Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2019

Kalau

"Kalaulah kita tahu tarikh bila kita akan mati , mungkin kita dah takut dah nak buat dosa lagi  lepasni... "

Singgah Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah

Assalamua'laikum. Dalam banyak tempat  menarik yang ada kat Malaysia ni, ada banyak juga yang maq teringin sangat nak pergi tapi masih belum terlaksana oleh ku, heee.. Antara bangunan indah yang berhajat sangat maq nak masuk ialah masjid. Antaranya : Masjid Kristal , Terengganu. Gambar dari google. Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,Shah Alam. Gambar dari google. Mungkin anda sudah sampai dah ,tapi maq masih lagi mencari peluang. Kalau dulu nak sangat masuk masjid Sultan Abu Bakar di JB dan Masjid Negara. Alhamdulillah masa zaman sekolah dulu dah masuk dah. Cuma situasi masuk masjid dizaman sekolah feel dia tak sama dengan feel masuk masjid dizaman dah jadi wargaemas ni. SubhanAllah , seronok campur syahdu , Allah je yang tahu. Allah maha mendengar. Allah maha mengetahui. Allah maha pengasih dan penyayang. Alhamdulillah pada 6Julai 2019- semasa dalam perjalanan nak ziarah arwah makcik encik suami di seksyen 17 , kami tiba di Shah Alam pada pukul 5.30p

Hadis Palsu

Assalamualaikum. "Lelaki dicipta dengan 9 akal: 1 nafsu, perempuan dicipta dengan 1 akal: 9 nafsu". Palsu, ini bukan hadis. Tidak ada asalnya sama sekali dalam mana-mana kitab hadis bahkan dakwaan yang kata ianya ucapan Rabiatul Adawiyyah kepada Hasan al-Basri juga tidak ada sumber sahih.- Twitter Ad-Dien @AdDien90 - Dato Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri Sebagai umat islam ,kita kena hati hati dengan hadis  hadis palsu yang banyak beri kesan negatif kepada masyarakat dan umat islam.  Rupanya banyak dah hadis palsu berleluasa digunakan oleh masyarakat terutama umat islam di Malaysia sejak dulu. Jika anda nak tahu lebih lanjut tentang hadis hadis palsu ,cari kat twitter #AddienHadis inshaallah ustaz ada kongsikan.. Biar tahu dari keliru 💕

Simptom yang keliru

Assalamualaikum. Mungkin tak semua orang selesa dengan entri maq kalini. Ianya lebih pada sistem perubahan usia wanita. Jika anda lelaki , dan anda rasa tak layak ambil tahu. Anda boleh berhenti membaca  hingga disini sahaja.  ⛔ Okey.. Bila dah lebih setahun lebih maq alami situasi ni . Dimana tempuh period maq berpanjangan hampir 15hari setiap bulan. Tindakan awal maq buat adalah buat rawatan di klinik Kerajaan.  Rasanya Maq pernah buat entri pasal ni. Kenapa maq pilih klinik kerajaan. Kenapa tidak diswasta jek? Pertama : klinik kerajaan biarpun pesakitnya ramai dan maq terpaksa tunggu lama, tapi rawatan yang maq dapat sangat detail. Ramai doktor pelatih yang akan beri banyak soalan dan beri maq banyak penerangan. Secara ringkasanya, maq rasa layanan sangat sempurna.  Bila maq ada buat kesilapan pada pemeriksaan pertama haritu, doktor tak marah atau bising bising  pun tapi dia pulak yang buatkan maq surat untuk temujanji nak ambil darah semula. Kedua : biarpun tujuan awal

Kamu dan Sesaorang

"Jika kamu ingin memuji seseorang, pujilah di belakangnya. Nescaya, dia selamat daripada sifat riak dan takabur. Jika kamu ingin menegur seseorang, tegurlah di hadapannya. Nescaya, ia bukan mengumpat."

Hargai Sesaorang

' Hargai sesaorang tu ketika dia masih ada ,jangan bila dia dah takda baru kita nak menghargai semua kebaikan yang dia dah buat untuk kita.'

