Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2020

Nutrilite EPO Plus untuk wanita

Nutrilite EPO Plus # melegakan symptoms PMS (senggugut, mood swing,sakit sakit badan) dan symptoms menopouse (hot Flashes).  # Atasi masalah berkaitan kulit seperti eczema, Psoraisis dan masalah jerawat (Acne).  # Mengurangkan rambut putus dan gugur.  # Masalah sendi dan tulang rapuh bagi wanita. # Seimbangkan hormon wanita (Penting utk kesuburan) # mengurangkan keletihan waktu haid # Mengelakkan kerosakan sel sel badan.  # Mengurangkan jangkitan vagina. # Melegakan kekejangan ketika haid. # Menghilangkan rasa loya, dan anti-ageing. # Mengurang kan risiko terkena kanser ovari. # Mengurangkan darah tinggi. # Mencuci darah dari toksin.  Hebat kan?  ia bukan sekadar minyak EPO biasa..  jauh sangat perbezaan dengan jenama lain  dan ketulenannya telah didokumentasi dan diiktiraf selamat.  Dihasilkan oleh saintis dengan  kepakaran nutrisi selama lebih 80 tahun. Menjadikan Nutrilite Pilihan terbaik seluruh Dunia. 

Kenapa Pilih Amway?

Assalamualaikum.  Selepas  3 tahun jadi surirumah fulltime,  tetiba maq pilih perniagaan online sebagai usaha tambah pendapatan maq. Dan kenapa maq pilih produk  Amway  sebagai item untuk dijual? Bawah ni ada jawapannya. Tapi ini adalah apa yang "team kami" jelaskan, bukan penjelasan maq sorang ye.  MENGAPA SAYA MEMILIH AMWAY. Bagi mereka yang menolak Amway tanpa usul periksa, bagi mereka yang mengatakan Amway itu, Amway ini dan bagi mereka yang memberikan seribu satu alasan, sila baca apa yang ingin saya tuliskan di sini. Anda akan mendapat gambaran sepintas lalu apa yang ada dengan Amway!! Anda hebat sekiranya dapat menghabiskan tulisan saya ini. Jom kita terjah!! SYARIKAT Amway merupakan satu syarikat jualan langsung yang terkemuka di dunia yang telah bertapak sejak tahun 1959 melalui Pengasas Bersama Rich deVos dan Jay Van Andell. Amway mula membuka pasaran di Malaysia sejak tahun 1976 dan sekarang telah bertahan di Malaysia lebih dari 40 tahun. Satu syarikat yang cukup k

Busy Belajar Online

Assalamualaikum.  Batu Pahat disirami hujan pagini, Alhamdulillah. Bila hujan jangan lupa panjatkan doa. Mintak yang baik baik untuk diri sendiri dan keluarga.  Eh lama jugak maq tak menaip diblog. Kalau tak lepas satu, satu tajuk update. Ye,  seminggu dua ni agak sibuk belajar bisnes online dengan cikgu cikgu kat group whatsapp. Maklom new bie katakan, padahal dah "be old" hahaha. Ilmu itu siapa siapa je boleh belajar, bukan seharusnya orang muda je, ye tak?  Sejak jadi ahli team Amway TZJ ni.  Banyak benda yang maq dah nampak. Antaranya,  -Bila kita bercampur dengan orang positif, automatik benda susah pun jadi senang. Jalan buntu pun boleh jadi jelas. Dengan lain maksud, kerja berkumpulan ni,kalau semua orang positive semua jadi mudah!   Berbeza sangat dengan group whatsapp lain, yang maq pernah join. Sesetengah group ni mereka jenis fikir nak untung je ,habis iklan oranglain  update  dicarasnya, komplain sana, komplain sini. Adeh.. Serabut sangattt.. Melemahkan semangat b

