Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2019

Tentang soalan di hari kiamat

 Assalamualaikum wbt. Dalam gambar menunjukan antara soalan soalan yg bakal ditanya diakhirat nanti. Semakin lama kita hidup ,semakin banyak yang perlu kita jawab. Kita kena jawab semua tentang, ❤Umur kita ❤harta kita ❤ilmu kita Mulai detik ini, doa yg baik baik untuk diri , untuk masadepan dan untuk hari akhirat. "ya Allah ,Kau maha pemaaf ,Kau mudah memaafkan, oleh itu Kau maafkan segala dosa dosa ku.." Aamiin ya robbal A'lamiin.. Tenangnya suasana malam Jumaat, 26Ramadhan 1440*😌

Projek shawal kena tangguh

Assalamualaikum. Bila masuk minggu ke 3 ramadhan , maq dan anak anak mula lah buat projek shawal. Nama projek tu " misi Oven ON". Buat kuih raya ! Bila dah bertahun tak buat biskut raya ,agak janggal jugak nak mulakan buat. Tapi bila dah seronok buat , maka terhasil lah beberapa jenis cookies. Dan lepas maq buat biskut chip coklat seperti gambar dibawah ini , encik suami sudah suruh stop membaking. Kenapa? ❤pertama sebab rezeki berpihak kepada kuih raya agak murah tahun ni. Alhamdulillah.. Anak nombor 2 maq ,balik je dari berbuka dengan LHC ( Lily Home Care )bawa 4 balang kuih. Puan besan munjung maq , bawa 1kotak kek Monica dan 2 paket kerepek. Encik suami pun dah beli 4jenis kerepek , 2jenis kacang dan 2jenis maruku. Dan bila maq dah buat 4 jenis biskut atas tu ,apa kata encik suami? " stop dulu la yang , nanti ibu awak bagi kuih lagi , adik awak bagi lagi , anak sulong awak katanya nak buatkan lagi , tu belum lainlain sponser lagi tu ,

Dataran Kaabah pada Ramadhan 1440H

Assalamualaikum. Pada minggu pertama Ramadhan 1440Hijrah ,seorang sahabat ada berkongsi video tentang suasana Dataran Kaabah ketika itu. Muslim dan muslimah satu dunia berpusu  pusu melakukan ibadah umrah disana. ..Alhamdulillah.. Selepas itu pula,bila tiba 10malam terakhir Ramadhan 1440H , seorang lagi sahabat maq telah mengirimkan suasana dimana lautan manusia sedang  melakukan tawaf umrah di Dataran Kaabah. SubhanAllah..kelihatan  Umat Islam diseluruh dunia berlumba lumba melakukan ibadah menjelang 10malam terakhir Ramadhan 1440Hijrah. Katanya pertama kali didalam sejarah di Dataran Kaabah penuh dengan jemaah umrah bukan jemaah haji. Suasana selepas solat asar 17 ramadhan 1440Hijrah. *Kita sekarang di dalam fasa terakhir, fasa PEMBEBASAN DARI API NERAKA, oleh itu marilah kita perbanyakan doa 6 perkataan ini. Ulanglah sebanyak mungkin mulai sekarang.. اللَّهُمَّ إنَّك عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي *1. Allahumma* *2. Innaka* *3. 'Afuwwun* *4

Tips Berlapang Dada

Sebuah video kiriman seorang sahabat sekolah. Perkongsian yang cukup baik dan sangat mudah untuk kita sama sama praktikkan. Ustaz beri tips  supaya kita akan berlapang dada apabila ditimpa satu satu masalah.. Buat setiap kali selepas solat fardhu. Mudah mudahan segala kesulitan yang datang , dapat kita tangani dengan mudah. Inshaallah.. Terima kasih Ustaz. Terima kasih Sahabat.

