Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2020

Melepaskan rindu dalam kereta

Assalamualaikum.  Bila lama dah tak jumpa,  rindu tiba tiba datang tanpa diundang. Bila diri ini dipelawa keluar bersama, hati terus beria ria nak keluar. Tak sampai 20 minit semua dah siap!  Hehe seronoknya  jalan dimusim pkp, tak perlu nak touch up muka berlebihan, biasa biasa sudah .  Sejak kebelakangan ni jarang dah dapat keluar date dengan kesayangan ni. Maklom dah berjauhan. Masa pun terbatas. Masing masing sibuk dengan komitmen masing masing. Kena banyakkan sabar. Tak nak bebel lebih lebih lah,  bawah ni  antara kenangan bersama si dia melepaskan rindu dalam kereta. What? Dalam kereta je?  Melepaskan rindu??  Hmm jadilah..  Budak jenis tak reti diam ni, lebih 10 hari dah dia tak jumpa tok mak. Bila dah jumpa macam macam dibuatnya. Ainul Mardhiah dah pandai berinteraksi dengan baik sekarang ni. Berangan pun boleh tahan. Macam perangai tok mak dia kecik kecik, maklom dua dua anak sulunglah katakan.. Kemana tumpahnya kari kalau tak ke  roti canai.. 2x5 jek, 😂

Senarai Doa dihari arafah

Assalamualaikum.  Doa Arafah - Hari Arafah sudah tiba. Sudahkah anda membuat senarai doa yang mahu anda pohon kepada Allah? Masih ada masa.  Berikut adalah beberapa doa yang anda boleh masukkan dalam senarai anda, Insya Allah: 1. Ya Allah kurniakanlah padaku Kejayaan terbesar - selamat dari api neraka dan masuk ke Syurga Firdaus 2. Ya Allah masukkanlah aku dan keluargaku dalam golongan yg beriman.. yang menerima kitab amal di tangan kanan kami. 3. Ya Allah, Kurniakanlah padaku kematian yang diberkati. Izinkan aku mengucapkan syahadah sebelum aku menghembuskan nafas terakhir.  Kurniakanlah padaku syafaat Rasulullah (saw). 4. Ya Allah masukkanlah aku dalam kalangan Rasulullah (saw), keluarganya dan para sahabat di Syurga Firdaus. 5. Ya Allah selamatkanlah rakan-rakan bukan Islam ku dari neraka. Kurniakan mereka hidayah Islam. 6. Ya Allah, satukan aku dalam Syurga Firdaus dengan orang-orang yang aku sayangi semata-mata kerana Mu. 7 Ya Rabb, sempurnakan agamaku dan ibadatku. Selamatkan aku

Ibadah Haji Tahun 2020

Assalamualaikum.  Harini bermula ibadah haji bagi umat islam, ditanah suci Mekah. Kalau sebelum ini jumlah jemaah dari seluruh dunia hampir 2juta orang tetaypi untuk tahun pendemik Corona 2020 ini,  hanya 1 ribu jemaah saja yang terpilih. Dan 2 orang adalah dari Malaysia.  Alhamdulillah. Walaupun begitu ada sumber menyatakan jumlah jemaah haji  kali ini adalah 10 ribu orang.  Waallahhua'lam.  Tahniah kepada mereka yang Allah undang untuk jadi tetamu.  Semoga mendapat haji yang mabrur dan dilindungi dengan sebaik baik perlindungan ketika melakukan amal ibadah disana. Jangan lupa, jaga kesihatan ! Ikutlah SOP haji 1441 yang telah ditetapkan. Semoga dipermudahkan. Aamiin...   

