Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2020

Ainul Mardhiah 2½tahun

 Assalamualaikum.  Lama tak kongsi cerita pasal Baby A. M.  dalam blog ni. Siapa baby A. M?  Pastinya  Ainul Mardhiah, cucu pertama maq tu.  Pejam celik pejam celik, sekarang Ainul dah berusia 2 tahun setengah. Kejap je masa berlalu. Alhamdulillah  sudah semakin cerdik sekarang ni. Biarpun dah lebih setahun dia telah dijaga oleh mamanya sepenuh masa, namun bila mama ada urusan yang terpaksa tinggalkan ainul dengan tok mak nya ni,  ainul tak meragam pun.  Malahan dia pernah pesan kat atok dia ni,  " kejap eah tok, mama kua jap, atok wait eah.. " Haish..tak tau la siapa yang jaga siapa sekarang ni. Tapi Alhamdulillah  ,ainul mudah dididik.. Insyaallah. Nak lihat telatah ainul mardhiah diusia 2 tahun lebih? Bawah ni ada beberapa gambar terbaru beliau.    Antara reaksi wajahnya bila ajak selfie sama sama dalam kereta. Dah reti malu tengok muka sendiri kat skrin fon.Tapi bila ajak bergambar dikawasan yang menyeronokannya. Kemain lagiiii...  Kemain lagi dia bergaya. Suka meniru gel

Pedih Dengar tapi itulah kenyataan

  Assalamualaikum.  Salam jumaat penuh barokah buat semua. Kalini maq nak kongsi keratan video durasi 8minit lebih ini disini. Kalau rajin tontonlah.  Mula mula masa maq dengar memang pedih telinga tapi itulah kenyataan yang mana sedang kita lalui sekarangni. Kena redha dan sedang cuba perbaiki keadaan. Yang baik datang dari Allah, yang buruk itu datang dari kita. Ustaz hanya pengantaraan. Solusinya terletak pada cara mana kita menilaikannya dan memanfaatkannya.  Waallahua'lam.. Sekadar hiasan**

Tukar je status isteri dia

  Assalamualaikum.  Busy sejak beberapa harini. Biasalah urusan dunia mana pernah habis kan. Yang penting urusan akhirat tu jangan terabai, sudahlah.  Hari hari bisik kat Allah..  Jadikanlah aku jutawan dunia dan jutawan akhirat ya Allah..Aamiin.  Istajib doa ana ya Allah.. Harini free sikit, jarini tergerak nak sembang pasal cerita seorang sahabat sekolah. Tapi dia level adik adik la pada maq. Jauh jugak jarak usia kami, tapi pernah lah kerja satu department di Mitsumi SDN BHD kat Pontian dulu. ( kisah tahun 1993 ) dah kira sejarah ke ek?   Kawan ni ditakdirkan Allah telah menjadi ibu tunggal beberapa tahun lepas. Anak 4 orang dan masih bersekolah rendah. Allahhuakhbar ,berat dugaan ini. Tapi beliau redha. Kata beliau,  " inilah jalan hidup saya, kak ".. Alhamdulillah  rezeki beliau,  dapat penempatan ditanah kepunyaan bonda  tercinta, biarpun hanya mampu mendiami sebuah rumah yang dibina atas sumbangan orang ramai ketika pemergian arwah suami. Rumah kecil yang ambil kos cum

Jangan tunggu lama lama

  Assalamualaikum.  Salam Jumaat buat semua. Jom selawat dulu.   اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل مُحَمَّدٍ Alhamdulillah diberi keizinan meneruskan perjalanan hidup sehari lagi.  Sehari usia kita bertambah,  sehari juga hayat kita berkurangan untuk  dunia ni.  Usia kita  semakin mereput dimamah masa. Sehari demi sehari. Jangan alpa.  Kalau zaman muda dulu nakal, dah tua ni letih dah nak nakal lagi . Cukup cukuplah. Jagalah mata, jagalah hati, jagalah telinga, jagalah semuanya. Orang lain tak boleh kawal diri kita kecuali kita.  Kalau sejak muda dah memang  kategori orang baik baik, dah tua gini haraplah bertambah tambah lagi baiknya tu. Biar jadi  contoh kepada anak anak dan cucu. Bagi mereka bangga punya orangtua seperti kita.  Kalau muda dulu suka rasa iri dengan kelebihan orang lain, waktu tua gini bersyukur lah dengan apa yang  telah dimiliki biarpun kepunyaan kita  tidaklah sehebat  milik orang lain. Tapi kita ada. Semua itu anugerah dengan izin Allah khas buat kita.

Amalan Asmaul husna

 Assalamualaikum ,  Perkongsian kalini berkenaan cara cara mengamal dua nama Asmaul Husna. 1- Ya Basith -amalkan setiap lepas sembahyang  lima waktu. Dengan mengangkat kedua dua belah tangan , baca surah Al Fatihah sekali ,kemudian baru baca Ya Basith 10 kali kemudian di sapukan dekat muka. -selepas sembayang sunat dhuha, baca Ya Wahab 100 kali, baca surah Alam Nasrah 7 kali. Angkat kedua tangan, baca surah Al Fatihah sekali ,kemudian baru baca Al Basith 300 kali sapu dekat muka , baru baca doa sembahyang sunat dhuha. 2 - Ya Bari', Baca di waktu pagi sebelum pergi menjalan tugas . Caranya: Dengan angkat kedua dua tangan baca surah Al Fatihah sekali, baca Allahhumma Ya Bari' 40 kali ,  Ini antara usaha untuk mencari keredhaan dan keampunan dari Allah SWT. Lain lain manfaat, hanya Allah swt sahaja yang maha mengetahui dan maha memberi. Kerja kita hanya berusaha.  Sumber : copy and paste dari group whatsapp. 

Kari Idaman Suri

  Assalamualaikum.  Salam Jumaat.  Maq ada sesuatu nak dikongsikan dari dapur maq. Kadang bila hari hari dah memasak,  ada kala otak jadi ' jem' nak fikir menu menu seterusnya.  Baru beberapa bulan jadi penjual barangan amway,  maq baru tau yang amway ni selain jual produk kesihatan, ia ada juga jual barangan dapur elektrik, barangan penjagaan diri, kosmetik ,jus buah buahan,  biskut, coklat, jamu, dan paling dasyat KARI untuk masakan pun ada!   Kari????  Yeaaa.. Kari ! Orang London sebut " curry" . Meat curry premix!  Kari idaman Suri💕 Apakah?  Detail : karini dah dilengkapi dengan semua bahan untuk memasak kari.  So anda tak perlu nak kupas bawang merah, bawang putih, halia, rempah tumis ke apa semua tu. Dia dah lengkap! Garam dan perasa pun tak perlu letak dah. Kari tu dah cukup masin.  Cara masak : serbuk kari dibancuh dengan 250ml air. Pastu panaskan minyak sikit. Tumis kari dengan api yang tak terlalu besar. Bila kering letak sedikit lagi air. Dah mengelegak ma

Orang Baik

Assalamualaikum.  Bulan September 2020 dah 3 hari memasuki laman hidup kita. Teruskan berusaha sepertinya kita akan hidup 1000 tahun lagi.  Tapi jangan lupa , beramal lah bersungguh sungguh bagaikan kita akan mati pada esok hari. Jadi orang baik, belum tentu orang lain akan suka tapi Insha Allah  ,Allah tetap sayang . Jadilah orang baik kerana Allah. Untuk Allah. Anda takkan menyesal.  Waallahhua'lam ❤