Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2021

Bukit Perdana ,Batu Pahat 24/8/2021

  Assalamualaikum. Hujan lebat turun sejak pukul 5.00pagi tadi. Berlarutan hingga siang ni dan sekarang hujan dah mula berhenti tapi mendung masih berlabuh dikaki langit. Menyusuri laman sosial whatsapp selepas masak tadi. Alangkah terkejutnya bila masuk group taman . Innalilahiwainnailaihirojiiunn... Beberapa kawasan tanahnya telah terhakis ,tanah ditebing kolam dah mula melungsur akibat air yang semakin melimpah. ⬆️Jalan keluar untuk ke jalan Tanjung Labuh ( ini jalan pintas ,biasa digunakan oleh penunggang motosikal ) ⬆️Tebing kawasan loji tanah dah mula terhakis.Ini adalah tasik lama yang pemaju jadikan sebagai loji kumbahan penduduk taman. ⬆️Ikan puyu dah berenang memasuki kawasan tepi rumah penduduk.Ini belaku disebelah kawasan loji kumbahan atas tadi. Apa yang bermain diminda maq sekarang , bila teringat ikan puyu didarat,maq teringat peristiwa Di Gunung Jerai,Yan pada 18/8/2021 yang lalu..kejadian ikan ikan puyu panjat tebing menuju Surau Sulaiman di Tanjung Karang ,Selangor .

Pfizer ,EO dan Encik suami

 Assalamualaikum. Hari Rabu ,bersamaan 11 Ogos 2021. Maq ikut encik suami ke pusat ppv, di Uthm,Parit Raja. Ini dos ke 2 untuk beliau. Kat Dewan Sultan Ibrahim ,Uthm ,Parit Raja,Batu Pahat. Maq tunggu sini jek. Ntah kenapa kalini beliau ajak maq teman pergi vaksin. Haritu dos pertama elok je pergi sorang.  Ambil gambar kat tempat parking. Kenapa? Dikawasan photobooth vaksin tu orang ramai sangat bergambar,encik suami tak selesa. Selepas beberapa hari beliau lengkapkan vaksin Pfizer ,kesannya cuma badan ada dedo dan demam sikit. Tapi  bila maq buat mandian guna EO lemon dari young livings tu , beliau kata rasa dedo tu hilang dah. Alhamdulillah ,sekarang beliau dah aktif  seperti biasa. Tentang pfizer. Semalam 14/8/2021- beliau hantar maq pulak ambil vaksin dos 2 ditempat yang sama. Semoga vaksin ini beri kebaikan buat kami didunia dan diakhirat. Apapun harini 15/8/2021 badan maq rasa seram sejuk .Hingga saat entri blog ini dipostkan disini. Satu badan rasa hangat dan kepala rasa berat..

Kena Prank dengan Ainul

  Assalamualaikum . Ainul Mardhiah , cucu perempuan pertama maq. kejap je Ainul dah berumur 3 tahun. Gelagat dia semakin mencuri perhatian kami .Lebih lagi semenjak dah dapat adik. Rajin sangat make up kan muka adiknya. Adam Muqri terpaksa redha je apa kakak buat. Katanya waktu ni mama mereka tinggal kan kejap untuk mandi. Masyaallah..kesian lahai si adiknya tu.. Baru baru ni kami ,tok mak ,angah, usu kena prank dengan Ainul Mardhiah. Berpeluh jugak dahi  dibuatnya . Dengar video ni. Maaf kalau ada suara suara sumbang yang kedengaran. Masa tu memang tokleh nak kawal keadaan yang mana ,kami terpaksa ulang soalan Ainul berkali kali tapi masih gagal nak jumpa jawapan. Ainul selalu buat kami terhibur.Selama 3 tahun disamping Ainul ,inilah  pertamakali kami kena prank , 😂. Membesar dengan sihat ye sayang.  Semalam Ainul sempat berselfie dengan tok mama,Adam Muqri  dan adik sepupunya Arryan. Tok Mama ( puan besan) 💕

Test Paru Paru

  Assalamualaikum. Selamat pagi, Alhamdulillah diberi peluang sehari lagi diatas muka bumi ini. Ada sepotong kata nasihat dari Maq buat diri sendiri dan buat readers jugak. Jom kita test paru paru kita .Lama sangat bermask,berkurung dalam rumah,apa khabar kah dia? Ok ! Tarik Nafas dan Tahan, klik Video kemudian Lihat Bola merah berpusing dan kira putarannya sampai Angka Berapa Anda kuat menahan nafas ⬇️  *Angka 2   : Paru2 Anda Normal.* *Angka 5   : Paru2 Anda Kuat.* *Angka 10 : Paru2 Anda hebat/Super.*  Kalau boleh sampai Angka 5 saja, bererti Paru paru Anda bersih dari Kuman dan Virus.  Orang yang bergejala Corona, sampai Angka 2 sahaja dah terlepas nafas .  Waallahu a'lam.. Selamat mencoba dan semoga bermanfaat.. copypaste*