Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2021

18 Feb 2021

 Assalamualaikum ,hai Nampaknya dalam sebulan 2 kali je lah maq dapat berblog.  Hehehe tua sangat dah tu maknya .. Sebetulnya lepas badan maq tak tentu rasa haritu, seminggu selepastu anak kedua maq telah selamat dinikahkan.  So sekarang anda boleh tahu kenapa maq tak sihat haritu kan? ye sebab anak perempuan maq sorang lagi akan dilepaskan .. siapa?  Budak Ety tulah. Cik misi kita sekarang dah bergelar 'Puan ' Alhamdulillah ,selepas beberapa kali mengharungi halangan asbab musim covid19. Akhirnya 18hb Februari 2021 telah di sahkan oleh pejabat kadi Batu Pahat sebagai tarikh penikahan Ety. Alhamdulillah , hajat kami telah dimakbulkan.  Terima kasih Allah. Jauh bezanya  penikahan pada waktu covid19 ni dengan pernikahan pada waktu bebas covid19 pada sebelum sebelum ni. Semua benda mengikut SOP . Lebih lagi menantu maq berasal dari negeri Selangor. Selangor ke Johor, SOP nya  lebih ketat sikit dari apa yang dijangkakan. Persiapan bagi pengantin lelaki; ✅3 hari sebelum tarikh nikah

Antara kita dan Matahari

 

Doa kan Maq

 Assalamualaikum. Salam 1 Rejab 1442 kepada semua readers yang rajin ziarah maq disini. Selamat bercuti juga  sempena CNY. Bagi surirumah macam Maq, cuti atau tidak rutin harian tetap serupa. Cuma sejak pagi Khamis  badan maq tetiba rasa 'dedo', panas badan on off. Harap cepatlah sembuhnya.  Nak tau tak ,kalau badan tak sihat,apa maq selalu buat? - paling tak suka bunyi bising termasuklah suara iklan atau drama kat tv tu. Maq suka sunyi dan tenang.Fon pun malas nak pegang. - maq nak rehat secukupnya biar kesihatan maq yang terganggu tu cepat pulih sepenuhnya. - maq malas nak bersembang. - maq malas nak fiikir hal remeh. - makan hal kedua,tidur paling utama bagi maq - paling teruk sejak dah tua ni ,bila sakit je automatik ingat mati. Hehe benda ni biasa ,padahal bukan tak pernah sakit . Alhamdulillah..sehari dua ni ,encik suamilah yang buat semua tugasan rumah maq.  Selain nak cerita dugaan kesihatan, takda apa pun  nak dikongsi diblog kalini. Cuma benda paling kelako maq rasa b

Vinyl Eco menghiasi lantai bilik

  Assalamualaikum. **setahun telah berlalu, februari muncul kembali dengan kehangatan semalam...tanpaku sedari ku petik mawar merah ,ku tulis sebuah puisi...terima kasihhh..! cewah ..hehehehe.. Rasa lama dah maq tak berblog. Tak silap kurang lebih dalam 2minggu jugaklah blog sunyi. Dah tua tua ni fon pun dah jarang nak pegang.  Akhirnya ku sedari siapa diri ku kini heeee..  25 haribulan lepas ,lepas siap  cuci baju tetiba encik suami ajak maq pergi ke kedai Eco. Katanya nak kemas bilik . Kemas apakah ? Guna barang kat kedai rm2.10 je kah? cuak dah hati tua ini. Apa agaknya yang beliau nak kemas tu lah kan? deko deko bersama Abang Man ?  PKP ,jalanraya sunyi dalam pukul 10 pagi. Apatah lagi jalanraya berhadapan dengan kawasan balai polis Batu Pahat .  "Tabik datok anak cucu tumpang lalu, nak pergi kedai eco je ni. " 😂 bilik "single" ni selalu nya akan jadi mangsa bila  nak kemas bilik "couple". serupa port jin bertendang dah tu! Habis dipunggahnya kesitu.