TABIKA ,PRA SEKOLAH, dibuka 1Julai

Assalamualaikum.  Satu persatu perintah kawalan pergerakan dilonggarkan.  Selepas masuk ke fasa PKPP, selepas pelajar yang akan ambil peperiksaan awam dibenarkan kesekolah ,bermula 24hb jun ini,  semalam Dato Ismail Sobri menyatakan bahawa pelajar pra sekolah dan tabika pula dibenarkan kesekolah. Alhamdulillah..  Bila baca komen warganet. Ada yang sokong ada yang bangkang. Apa pun pada maq, bila ibubapa dah mula masuk pada rutin berkerja seperti biasa, anak anak kecil ni terpaksa dihantar ke sekolah. Hantar rumah pengasuh pun belum tentu keadaan terkawal. Duduk rumah sendirian lagilah merbahaya. Okey, kita cuba. Apa yang kita harap, langkah langkah keselamatan tetap dijaga oleh pihak pihak yang berkenaan. Dan ibubapa pun kena peka. Anak yang tidak sihat, jangan dihantar kesekolah. Ikut SOP.  KITA JAGA KITA 💕.. semoga semuanya akan baik baik aja lepasni, Insyaallah.. 

Sedekah

Assalamualaikum.  Sedikit ilmu nak kongsi hari ini. Maq pun dapat  dari perkongsian sesaorang. Ia perihal sedekah. Jika seseorang itu memberi  sedekah, dan dia tahu bahwa sedekah nya itu sampai kpd Tuhanya dahulu sebelum orang yang disedekahinya, maka dia akan mendapat kegembiraan dalam pemberiannya. Adakah kamu tahu antara kebaikan²  sedekah itu ? 1. Sedekah adalah salah satu pintu untuk menuju ke Syurga.  2. Sedekah ialah perbuatan yang paling mulia antara semua perbuatan kebaikan dan sedekah yang paling baik adalah dgn memberi makanan kepada orang, 3. Sedekah akan dihisab pada hari Kiamat dan sedekah akan menjauhi api neraka jahanam, 4. Sedekah mampu memadamkan kemurkaan Tuhan dan mampu memadamkan kepanasan di dalam kubur.  5. Perkara yang paling memberi keuntungan kepada orang² yang telah meninggal dunia adalah sedekah dan Tuhan akan sentiasa memanjangkan pahala dari sedekah tersebut, 6. Sedekah mampu mensucikan ruh dan menambah pahala kebaikan, 7. Sedekah adalah salah satu cara un

Masa depan anak siapa yang tentukan?

Assalamualaikum . Selamat pagi. Harini shawal ke 21.Rindu pulak nak menaip, izinkan ku curi masa seketika untuk melepaskan rindu rindu tu ,cewah!  Harini nak membebel pasal anak anak. Maq ada 3 orang anak perempuan. Ye, semua orang tahu. Dan semua orang pun akan tahu nanti  anak menantu maq  confirmlah  3/3 lelaki!  Hahaha dan pastikan ianya adalah tulin!!  Ye tulin bangggg... Tentang masa depan anak anak, maq dan encik suami tak pernah nak kawal. Sebagai ibubapa, biasanya kami cuma pantau sahaja selainnya kami serah kat anak anak bulat bulat.  Contoh untuk sambung belajar lepas SPM, maq tak pernah paksa anak anak untuk sambung ke mana mana ipt /ipta. Cuma maq akan beritahu : Kalau awak bersungguh sungguh nak  sambung belajar, pilih pelajaran yang tidak membebankan awak dan keluarga. Pilih bidang yang bila awak habis belajar nanti awak boleh dapat kerja. Maq taknak nanti bila dah pinjam ptptn, dah duduk rumah sewa, dah beli keperluan itu ini, last last belajar entah kemana,  awak keman

