Assalamualaikum Selamat pagi, semoga pengikut blog peribadi maq masih setia membaca coretan maq disini. Kalau nak tahu, ibubapa maq dah lebih 10 tahun tinggalkan rumah mereka dikampung sebab berniaga di Johor Bahru bersama adik lelaki. Mereka berjualan kedai makan (asam pedas) di kawasan Jalan kempas lama,berhampiran kilang Kicap Jalen. Biasalah kan, orang berniaga ni, bila ada keserasian disatu satu tempat tu, mereka seronok berniaga walaupun macam macam dugaan datang sejak kebelakangan ni. Dan akhirnya rumah mereka dikampung semakin terbiar. Sejak Covid 19 melanda, pada hari Ahad semalam (15hb November 2020 ) ,barulah maq berpeluang balik untuk lepaskan rindu kat rumah kampung kami tu. Rindu sangat sangat. Biarpun kosong, sunyi dan suram, terubatlah sikit rindu. Tempat jatuh lagi dikenang, apatah lagi tempat bermanja manja dengan ahli keluarga, kan. Kadang sampai terbawa bawa dalam mimpi. Apa pun keadaan sekeliling memang nampak sangat suram sekali. Pokok pokok di keliling
" Sejenis emak emak yang suka membebel beri nasihat,berpesan pesan dan menyayangi kerana Allah"