Kisah hari raya maq tiap tahun

Assalamualaikum. Bila orang sibuk dengan plan balik kampung tapi  risau dengan dugaan kesesakan jalan raya , semua tu tidak bagi maq. Kerana jarak rumah mertua dengan rumah keluarga maq cuma ambil masa 45minit. Kesesakan jalan raya merimaskan? maq yang kampung dekat dekat ni setiap tahun celaru jugak sejak dulu. Apa tidaknya. Encik suami cuti raya kadang tu cuma 4hari.. Sehari sebelum raya,kami akan  kemas rumah yang akan ditinggalkan selama 2malam itu. Satu malam dirumah family maq , satu malam lagi dirumah family encik suami. Seronok bila  tengok orang beraya.  Tapi Maq  ? Entahlah maq tak tahu feel raya tu kat mana.sebab ..?? Raya pertama dirumah family maq . Lepas solat sunat raya , kami akan  siap sedia tunggu orang marhaban berkunjung kerumah ibu bapa maq , kemudian kami pulak siap siap nak balik kerumah family encik suami, maklomlah dekat katakan. Biasanya dalam pukul 12.00 -1.00 tengahari macamtu. Masani jalan kurang sesak sebab orang  beraya dah balik untuk solat z

Period dua kali dalam sebulan

Assalamualaikum. Baru baru ni maq telah mendapat kejutan dari diri maq sendiri. Pertama kali seumur hidup maq period dua kali dalam sebulan. Bayangkan dalam bulan Ramadhan pulak tu . Sedih sangat sangat sebab maq nak sangat khatam Al Quran pada Ramadhan 1440 kali ini..😭 Mulanya agak terkilan tapi bila dah bertenang tenang , maq yakin Allah bukan saja saja beri maq dugaan ini. Maq redha . Maq terima je kerana maq tahu Allah akan beri apa yang maq perlu ,bukan yang maq mahu .. Astaghfirullah... Atas nasihat kawan kawan , maq juga pergi  buat check up kat Klinik Kesihatan Batu Pahat. Ditemani encik suami tersayang , semua urusan telah berjalan dengan lancarnya. Paling jakun ,firstime maq buat rawatan kat klinik  kerajaan  sebagai pesakit luar . Nak kemana ni ek ? Daftar kat mana? Lepastu buat apa? Bilik doktornya mana? Hahaha gawat ! Tapi i kan peramah , semua orang maq tanya.. heeee.. Dan maq follow je apa pesakit lain buat. Step by step . Pukul 7.3

Kongsi pendapat sebelum pergi

Assalamualaikum. Ada satu artikel menarik yang dikongsikan oleh seorang sahabat group whatsapp Mitsumi maq . Kami dulu pernah bantu syarikat Mitsumi beroperasi aktif dinegeri Johor ni. Masa tu dalam era awal 90an. Mungkin sahabat tu pun copy paste sebab beliau ialah seorang perempuan. Dan penulis artikel ini seorang lelaki. Apa pun itu semua tak penting. Bagi maq apa yg penting ialah nasihat yg dikongsikan. Jom baca.. PESANAN YANG BETUL UNTUK ANAK2 KITA SEBELUM KITA PERGI... Selalunya ketika kita dah tua dan rasa tempoh di dunia hampir ke penghujungnya, kita akan pesan kepada anak dengan pesanan-pesanan baik. Contohnya : - nanti abah dah takde korang jangan gaduh-gaduh, - harta pusaka tu bahagikanlah baik-baik ikut wasiat, - bila raya balik jenguk rumah pusaka... Itu pesanan stereotaip. Tapi bagi saya, pesanan itu hanya bermanfaat di alam sini (dunia). Lebih baik kita pesan sesuatu yg lebih bermakna utk kita di alam sana. Bermakna sebab, di sana kita ni hidup lagi