Masjid Di Johor pilih surah Al Kahfi dibaca setiap pagi

SURAH AL KAHFI Jabatan Agama Islam Negeri Johor mengeluarkan pekeliling untuk masyarakat Negeri Johor membaca Surah Al-Kahfi pada setiap pagi Jumaat di masjid dan surau.  Apa rasionalnya? Orang yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, bawah kakinya akan bercahaya sehingga ke kolong langit. (Mafhum hadith) Orang yang membaca/mengamalkan surah al-Kahfi juga akan terhindar dari fitnah Dajjal. (Mafhum hadith) Ha, ini yang selalu disebut-sebut kan? Persoalannya, apa yang hebat sangat dengan surah al-Kahfi ni sampai boleh lindungi kita dari Dajjal? Takkan baca je dah boleh terhindar? Pernah terfikir kenapa? Surah al-Kahfi mengandungi EMPAT kisah utama: 1) Pemuda gua (ashabul kahfi) 2) Pemilik kebun dan rakannya 3) Nabi Musa dan Khidir AS 4) Zulqarnain Ramai tahu perkara ni tapi tak dapat nak relate dengan dajjal.  Betul tak? So here we go! Setiap satu kisah ini mewakili satu fitnah (ujian) yang dahsyat: Pemuda gua - Fitnah aqidah/iman Pemilik kebun - Fitnah harta Nabi Musa & Khidir

PKPP - sekolah buka

Assalamualaikum.  Hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan Percubaan ( PKPP )  ,kita dikhabarkan bahawa sesi persekolahan bakal dimulakan pada 24 Jun 2020. Tapi..  Sesi ini hanya dibuka untuk anak anak yang bakal menduduki peperiksaan umum pada tahun ini sahaja!  Alhamdulillah..  Pelan pelan kerajaan  usahakan untuk rakyat kembali pada keadaan seperti sebelum sebelum ini.  Cuma, ibubapa kenalah pastikan anak anak mereka betul betul sihat untuk pergi ke sekolah nanti. SOP ketat tetap dijalankan supaya pelajar dijauhkan dari ancaman wabak Covid19.  Suka maq tengok rakaman kat tv dimana  'orang orang kuat ' KKM, KPM, MKN dan mereka yang berkaitan turun padang, masuk ke bilik darjah ,makmal untuk buat kajian dan sebagai  persediaan awal sesi persekolahan nanti.  Syabas!  Kepada anak anak kecil - murid dari tadika ,sekolah  rendah darjah 1-6 dan menengah  dari tingkatan 1-4 ,awak semua rehatlah dulu. Duduk rumah elok elok. Insyaallah, lepas abang abang dan kakak  kakak ni habis exam

Bidang lama yang diperbaharui

Assalamualaikum. Beberapa hari dah maq tinggalkan blog sebab maq sedang sibuk dengan satu lagi bidang yang sedang maq pelajari.  Perniagaan online!  Ye itulah urusan yang sedang maq uruskan sekarang ni.  Sempena PKPP yang bermula harini, maq dah rancang untuk aktif dalam perniagaan pulak.  Sebetulnya maq dah bersama perniagaan ni sejak tahun 1998/1999 macam tu. Lupa dah sebab lama sangat join. Tapi disebabkan tahun tu anak anak maq kecil lagi dan untuk tingkatkan jualan maq kena keluar meeting disebelah malam bersama ahli ahli lain, encik suami akhirnya melarang maq teruskan aktiviti tu.  Padahal masa tu sale sangat menggalakkan. Lepas berhenti niaga Amway, maq buka bisnes "taska dirumah" yang hanya memerlukan maq cuma berada dirumah.  Hahaha rupanya maq dah lama ikut arahan PKP!  Just stay at home! Sejak 1999!! Lama dah tu.Tapi, walaupun dah berhenti berniaga, maq masih kekal guna barangan produk tu sebab barangannya memang terbaik!  Nutrilite dari Amway!  Itulah makanan tam

Nasihat MKN ditempat kerja

 Assalamualaikum.  Selamat pagi dan selamat berhujung minggu. Alhamdulillah, dari hari kesehari kita dah mula melakukan rutin harian yang selama ini terhenti seketika kerana wabak Covid19.  Pembukaan bagi sektor ekonomi merupakan salah satu antara yang dipilih sebagai langkah permulaan pergerakan rakyat. Semuanya berlandaskan SOP dan norma baharu. Namun sebagai langkah berjaga jaga, hanya beberapa je yang dibenarkan beroperasi, sebahagiaan lagi masih bercuti. Takpa, pelan pelan kita kayuh, ye tak?  Apa nasihat MKN kepada mereka yang dah mula keluar bekerja? Bawah ini antara yang maq tahu.  * Tangguhkan mesyuarat & acara besar, tetapkan jadual giliran bekerja & pekerja yang kurang sihat duduk di rumah. * Jangan berjabat tangan, amalkan etika batuk/bersin & kerap membasuh tangan dengan sabun/guna cecair pembasmi kuman. * Pengusaha premis perniagaan perlu amalkan jarak sosial selamat dan kebersihan diri ketika aktiviti jual beli barangan keperluan harian. * Elakkan 3C: iaitu k

