Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2020

Ku lihat hijau

  Assalamualaikum.  Kesian blog ni dah lama sangat sunyi. Kalau tak tiap hari dok lah nak update post. Kadang kadang sampai tak tahu dah nak letak post tu tajuk apa. Sebab dah banyak sangat idea hehe Seminggu dua ni selain masih berusaha berniaga online dengan produk Amway,  maq sedang lagi sibuk mengurus satu lagi aktiviti.  Pertamakali apa yang maq fikir,  ruginya kalau berasal dari  kampung tapi dah tua tua gini tangan ni tak dan nak sentuh tanah.  Maksud?  sebagai anak jati kampung, maq memang suka bercucuk tanam. Tapi dengan keadaan rumah perumahan yang maq dah diami hampir 25tahun ni, maq langsung tak dapat nak taman pokok apa pun. Maq rindu bau tanah. Rindu nak pegang struktur tanah. Akhirnya maq pun belilah tanah.  Berapa ekar beli tanah?  Hmm tak banyak lah, cuma 2 bungkus, kurang lebih 10 kilogram je hehehe.. Takda nak ekar ekarnya. Maq takda pun kebun seluas berekar tu setakat ni. Apa pun masih bersyukur sebab masih ada peluang nak pegang tanah sebelum tubuh ini dimamah tana

Pakar 3 Pakar mata Pakar Batu Pahat

 Assalamualaikum.  Kalini nak story story pulak pasal pengalaman maq ke pakar 3 ( pakar mata)  di Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat pada 13/10/2020. Walaupun jarak hospital dengan rumah maq kurang lebih 1 kilometer sahaja tapi disebabkan taknak berebut nombor giliran, maq keluar rumah seawal 7.00 pagi ditemani kekasih awal dan akhir, my encik suami.  Temu janji maq pada pukul 8.00am. Kenapa keluar awal?  Sebab klinik pakar mata ni katanya selalu je sesak. Lagipun cepat kita berurusan, cepatlah kita balik kerumah nanti, kan?  Duduk hospital bukan boleh shopping pun.  Eh!   Waktu maq sampai didepan pintu klinik pakar tu, beberapa orang pesakit yang datang lebih awal dari maq sudah pun terpacak menanti. Dan Maq pesakit yang ke 4 terpacak disitu! Alhamdulillah .  Kesian kakak berdua ni kena berdiri lama. Ada sorang lagi pakcik dia dapat kerusi, ada tu duduk kat tepi tembok.  Pukul 7.30 pagi, cik misi datang dan buka pintu klinik. Apa pun dia ada buat pengumuman, jika pesakit takda

Buat Kad HPT kat KK Batu Pahat

  Assalamualaikum.  Seperti yang dijanjikan, pada 1 Oktober 2020 , maq diarah buat kad untuk join the club.  Club? Maq kaki clubbing?  Haha buang tabiat agaknya kalau maq ni seorang kaki clubbing. Baru nak cari parking je,  encik security dah suruh maq balik. Warga emas takleh join kami, sedarlah acik lutut tu dah longgar dah. 😂  Sebenarnya maq ke Klinik kesihatan Batu Pahat. Daftar sebagai pesakit darah tinggi atas arahan doktor pada temujanji pada 3hb Ogos lalu.Masa tu tekanan darah tetiba naik mendadak. Tak tahu kenapa tapi maq terima je. Bagi maq, ini pasti ada hikmahnya yang maq belum nampak lagi..  Maq jenis kalau ada temujanji, maq akan datang 30-45 minit awal dari waktu temujanji tu. Tengoklah keadaan klinik ni, lengang je sebab baru pukul 7.25am. Buat kad pukul 8.00 am. Maq lebih rela menunggu dari ditunggu. Cewah ayat kemain lagi..  Selepas proses saringan ,akhirnya maq dibenarkan masuk ke dalam klinik. Alhamdulillah 7.48am maq dah dapat nombor giliran tu.  Anda akan dilayan