Ainul Mardhiah dah 5 bulan



Assalamualaikum.

Cucu Maq , Ainul Mardhiah, kini dah jadi kawan sembang maq. Eh ? Haha apa eh ? eh ? Ye maq tau ainul masih bayi ,nak sembang apa je kan?


Pada maq,boleh aja kalau kita bersembang dengan bayi. Sedangkan pakar cakap , bayi dalam perut pun dah boleh ajak sembang, apatah lagi bayi yang dah di depan mata ni.

Sembang dengan bayi sebenarnya antara salah satu cara merapatkan hubungan ibubapa dengan anak anak. Kerana kata kata dari ibubapa yang bayi dengar itu secara automatik akan diterima terus ke memori mereka. Lagi bagus jika percakapan itu berunsur nasihat yang diulang ulang. Kata kata yang elok. Bacaaan bacaan ayat suci AlQuran , doa doa ,atau apa sahaja yang elok, sebutlah selalu dihadapan bayi anda. 

Cara maq bersembang dengan ainul?


Peluk lembut. Biarkan dia letak telinganya didada maq. Gosok perlahan belakang badannya. Cakaplah apa pun tapi dengan nada perlahan. Bacalah ayat apa pun tapi dengan nada perlahan. Sebut nama penuh dia. Kalau dia paham , dia akan lihat wajah kita sambil tersenyum. Sembang cara ini akan buat bayi anda rasa tenang dan selamat dipelukkan anda. Biasanya maq akan lakukan dalam 10-15minit. Kemudian biarkan dia bemain semula.  ( cara ini maq amalkan bukan saja kat ainul tapi dekat setiap bayi yang maq asuh sejak dulu. Tak hairanlah kalau oranglain akan kata budak tu nakal tapi maq akan kata budak tu baik baik aja dan mudah dijaga)




4hb Oktober 2018 nanti ainul dah berusia 6bulan. Sekarang ni makcik makcik ainul dah mengadu tak larat nak dukung ainul lelama. Mama ainul pun kata mama dah tak berdaya nak dukung lama. Minggu depan ainul akan jumpa doktor  pakar pemakanan sebab ainul dah pra-obesiti. Tok mak doakan semua urusan baik baik aja dan berat ainul yang terlebih berat ini bukan  disebabkan cara pemakanan yang salah. Sebabnya baru seminggu ni ainul belajar makan. Sebelum sebelum ini hanya minum susu 3-4oz setiap 3jam.


Semoga ainul dapat membesar dengan sihat dan cerdik.

Popular Posts