Coklat Bar homemade

Assalamua'laikum. Minat makan coklat? Orang perempuan pastinya pengemar coklat paling setia, termasuk maq ! Nak makan coklat tanpa rasa was was ? Hebatnya kamu, yakinnya kamu hehe.  So apa lagi marilah kita buat sendiri. Kalau maq kata coklat ini sedap itu maknanya  coklat homemade ini memang  betul betul sedap ! Swear🙋 Bahan bahan yang kena beli . Pesan maq : janganlah mintak kat jiran pulak ,malu nanti .. Coklat masakan jenama Berlys (milk) . Coins boleh ,bar pun boleh. Maq guna coins milk sebab cuma itu je yang ada dalam simpanan. Maq tak cadangkan brand lain sebab setakat ni brand berlys je coklat masakan yang maq rasa sedap. Kacang Badam. Maq beli 200gram lepastu bakar kat oven dalam 8minit pada suhu 150'. Tu oven maq ,oven anda mungkin lain sikit kot. Tapi pakailah suhu biasa biasa je.. Jangan terlalu panas, nanti hangusss. Lepastu sejukan ,lepastu tumbuk kasi hancur. Ingat ,hancur je bukan kasi lumat . Bebaik karang jadi sambal kacang pulak! Emping j

Mukjizat Al Quran

Share: Prof Dr Delfitri Munir *MENGAPA SAAT BACA AL QUR'AN DISARANKAN UNTUK BERSUARA?* Mahu Sihat?Baca terus Al Quran, sel Kanser pun akan bunuh diri. Pengaruh Tilawah terhadap kesihatan tubuh. Masya Allah, Bukti-bukti ilmiah Al Qur'an sudah nampak di akhir zaman ini, kemukzijatan Al Qur'an sudah di ketahui dunia saat ini dan membuat mereka para saintific terpesona atas keilmiahan dan kemukjizatan Al Qur'an tersebut. Prof. Dr. Suzane Moore PhD telah merilis dalam journalnya, ia berkata : ini sebuah kitab yg menakjubkan kerana terbukti kemukjizatannya, ia telah memperlihatkan bagaimana Al Qur'an merupakan sejenis ubat penyakit manusia. Suara yang keluar dari tilawah seseorang akan melayang ke udara dan kemudian masuk melewati telinga dan seterusnya di serap oleh tubuh, kemudian ia masuk ke sel-sel yang ada dalam tubuh kita.Suara yg terdengar dgn irama dan frekuensi tertentu mengandungi informasi spesifik sehingga dapat memberi rangsangan kepada sel-

Sambut birthday di De Lynn Bistro

Assalamua'laikum. 7Julai lalu , anak anak dan encik suami bawa maq ke sini sempena birthday maq.  Di De Lynn Bistro. Alamat De Lynn Bistro Ini pertama kali maq ke sini. Tempat yang agak menarik untuk meraikan apa jua event. Suasana selesa dan ceria. Menu barat , timur dan selatan ,semua ada hehe. Tapi pada malam tu kami nak makan shellout je sebab dah lama jugak kami tak makan makanan laut selain ikan. Sebab masing masing nak jaga kesihatan maq yang kononnya suspek kolestrol tinggi, padahal okey jek kolestrol maq tu. Hasil ujian darah yang kedua telah beri jawapan yang mana  tahap kolestrol maq dalam keadaan  elok  elok saje , Alhamdulillah.. Eh terlajak cerita pulak hehe. Pasal De Lynn ni , owner dia orang muda belia ( melayu dan muslim ) . Pekerja pun terdiri dari muda mudi yang elok je penampilannya. Maq suka! Makanan pula memang sedap. Air pun sedap . Dan bagi mereka yang ada di daerah Batu Pahat dan dikawasan kawasan yang sewaktu dengannya ,boleh la try ke sini.

Penawar Dari Al Quran

Assalammua'laikum. Ustaz kongsikan ,maq panjang panjangkan perkongsiannya. Actually banyak dah surah Al Quran yang maq dah praktikkan bila maq sakit atau anak anak maq sakit. Betul , al Quran itu mengandungi banyak penawar kepada semua umat islam. TIAP TIAP PENYAKIT ADA UBATNYA KECUALI MATI. *Demam Panas* 1. Surah al-Fatihah 2. Ayat Pemecah Kebuntuan {al-Hasyr : 21-24} 3. Doa {Bismillahil Kabir ...} 4. Doa Penyejuk *Selesema* 1. Surah al-Fatihah 2. Selawat Syifa' 3. Doa Penghilang Sakit {Baca 7X} 4. Doa Penyejuk *Penyakit Kulit* 1. Surah al-Fatihah 2. Selawat Syifa' 3. Selawat Tafrijiyyah 4. Doa Penghilang Sakit {Baca 7X} *Sakit Kepala* 1. Surah al-Fatihah 2. Selawat Syifa' 3. Doa Sakit Kepala {al-Waqi'ah : 19} 4. Doa {Bismillahil Kabir ...} *Sakit Sendi* 1. Surah al-Fatihah 2. Selawat Syifa' 3. Ayat Pemecah Kebuntuan {al-Hasyr : 21-24} *Sakit Mata* 1. Surah al-Fatihah 2. Selawat Syifa' 3. Selawat Tafrijiyyah 4. D

