Skip to main content

Posts

Tips Nak Dapat 190 Pahala Dengan Mudah

  Bismillah, Mungkin ada yang dah tahu tips yang dimaksudkan pada tajuk entri maq kalini. Tapi untuk mereka yang belum tahu atau yang dah ingat ingat lupa.Jom amalkan tips ini. Cara untuk dapatkan 190 pahala dalam sekelip mata ialah dengan membaca ayat dalam gambar dibawah ini. Satu huruf yang disebut dalam Al Quran ,Allah dah janji akan diberi 10 pahala.So bila baca bismillahirohmanirohim dalam huruf hijaiyiah ( huruf dalam quran) bismillah itu ada 19 huruf.Korang buatkan je kiraan matematik (19x10 =190) so sekelip mata 190 pahala dah transfer ke akaun pahala korang! Seronok kan? Itu untuk sekali bacaan.Kalau setiap perbuatan kita mulai dengan bismillahirohmanirohim? Nak duduk ,baca Nak tidur ,baca Nak keluar rumah,baca.. Menyapu ,baca Memasak,baca Makan ,baca Minum,baca Pegang fon,baca  Senang cakap ,semua perbuatan dimulai dengan bismillahirohmanirohim. Setiap hari,sepanjang usia.Korang rasa berapa juta pahala korang boleh kumpul ek?Buanyaaaakkk tu!Masyaallah.. Allah maha b...

Start Brisk Walk Untuk November

  Bismillah, Alhamdulillah dengan izin Allah,setelah beberapa ketika tak dapat nak brisk walk. Harini 09/11/2026 dengan izin Allah,akhirnya dapatlah kami aturkan langkah brisk walk kami semula. Pukul 6.35am Maq dan encik suami dah sampai dilokasi.Rindu sangat suasana kat sini actually 😢 Alhamdulillah,cukuplah hasil jalan jalan untuk permulaan bulan November ini. Selain dapat keluarkan peluh peluh malas, dapatlah jugak melepaskan rindu pada bau pokok pokok ,suara burung burung dan menghirup udara segar dikawasan tasik "kenapa" .❤

Kenyataan Lembaga Tabung Haji Berkaitan Badal Haji

  Bismillah, TH TIDAK MENGIKTIRAF MANA-MANA PENGENDALI BADAL HAJI Lembaga Tabung Haji (TH) menegaskan bahawa TH tidak pernah memberikan pengiktirafan atau sokongan rasmi kepada mana-mana pengendali perkhidmatan badal haji.Dakwaan sebaliknya oleh mana-mana pihak di media sosial adalah tidak benar dan mengelirukan. Orang ramai dinasihatkan menyemak kesahihan dakwaan melalui saluran rasmi TH. TH berhak mengambil tindakan sewajarnya terhadap penyalahgunaan nama dan logonya. Sumber : page  Facebook Tabung Haji

Tips Sekiranya Berlaku Serangan Nuklear

  Bismillah, Jika anda rasa post ini penting,boleh teruskan bacaan.Dan jika rasa tak perlu,abaikan sahaja. Televisyen negara Iran telah mengeluarkan amaran kepada warganegara mengenai apa yang perlu dilakukan sekiranya berlaku serangan nuklear: *Jangan melihat cahaya terang daripada letupan itu. *Jika anda berada di luar dan tidak dapat segera masuk ke dalam bangunan, berlindung di sebalik penghalang, baring di atas tanah, dan lindungi kepala serta wajah anda. *Selepas gelombang kejutan berlalu, masuk ke dalam bangunan terdekat; jangan berada di luar untuk menonton atau merakam, dan jangan mencari perlindungan di dalam kenderaan. *Setelah berada di dalam, menuju ke tingkat bawah atau bahagian tengah bangunan, jauh dari tingkap dan dinding luar. *Tutup semua pintu dan tingkap, dan matikan penghawa dingin atau sebarang sistem pengudaraan yang menarik udara dari luar. *Jika anda telah terdedah kepada persekitaran luar, tanggalkan pakaian luar anda tanpa menggoyangkan sebarang habuk da...

Rindu Nak Brisk Walk

  Bacaan ipu untuk pukul 1 tengahari tadi Bismillah, Biarpun kualiti udara Batu Pahat masih tahap sederhana,Maq tak kira,harini kami dah mula briskwalk semula.Ye,biasanya yang degil ni memang orang tua.Kalau budak budak tu taklah degil sangat macam ni haha. Dah boleh nampak langit dan awan pun ,hati dah teruja kemain.Rasa nak melompat terus keluar berjalan kaki.Tak lama pun, 30minit jek. Tapi lepas maghrib tadi,bila check ipu sekali lagi. Aduhhai...memain la ek. Esok tak menjanjikan apa apa yang pasti.Kualiti udara belum betul betul sihat 100% lagi. Wargaemas macam Maq tak bagus bernafas lama lama dalam jerebu.Lebih lagi bila dalam keadaan bergerak laju dengan pernafasan yang laju jugak. Hasbunallah wane'mal waqeel❤

Tambah Ilmu Dalam KAH 2026

  Bismillah, Bermula 4 Oktober 2026 hingga minggu akhir Disember 2026, pada setiap hari Ahad,Maq akan menyertai kursus asas haji yang dianjurkan oleh Lembaga Tabung Haji.Maq dah dapat tawaran haji ke? Belum. Tujuan asal Maq join,semata mata nak tambah ilmu tentang ibadah haji & umrah.Tapi bila petugas Tabung Haji Batu Pahat beritahu ,Maq dah layak untuk buat rayuan haji. Maq pun buatlah jugak rayuan tu pada 2 Oktober 2026.  Sajalah nak mencuba nasib.Manalah tau ada rezeki berpihak kat Maq.Maq juga yakin pada rezeki yang Allah dah aturkan sejak azali. Sekarang ini masa untuk Maq berusaha tambah ilmu dan merayu kat Allah.Bila kita sudah usaha,selebihnya serahkan semua kepada pemberi rezeki. Moga Allah Makbulkan semua hajat & doa hambaNya yang banyak dosa ini... Masani Maq baru je sampai masjid,niat beriktikaf dan menuntut ilmu kerana Allah.Kursus mula pukul 8.30pagi -12.00tengahari Masani pulak kami dah selesai berkursus.Next week jumpa lagi.Maq bagi ruang sahabat muslim...

Team Blogger Hantar Email

  Bismillah, Sekarang  'Blogger' dah ada berbagai syaratnya. Baru baru ni Maq dapat email dari team blogger yang menyatakan beberapa video Maq akan dihentikan penyiarannya sebab tak menepati etika blogging. Yang lawaknya Maq sendiri pun dah lupa video tu tahun bilakah Maq post.Entah entah zaman Maq baru nak menapak dalam dunia blogger 14 tahun dahulu.Masatu, lepas taip entri terus post. Bukan ambil tahu hukum hakam dan tata tertib Blogging pun.My bad. Team blogger kata maq boleh je 'request' untuk dapatkan semula video video tu kalau Maq nak.Diaorang ada bagi link. But the simple answer from Maq is , taknak! majok ah! Team bagi tempoh sebulan untuk Maq buat 'request'. Ishh no need la,you nak delete ke ,nak simpan ke,it's okey.Maq tahu memang takda benda yang kekal kat dunia ini.Semuanya bersifat sementara sahaja.Okey, i'm fine ❤ Okey maklom,terima kasih