Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2021

Jun 2021- semoga dipermudahkan

  Assalamualaikum Free sikit harini .Boleh lah menaip.Rasa rindu sangat nak membebel diblog sendiri. Esok 1 Jun 2021 - total lock down 3.0 . Katanya berkuatkuasa  untuk semua rakyat Malaysia. Tapi bagi maq ,ianya tidak seketat lockdown PKP 1.0 lalu. Apapun biarlah itu hak kerajaan yang tentukan.Sebagai rakyat biasa, kita selayaknya ikut jelah. Jun 2021 - sekali lagi hati maq diburu rasa risau. Inshaallah dalam seminggu ni , Along bakal melahirkan anak keduanya. Kalau Ainul Mardhiah dulu lahir secara Czer ,kalini doktor sarankan along lahirkan secara normal.Alasan? Baby belum 4kilogram ,so Along boleh bersalin normal. Yang buat maq risau. Along ada asma yang tidak teruk tapi kadang kadang ia datang,lebih lagi bila along terlalu penat buat kerja harian. Kami sekeluarga baru tahu ,hempedu along ada beberapa biji batu karang.Ianya dikesan sewaktu along buat scan baby diklinik swasta masa awal pregnant dulu. Tapi bila along beritahu doktor kat KK Batu Pahat ,doktor kata : " semua orang

Hari Raya PKP 3.0

Assalamualaikum Salam Hari Lebaran buat semua. Bagi maq sambutan aidil fitri 1442 hijrah ini lebih sunyi berbanding aidilfitri 1441 hijrah lalu.  Pada tahun ini hanya kami bertiga menyambutnya diawal pagi raya tadi. Kami redha.. Hari raya PKP 3.0 amat terkesan bilamana kegembiraan raya itu disulami dengan berita berita  penderitaan saudara muslim  di Palestin yang senantiasa dimuat turun disemua media dan laman sosial.Mereka sebenarnya  jauh lebih menderita daripada kita yang cuma tak dapat keluar rumah untuk beraya ziarah saudara mara dan rakan taulan. Bersyukur dengan apa yang kita ada saat ini. Alhamdulillah... Semoga Allah melindungi semua umat Muhamad diatas mukabumi ini.  Hapuskan musuh islam.  Hapuskan pengkhianat bangsa dan agama.  Hapuskan nafsu yang selalu merasuk diminda. Video raya peribadi. Saja edit sebab nak elak mata dari tidur lepas makan ketupat,😂.Dah kurang kerja lah tu! Tajuk : yang jauh kita dekatkan. 

Raya PKP tahun ke 2

  Assalamualaikum. Lagi 2 hari ramadhan pergi. Tapi malam ni negara digemparkan dengan berita ini. Ramai kecewa sebab masing masing dah pun buat persiapan hari raya. Ramai tu termasuklah maq. Kuih raya dah beli tapi takda tetamu yang boleh datang rumah. Masa PKP 1.0 istihar PKP serentak dilaksanakan so ibubapa yang ada anak anak kecil tu takdalah nak buat persiapan beria sangat. Tapi tahun ni ,pengistiharian PKP dah last minute, fuh...dugaan sangat dah ni.. Namun bila difikirkan semula... kita kat Malaysia ni cuma tak dapat beraya je tapi lain lain urusan ,kita masih lagi tenang dan selesa.Cuba tengok rakyat Palestin ,nak solat pun susah,apatah lagi nak tidur lena atau nak sambut hari raya.  Pernahkah kita terfikir untuk  rasa bersyukur ? Raya PKP 2021, Okey...Raya PKP 3.0- Just stay at home dan makan kuih raya sambil selfie ..Alhamdulillah 💕