100 perintah Allah yang dicatat didalam Al Quran

Assalamualaikum. Ini adalah hasil copy and paste maq dari group ukhuwah 69. Apa yang dikongsikan moga moga dapat memberi sedikit lagi ilmu pengetahuan kita dalam menuntut ilmu agama kita ( terutama buat diri maq sendiri,  secara peribadi ). Jom baca. 100 PERINTAH ALLAH PADA MANUSIA YANG TERCATAT DI DALAM AL QUR'AN. *1. Jangan berkata kasar.* (QS 3 – Ali Imran : 159) *2. Tahanlah marah.* (QS 3 – Ali Imran : 134) *3. Berbaiklah kepada orang lain.* (QS 4 – An Nisaa’ : 36) *4. Jangan sombong dan bongkak.* (QS 7 – Al A’raaf : 13) *5. Maafkanlah kesalahan orang lain.* (QS 7 – Al A’raaf : 199) *6. Berbicaralah dengan nada halus dan bersopan.* (QS 20 – Thaahaa : 44) *7. Rendahkanlah suaramu.* (QS 31 - Luqman : 19) *8. Jangan mengejek orang lain.* (QS 49 – Al Hujuraat : 11) *9. Berbaktilah pada orang tua (ibu bapa).* (QS 17 – Al Israa’ : 23) *10. Jangan mengeluarkan kata yang tidak menghormati orang tua ( ibu bapa).* (QS 17 – Al Israa’ : 23) *11. Jangan

Check kolestrol kali ke 2

Assalamualaikum. Ahad bersamaan 19hb Julai 2020, sekali lagi maq pergi buat pemeriksaan darah. Kalau tahun lepas bacaan kolestrol maq tinggi hingga memaksa maq diberi ubat kawal kolestrol. Harap sangat kalini bacaan tu tak sampai kepada garisan "kolestrol tinggi'. Maq nak sihat zahir batin. Hari Sabtu tu, lepas pukul 10.00 malam maq dah kena berpuasa. Hinggalah sample darah maq diambil, baru maq boleh makan seperti biasa. Dalam masa setahun ni, selain makan ubat yang doktor sarankan,  macam macam maq dah buat untuk kawal kolestrol . Minum susu Omega. Minum jus lemon suam. Kurangkan masakan berminyak. 2 minggu sebelum pergi klinik, Maq ambil, Salmon Omega soft gel. Lecithin E CH balance ** masani baru tahu Amway ada set vitamin untuk kawal kolestrol tinggi. Sebelum tu maq ambil daily ,calcium magnesium dan salmon omega jek untuk makanan tambahan. Tapi tak tahulah berkesan ke tidak usaha maq tu sebab result pemeriksaan akan diterima 2 minggu dari tarikh sam

Saw Palmetto dari nutrilite untuk orang lelaki

Assalamualaikum. Menurut pakar, segagah manapun kaum lelaki ni, bila dah cecah umur 40 tahun keatas. Mesti ada masalah pada pundi kencingnya. Bau seluar kecik tu ada sikit hancing. Sebab apa??? Ada setitik dua air yg terkeluar lagi tapi tuan badan tak perasan. Jadi cammana solat kita..?? Sebab tulah ada sunnah tertentu lepas kita buang air kan.. Oleh tu abang abang diluar sana disarankan ambil Nutrilite Saw Palmetto ni untuk mencegah permasalahan tu , memang nampak ketara perubahannya nanti. Nak solat pun dah semakin confident.. Insyaallah.. Sumber : copy and paste dari group whatsapp jzt* NUTRILITE Saw Palmetto and Nettle Root (90 gel lembut) NUTRILITE Saw Palmetto and Nettle Root meningkatkan kesihatan saluran kencing untuk lelaki dan menggalakkan fungsi prostat yang sihat. Saw palmetto membantu melegakan masalah pembendungan cecair. Akar nettle root mampu memberikan sokongan herba untuk aliran kencing. UTRILITE Saw Palmetto and Nettle Root (90 sg)  RM 14

Semangat tua makin menggila

Assalamualaikum   Tajuk memang tak masuk akal.  Dah tua buatlah cara dah tua kan. Tak payahlah bersemangat bagai. Hehehe perli diri sendiri le tu.  Lepas join team Amway bulan Jun lalu, pada penerimaan bonus yang amway bagi setiap bulan tu, maq pun dapat merasalah jugak, Alhamdulillah. Tak lah banyak mana. Tapi ada. Dengan jumlah peratus jualan sebanyak 3% , secara tak langsung dapat menaikkan lagi semangat berniaga orangtua ni.  Maq lihat, team yang dah lama terlibat dengan amway, mereka manfaatkan duit bonus tu dengan makan makan, jalan jalan, shopping kat mall bersama orang tersayang. Alhamdulillah.  Tapi dipihak maq pula, maq manfaati ganjaran bonus pertama tu dengan buat modal untuk aktifkan semula kedai tudung online  maq yang aktif sebelum pkp dulu dan tergendala beberapa akibat covid19 .  Dan kalini maq tambah 1 lagi item. Ia adalah 'anak tudung/ skaf '. Untuk permulaan,maq beli sekodi dulu.  Kalau sambutan menggalakan  nanti, maq akan beli kilang dan kedai  yang buat a

