Skip to main content

Posts

Showing posts from 2012

Satu Anugerah

assalamualaikum kehadiranmu bagai satu anugerah buat diriku melewati hidupku yang sedang resah dikala aku terpenjara dengan seribu kenangan silam kau hadir meleraikan semua kekusutan saat aku lemah kau lah pemankin semangat saat aku rebah kau pimpin tanganku untuk melangkah kau anugerah terindah kau sinar dikegelapanku yang makin mencengkam namun . . . disini aku masih belum berani untuk menjanjikan apa-apa kerana kemelut yang bergelora dijiwaku ini parutnya masih lagi berdarah . . .

penyesalan

Assalamualaikum.. Anda pernah menyesal? manusia sering kali rasa menyesal bila dah buat satu kesilapan kadang kala penyesalan tu amat bermakna dan ada kala langsung tak berguna. Penyesalan bukan bermakna anda kalah tetapi penyesalan pasti buat anda rasa lemah. ye..satu penyesalan bakal menjadikan seluruh badan lesu tak bermaya kadang kala lidah jadi kelu tak terkata . Kenyataan seakan menjadi satu ledakan yang mengganas dalam perasaan. jiwa termangu - harapan beku namun, sesal dulu berpendapatan, nyesal kemudian tiada berguna .

Jiwang

jiwa ni umpama lautan saujana mata memandang terbentang luas kadang-kadang tenang ada ketika ganas bergelora.... resah ini umpama bulan hadir dikala malam kadang-kadang terang ada masa suram ada ketika terus kelam.. hidup ini umpama pelayaran perlukan bahtera dan nakhoda belayar menuju pelabuhan walau badai datang menjelma manusia adalah pelakon alam menjadi pentasnya. aku hanya hamba yg makin resah menanti usia dimalam sepi keangkuhan menjadi rindu gelora pada cinta yg dulu . . .

Musim durian datang lagi

Assalamualaikum kalau dilangit  musim hujan ,disekolah pulak musim exam..tetapi di kebun pulak dah musim durian ,tak beli orang sedekah , takde orang sedekah orang belikan pulak..hahahah sama je ek... bila tiba musim durian banyak lah yg kondem.. musim demam, selsema, batuk dan bagai-bagai musim pun datang aku dan family belum ada beli lagi tapi orang bagi tu ada lah..alhamdulillah maklom la pokok durian aku belum besar lagi di belakang rumah tu. agak-agak nanti umur berapa lah dia baru berbuah kan hurm kesian kan..so sekarang ni kalau nak makan kena lah keluar kan modal sikit....ala..kira sedekah sudah lah tu.. sedekah tu amal jariah ye makcik2.. ek? Sekejap ye  nak pergi tengok peminat durian melayan perasaan mereka.. melayan anak-anak ni ada kala seronok..ada kala makan jiwa hahaha...

Tahniah Arif dan Aisyah

Assalamualaikum  kali ni maqnie nak share satu berita gembira. gembira buat maqnie, buat mak abah, buat adik maqnie dan buat seluruh family encik Rokani .. keputusan UPSR dah pun diumumkan harini ( 19-11-12). tahun ni dalam family maqnie hanya seorang je yg menjadi calun utk peperiksaan ini iaitu anak saudara maq yg bernama Aisyah Diana.beliau merupakan anak kedua dalam keluarga adik perempuan maqnie ( Noriza & Nazrulhisham ). harini jugak beliau telah memberi senyuman bahagia untuk kedua ibubapanya atas kejayaan beliau dalam UPSR dengan keputusan nya iaitu 5A :) tahniah Aisyah Diana... !!! '' mak long harap kejayaan ini akan menjadi semangat buat Aisyah untuk lebih maju dalam pelajaran yg akan datang.. sebenarnya abang Aisyah iatu Arif Danial jugak mendapat keputusan yg sama pada tahun lepas - 2011-    .syukur alhamdulillah harini kejayaan kembali lagi dalam keluarga ini.. tahniah ..tahniah dan tahniah...'' Moga kejayaan demi kejayaan akan hadir dalam

selamat hari lahir Ety

assalamualaikum... esok 18 november esok ety izzaty punya birthday esok umur dia genap 17 tahun esok jugak maq kena belanja dia makan ke? hehehe tengok la macamane nanti kan sebab kalau my mr castelo  tak mau keluar mana mungkin  nak bawa dia keluar... dia makin besar sekarang... dah pandai mencari kehidupan dia sendiri..kot.. hahaha berangan jek..ubun-ubun lembut lagi jangan nak mimpi la. maq ni mama dia maq kawan dia kadang-kadang musuh dia jugak hehe tapi semua tu demi keselamatan dia demi kasih sayang maq untuk dia.. adik dan kakaknya.... tapi sudah dikatakan remaja semua yg dilakukannya  dianggap betul kami mak bapak mereka ni semua nya kurang betul... maq tau lah sebab maq pun pernah muda dulu-dulu... memang sukar nak mendidik anak gadis memang sukar jadi seorang ibu memang sukar jadi seorang perempuan yg sempurna tapi amat tak sukar jika kita buat semua tu jika kita iklas insha ALLAH.... andai esok maq tak dapat belanja dia makan or belikan kad.. ni

