Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2020

Minta Sesuatu Yang Mustahil Dari Ya Wahab

 Assalamualaikum.  Sedikit perkongsian dari group whatsapp.  Semoga dapat menyuntik sedikit ilmu diminda kita.        Indahnya ciptaan Tuhan. Gambar sekadar hiasan* [Minta sesuatu yang Kita rasa mustahil dari Allah Ya Wahab] Diceritakan semula daripada Ustazah Norhafizah Musa daripada kuliah Dr Abdul Rahman- Ashmawi dalam bahasa arab. Mintalah yang luar biasa dari Allah. Minta yang hebat hebat. Minta yang pada fikiran kita ‘mustahil’ tetapi mintalah dari Allah. Kenapa? Kerana… di saat kita berdoa, itu sebenarnya menterjemahkan ‘hati’ kita mengenal Allah. Kerana hamba yang benar benar mengenal Allah Ya Wahhab (Yang Maha Mengurnia) akan upgrade doa mereka menjadi doa doa yang hebat hebat. Ustazah Norhafizah menerangkan contoh di bawah untuk memberi gambaran yang mudah supaya orang mudah faham. Bayangkan kita dapat pergi haji di Mekah. Habis berbelas belas ribu untuk ke sana. Simpan duit di Tabung Haji dari tahun pertama kerja bertahun tahun. Sampai di sana pula perlu bersesak sesak denga

Sambal goreng versi Maq

 Assalamualaikum.  Sejak berkahwin dengan orang jawa, maq dah mula jatuh cinta dengan satu masakan jawa ni. Ia adalah sambal goreng. Ibu mertua maq masak memang sedap. Lagi satu yang buat masakan tu special pada selera maq ialah, dalam satu lauk, ia ada macam macam bahan. Antaranya,  Hati lembu,  Paru lembu,  Perut lembu ( babat)  Kentang goreng,  Tempeh goreng,  Tauhu goreng,  Soon goreng,  Kulit tauhu kering,  Daging goreng,  Kacang panjang,  Lobak merah,  Sambal tumis,  Santan pekat, Udang goreng ⅓ masak, Nah, banyakkan? Cara masaknya,  Goreng semua bahan kecuali bahan untuk sambal dan kulit tauhu.   Buat sambal tumis seperti biasa, nak pedas letaklah cili lebih, nak pedas dan manis ,letaklah gula dan cili lebih.  Bila sambal dah siap, nak buat apa? Meh tonton video ni,  Tu video asalnya maq rakam untuk rujukan  anak anak maq memasak. Terutama Ety ( anak maq nombor 2 ) beliaulah yang paling rajin whatsapp maq bertanya. Contohnya...  Tengoklah budak sorang ni,  baru pergi dapur dah t

Nutrilite dan Kegunaannya

 Assalamualaikum.  *Amway Terlalu Banyak Produk Kesihatan? Keliru tak tahu nak ambik produk kesihatan yang mana dulu? Dibawah adalah ringkasan pembahagian produk yang perlu di ambil bagi tujuan yang berbeza-beza. Follow je tips bawah ni, mudahan berkesan. ✳Sentiasa kekal sihat, cantik dan slimfit -->> PROTEIN & BODYKEYS, DOUBLE X, OMEGA 3, LECITHIN E ✳Nak kulit glowing --->> PROTEIN & BODYKEY, BIO C, LECITHIN E ✳Nak elakkan sembelit -->>FIBRE BLEND, CALMAG D+ & BIO C ✳Nak tulang dan gigi kuat -->>CALMAG D+, BIOC PLUS, PROTEIN & BODYKEY ✳Masaalah Kolesterol -->>CH BALANCE, OMEGA 3 & LECITHIN E, GARLIC LICORICE PROTEIN & BODYKEY ✳Masaalah Darah Cair ( ANAEMIA) -->>IRON FOLIK, B COMPLEX, PROTEIN ✳Elakkan Kanser -->> DOUBLE X, PROTEIN & BODYKEY, LECITHIN E, BIO C, MULTI CAROTENE ✳Kesihatan Jantung -->> PROTEIN & BODYKEY COENZYME Q10, CALMgD+ ✳Tekanan Darah Tinggi -->> B COMPLEX, CALMAG D+, GARLIC, B COMPL

Bandar Muar diwaktu malam

 Assalamualaikum.  Minggu ni kami bertiga ( maq,  encik suami dan anak bungsu)  dah diserang demam selsema. Dimulai dengan encik suami, kemudian anak kami last sekali maq. Alhamdulillah sakit penghapus dosa dosa  kecil. Kami lalui situasi tu dengan tenang dan sabar. Lama dah  maq tak kena demam selsema batuk ni. Bila diduga dengan family sekali rasanya biarlah kami je yang sakit,  jangan kena kat keluarga kami yg lain. Awal awal maq dah pesan kat anak anak  yang lain tak payah balik rumah sementara waktu ni sebab kami tak sihat. Takut jangkit. Maq risau . Terutama cucu maq tu.  Bila ibu mertua call tanya bila nak balik kampung, kami cakap kami semua tengah tak sihat. Alhamdulillah  mujurlah beliau paham. Sejak covid19  ni, ibu mertua sangat  berjaga jaga pasal kesihatannya dan kesihatan semua orang. Syukurlah.. Tapi.. Haa ada tapinya tu.  Bila dah seminggu memerap dalam rumah asbab selsema batuk,  siapa tahan wey. Bosan tuuuu Hehhee. Lebih lagi anak bungsu maq kan dah cuti sekolah. Kes

