Skip to main content

Zikir menjelang peperiksaan

Assalamualaikum warahmatullahiwabarokatuh..

Salam penuh kerahmatan dari Nya. Pagi ini ramai sahabat yang berkongsi zikir dan amalan bagi ibubapa yang mana anak nya bakal menduduki peperiksaan . Yalah sekarangkan dah musim periksaan. Bawah ni maq copy paste antara yang maq dapat dari group whatsapp.

- Mak ayah yang ada anak nak tempoh peperiksaan Srai, upkk, upsr,pt3 dan Spm amalkan zikir ini kekuatannya dari asmaul husna....

(Rentetan perkongsian Ustzh Nurhafizah Musa, program di tg karang). kekuatan Asmaul husna.

Bacalah zikir ini sepanjang anak sedang exam ya..

🌹Allahumma 1x
Ya Alim Ya Hakim Ya Roshid. 40x
Bicara hati ,Ya Allah. Alirkan kebijaksanaan ke dalam minda anakku agar dia dapat menjawab dengan baik. 1x

🌹Allahumma 1x
Ya zohir 40x
Ya Allah kau nampakkan jawapan yang betul dalam minda ankku kerana Kau Maha Menampakkan  1x

🌹Allahumma 1x
Ya Fatah 40x
Ya Allah bukakanlah minda anakku seluas langit dan bumi agar dia nampak segala jawapan yang betul. 1x

🌹Allahumma 1x
Ya Baari'. 40x
Ya Allah aku serah seluruh jiwa raga anakku hanya kepadaMu utk Kau uruskan sebaik2nya sepanjang dia exam ini Ya Allah. Kau aturlah otak dan minda juga jari jemarinya utk menjawab dgn pimpinanmu Ya Hadi.

🌹Aku yaqin hanya kuasaMu shj Ya Allah.. aku tiada daya.. 1x.

Ulang dan ulang. Kalau anak exam 1 jam .. zikirlah. Bayangkan ank2 sedang menjawab dengan betul dan senyum. Pastikan anak2 ada dalam keadaan berwuduk masa nak pergi skolah. Kalau batal takpe.. mak ayah kena istighfar sepanjang exam ini juga ya.. Mudah2an perkongisan ini dirahmati Allah.

Dalam Al-Quran surah Al A' Raf.. ayat 180." Buka dan carilah apa Allah kata tentang Asmaul Husna... "

Salam sayang, buat semua calon SRAI, UPKK, UPSR, PT3 dan SPM 2018, Semoga beroleh kejayaan cemerlang.


Sekadar hiasan.

Namun perlu diingatkan, walaupun doa seorang ibu tiada berhijab , tak semestinya anak anak nak mengharapkan doa mereka sahaja. Pelajar juga kena berusaha , berdoa dan akhir sekali tawakkal. Lepaskan dulu gadjat yang dah jadi teman setia  selama ini. Abaikan isu isu remeh yang tak masuk dalam kertas soalan  peperiksaan. Fokus peperiksaan dulu. Jika anda dah bersedia ,inshaAllah ,pasti dipermudahkan semua urusan.


Maq teringat masa maq lepas SPM  pada 30tahun dulu. Masatu maq beria ria nak sambung belajar, kata maq kat ibu ,dapat masuk form 6 pun takpa, dekat dengan rumah dan maq akan berusaha lebih. Lagi buat maq teruja nak sambung belajar bila sorang kawan sekolah beritahu nama maq ada tersenarai dalam list pelajar pelajar yang layak sambung belajar, yang dipamerkan  dipapan kenyataan sekolah. Allahhu..

Malangnya permintaan maq ditolak. Maklum zaman kami dulu mana ada pinjaman PTPTN , pembahagian biasiswa pun pilih pilih. Yang results tak meletop ,takkan berjaya dapat. Lagi pun kami takada modal apa apa yang nak diguna sebagai permulaan pembelajaran tu. Maq ada 2 lagi adik yang bersekolah. Kata ibu :

" lebih baik awak kerja je , bantu kami . Kami tak mampu untuk sambungkan  persekolahan awak. Adik adik masih bersekolah , abah awak kerja pun tak menentu , mohon biasiswa sejak dulu pun tak pernah dapat. InshaAllah ,Rezeki awak ada ditempat lain je nanti."