Penat yang Allah suka

Assalamualaikum.. Bila takda aktiviti masak memasak diwaktu tengahari macam ni, mata ni asyiklah nak terlelap. Ni kalau disorongkan bantal ,mau mau tak sampai 5minit dah sampai bulan.. Tapi bila baca ayat ni.. Alahai , seram pulak hehehe.. Ada takda capai handphone kejap , marilah menaip sambil sembang kosong.. Tapi nak sembang tajuk apa? Buntu.  Ala..bila lapar  dan mengantuk , apa pun dah tak larat nak fikir Allahhu .. Ini bukan sebab apa pun sebetulnya,tapi sebab lesu. Kurang tidur yang cukup. Tidur pukul 2am ,bangun sahur 4.30am , siap sahur , kemas kemas dapur sikit dah  pukul 5.30 . Lepastu Mandi lepastu solat subuh. Lepastu buat apa patut sesikit , hari pun dah siang dah. Cepatnya masa berjalan kan. Makin banyak yang kita buat ,makin terasa kurangnya masa untuk kita. Termasuklah masa untuk tidur .. Selalunya maq tidur pukul 11.30malam dan bangun pukul 5.30 pagi. Bila bangun terus rasa segar sebab dapat tidur yang cukup. Itu yang boleh berjaga dari awal pagi samp

Sebutan Takbir yang betul

Assalamualaikum. 13 Ramadhan 1440. Manusia dan kesilapan tak dapat dipisahkan. Lebih lagi bila keadaan tu hari hari kita lakukan . Akhirnya dari kesilapan ia dah jadi kebiasaan dan kita sendiri pun sukar nak kesan kesilapannya. Maklom benda dah terbiasalah katakan. Alhamdulillah ,harini maq ada video yang boleh bantu kita dalam hal kebiasaan kita tu. Walaupun mungkin kita tak buat kesilapan tu tapi tak salah kalau kita ambil tahu kan. Ianya berkenaan "takbir dalam solat"  (  sebutan yang betul mengenai sebutan Allah huakhbar ). Semoga beri manfaat. Lepasni sama samalah kita check semula sebutan takbir kita dalam solat tu ye. Mudah mudahan ianya tidak lari dari maksud " Allah Maha Besar "Dan Allah terima solat kita. InshaaAllah , aamiin.. - terima kasih Ustaz* Sekadar Nasihat*

Kenangan di Jabal Rahmah Bersama yang tersayang

Assalamualaikum. Malam ni ,selepas balik dari tadarus  di rumah Ustazah Normaizan pada pukul 11.00malam , maq masih sempat lagi minum secawan indo cafe O bersama 3biji kurma. Nak jadikan cerita , mata  yang lemau ni terus je jadi makin cerah pulak. Jam dah menunjukan pukul 12.30 pagi, nanti pukul 4.30pagi dah kena bangun sahur. Acane tu?? Jari ni pun mulalah aktif  selongkar  galeri handphone. Scroll pun scroll , tetiba terbuka pulak video Januari lalu dimana maq dan family berada di Jabal Rahmah . Mungkin ramai dah tahu , Jabal Rahmah ialah lokasi dimana Nabi Adam dan Hawa ditemukan  selepas 200 tahun mereka  dipisahkan  selepas dikeluarkan dari syurga oleh Allah swt. Sejarah dimana bila kita kata " kalau dah namanya jodoh , beratus tahun terpisahkan akhirnya bertemu jua" - semuanya berlaku dengan izin Allah swt. Ketika kami buat lawatan , adik adik dan anak anak saudara maq semua naik ke bukit tersebut untuk menikmati suasana dibukit sejarah tu tapi maq dan ibu se

Video pilihan

Assalamualaikum. Sharing sebab caring. Maq akan kongsikan apa je yang pada pendapat maq ianya akan beri manfaat kepada pembaca dan  juga untuk diri maq sendiri. Kita manusia ni tak lari dari membuat silap. Kadang  silap tu dilakukan dengan sengaja kadang tu dengan cara tidak sengaja. Oleh itu tak salah kot andai kata apa yang baik ,kita kongsikan. Manalah tau kot kot boleh beri kebaikan satu masa nanti. Inshaa Allah.. Nota maq : terima kasih Ustazah*