Gadjet Baru

 Assalamualaikum.  Sejak doktor dah sah kan bahawa maq adalah  pesakit darah tinggi dan kolestrol tinggi, pertamakali apa yang penting ialah jangan meremehkan rutin MAKAN UBAT. Untuk elakkan pisang berbuah 2 kali. Ye,  setiap sebelum tidur kena pastikan makan ubat dan setiap selepas sarapan juga kena makan ubat.  Untuk kawal keadaan maq ada 2 gadjet  yang dah jadi peneman setiap masa. Benda tu ialah,  Pemotong pil ❤ dan bawah ni pulak, a lat periksa tekanan darah ❤ Setiap pagi dalam pukul 9.00 keatas ,maq akan buat pemeriksaan tekanan darah. Yang menghairankan,  sejak balik dari klinik tu, maq tak jumpa lagi tekanan darah naik sampai 160-170 ! Yang maq  jumpa paling tinggi pun 135/78 . Selebihnya seperti biasa, 127/80-122/79-120/72 ..persoalannya kenapa kat klinik kesihatan haritu tinggi mendadak???  Bila maq tonton di youtube. Ada seorang doktor jelaskan, ada terdapat waktu waktu sesuai nak ambil tekanan darah ni rupanya.  - awal pagi dapat bacaan tinggi, petang atau malam nanti dapat

Rindu itu percuma tapi berharga

 Assalamualaikum.  Pagi Jumaat, menyelusuri laman telegram, Allah jumpakan maq dengan gambar dibawah ni.  Tiba tiba tertanya sendiri. Kebaikan apakah yang aku dah buat terhadap kedua orang tua aku selama ini???  Diganti dengan nyawa sekalipun, belum tentu mampu terbalas lagi semua jasa mereka.  Terima kasih Allah kerana datangkan aku dari kasih sayang mereka berdua.  Tiba tiba datangnya rindu, bibir tak mampu berkata tapi hati meronta.  Tuhan... Jagakan tolong mereka .. 😢 Ku haramkan api neraka menyentuh kalian berdua...  Dari anak sulong emak abah ❤

Hari Kidal sedunia

 Assalamualaikum.  13 Ogos adalah hari kidal sedunia. Kidal tu panggilan untuk mereka yang aktif pada tangan kiri. Buat  apa pun semua guna tangan kiri. Ini adalah kelebihan sesaorang yang Allah beri. Alhamdulillah.  Dalam family maq, maq 3 beradik, semua kidal.  Ini je gambar 3 beradik yang maq ada. Hahaha okey bila bila nanti kami gambar lagi bertiga ye.  Kidal!  Apa menarik pasal si kidal?  Terima Kasih Allah.  Inilah anugerah paling istimewa buat kami si kidal. Apa pun guna tangan kanan itu sunnah. Yang sunnah jangan dilupakan biarpun nampak kekok bagi si kidal..  Kenangan 3 beradik kidal pergi umrah bersama ibubapa mereka pada tahun 2019

Result pemeriksaan darah sangat mengejutkan

Assalamualaikum.  3hb Ogos yang lalu maq pergi ambil  keputusan pemeriksaan darah yang telah dilakukan 2 minggu sebelum tarikh tu.  Di Klinik kesihatan Batu Pahat.  Apa yang sangat mengejutkan Maq, keputusan kali ini sangat sangat tidak maq jangkakan. Kadar kolestrol dalam darah maq semakin tinggi!  Dan disebabkan hal yang demikian,  akhirnya maq diarahkan tambah lagi dos ubat kolestrol. Salah maq jugak. Sebelum ni doktor bagi ubat suruh maq makan ½ biji setiap malam tapi maq makan ½ biji 2-3 malam sekali. Hmmm.. Makan vitamin tapi tak makan ubat, rupanya tidak dapat nak membantu keputusan pemeriksaan. Malah lebih tinggi dari keputusan keputusan sebelum!  Allahhu akhbar.    Dan lepas maq dapat tahu kolestrol maq semakin naik tinggi,  akhirnya dibilik doktor,  tekanan darah maq pulak dikesan naik tinggi! Mendadak!  Doktor buat pemeriksaan hingga 4 kali dan keputusan bp masih tahap tinggi! Ujian apa kali ini? 😭 Allahhu akhbar...  Ye, semua ni salah maq sendiri. Maq ngaku.Dan akhirnya se