Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2022

Set Kurus Nutrilite

 Assalamualaikum. Seperti maq jangkakan ,2022 ni permintaan untuk set kurus dari nutrilite sangat laris .Hampir setiap bulan ada je permintaan dari pelanggan.Yang repeat order pun ada. Mungkin ada yang nak tahu berapa harga untuk set kurus ini kan? CB plus (90 biji RM 164.50) Lecithin E (150 biji RM99.00) Green T ( 60 biji RM185.00) Harga yang maq bagi adalah harga bukan ahli.So kalau nak dapat harga ahli,anda boleh daftar sebagai pelanggan istimewa amway ( APC ) .Daftar hanya dengan RM20 ,anda boleh beli semua produk amway dengan harga ahli selama setahun!  Ada berapa produk amway ? yes kurang lebih ada lebih dari 400 jenis produk ! wow ! banyak tu...!! Nak jadi APC meh la pm maq kat facebook /tiktok/instagram

Orang Marah Selalu Lupa

 Assalamualaikum. Sambil teman baby Aisy tidur , jari ni sibuk nak menaip.Lama tak membebel sebenonya ni. Dalam pergaulan maq dengan masyarakat keliling,lama dah maq perati.Kita ni..haa kitalah, anda & diri maq sendiri selalui melaluinya. Kita ,bila marahkan sesaorang,kita cuma nampak semua buruk dia.Betulkan ? Buruk dari sekecil kecil buruk sampailah sebesar besar buruk dia, kita akan ingat..Padahal ada 1000 kebaikan yang dia dah buat untuk kita ,automatik kita lupa dah semua tu!Nauzubillahiminzaliq.. Bila dah teringat semua salah dia dari perasaan nak marah sikit terus la meluap luap api kemarahan tu. Kadang kita rasa macam ,eh...aku betul kot,kaulah yang bersalah sebab salah kau itu,itu,itu ,itu dan itu..Dan aku tetap dengan pendirian aku,aku tidak bersalah.. hmm jelas sudah terpapar kelemahannya kita disini.Tanpa kita sedar , segala datok nenek keturunan syaiton nirojim dah buat kerja,mereka doklah  mencucuk cucuk kita supaya teruskan api kemarahan tu. Istighfar banyak banyak*

Cucu Ke 3

 Assalamualaikum.. 22/6/22 : Dengan izinNya,anak kedua maq ( Ety ) selamat melahirkan bayi pertama beliau di Hospital Sultanah Aminah,Johor Bahru. Alhamdulillah.  Kenapa Ety bersalin di Johor Bahru? sebab Ety berkerja dihospital tersebut dan tinggal pun tak jauh dari situ. Gambar atas : pemandangan kawasan tempat tinggal Ety & pasangannya Nasrul. Maq stay rumah Ety 2hari sementara  tunggu Ety keluar wad untuk  bawa dia balik ke Batu Pahat. Gambar atas : Menarik pemandangan ni. Dalam pembangunan yang rancak,ada sebuah rumah lama dicelah kesibukan hospital Sultanah Aminah JB. Tetiba maq tertanya tanya "rumah siapa la tu ..."  ( hastage kepochi hehe) Maq sempat juga masuk ke wad dimana Ety ditempatkan. Masa ni tengah tunggu giliran nak masuk.Kat dalam wad sesak dengan katil dan pesakit,so pelawat cuma boleh masuk seorang untuk seorang pesakit.Maq bagi peluang anak menantu masuk dulu untuk jumpa Ety. Gambar atas : dikatil ini Ety ditempatkan selepas bersalin.  Sedang tunggu m

Peluang jaga ibu mertua

 Assalamualaikum. Lama blog menyepi.Semua ini disebabkan owner blog terlalu sibuk dengan urusan peribadi dan bisnes santai amway . Lepas habis raya tempohari, maq diamanahkan untuk jaga ibu mertua yang tak sihat. Beliau yang ada penyakit 3 serangkai tu , tak boleh nak gerakkan badan sedikit pun waktu maq ambil dari rumah cucunya  di Muar. Semua anggota badan dikata sakit. Nak naik tangga rumah maq pun tak larat.Dah duduk ,nak bangun pun tak mampu.Bergerak dengan wheel chair dan tongkat sahaja. Beliau hilang selera makan ,badan lemah dan mukanya sangat pucat. Punca ? waallahua'lam.. Bila dapat peluang macamni ,maq & encik suami  tak buat asal boleh tapi kami sedaya upaya nak jaga dan rawat emak sampai emak sembuh. Alhamdulillah,masuk hari ke 3 ,beliau dah boleh gerak ke tandas tanpa bantuan sesiapa. Syukur sangat bila dah berselera makan dan beliau dapat aktif semula. Ibu mertua pernah cakap kat maq; "mak ni menyusahkan kau je, semua kau kena buat untuk mak.Mak nak urus dir