Tak reti baca Quran tapi boleh dapat pahala?

Assalamualaikum. Sebelum tidur, kalau dapat layanlah kejap satu atau dua ceramah agama. Kerana ilmu yang disampaikan akan kita bawa dalam minda dengan tenang. Kalau mimpi pun ,inshaallah mimpi yang baik baik je kot .. Maq suka tonton ceramah ustazah Asma Harun  terutama sebelum maq tidur. Anda pun sama kan? Peminat setia ceramah ustazah Asma Harun jugak kan?Kalau kawan kawan sekolah maq ,terutama lelaki, mereka kata Ustazah Asma tu comel ,sebab tu mereka suka tonton video video ustazah. Pada maq memang pun beliau comel dan banyak ilmu. Penjelasan ustazah padu dan mudah untuk dipahami.  Lihat saja komen disetiap video ustazah di youtube. Semua netizen  memuji kebijaksanaan ustazah Asma dalam semua sudut. Maq tertarik dengan satu nasihat ustazah kepada mereka yang betul betul tak reti baca al Quran. Mereka yang dah berusaha mempelajari tapi masih tak boleh nak baca. Kata ustazah : "Kalau kita memang betul betul tak pandai baca Quran,belajar berkali kali pun dah tak boleh

Perbezaan Selepas Setahun

Assalamualaikum. Jumpa gambar raya anak anak maq pada tahun 2018. Masa tu Ainul baru berumur 2bulan. Masa tu mama Ainul baru lepas pantang. Masa tu mak usu Ainul berumur 16tahun dan Mak Ngah Ainul berusia 23tahun. Lepastu maq bandingkan dengan gambar raya mereka pada tahun ini. Tahun 2019. Apa kejadiannya? Selepas setahun , semuanya dah mengembang ! hehe.. Alhamdulillah. Inilah harta maq dunia dan akhirat ,inshaallah 😭 Allahhumma Ya Hafiz ,Ya Muhaimin. Ya Allah ,Yang Maha Menjaga ,Yang Maha Memelihara. Jagakan anak anak dan cucuku dan peliharakanlah mereka dengan sebaik baik peliharaanMu walau dimana mereka berada.  Aamiin yaRobbal a'lamiin..

Petua Zaman Maq Kecil

Assalamualaikum. Agak agaknya yang dikata zaman maq kecil tu tahun bila lah ye? Maq rasa ramai dikalangan anda belum lahir lagi masa tu , hehe. Petua petua yang  menjdi amalan di zaman maq kecil ini kekadang bila difikirkan semula sepertinya tak masuk dek akal ,tapi itulah amalan kami dulu kala.. Fuh macamlah maq hidup dizaman purba pulak , hiks 🙊 Nostalgia 1978- pegang tabung unta 😂  rambut potong senget kat dahi tu anggaplah itu adalah fesyen Petua 1 : bila semut masuk dalam telinga ,nak buat apa? Haa kalau semut masuk lubang telinga  belah kiri, tutuplah lubang telinga belah kanan, dan kalau semut masuk  lubang telinga kanan ,tutup lubang telinga belah kiri pulak. Inshaallah semut akan keluar , sebab katanya laluan dah diblock , so dia terpaksa buat u turn,  undur  kebelakang dan undur ,akhirnya terkeluar dari lubang telinga. Mujarab ke petua ni ? Ye , Lulus !! Macam tak logik kan? Maha suci Allah.. Petua 2 : tercekik tulang ikan ketika sedang  makan. Nak buat ap