Zikir Ramadhan

Assalamualaikum. Sudah masuk ramadhan ke 12 malam ini.  Alhamdulillah kerana diberi kesihatan yang baik dan dapat menjalankan  tuntutan Allah dibulan mulia ini. Rasulullah s.a.w. bersabda: " Perbanyaklah di bulan Ramadhan akan empat perkara..2 perkara membuat Allah s.w.t. redha, dan 2 perkara yang lainnya merupakan sesuatu yang kalian amat memerlukannya." 2 perkara yang membuat Allah s.w.t. redha adalah: 1-mengucapkan syahadah (أشهد ألا إله إلا الله ) dan 2- kalian meminta keampunan kepadaNya (أستغفر الله العظيم ). 2 perkara yang kalian amat memerlukannya terhadap keduanya adalah : 1- kalian meminta kepada Allah s.w.t untuk dimasukkan ke dalam syurgaNya dan 2- dijauhkan dari api nerakaNya ZIKIR RAMADHAN.. اشْهَدُ انْ لّآ اِلهَ اِلَّا اللّه, أَسْتَغْفِرُ اللّه, أَسْأَلُكَ الْجنَّةَ وَأَعُوذُ بِكَ مِنَ النَّار (x3)        اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ  تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّى (x3) يَا كَرِيم.. Aku bersaksi tiada Tuhan melainkan Allah, aku m

Pesanan Untuk Diri Sendiri

Assalamualaikum. Kenapa kadang terasa sudah kerja keras tapi duit masih rasa tak cukup ? 1- check solat. Mungkin Solat ala kadar, doa ala kadar 2- check tanggungjawab pada ibu bapa. 3- check aktiviti sedekah sekerap mana ianya berlaku. 4- check kerja ,kot kot buat kerja tak amanah. 5- check  silaturahim ,takut ada terputus ikatan itu. Muhasabah diri. ❤

Nasihat Ustazah

Assalamualaikum. Ada satu pesanan ustazah Asma Harun mengenai tanggungjawab kita sebagai pengguna muslim ketika membeli ayam dipasaraya atau kedai kedai runcit. Kata ustazah : beli lah ayam  yang ada tanda cop halal  pada pembungkusnya dan JANGAN  beli ayam yang sudah dipotong potong mengikut bahagian bahagian yang biasanya dijual pada harga berbeza beza. Kerana ayam yang telah dipotong potong itu , kita tak tahu tahap halal dia dan tanda cop halal pun kita tak nampak. Keterangan lebih lanjut , tonton video pendek bawah ini. Semoga kenyataan dari ustazah itu dapat membantu kita dalam mencari sumber bahan makanan yang halalan toyyiban. Inshaa Allah ,aamiin. Video - dari group whats app

Pesanan Dihari Ibu 2019

Assalamualaikum. Salam 7 Ramadhan 1440 H. Ada sedikit pesanan yang ingin maq kongsikan kali ini. Mungkin kata kata ini je mampu dikongsi . Nak kongsi juadah berbuka dah la tak dapat . Anda disana ,maq disini dan mereka disinun.. Dalam diam tak diam , hidup ini ternyata tinggal sisa dan saki baki yg kita  sendiri tidak tahu bila ianya akan berakhir. Oleh itu jadilah kita orang yang paling bahagia dan membahagiakan. Orang yang ceria dan menceriakan. Jadilah ibu yg menjadi kedamaian pada anak-anak. Jika kita seorang isteri, jadilah isteri yang memberi kebahagiaan, keceriaan dan manfaat pada suami kita. Kerna hidup ini hanya seketika. Siapa duga dan sangka saat kudrat dengan kesihatan yang baik tiba-tiba kematian datang menimpa tanpa di sangka. Pengajaran buat kita tentang betapa rapuhnya hidup kita. Kematian itu tidak mengira masa dan usia. Muda mahupun tua. ❤jangan bertangguh utk menjadi anak yg baik. ❤jangan bertangguh utk menjadi isteri yg baik. ❤jangan bertangg