Pesanan MKN

Assalamualaikum.  Bila dah diistiharkan rakyat kita dah boleh mulakan aktiviti seperti biasa dengan normal baru, setiap sudut pandangan kita dapat lihat kelompok manusia.  Masing masing sedang mula melangkah dengan rutin harian setelah hampir 4 bulan 'hanya duduk dirumah ' - Alhamdulillah.  S. O. P jaga!  Itu lah pesanan demi pesanan yang diberi.  Bawahni antara pesanan dari MKN untuk rakyat supaya lebih berhati hati.  PKPP - Jangan lalai atau terlalu selesa dalam usaha memutuskan rantaian jangkitan COVID-19. Terus waspada, ambil langkah pencegahan & patuh SOP. PKPP - Bersama mencegah COVID-19. Lindungi keluarga anda dengan sentiasa memantau status kesihatan diri dan keluarga. PKPP - Rakyat Malaysia jangan alpa. Terus kekal amalkan 3W (Wash, Wear & Warn) & elakkan 3S (tempat sesak, sempit dan bersembang jarak dekat). Patuhi SOP. PKPP - Rakyat Malaysia jangan lupa kita masih belum menang. Terus patuhi SOP yang ditetapkan bagi memutuskan rantaian jangkitan Covid-19. P

Aida Sambung belajar

Assalamualaikum.  Semalam 15 Julai 2020,merupakan hari Aida ( anak bongsu maq )  daftar untuk kemasukan ke tingkatan 6 di sekolah lama beliau ( SDBL, Batu Pahat) . Pendaftaran bermula pada pukul 9.00 pagi.  Maq tak hantar pun sebab kata Aida, takpa dia boleh pergi daftar sendiri. Ayahnya cuma hantar didepan pintu pagar sekolah je. Aida akan daftar kemudian dengar taklimat dan seterusnya penempatan bilik kelas mengikut matapelajaran yang dipilih.  Tahunni sekolah tu cuma menerima pendaftaran tak sampai 50 pelajar pun untuk sambung belajar di tingkatan 6 . Kenapa?  Ini adalah hal biasa. Terutama pelajar melayu.  Mereka dimomokkan bahawa belajar di tingkatan 6 adalah susah. Tak boleh bawa nasib kemana pun.  Takda masa depan. Takda perubahan. Dari form 1- form 6 balik balik duduk sekolah yang sama. Sebab tu bila maq tanya Aida, aida jawab , " budak cina lebih ramai diform 6" ..  Ini juga hal biasa..  Semalam maq tanya Aida  sekali lagi.  Maq : confirm ke ni nak sambung form 6 ni?

7Julai 2020

Assalamualaikum   7 Julai datang lagi. Alhamdulillah, setahun lagi usia dah bertambah. Umur yang dah sedia tua ni, dah terasa semakin menuanya. Tua pun tua lah ,asal kan muda , hahaha tak pernah nak ngaku tua tu.  Bukanlah, biarlah tua pun asalkan sihat. Haa barulah betul ayatnya. Sihat yang maq maksudkan bukan je sihat fizikal tapi sihat dari banyak aspek. Sihat pemikiran ,sihat pada idea, sihat  pada pendapat, sihat  dalam berkomunikasi, sihat dalam menilai kelebihan orang lain. Sihat rohani dan jasmani. Insyaallah.  Tapi apa kah pula tanda tanda orang tak sihat?  Bila hampir setiap masa,  kita tengok orang  disekeliling buat sesuatu dan kita kata mereka buat tu semuanya  tak betul. Malah kita rasa diri kita seorang je yang betul. Haa hati hati. Kerana  itulah  antara gejala tanda tanda orang yang tak sihat.  Walaupun  kita orang tua yang dah simpan terlalu banyak pengalaman, tak bermakna kita punya idea setiap saat adalah  100% betul.  Lagi satu, mungkin pada kita, kita betul tapi t