Doa Amalan Neelofa

Assalamualaikum. Maq jumpa doa atas ni kat twitter. Budak budak twitter seronok mengedit doa ini. Macam macam pattern mereka edit doa panjang ini. Mereka kata Lofa amalkan doa ini , siapa yang tak percaya , diaorang suruh masuk instagram  naurashares.   . Dan , ye memang  betul ada! Ok , benda baik tak salah dikongsi... Nota maq : berdoalah yang baik baik kerana itu  sesuatu yang sangat baik. Kerana apa yang kita dapat dalam hidup ini  datangnya dari doa doa kita dan doa dari orang lain untuk kita. Inshaallah ❤

Tips Pilih Buah Oren Sunkist

Assalamuaikum. Anak maq nombor 2 tu suka makan oren. Maklom orang berdiet, hari hari nak makan buah buahan. Tapi bila dia pergi beli oren, dia akan call maq bertanyakan ,mana satu oren yang manis. Maq pun kadang  tak pasti oren tu manis ke masam kalau cuma tengok luaran . Lainlah dah rasa ,masa tu boleh lah beritahu mana satu masam ,mana satu manis,kan? hehe. Alhamdulillah , Maq terjumpa satu page viral  yang ada berkongsi tips beli oren sunkist.  Cuba peratikan gambar bawah ni. Tengok bahagian bawah oren sunkist tu. Kalau bawahnya tak berlubang ,macam gambar atas tu, itu oren masam ,manakala kalau yang ada berlubang ,itu tanda oren sunkist tu manis. Pasti? Maq tengok kat page viral tu , ramai netizen setuju dan kata tips ni ada betulnya. So lepasni kita dah boleh guna pakai tips ni kot. Inshaallah. Maq kalau terbeli oren sunkist masam ,maq lebih suka buat jus. Wah ..nikmat gitu.. Anda ada tips lain ke nak beli oren sunkist? Boleh share kat ruang komen tu. Nanti bole

Amalan Rasulullah

Assalamualaikum. Bila sebut amalan Rasulullah , rata rata orang lelaki terutamanya akan kata berpoligami itulah amalan sunnah. Sedangkan terlalu banyak amalan Rasullullah yang lain yang kita boleh ikut tapi dipandang remeh. Selain cara tidur,makan minum dan amalan harian lain , menjaga kesihatan juga adalah amalan Rasulullah.  Bawah ini antara cara Rasulullah menjaga kesihatan baginda. Lepasni settinglah minda tu , bukan poligami  je ikut cara Nabi ,bangun sebelum subuh , optimis ,pemaaf ,tidak pemarah , tidak iri hati , tidak makan berlebihan ,berjalan kaki , jaga kebersihan ,semua tu pun amalan Rasulullah yang kita boleh amalkan. Kata ustaz , Rasulullah tolong isteri baginda basuh baju ,masak. Rasulullah jugak perah susu kambing dengan tangannya sendiri untuk diminum. Suami yang punya 2/3 isteri yang selalu kita lihat tu , kadang nak air masak pun suruh isteri ambilkan. Apatah lagi nak bancuhkan air minuman untuk isteri, memang takda la. Malah semakin ramai isteri ,sema

Berani Biar Bertempat

Assalamualaikum. Bila maq tonton video atas ni , maq terfikir kejap,kenapa ya orang kita sekarang ni perangai mereka pelik macamni? Ini bukanlah benda elok nak dipertonton ramai ramai. Harimau okey ! Bukannya kucing. Sedangkan dengan anjing pun  kadang kita menjauhkan diri kita ,apatah lagi harimau. Zahirnya harimau tu memang nampak jinak tapi janganlah kita dok tadah diri sendiri nak mengadap dia. Tempah bala namanya tu.  Silap gaya , diterkam dek haiwan tu ,lepastu dah terpaksa  pulak ditembak dengan alasan ia  dah mengganas dan merbahayakan orang awam, tak pasal pasal haiwan tu jadi mangsa. Lepastu nak salahkan pihak itu dan pihak ini. Padahal puncanya dari sikap berani tak bertempat dari manusia tu sendiri. Pokok pangkalnya kita sendiri pun  tak tahu apa punca haiwan haiwan tu berkeliaran. Kot kot dia tengah kelaparan ke atau baru lepas bergaduh ke. Atau dalam proses nak mengawan ke ? Semua itu antara  penyebab yang  boleh merangsang haiwan menyerang mangsa. Mood tengah

Cikgu Masih Jadi Lilin?