Mee Kuning Halal Toyyiban

Assalamualaikum. Alhamdulillah.. Mee kuning NuMee Gardenia akan dijual mulai 15/5 di kebanyakan outlet jualan roti gardenia. Yang pertama di Malaysia yang di pasteur utk membunuh bakteria. Hanya simpan pada suhu bilik. Di buat di kilang baru serba moden. Halalan toyyiban..tak perlu bimbang lagi dengan pihak pihak yang guna nama bunyi keislaman utk perdayakan pengguna islam. - sumber group whatsapp 

6 Ramadhan

Assalamualaikum. Sekejap jek dah hari ke 6 Ramadhan. Bermakna lagi 24hari tibanya Shawal 1440H. "Haish maq , habiskan puasa dulu ,barulah fikir  rayaaaa.. " Hmm mana boleh. Sebetulnya dah cuba dah tak fikir sangat pasal raya ni tapi mood tu memang akan menjelma punya walaupun kita buat endah tak endah je.. 1 May 2019 haritu , maq dah bawa anak anak dara berdua  pergi cari baju raya idaman diaorang di Bandar Muar. Sekali tu masa baru je sampai,cari parking haaa penuh padat dengan kereta! Maq fikir maq je awal bawa anak shopping baju raya ,rupanya ada yang lebih awal dari maq ! Bangunan Nafas mall  itu memang penuh dengan umat manusia pada haritu. Alhamdulillah hampir 1jam lebih kat sana ,akhirnya budak berdua tu jumpalah apa yang mereka nakkan. Fuh ..legaaa.. Nanti anda searchlah google apa ada kat Nafas mall tu ya. Maq tak sempat nak ambil gambar kat sana haritu.. Bangunan Nafas Mall . Gambar dari google Dan harini ,bila dah hari ke 6 puasa , mood raya ma

Hukum ziarah kubur dihari raya

 Semoga perkongsian video ini boleh beri penjelasan tentang  persoalan aktiviti ziarah kubur pada hari raya. Salam Ramadhan ke 6.

Tanda Ikan Sudah Masak

Assalamualaikum. Bila ada anak perempuan , serba sedikit hal "kedapuran" mereka kena ambil tahu jugak. Pernah satu hari anak maq tanya :  mak , apa tanda ikan yang kita masak tu dah cukup masak? Maq : " pertama tengok biji mata ikan tu ,kalau dah terjengil keluar ,itulah tanda ikan tu dah cukup masak. Kedua tengok pada bahagian ekor ( lihat gambar atas ) kalau isi ikan tu sudah merekah dari tulangnya ,itulah tanda ikan itu dah masak sempurna. Tapi dalam gambar tu ,ikan tu dah macam terlebih masak ,heee  Tips ini bagi memasak ikan ikan kecil sahaja . Kalau ikan yang besar  tipsnya lain pulak.  Apa pun bagi yang sedang berjinak jinak nak duduk dapur ,mudah mudahan tips ini berguna . Inshaa Allah.

Ainul 13 bulan

Assalamualaikum. Bila dah masuk umur setahun ,banyak dah keletah cucu maq yang maq nampak jelas depan mata. Selain dah tak minat nak tonton rancangan katun di tv atau pun di handphone , Ainul juga ada hobi baru. Iaitu suka buku buku. Setiap kali datang kerumah maq , dia akan pergi ke rak buku makcik makcik dia. Nanti dia akan suruh maq bacakan buku yang diambil dari rak. Kadang dia sendiri yang bacanya. Hahaa ..tipu jek. Ainul tak pandai membaca lagi lah. Dia baru pandai pilih buku yang mana menarik dipandangan mata dia. Dan maq pun memang tak sediakan apa apa bahan bacaan lagi buat cucu yang sorang ni. Baru setahun kot.. - ye ,itu lah bisik hati tok emak ainul .. Dan bila tengok betapa mesranya ainul dengan buku buku , tok ayah dia ( encik suami )  pun cari masa untuk belikan flash card untuk ainul , katanya buat latih ainul bercakap. Flashcard ni ada banyak jenis tapi kami pilih nama nama haiwan kerana ainul suka burung, itik ,kucing . Nanti senang dia n

Puasa atau Solat ?