Cara lepaskan Marah

Assalamualaikum.  Sejak malam tadi, maq asyik layan mood nak marahkan sesaorang je. Lama dah mood macamni tak datang,rasanya untuk tahun 2020 ,ini pertamakali.  Lepas solat isyak malam tadi tetiba mood tu  datang dan makin malam makin menjadi jadi. Kalau mood tak elok macamni datang, maq akan buat sesuatu sampai mood tu hilang.  Pertama, pastinya membebel. Kalau dulu ( masa muda muda)  maq lepaskan marah dengan tinggikan suara. Jerit atau menengking ( negative  person lah katakan)  tapi sekarang sekadar cakap cakap biasa je. Apa punca maq marah,maq akan luahkan dengan bersahaja. Maq akan cakap direct kat orang yang maq tak puasati tu sampai hati maq lega.   Lepas tu kalau masih nak marah lagi? Maq akan cari someone yang boleh jadi pendengar terbaik.  Biasanya maq pilih anak anak. Not encik suami. Sebab? Dengan Encik suami berisiko. Sama ada dia buat buat dengar luahan hati ini atau dia dengar kemudian dia jadi hangen satu badan! Silap gaya maq yang tengah marah ni pulak yang kena marah

Amalan untuk waris

Assalamualaikum.  Sekali lagi perkongsian Video pilihan. Sengaja simpan sini buat tontonan ketika ada masa lapang nanti. Antara nasihat ustaz kepada waris si mati. Semoga beri manfaat.

Disini bukan berakhir tapi sedang bermula

Mereka kata perjalanan manusia akan berakhir disini. Namun hakikatnya ini lah permulaan perjalanan sesaorang...   (rujuk gambar)   Seperti juga kelahiran, kita takkan tahu bila kah kematian akan tiba kepada kita. Namun kematian tidak pernah menjadi tanda tanya sesaorang kepada sesaorang yang lain. Kita biasa dengar orang bertanya,  "bila kau nak bersalin? " tapi  Pernahkah anda dengar orang bertanya,  "bila kau nak mati? " Nak kena hempuk dengan senduk, trylah tanya.. ** Gambar : tanah perkuburan Baqi' ,berhampiran masjid Nabawi,  Madinah Al Munawarah 

4 Waktu Untuk Cover Dosa Silam

Assalamualaikum.  Video pilihan maq kali ini sebenarnya khas buat tambah pengetahuan kepada tuan punya badan sendiri.  Siapa?  tuan blog ini lah siapa lagi . Nak simpan kat youtube nanti kena report dengan owner asal video pulak haha... Serik!  Kongsi pengalaman jap* Pernah dulu,  maq kongsi video ceramah UAI  kat youtube, niat asal nak kongsi then nanti pahala ilmunya  dapatlah jadi pahala jariah kepada pemilik asal video. Yelahkan, bila sesaorang tonton,  dia dapat ilmu, orang yang buat video tu automatik dapat pahala kan?  10 orang tonton, insha Allah 10  kali pahala masuk.  Siapa nak bagi ye tak? Dan kita pun tau, pahala apa yang kekal walaupun setelah kita mati?  Doa anak yang soleh, sedekah jariah dan ilmu yang bermanfaat. Kan?  Tapi tu maq je punya pendapat bukan pemilik  asal video. Selang beberapa minggu lepas upload tu,  Tup tup youtube team hantar email beritahu owner report yang kata maq claim video dia hahaha punah harapanku!  Terus delete! Yelah kan, hak orang, orang tak

