Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2021

Rawat sakit Lutut

  Assalamualaikum. Bila nak masuk bulan Ramadhan ni ,maq teringat yang lutut maq sakit bermula dari Ramadhan tahun lepas (2020). Asbab aktiviti turun naik tangga yang kononnya nak bersenam didalam rumah ( kerana PKP) waktu tu. Kemudian ditambah lagi dengan aktiviti solat terawih dan solat solat sunat yang lain yang dilakukan disepanjang malam Ramadhan tersebut. Akhirnya ketika masuk je bulan Shawal,maq terus alami bengkak dibahagian lutut dan melarat lah hingga ke hari ini.  Pada awal bulan March 2021, maq ada buat urutan badan. Tukang urut dipanggil datang kerumah. Satu jam beliau kerjakan badan maq termasuk lutut yang sekian lama dah sakit tu.  Hari kedua selepas urut, badan sangat sangat sakit termasuklah lutut,peha dan pinggang. Pada pendapat maq ,badan dah sakit lagi diurut,mestilah makin sakit.. okey ,maq pun tahan jelah sakit tu.. Selang seminggu lebih ,sakit dibadan dah hilang tapi lutut ,peha dan pinggang pulak tak kurang sakitnya sampai nak tidur pun susah. Jadi tak selesa. A

Ainul Mardiah 2021

  Assalamualaikum. Ainul Mardhiah ? ye..cucu pertama maq. Sejak masuk tahun 2021 ni belum sempat lagi nak update kisah dia. April 2021 ,Ainul dah 3 tahun. Inshaallah Jun nanti , ainul dah jadi kakak. Doakan  yang baik baik untuk kehadiran cucu ke 2 maq kalini. Ainul sekarang dah petah bercakap. Dan dah tahu tolong mama dia dirumah. Anak perempuan kan ,kenalah rajin ,hehe gambar terbaru ainul ,pada malam sambut birthday tok ayah dan ainul. tok ayah 27march ainul 4April Ainul sekarang rapat dengan tok ayah dia. semua nak buat sama dengan atok. Kalau balik rumah kami,dia akan cari tok ayah dulu baru cari tok mak ,😅 kemain lagi hehehe.. Semoga Ainul terus membesar dengan sihat dan menjadi anak sulong mama dan papa yang solehah ..

Maq jadi mak Kutu

  Assalamualaikum. Amboi lamanya maq tak berblog. Serius busy gila sekarangni. Maq busy jadi "mak kutu". Apa tu mak kutu ? Orang Johor kata main undi. Orang utara panggil main kutu. Bukan kutu emas atau duit tapi kutu barangan elektrik keluaran Noxxa dan Philips dari Amway. Ini pengalaman pertama bagi maq.  Doakan perjalanan selama 10 bulan ini dipermudahkan dan semua dalam keadaan baik baik aja hendaknya..Aamiin. Antara barang barang yang kami "kutu" kan , mesin mee noxxa rm 933 steamer noxxa rm 420.00 Periuk tekanan noxxa rm 825.00 breadmaker rm1288.00 food processor rm1191.00 Harga dibahagi kepada 10 x bayaran. Takda tambahan harga apa apa pun ,takda bunga takda daun.  Dan lagi best , jika pemain kutu nak harga murah lagi,boleh daftar jadi APC ( pelanggan istimewa amway ) dengan pendaftaran sebanyak rm 20 sahaja. Dapat harga ahli terus sis ! Meh le whatsapp 011 6172 1922 kalau berminat nak join. kata Leader maq:  " doa yang baik baik ,inshaallah yang baik ba

Jangan Tangguh

 Assalamualaikum. Maq pernah baca , ✅Rasulullah saw pernah berkata bahawa umatnya nanti akan berada dalam 5 fasa. ✅Kata ulama'  pulak ,umat Muhamad tidak melebihi 1500 tahun dan sekarang kita ditahun 1442 Hijrah. ✅manakala Kata Ustaz ,umat Muhamad sekarang ini telah berada di fasa yang ke 4. So apa pula kata kita sebagai umat Muhamad ? ➡️kata Maq - selagi masih ada nafas berhembus ,bermakna kita masih ada masa lagi untuk perbaiki diri,inshaallah.. Jangan tangguh !

Asmaulhusna

Assalamualaikum. Sejujurnya ,kadang kita tahu amalan ni tapi disebabkan kita terlalu sibuk dengan urusan harian yang tak pernah habis,kita kerap lupa.Melainkan ada yang tolong ingatkan..inshaallah .. *YAAHAIIYU YAA QAIYYUUM* ~ Allah Tuhan yang maha Hidup Lagi berdiri dengan sendiri. (Imam al-Ghazali rahimahullah Taala mengamalkan bacaan ini 1,000 kali) Fadhilatnya : Memperolehi harta yang banyak dan berkat semasa hidup kita. Sambil menonton tv pun boleh amalkan **

Gelombang Haba di Johor

 Assalamualaikum... Semalam dapat info ni dilaman sosial. Status Gelombang Haba di Johor & Semenanjung Malaysia sehingga 15 March 2021 Empat kawasan di Negeri Johor berada pada tahap 1 (Berjaga-jaga) iaitu:  1 - Daerah Kluang 2 - Daerah Batu Pahat 3 - Daerah Tangkak 4 - Daerah Muar Terdapat empat peringkat di dalam pemantauan gelombang haba yang melibatkan suhu maksima harian di Malaysia yang dibangunkan oleh MetMalaysia seperti berikut: Peringkat 0: Suhu normal dan selamat (suhu < 35C) Peringkat 1: Berjaga-jaga (suhu 35 - 37C untuk tiga hari berterusan) Peringkat 2: Gelobang haba (suhu > 37C untuk tiga hari berterusan) Peringkat 3: Kecemasan (suhu > 40C untuk tiga hari berterusan) Sumber: Malaysian Meteorological Department Ini tips sempena musim panas ni.  Malam ini pun suhu di Batu Pahat adalah , hampir sama dengan suhu di Mekah yang 6 jam beza waktu dengan Malaysia. Doa yang baik baik untuk semua..Semoga kita senantiasa dalam lindungan kasih sayang dari Allah swt..♥️

PKP ke PKPB

  Alhamdulillah.. setelah sekian lama dalam keadaan PKP ,akhirnya sedikit kelonggaran menjelma . Apa yang dibenarkan pada PKPB kali ini ? Okay fine..rentas daerah dalam negeri telah dibenarkan kecuali negeri Sabah.Namun begitu pergerakan rentas negeri masih TIDAK DIBENARKAN lagi ye. Tapi jika ada keperluan ,boleh je rentas negeri asalkan anda ada surat dari Balai Polis berhampiran. Jangan bimbang ,☺️. Ok.. PKP kah ,PKPB kah , SOP masih kena jaga. Dah daftar sebagai penerima vaksin ke tu ? Maq sudah...♥️

Resepi Buat Mee

Masih belum ada mesin nak buat mee tu ? Maq ada jual. Mesin mee noxxa. Cash rm 933.00 atau nak bayar secara bulanan ? Bolehlah  join group kutu kami. Boleh whatsapp 011 6172 1922  mesin ni selain boleh hasilkan macam macam mee, ia boleh jugak buat kuih. Contohnya kuih bawah ni. kuih tart! 😍 Lepasni kalau nak cuba buat jualan kuih tart,semprit ,sarang semut ,berbagai jenis maruku  , maq cadangkan guna mesin ni.  selamat mencoba ,🥰