Masatu maq tak kata apa apa lagi ...cuma ada sedikit rasa hampa dalam redha ... Allah , andai ini takdirnya dan ini yang terbaik untuk  aku dari Mu . Aku terima ..😔

Comments

Popular posts from this blog

Ujian Waktu Cuti Panjang

  Bismillah, Semalam 13/9, Maq dah start cuti mengasuh hingga 16/9. Tapi harini 14/9 Kami bertiga terpaksa ke klinik asbab diuji demam batuk dan selsema.Klinik pilihan kami pastinya Klinik Zainab. Aida dapat mc 2 hari kerana doktor kata ada jangkitan kuman dalam darah.Darah putih lebih dari darah merah.Aida perlu berehat secukupnya dan jangan lupa makan ubat. Maq macam biasalah ,walaupun batuk batuk tetap jugak kena uruskan 'pesakit pesakit' yang lain. Balik dari klinik terus Pasang EO dalam ruang rehat kami. Eo Cengkih,lavender & haruman kasturi Asma' Harun bergabung. Menu makan tengahari,Bubur nasi dan ayam goreng kunyit untuk santapan pesakit. Masa nak makan tuangkan kicap jalen manis sikit.Yummy!! pesakit makan berselera.Bertambah tambah nasi. Ramai kata sekarang ni musim demam,masa di klinik tadi pun semua yang nak dapatkan rawatan pun asbab demam. Moga sakit ini dapat menghapus dosa dosa masa silam,Aamiin... Teruskan berselawat wahai umat Nabi Muhammad ,kitalah um...

Done booster ?

  Assalamualaikum. haaa..done booster 6/1/2022 kat Bp Mall .So apa cerita ? Jom throw back kisah silam itu hehehe padahal baru seminggu lepas . Temujanji maq pukul 6 petang, Temujanji encik suami pukul 11.30 pagi. Kalau encik suami disuntik dulu lepas tu tangannya sakit ,siapa nak hantar maq petangnya ? Dan satu dunia tahu ,maq tak reti drive. Solusi : maq pergi je awal ,sama dengan waktu temujanji encik suami. Semasa dalam perjalanan nak ke bp Mall, maq dah doa banyak banyak supaya tak kena halau dengan petugas kat PPV tu sebab datang lebih awal dari waktu yang diberi. Alasan maq : petang nanti takda sapa nak hantar saya..encikk.. OK ! alasan diterima. Terus dapat nombor giliran. Encik suami pula yang tertinggal kat belakang ,dia dapat nombor 1334. Puncanya mysejahtera dia loading macam siput. Lainkali gunalah umobile,barulah line laju macam kuda! 🤭 06/01/2022 - semua warganegara sahaja yang ambil vaksin booster pada hari tersebut.   Okey jugak sebab sebelum ni ada informer ...

Rindu Yang Tak Mungkin Padam

  Bismillah, 12 Rabiul Awal 1447. Biarlah apa pun yang diperkatakan tentang tarikh keramat ini , kami akan setia merindui mu yaa Rasulullah.Terima kasih membawa islam dan semua kebaikannya kepada kami. Perbanyakkan Selawat Ke Atas Rasulullah. اَللّهُمَ صَلّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلٰى اٰلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ 𝐀𝐋𝐋𝐀𝐇 𝐇𝐔𝐌𝐌𝐀 𝐒𝐎𝐋𝐋𝐈𝐀'𝐋𝐀 𝐒𝐀𝐘𝐘𝐈𝐃𝐈𝐍𝐀 𝐌𝐔𝐇𝐀𝐌𝐌𝐀𝐃 𝐖𝐀𝐀'𝐋𝐀𝐀 𝐀𝐀𝐋𝐈𝐈 𝐒𝐀𝐘𝐘𝐈𝐃𝐈𝐍𝐀 𝐌𝐔𝐇𝐀𝐌𝐌𝐀𝐃 "Ya Allah, Limpahkanlah Rahmat Kepada Nabi Muhammad Dan Kepada Keluarga Nabi Muhammad." Miss you yaa Rasul Allaah 😭

Ulasan Mantan Menteri Agama Tentang "penjenamaan Semula Tabung Haji"