Jangan sampai pahala jadi dosa

Assalamualaikum.  Selamat pagi. Harini Khamis esok dah Jumaat semula. Allahhu masa begitu pantas dicantas. Kelepak kelepuk, kelepak kelepuk  buat kerja kat dapur, kejap je dah petang, lepastu dah malam, lepastu yang kita panggil 'esok ' dah jadi 'hari ini' kan?  Dulu masa maq kecik kecik, maq nak sangat jumpa  esok. Kata ibu lepas malam nanti kita akan jumpa esok tapi tulah, bila dah bangun pagi, maq tanya ibu :  "kita dah hari esok ke ni? Ibu jawab : laaa, esok tu dah jadi harini lah.. Maq : kalau esok dah jadi harini bila kita dapat nak jumpa esok?   Ibu maq : hmm apa  payah sangat jadi budak ni ? Maq bingung, maq nangis.. Akhirnya sampai harini maq tak jumpa jumpa esok. Lebih 50 tahun dah Maq tunggu.  Ala terimbas kenangan silam pulak..  Tajuk, Pahala jadi dosa?  Apa hal??  Tulah tu, ni pagi tadi lah punya cerita ni. Masa Encik suami nak pergi kerja,  alih alih dia bisik kat maq: "Psst psst.. Yang.. Kucing jiran tu berak kat dalam pasu pokok pokok bunga awa

Pokok Viral

Assalamualaikum.  Ni cerita semalam punya semalam. Tetiba si Along ada send gambar kat group whatsapp.  Hmm menarik!  Laaa status  ni lah puncanya. Gambar inilah yang Along hantar kat group tu.  Tak sampai beberapa minit terus menular dalam beberapa group whatsapp!  Hebat sungguh pokok ni.  Tapi memang betul lah kata Along,  pokok ni maq dah pun buat hiasan dalam rumah kami  beberapa tahun yang lalu. Masatu yang maq tahu fungsinya cuma sebagai penghasil oksigen yang baik dalam rumah terutama dalam bilik tidur dan ruang tamu.  Tapi tak sangka pulak marketing mendadak naik pada minggu ni.  Maq suka tanam pokok viral ni sebab ianya sejenis tumbuhan yang tak cerewet. Mudah dijaga. Tak perlukan air setiap hari dan tak menghasilkan sampah ( daun daun kering)   Sebetulnya pokok ini dalam bahasa saintifiknya di panggil pokok lidah ibu mertua ( mother in law's tongue ) @pokok ular. Tapi kami orang orang kampung kat Batu Pahat ni panggil pokok ni pokok pedang /lidah jin.  Haa tu dia.. Lidah

Belajar Jadi positive person

 Assalamualaikum.  Bagaimana dari seorang yang negative kita nak jadi kepada seorang yang positive?  Ikut pada pengalaman maq sendiri.  Pertama kita sendiri kena sungguh sungguh nak berubah. Kalau sebelum ni kita selalu rasa semua kerjaorang lain tu tak betul/ tak sempurna, now kita kena didik diri kita untuk terima hasil kerja oranglain dengan bangga dan ikhlas. Bisik kat hati,   "aku sendiri pun belum tentu dapat buat elok seperti dia ni kot. Kadang kerja aku pun kelaut jugak.Baik terima jelah hasil kerja dia ni daripada beri banyak complain.. " Doa hari hari tanpa rasa jemu. Bisik apa yang anda mahu kat Allah. Hari hari! Jangan skip doa. Contoh doanya,  "ya Allah..berilah aku sifat yang positive. Berilah aku semangat yang positive supaya aku senantiasa positive dalam kehidupan didunia dan dapat positive results untuk  kehidupanku di akhirat nanti.. " Tak dosa pun kalau berdoa. Doa lah yang baik baik. Allah Maha mendengar. Allah Maha mengetahui, Allah Maha Penyaya

Taska Kembali beroperasi mulai Julai 2020?

Assalamualaikum.  Alhamdulillah, satu persatu aktiviti telah mulai kembali kepada rutin yang dulu. Walaupun kali ini terpaksa beroperasi mengikut SOP dan norma baharu, namun percayalah, kalau kita sama sama menjaga dan ikut semua peraturan yang telah ditetapkan,  Insyaallah semua akan baik baik aja akhirnya.  Ibubapa jangan nak harapkan jagaan dari pihak taska /pengasuh semata mata. Mereka kena juga ambil tahu semua keperluan anak anak mereka. Jika anak anda 3 orang,  anda kena ingat, pihak taska kena pantau 20-30 orang kanak kanak!  So,  kerjasama tu penting. Pemantauan itu penting. Kebersihan dan kesihatan sangat penting. Duit boleh cari tapi kesihatan tak boleh dibayar! 