Assalamualaikum. Siapakah yang wajib berpuasa dan solat dalam Islam? Pasti jawapannya kita dah tahu. Lihat gambar bawah ni. Tapi apa yang sering kita lihat zaman sekarang ni , ramai ibubapa yang berusaha bersungguh sungguh mendidik anak anak mereka berpuasa sejak kecil lagi. Sedangkan anak sebesar itu belum layak menjalankan ibadah yang dituntut agama pun. Mereka belum WAJIB ! Latihlah yang lebih wajib untuk dia buat iaitu SOLAT ! Kita tahu apa perlu buat bila anak berusia 7 tahun tidak solat ? Islam dah beri panduan bukan? Tapi adakah islam beri tips atau pesanan bila anak 7 tahun tidak mampu berpuasa? Melatih itu bagus tapi ramai dikalangan kita lupa ,mana satu yang lebih wajib dibuat.  Lagi sedih bila dah la dipaksa anak itu berpuasa ,lepastu diberi pulak ganjaran sebagai upah bila dapat habiskan puasa sebulan!! Allah hu , maknya ,paknya..didiklah anak dengan betul. Cara kalian itu bakal membuat masa depan anak anak tersasar. Niat awal puasa tu dah lari! Kita kan dah

Laksa Penang paling simple.

Assalamualaikum. Untuk hari pertama berpuasa tahun ini,maq  sediakan menu simple buat family. Laksa penang mudah ! Bahan bahan nya : ❤Ikan mata besar - rebus dengan asam keping,lepastu blend isinya dengan air rebusan tadi. Nak kuah lebih tambah lagi air. ❤Cili kisar  1senduk ❤Dalam pinggan hijau tu- bahan untuk kuah : daun kesum, asam keping,bawang besar ( kalau nak pekat kuahnya ,tambah lagi sebiji dua bawang tu kemudian kisar halus ) , serai untuk elak bau ikan memenuhi ruang rumah. ❤Semua bahan atas ni dimasukan kedalam periuk .Kacau dan tetapkan rasanya dengan menambahkan garam. Masak sampai mendidih. ❤Dalam bekas hijau empat segi tu , bawang besar dan cili padi untuk ulaman . Semuanya dihiris halus ( ikut citarasa anda ) Antara bahan lain untuk hiasan dan penyedap laksa penang. Telur rebus , limau kasturi,sedikit daun kesum dihiris halus. Disebabkan daun salad lupa beli , so ianya tidak kelihatan disitu. ❤inilah rupa kuah laksa yang terhasil tu. Maq s

Haid Lebih Lama Dari Biasa

Assalamualaikum. Bila usia semakin kepada penghujungnya. Banyak nikmat akan diambil satu persatu oleh Penciptanya. Kecantikan ,kecergasan ,daya ingatan , dan banyak lagi semakin hari semakin berkurang kualitinya.. Bagi orang perempuan pula , bila dah semakin berusia ,mereka akan diistihar sebagai  bakal berkeadaan monopus atau kata lain ,putus haid. Perubahan ini bukan datang dengan tiba tiba tetapi akan dimulakan dengan satu demi satu keadaan. Beberapa bulan sebelum monopus , perempuan itu akan didatangi haid yang tidak tentu masa keadaannya. Misalnya sebelum ini tempoh kebiasaan haid adalah seminggu tapi bila dah nak dekat ke ambang monopus , ia akan jadi lebih atau kurang atau kadang kadang ada ,kadang kadang langsung tak ada didatangi haid. Bagi situasi tidak didatangi haid tu , mungkin tak jadi masalah dipihak tuan punya diri walau bagaimana pun jangan lupa untuk lakukan urine test kalau keadaan merisaukan hati tua anda itu. Masalah ini bagaimana pun ia tidak mungkin a