Assalamualaikum. Tajuk entri dah jadi soalan. Nampak sangat maq dah kehabisan idea nak cari tajuk ,kan? Takpalah asalkan entri ada tajuk. Cikgu ! Siapa yang mula mula ajar kita ucap selamat pagi cikgu ? Kalau bagi diri maq , pastinya cikgu maq la. Cikgu darjah satu ,sebab maq tak pergi sekolah tadika . Dan masa dirumah , ibu abah tak pernah pun nak ucap selamat pagi pun kat kami adik beradik jadi maq tak pernah pun ucap " selamat pagi  " kat ibu abah , apatah lagi nak ucap selamat pagi cikgu. Memang takda .. Ibu bapa dulu dulu tegas. Takda nak bermanja manja dengan anak. Semua straight to the point. Gurau gurau pun sekali sekala jek.. Tapi dengan orang keliling ramah sakan. Semua ditegur ,semua disapa bila bertembung. Itu mungkin pengalaman maq ,mungkin ibubapa orang lain tak macam tu kot. Cikgu sekarang dah tak jadi lilin yang membakar diri lagi kah? Allah huakhbar ... Payah soalan ni sebenarnya. Banyak alasan yang kita boleh dapat bila nak sebut pasal cikg

Jus Halia produk Nona

Assalamualaikum. Minggu ni encik suami kemaruk nak minum jus halia panas. Maq beli ketika beli stock barang dapur pada awal bulan haritu. Maq ingat maq je yang minat nak minum jus halia , untuk buang angin dalam badan , rupanya encik suami juga . Siap minta maq tolong ingatkan beliau untuk repeat beli ! Allah hu.. Habiskanlah dulu stock nya dong.. Produk Sri Nona Food Industries Fungsi halia ramai dah tahu kan,paling utama untuk lawaskan pembuangan " gas beracun " dari sistem badan kita. *Sedikit info mengenai minuman ini. - ia adalah serbuk halia berserat semulajadi. - tiada bahan kimia dan bahan tiruan. - boleh minum panas dan sejuk. - boleh diminum bersama teh ,kopi , susu dan sebagainya sebagai perasa tambahan. - boleh dijadikan makanan tambahan bila diambil bersama kuning telur dan madu. *Mengandungi sukrosa ,halia dan madu. * halal Malaysia. * boleh melegakan sakit sakit angin pada badan ,pening kepala. * penyediaan mudah. Cuma perlu banc

Amalan Asmaul Husna ( proses ketiga )

Assalamualaikum. Kebetulan. Bila maq mula nak kongsikan amalan amalan Asmaul Husna dalam blog ini, jumpa pula video atas ni dalam group whatsapp. Jika anda teliti pada penjelasan perawat dalam video ni , beliau kata rawatan yang dilakukan tertumpu pada pemulihan roh , bukan jasad. Ternyata ,bila roh sihat ,jasad kita pun akan sama sihat. Maksudnya sihat Zahir dan batin. So untuk proses menghubungkan roh dengan Allah dengan amalan asmaul husna yang seterusnya ialah : Proses ke tiga : mensejahterakan roh. Zikirnya : ya Salam ( Maha sejahtera ) Bicara hati : Allahhumma ya Salam, tiada yang dapat memberi kesejahteraan melainkan Mu, sejahterakanlah rohku sekiranya ia sakit. Sumber : International University of Asmaul Husna/www.universityofasmaulhusna.com Cara amalkannya sama saja seperti zikir yang sebelumnya. Cuma kalau anda ada tempat tempat yang sakit ditubuh badan , baca bicara hati atas tu , niatlah dengan yakin ,zikirlah ya Salam banyak banyak. Sambil tu gosok

Amalan Asmaul Husna ( proses kedua )

Assalamualaikum. Jika kita dah hidupkan roh pada proses yang pertama, kalini kita bangkitkan roh pada proses yang ke dua. Kalau roh hidup tapi dia tak bangun/bangkit mustahil usaha kita akan berjaya. Proses kedua : proses membangkitkan Roh Zikir : Ya Baa'its ( Maha membangkitkan) Bicara hati : Allahhumma Ya Baa'its , tiada yang dapat membangkitkan melainkanMu, bangkitkan rohku sekiranya ia tidur. Amalkan zikir ini sebanyak  anda mampu. Kejut roh kita supaya tidak  lagi tidur. Supaya dia bangkit dan dapatlah berhubung dengan Allah , untuk  menerima petunjuk petunjuk Allah dan ilmu ilmu Allah , inshaallah ,mudah mudahan. Bersambung...