Simpan Emas ?

Assalamualaikum. Ekonomi dunia semakin tak menentu. Nilai RM Malaysia kita pun kadang kadang naik kadang kadang menurun sejak kebelakangan ini. Alamak ayat dah macam pakar ekonomi pulak.  Orang dapur macam maq, bila harga barang dapur mahal je automatik akan beranggapan ekonomi dah merosot. Kalau harga barang ok ok pulak,  wah dah stabil dah kot ekonomi kita. Hehehe nampak sangat diri ini bukan pelajar ekonomi masa muda muda dulu. Okeylah, taknak cakap lebih lebih.  Jika anda berminat nak kumpul atau dalam kata lain nak belajar simpan harta. Adalah lebih elok simpan emas berbanding simpan duit. - itu kata seorang sahabat yang merupakan dealer emas. Sekarang ni ( awal bulan Jun 2020 ) harga 1 gram emas ( dikedai kedai emas biasa ) adalah rm 270 segram.Dan harga ini boleh naik lagi ataupun boleh juga turun  lagi.  Graf harga emas semasa hingga ke hari ini.  Tokey emas buat emoji senyum. Ada untung la tu.  SS  ini maq dapat  dari status  kawan maq yang dealer emas tulah. Harga emas

Perlu ke kumpul harta sebelum berkahwin?

Assalamualaikum. Rujuk kepada tajuk, ini jawapan maq, "kalau gaji cuma cukup makan dan anda bukan anak hartawan, tak perlu !" Tapi anda kena rajin. Berkerja bersungguh sungguh, simpan duit sebagai satu kewajipan hidup. Tak dapat banyak, sikit pun wajib disimpan. Beli apa yang perlu sahaja. Orang sekarang anggap susahnya nak kahwin sebab semua perlukan duit. Makan minum serta keperluan harian pun bajetnya kadang tak cukup apatah lagi nak beli rumah dan kereta baru. Sebetulnya boleh je nak dapatkan semua tu,  jika anda betul betul yakin dengan diri anda dan kemampuan anda. Sebelum kahwin simpan duit! Lepas kahwin duduk rumah sewa. Masa ni jiwa kena kebal. Kasi kalis pada apa kata kata orang. Duduk rumah kecik ke, rumah setinggan ke, kena pekakkan telinga and buat buat buta! Sementara tu teruskan simpan duit! Sikit sikit pun takpa asalkan simpan. Beli kereta second hand! Kalau takda modal, simpan je dulu. Naik bas anak beranak pun still ok. Tak jadi dosa pun.

Sembang Januari sampai Jun

Assalamualaikum. Harini dah 1 Jun 2020. Bermakna dah masuk ke setengah tahun 2020 bersama kita.Dalam tempoh beberapa bulan sebelum, banyak sangat kejadian yang kita ( sebagai rakyat Malaysia) dah alami. 2020 adalah pengalaman. Awal  JANUARI kita sibuk cakap pasal virus Novel Corona yang menular di daerah Wuhan, China. Kita kata mereka tu  kurang jaga kebersihan,mereka suka makan haiwan haiwan yang bagi kita tak masuk akal untuk dimakan dan mereka sepertinya langsung  takda sifat keperimanusiaan. Netizen rata rata marah kerana perbuatan mereka,kononnya  itulah punca yang menyebabkan ramai orang disana mati dan sakit. Kalau baca komen warganet Malaysia kat semua page difacebook, takda yang kata cara pemakanan mereka di Wuhan tu betul, rata rata salahkan penduduk Wuhan sebagai punca wabak itu menular. Tup tup bulan FEBRUARI negara Malaysia pulak celaru bila tertiber je kerajaan bertukar tangan. Ehh,  seminggu rakyat kalut. Siapa?  Kenapa?  Mengapa?Hampir seminggu kita dok