Ayam Kampung Halal Toyyibban

Assalamualaikum. Menjelang hari raya , mesti ramai dikalangan kita dah buat perancangan bila nak balik kampung nanti nak masak macam macam untuk juadah raya. Balik kampung ,sedapnya kalau dapat makan ayam kampung kan? Maq antara peminat ayam kampung sejak zaman budak budak lagi. Ayam kampung kalau dimasak rendang sedap ,masak kari sedap ,masak sup , masak kicap pun sedap. Sebagai seorang muslim , kita pastinya nakkan ayam yang diternak dengan sumber halal toyyiban. Dari mula ianya diternak ,hinggalah proses penyembelihan dan juga halal dari segi kebersihan.  Tapi mana nak dapat ayam kampung halal toyyiban zaman sekarang ni? Jangan risau , Jom tonton video bawah , kita akan jumpa jawapannya. Siapa nak bantu muslim kalau bukan orang muslim itu sendiri.  Ayam kampung ✔ Halal toyyiban ✔ Produk muslim ✔ Produk tempatan ✔ Bersih✔ Guna tanpa was was ✔ Alhamdulillah..

Menu Lazat Bulan Puasa?

Assalamualaikum. Tajuk tu macam selalu kita baca kat facebook. Kawan kawan kongsikan resepi resepi kat kita supaya bila tiba masa untuk memasak ,tukang masak tidaklah 'blank' dok mikir nak masak apa. Tapi bagi entri maq kalini , tajuk tu bukan berkaitan masak . Ianya lebih kepada makanan rohani. Apakah? 30 MENU LAZAT SEPANJANG RAMADHAN Sama sama kita bersedia dan laksanakan .. 1. Tilawah al Quran sejuzuk sehari paling kurang. 2. Solat tarawih minima 8 rakaat setiap malam. 3. Solat Witir minima 3 rakaat semalam. 4. Beri makan orang berbuka puasa walaupun dgn sebiji tamar setiap hari. 4. Solat fardhu 5 waktu berjamaah setiap hari. 5. Tahajud setiap malam minimum 2 rakaat. 6. Sunat dhuha setiap pagi. 7. Sedekah setiap hari minimum seringgit. 8. Pastikan sahur setiap hari. 9. Iktikaf di masjid setiap hari walau sekadar 10 minit. 10. Tadarus al-Quran sambil usaha memahami maksudnya. 11. Ziarah orang yg kurang bernasib baik. 12. Kurangkan ziarah ke ba

Marhaban Ya Ramadhan

Assalamualaikum. Alhamdulillah Malam ini merupakan malam pertama terawih.. Rebutlah peluang yang ada pada setiap malam kerana ia datang hanya sebulan dalam setahun.. Boleh jadi juga peluang terakhir kita kerana belum tentu kita dapat bertemu peluang yang sama lagi pada tahun tahun akan datang.. Sepuluh jari disusun memohon ampun & maaf atas segala kekhilafan baik dari perbuatan atau tutur kata, sama ada tanpa sedar atau sengaja.. Semoga ramadhan kali ini membawa 1001 keberkatan buat kita semua.. Salam Ramadhan Kareem 1440 H

Sabar Sampai Mati

Assalamualaikum. Sekali lagi perkongsian berkaitan dengan diri sendiri dan para wanita diluar sana. Apa yang maq kongsikan ini tiada bermaksud nak buka aib atau nak burukan sesebelah pihak. Tujuan utama cuma nak kita faham tanggung jawab seorang isteri tu apa. Sebut je  tanggungjawab tu ,kalau nak taip sampai masuk bulan Ramadhan nanti takkan siap entri ni nanti. Rasanya kita ambil satu "subjek" yang sering berlaku depan mata kita jek. Biarpun tak ramai yang hadapi situasi ni tapi tak salah kalau kita ambil ianya sebagai satu tauladan bagi kita meneruskan  hidup ini. Malam tadi maq layan youtube Ustazah Asma Harun. Entah kenapa sejak kebelakangan ni , video beliau sering jadi habuan mata dan telingan tua maq ini. Kata ustazah , jadi isteri kena sabar. Sabar dalam  masa yang sama ,kita kena juga  berusaha mempertahankannya. Bukan sabar macam tunggu benda datang bergolek je macam tu. Sampai kiamat pun ianya takkan berhasil. Bila ditanya sampai bila seorang isteri ke