedia maklom, tahun ni kita raikan Ramadhan dan Shawal dalam suasana Perintah Kawal Pergerakan Bersyarat-PKPB. Seperti mana kata encik suami, disebabkan PKPB , demi keselamatan dan kesihatan bersama,     "No raya, No beraya" Ayat kat atas tu, kalau bagi orang yang dah tua ni mungkin takda apa pun bezanya, sebab bila sebut bulan puasa ke, bulan raya ke, belanja tetap kena berbelanja. Kan?  Sikit ke, banyak ke tetap kena! Pertengahan Ramadhan lalu, maq dah beritahu kat anak anak, - tahun ni ayah tak balik mana mana kampung.  Tak jumpa Tok Abah, Mak Tok. Tak jumpa keluarga Nenek, Pak Usu, Mak Ngah. Tak jumpa Tok Jah, dan semua keluarga belah ayah. Tahun ni raya cuma dirumah. Ka...

9hari lagi menjelang Ramadhan 1441

Assalamualaikum. Masuk dah kita ke fasa 3 Perintah kawalan pergerakkan covid19. Alhamdulillah, rakyat Malaysia sudah ramai yang paham apa yang maksudkan PKP tu. Cuma adalah segelintir yang sebetulnya dia paham tapi malas nak ikut perintah. Lastly kena tahan pihak berkuasa. Allah huakhbar. Dan harini telah berkuat kuasa satu lagi undang undang sempena PKP fasa 3 . Mulai 15 April, 2020, PDRM tidak akan lagi mengeluarkan kompoun RM1,000 kepada sesiapa yang melanggar PKP. Sebaliknya, Polis akan menggunakan Seksyen 24, Akta 342  menahan untuk mendapatkan reman dan akan terus dibawa ke mahkamah. Mahkamah akan menentukan kesalahan mereka untuk dihukum dengan penjara tidak melebihi 2 tahun dan kesalahan seterusnya 5 tahun penjara - MKN Keputusan MKN hari ini adalah atas faktor ramai yang masih tidak gerun dengan bayaran kompoun RM1,000 yang dirasakan mampu dibayar dan ulang kesalahan sama dan bayar lagi. Tolong duduk dirumah. Ternyata masih ada lagi yang 'degil'. Biarlah.  I...

Puasa Menjelang Tahun Baru 1441 H

Assalaamu'alaikum. In Syaa Allah, dalam beberapa hari lagi, kita akan berpuasa sunat yang agak panjang.. 30 zulhijjah = 31/8 puasa sunat akhir bulan zulhijjah (penutup kitab kita dengan catatan berpuasa) 1 Muharram = 1/9 bermulanya hari pertama dari puasa sunat 10 hari dari awal Muharram (buka kitab baru kita dengan catatan berpuasa) Seterusnya puasa 2 Muharram = 2/9 sehingga 8 Muharram = 8/9 (2/9 + sunat Isnin, 5/9 + sunat khamis) 9 Muharram = 9/9 puasa sunat hari tasu'a + sunat Isnin 10 Muharram = 10/9 puasa sunat hari 'asyura 11 Muharram = 11/9 puasa sunat ba'da' asyura ('alim ulama' kata Allah itu ganjil dan suka yang ganjil, kiyai sohaili bagi tahu puasa sehingga 11 Muharram/ambil hingga tarikh ganjil, puasa ba'da 'asyura tu ustaz Mohaizan yang bagi tahu) 12 Muharram = 12/9 hari khamis, puasa sunat khamis Seterusnya puasa sunat hari2 putih 3 hari iaitu 13 Muharram = 13/9 14 Muharram = 14/9 15 Muharram = 15/9 16 Muharram...

Projek shawal kena tangguh

Assalamualaikum. Bila masuk minggu ke 3 ramadhan , maq dan anak anak mula lah buat projek shawal. Nama projek tu " misi Oven ON". Buat kuih raya ! Bila dah bertahun tak buat biskut raya ,agak janggal jugak nak mulakan buat. Tapi bila dah seronok buat , maka terhasil lah beberapa jenis cookies. Dan lepas maq buat biskut chip coklat seperti gambar dibawah ini , encik suami sudah suruh stop membaking. Kenapa? ❤pertama sebab rezeki berpihak kepada kuih raya agak murah tahun ni. Alhamdulillah.. Anak nombor 2 maq ,balik je dari berbuka dengan LHC ( Lily Home Care )bawa 4 balang kuih. Puan besan datang munjung bawa 1kotak kek Monica dan 2 paket kerepek. Encik suami pun dah beli 4 jenis kerepek , 2 jenis kacang dan 2 jenis maruku. Dan bila maq dah buat 4 jenis biskut atas tu ,apa kata encik suami? " stop dulu la yang , nanti ibu awak bagi kuih lagi , adik awak bagi lagi , anak sulong awak katanya nak buatkan lagi , tu belum lain lain sponser lagi...

6 Ramadhan

Assalamualaikum. Sekejap jek dah hari ke 6 Ramadhan. Bermakna lagi 24hari tibanya Shawal 1440H. "Haish maq , habiskan puasa dulu ,barulah fikir  rayaaaa.. " Hmm mana boleh. Sebetulnya dah cuba dah tak fikir sangat pasal raya ni tapi mood tu memang akan menjelma punya walaupun kita buat endah tak endah je.. 1 May 2019 haritu , maq dah bawa anak anak dara berdua  pergi cari baju raya idaman diaorang di Bandar Muar. Sekali tu masa baru je sampai,cari parking haaa penuh padat dengan kereta! Maq fikir maq je awal bawa anak shopping baju raya ,rupanya ada yang lebih awal dari maq ! Bangunan Nafas mall  itu memang penuh dengan umat manusia pada haritu. Alhamdulillah hampir 1jam lebih kat sana ,akhirnya budak berdua tu jumpalah apa yang mereka nakkan. Fuh ..legaaa.. Nanti anda searchlah google apa ada kat Nafas mall tu ya. Maq tak sempat nak ambil gambar kat sana haritu.. Bangunan Nafas Mall . Gambar dari google Dan harini ,bila dah hari ke 6 puasa , mood ray...

Kisah Anak Anak Maq Berpuasa

Bismillah, Harini Jumaat. Semoga segala usaha kita hari ini diberi keberkatan dan berjalan lancar. Diam tak diam sudah hampir seminggu bulan sya'baan 1440H. Mana yang belum habis bayar puasa tahun lepas tu cepat cepatlah buat qada'. Tak elok melambatkan bayar hutang tau. Tapi kata anak bongsu maq : " eee ..leceh betul lah puasa kalau  orang lain tak puasa , dugaan tu kuat sangat,kadang tak daya nak menahan . Lagi lagi kawan sekolah tu. Sedap dia je makan minum depan kita. Dah elak macamana pun tetap nampak dia orang makan minum. Makk..esok Aida puasa tau.." *dengan nada perlahan Aida beritahu ,esok dia nak bayar hutang puasa tahun lepas.. Maq cuma senyum bila dia mengeluh gitu.Nak tergelak pun ada Itulah pandangan orang yang terlalu muda dalam rumah maq ini. Maq cuma nak dengar je apa pendapat dia. Ternyata dia  masih jenis yang banyak alasan . Padahal nanti bila dia dah kerja ,lagi besar dia punya dugaan bayar puasa. Dan masa tu dia nak salahkan siapa? Orang jual...