Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2021

My babies A.M

 Assalamualaikum. Pejam celik ,pejam celik , cucu cucu maq dah membesar dah. Alhamdulillah... Sepertinya baru je dak Along nikah ( padahal tahun 2016 ) hehehe. Bawah ni cucu cucu maq buat masa ni ,babies A.M Ainul Mardhiah & Adam Muqri.  Maq saja nak simpan kat  sini buat koleksi keluarga. Ainul Mardhiah April 2018⬆️ Adam Muqri Jun 2021⬆️ Ainul Mardhiah & Adam Muqri hujung tahun 2021 ⬇️⬇️ semoga cucu cucu maq membesar dengan sihat dan cergas.Menjadi anak anak yang mudah dididik ,berjaya dikehidupan dunia&akhirat..aamiin

Soy Protein Nutrilite

 Assalamualaikum. Bismillah.. Bila umur dah masuk 50an,apa yang maq fikirkan ialah kesihatan dan penampilan. Alhamdulillah,pemeriksaan darah pada bulan 8/2021 menunjukan keputusan yang memuaskan  untuk  kolestrol tinggi dan tekanan darah tinggi maq.  Walau bagaimana pun ,maq masih perlu makan ubat dari KKM dan masih terus amalkan makanan sihat termasuk ambil supliment sebagai " top up" mana vitamin & mineral yang kurang.  Semua usaha ini untuk kesihatan dalaman terutama darah maq.Semoga keputusan darah semakin hari semakin memuaskan hasilnya. Inshaallah... Kalini maq fokus untuk otot wajah,otot jantung ,mata ,rambut dan kuku . Maq cuba pula ambil soy protein. Dah alang alang menjual ,kenapa tidak mengguna ,ye tak? harga pun masih mampu milik dengan potongan 20% untuk harga ahli. Balang percubaan pertama . Untuk sesuaikan dengan selera ,maq campur soy protein dengan serbuk coklat yang ada kat rumah ni ,tak lain tak bukan  " meelow " lah,rasanya memang wow! tip to

Lauk Orang Berpantang

  Assalamualaikum. Kalini maq nak kongsi antara lauk orang berpantang yang maq dah cuba masa Along berpantang bulan Jun lepas.  Jumpa kat facebook kalau tak silap. Maq simpan sini supaya boleh  jadi jariah kepada pemilik asal gambar ,inshaallah.. Sebenarnya lauk ni dimakan ikut hari harinya tapi maq lupa lah susunannya. Tapi biasanya untuk 1-7 hari berpantang,kita tak bagilah lauk yang berkari tu kan , sebab takut anak kena kuning. Bila dah 3 minggu berpantang baru boleh makan pejal seperti daging. Jaga orang czer berpantang  lagi kena hati hati sebab mereka tak boleh nak makan pejal pada minggu pertama tu,nasi pun kena lembikkan ( selang seli dengan bubur pun boleh ). Penjagaan makanan waktu berpantang bakal menjadikan ibu jadi lebih sihat dan cergas selepas berpantang . Inshaallah.. **awak yang nak diet tu boleh jugak try menu ni.

Masih Belum Boleh Move On

 Assalamualaikum. Bismillah... Siapa tu yang masih belum " move on "? Pastinya maqnie lah. Kehilangan anak buah kesayangan merupakan kejutan paling hebat buat maq secara peribadi. Anak saudara paling rapat sebab dia seorang yang sangat manja ,sopan tapi ceria.Mudah dididik oleh ibu ayahnya.Rindunyaa...😭 Dulu  dari baby sampai dia berumur 4-5 tahun, bila kami jumpa, salam dan cium pipi ,dahi serta hidung tu adalah habit kami.Ye,anak sedara lain takda nak buat macamtu kat maq ,kecuali Adam.. Maq akan peluk dan cakap , Adam kan anak mak long ...dan dia anggukan kepala jek tanda sudi jadi "anak" mak long dia.. Masa pergi umrah 2019,arwah lah yang jaga maq pengganti encik suami yang tak dapat nak sertai ibadah umrah asbab tuntutan kerja. Bila ditanya,Adam boleh jaga mak long ganti pak long? dengan pantas dia jawab " boleh" sambil tersengeh sengeh . Waktu tu umur Adam 11 tahun. Bila covid 19 melanda seantero dunia, kami dah mula berjauhan.Adam dah reti malu bil

Collagen peptides dari nutrilite

  Assalamualaikum. Bismillah.. Kalini Maq nak kongsi pasal produk yang baru setahun jagung dalam keluarga nutrilite. Produk ni dilancarkan pada tahun 2020  dipasaran Malaysia. Ia dihasilkan dari bahan semulajadi,berasaskan tumbuh tumbuhan. Collagen ?Nutrilite ada jual collagen? Kalau kecantikan yang related orang berumur mesti orang cari collagen sebab nak cepat sikit cantik. Kan? Okay, Jadinya jom sama sama kita fahami apa tu collagen supaya kita lebih bijak memilih. Collagen ni dia part of protein dan dia paling melambak dalam badan. Cumanya dia akan berkurang sikit demi sikit apabila umur cecah 25 tahun dan ke atas. Apa kebaikan COLLAGEN? • Kulit Sihat dan Bersinar  • Kuku Kuat  • Rambut Tebal & Berkilat  • Meningkatkan Metabolisme  • Melindungi Kesihatan Kardiovaskular  • Meningkatkan Pencernaan  • Menyokong Kesihatan Sendi Perisa campuran pear, nenas dan peach. So macam mana nak pilih collagen ni kan.  1) Collagen yang ada Peptides Collogen kena mengandungi 3 polypeptide chain