Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2023

Jumaat terakhir 2023

 Bismillah, Harini merupakan Jumaat terakhir 2023.Banyak masa sudah kita habiskan ketika 2023 terutama pada hari Jumaat.Apa bestnya hari Jumaat 2023? Awal tahun lagi memasing dah mula sibuk cerita pasal tibanya hari kiamat.Pasti korang tahu pasal ini kan?  Kiamat belaku pada hari Jumaat ! Itu yang nabi cakap so bila hari Jumaat je ramai cuak.Tapi biasalah orang kita,masuk pertengahan tahun dah hambar,solat Jumaat entah kemana,subuh lagilah tak hairan.Masjid tu dipenuhi dengan warga pencen dan kanak kanak lepas khatan je.Lelaki sado lagi ensem bayang pun tak nampak.Alasan?  " aku busy bro,kerja banyak..nanti nantilah bila ada masa lapang boleh lah kita berjemaah sesama..." Baca Quran? Maq rasa kalaulah Quran tu boleh bercakap,lama dah dia merajuk ,sebab kita sekarang ni dah lebih banyak buang masa dengan media sosial dari baca Quran. Sedekah ni inshaallah,bolehla.Sebabnya orang kita sangat pemurah.Part ini dunia pun dah tahu.Yang pelokek cuma Haji bakhil je bak kata P Ramlee .