Bismillah, Di bawah ini maq kongsikan penulisan mantan menteri dijabatan perdana menteri bahagian hal ehwal islam - Dato' Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri mengenai isu tabung haji & penjenamaan semula. Maq memang hormati beliau ni sejak dulu hingga ke hari ini,inshaallah.Seorang yang berakhlaq baik dan ilmunya padu. POLEMIK PENJENAMAAN SEMULA TABUNG HAJI 1. Tabung Haji (TH) lahir daripada ilham besar Profesor Diraja Ungku Aziz untuk menghimpunkan simpanan umat Islam di Malaysia, lalu dipayungi undang-undang agar urusan ibadah haji mereka terjamin. Sejak 1963, ia berdiri sebagai institusi kebanggaan negara yang menggabungkan urusan kewangan dengan roh ibadah.  2. Penjenamaan semula adalah sebahagian usaha mengekalkan daya saing dan imej global. Kali terakhir penjenamaan dan penambahbaikan logo dilakukan ialah pada tahun 2009. Namun, apa pun bentuk perubahan, ia mesti berpaksikan kepada maruah agama dan keyakinan umat. 3. Semasa saya menjawat jawatan Menteri di Jabatan Perdana M...

Iltiqa' Sakinain

-Apabila Tanwin bertemu Hamzah Wasol Assalamualaikum. Sedikit perkongsian tajwid dalam Al Quran. Sebenarnya ramai orang akan terus baca ayat yang berbaris tanwin itu tanpa sedar bahawa sebenarnya bacaan pada ayat tersebut perlu ditambah 'nun baris bawah'. Contoh bagi  Tanwin ( baris 2 bawah pada huruf zal) Hamzah wasol ( tanda bulatan diatas huruf alif selepas huruf zal )  "Apabila Tanwin bertemu dengan Hamzah Wasol, maka Tanwin tadi dibaca dengan satu baris dan ditambah Nun Berbaris Bawah." Kalau kita perasan, nak bunyikan ayat dalam bulatan tu pun agak janggal. Tapi, kalau takde ilmu, kita main hentam jelah nanti. Ada 33 tempat di dalam Al Quran yang perlu ditambah dengan 'nun baris bawah'. Ambil pen dan  tandakan sendiri tau: Muka Surat 27 Surah Al Baqorah Ayat 180 Muka Surat 151 Surah Al A’raf Ayat 8 Muka Surat 170 Surah Al A’raf Ayat 158 Muka Surat 172 Surah Al A’raf Ayat 164 Muka Surat 173 Surah Al A’raf Ayat 177 Muka Sura...

Tak Mampu Nak Buat ,Pilihlah Diam

  Bismillah, Sejujurnya Maq dan Encik suami masing masing masih lagi mempunyai ibu.Apapun kami tak berpeluang untuk jaga mereka dirumah kami.Masing masing ada alasan tersendiri dan kami pun terima kenyataan itu dengan penuh kesedaran. Kalau dipihak encik suami, ini pendapat beliau waktu maq tanya kenapa tak nak bawa ibu beliau kerumah kami ; "Diri awak sendiri pun asik keluar masuk klinik,mana nak uruskan cucu yang 2 orang tu lagi,nak uruskan rumahtangga,nak uruskan makan minum saya,nanti macamana awak nak uruskan emak saya?Biar saya yang akan balik kampung tengok mak saya.Awak uruskan je rumahtangga dan jaga budak budak." Kalau tak silap,kali terakhir kami dapat jaga ibu ibu kami tak silap pada tahun 2022. Encik suami pun baru je beberapa bulan sembuh dari masalah kesihatannya. Sebelum ni beliau diuji dengan slip disc sebelum tibanya hari raya korban yang lalu.So setiap langkahnya pun masih lagi dengan langkah berhati hati. Ibu Mertua Maq💕 Ini gambar lama waktu kami sambut ...

BMI Jadi Syarat Kesihatan Jemaah Haji 2026

  Bismillah, Maq dapat info ,BMI sudah menjadi salah satu syarat baharu pada saringan kesihatan jemaah haji untuk tahun 2026. Katanya mulai tahun 2026,BMI 37.5 atau lebih akan dikira gagal dalam saringan kesihatan. Jagalah kesihatan dan berat badan mulai sekarang. Jom kira BMI anda di  BMI Calculator