Posts

Showing posts with the label Pantai

Pantai Perpat Di Hari Malaysia

Image
  Bismillah, 16 September yang lepas kami ke Pantai Perpat sebab pada hari itu semua orang Malaysia cuti kecuali mereka yang berkerja keras dan terpaksa berkerja. Apa pun,mungkin sebab udara Batu Pahat masih berjerebu dan masih pada level tak sihat, semasa kami sampai dipantai itu pengunjung tak ramai seperti biasa.Sangat kurang tapi masih ada. Tujuan asal cuma nak melepak santai santai dan menikmati keindahan alam dan menghayati kehebatan ciptaan Allah swt. Santai santai jer. Agak agak apakah yang difikirkan oleh orang pakai topi tu ek? Pengawal peribadi emak dan ayah.Senyuman nya ada,senjatanya takda.Silatnya jauh sekali.So emak Ayah kot yang jadi pengawal peribadi dia ! 😂 Jadilah seperti kayu bakau.Dah mati pun masih boleh berdiri tegak .Ini peribahasa baharu.😂 Kerusi lipat ini memang akan setia menemani kami walau kemana kami pergi.Terima kasih kepada 'mereka' kerana berani kena duduk oleh Maqnie 🤣 Indah ,biarpun nampak seperti ego.Hahaha tetiber nak salahkan kayu yang d...

Bersyukur Bila Diuji

Image
  Sekadar nasihat❤ Bismillah, Semalam Allah buka minda maq yang sebelum ni maq langsung tak perasan. Biasanya bila kita dapat musibah atau pun hidup kita tetiba diuji susah.Pasti kita kata ,itu semua adalah balasan dari Tuhan atas tiap dosa lalu. Tapi semalam,bila Maq fikirkan banyak kali persoalan demi persoalan yang maq sedang  lihat depan mata,lalu terlintas difikiran bahawa setiap kepayahan dan kesulitan yang seorang hamba Allah itu diuji sebenarnya dia sedang mendapat kebaikan dari Allah. Contoh, sakit.Sesaorang itu diuji sakit.Tak boleh berjalan,tak boleh keluar jumpa kawan kawan melepak macam biasa.Hanya terperuk dalam rumah hari hari,siang sampai malam.Malam sampai siang. Masyaallah,rupanya asbab sakit itulah ,Allah nak selamatkan pesakit tu dari dosanya mengalir berterusan. Cuba bayangkan eah.Andai kata orang tu sihat,takda apa apa sakit.Dia dengan rutinnya ,lepas balik kerja ,duduk sembang santai dengan kawan kawan kat cafe atau mana mana lah port lepak mereka. 1-mes...

Pantai Di Melaka Masih Dalam Usaha Naik Taraf?

Image
  Bismillah, Sempena cuti panjang minggu lepas ( Ahad,isnin & selasa ) Maq bertiga telah pergi ke Melaka. Macam biasalah kami pilih tepian pantai sebagai tempat untuk bersantai. Rasanya hampir 2 tahun kami tak pergi ke pantai pantai yang ada di Melaka ni.Seperti pantai Klebang,pantai Siring,pantai Puteri.Apa yang mengejutkan bila kami sampai,suasana pantai sudah berubah!  Kawasan bersantai sudah terhad.Sepanjang pantai sedang dalam usaha naik taraf. Tambakkan pasir  dijalankan hingga merubah keaslian pantai yang sebelum ini.Pokok pokok ru yang dah tua tu pun dah banyak ditebang. Kalau dulu,turun kereta ,jalan sikit dah jumpa ombak memukul pantai tapi kalini,nak tengok air pun dah tak nampak.Kena menapak agak jauh dari jalanraya.Nak buat projek apakah ek? Kami pun tak dapat nak melepak lama kat sini sebab cuacanya agak panas terik.Hanya gambar je jadi bukti kehadiran kami. Bila dia ambil gambar saya,saya pulak ambil gambar dia.Haaa baru adil! Okey,jadilah ni buat ado a...

Santai Santai Di Pantai Punggur

Image
  Bismillah, Semalam petang,Maq bertiga sempat bersantai santai dipantai Punggor.Antara salah satu kawasan pantai legend yang masih dikunjungi oleh masyarakat setempat di daerah Batu Pahat. Biarpun tebing pantai semakin terhakis itu bukannya bermakna pantai ini perlu sunyi atau diabaikan. Pihak berwajib ada juga membina tembok batu disepanjang pantai tapi  kadang kadang ombak memukul hingga ke daratan. Apa pun pantai ini perlu dinaik taraf supaya dapat menjadi tempat istirehat dan bersantai para pengunjung bersama keluarga. Ianya juga sedikit sebanyak boleh menjana pendapatan penduduk setempat.Selain itu kaki kaki pancing boleh juga mencuba nasib dipantai ini.Masa maq pergi semalam pun ramai yang membangau disitu. Pemandangan sunset disini sangat cantik ,langit biru dipetang hari sangat indah.Dan semua itu merupakan keindahan yang memukaukan dipantai ini.Hebatnya ciptaan Allah. Jika ada rezeki,pengunjung juga boleh beli ikan ikan segar yang baru dinaikkan dari laut yang ditang...

Sabtu ,14 Disember 2024

Image
  Bismillah, Suasana di Pantai Bukit Batu pada pagi ini. Kami pergi ke Pantai Bukit Batu semata mata untuk bersarapan selepas selesai ziarah kubur Arwah Abah di Masjid kampung Koris. Layan Nasi lemak bersama Kopi panas disini sambil menikmati hembusan angin laut dan bunyi suara gemersik air pasang,momen yang sangat mendamaikan. Di warung kami bersarapan tu ,ada juga menjual ikan asam pedas.Pukul 9 pagi dah ramai cari menu asam pedas! Maq cuma beli mee siput dan petis untuk dibawa balik ke Bukit Perdana. Jom selawat** Abah... tak pernah tak rindu.

Ikhlasnya Matahari Waktu Senja

Image
  Bismillah, Petang semalam maq bertiga pergi ke Pantai Minyak Beku. Sekarang pantai ini dah semakin meriah. Kami gerak pada pukul 5 petang. Kalau lalu jalan dari arah bandar Penggaram ambil masa lebih sikit. Kalau lalu ikut jalan dari kampung Sungai Ayam,masa perjalanan tu kurang lah sikit. Tapi maq lebih suka jalan yang jauh,kurang lebih ambil masa 30 minit. Jauh perjalanan kan dapat lihat banyak pemandangan. Aida sentiasa jadi bodyguard kami. Setiap Jumaat dia cuti,dapatlah ambil peluang santai santaikan diri duduk tepi pantai ni sambil rehatkan minda dia yang sering diuji dengan  acik acik mutawif mutawiffah dan bakal jemaah umrah yang  beraneka  ragam. Air laut tengah pasang. Angin sedang bertiup sepoi sepoi bahasa. Maaf ye maq dah cuba ambil gambar angin tapi masih tak kelihatan.😂 Dekat sini kalau ootd memang seronok. Kawasannya pun bersih. Maaf gambar tak banyak untuk buktikan kata kata maq tu sebab nak jaga privacy pengunjung. Sebetulnya kiri kanan ada orang...