Terserahlah

Bismillah.. Sebagai insan yg silap, salah ke kalau aku memohon maaf atas semua kesilapan? Salah ke jika aku berlaku jujur atas semua kekusutan? Memang perit untuk menerima kenyataan ni tapi harusnya engkau berterima kasih atas kejujuran aku ni.. Apa yg aku cukup terkilan kejujuran aku tak diterima..sedih sangat sangat..sedang nabi ampunkan umatnya mengapa tidak engkau? yg juga manusia biasa seperti aku ni??? Hina sangat kah diri aku ni?jahat sangat kah aku? kemaafan dah aku pohon penyesalan dah aku buat, muhasabah diri dah aku lakukan.. Terserahlah pada engkau untuk memikirkannya kini aku tak akan ulangi kesilapan dulu demi nama penciptaku Allah swt. Aku bersumpah yg aku kini makin rindu rindu pada ketenangan - rindu pada kenyataan hanya bersama Penciptaku. Kerana DIA sahaja tempat aku mengadu kini...bukan lagi kamu. Apa yg mampu aku katakan disini... Terima kasih untuk sebuah kenangan..

Tiba tiba rindu

ahad... seawal jam 9 pagi aku dah keluar ke bandar Batu Pahat bersama suami dan anak-anak.waktu nak keluar rumah,tiba-tiba nset aku berbunyi menandakan sms masuk satu! haha bila di buka... sebak terasa...apatak nya ibu saudara aku ** mak anjang menghantar sms yg berbunyi.. ....salam....apa khabar anakndaku sayang... yg buat aku sebak tu icon yg dia bagi tu ialah icon sedih..ye tiba-tiba rindu aku kat mak anjang terus datang,...dia kata lama tak dengar khabar aku dia tanya pasal anak -anak yg sedang ambil periksa.dia tanya pasal perasaan aku ketika anak-anak sedang periksa. aduh... sayang jugak dia kat aku.kenapa boleh aku tak amek sikit masa untuk bertanya khabar dia?? sibok sangat ke aku ni???ye ALLAH..ampun kan aku ,mak anjang ku sayang... maafkan anni ye .urusan seharian menyebabkan anni lupa pada yg jauh disana.rupanya masih ada insan yg  merindu kat anni...sayang kat anni...maaf sangat sangat... masa tu dada aku makin keras.. sebak bergetar di jantung air mata laju d

tak perlu begitu bagus

assalamualaikum suasana harini sangat tenang mungkin setenang hati aku ni walaupun demam belum pulih 100% dan batuk masih mengiringi suasana namun aku memang terasa damai...Alhamdulillah semalam .. aku dah puas menjelajah satu pelusuk daerah Kluang.. ber'konvoi' dengan family untuk menguruskan acara meminang dan bertunang buat anak saudara aku yg ensem tu huhu bersama asben dan sikecil memang serius seronok gile!! hehehe paling seronok ialah ketika terlepas dari kumpulan'konvoi' walaupun pada luaran nampak agak serabut sikit tapi enjoy hahaha cuma kesian kat abg yunn demam ke dia harini? sebab semalam dia asik berhujan jek..hehe aku tak sempat nak rakam saat manis semalam.. bytheway semuanya berjalan dengan lancar. terima kasih kat Bro Adi yg telah berjaya menjadi wakil pihak lelaki esok kalau anak akak nak tunang akak panggil lu! ehehehe  tempah dulu ;) apa yg aku dapat kupaskan atas kejadian semalam buat aku dan semua kita insan ni biasa.. tak

Nur Adibah Aida

assalamualaikum anak adalah amanah setiap anak yg dianugerahkan oleh Allah ada kelebihan masing-masing mungkin kita tak dapat mengetahuinya sekarang sebab mereka sedia ada didepan mata namun apabila tiba satu saat yg perit barulah kita mengerti bahawa anak itu adalah anugerah yg tak ternilai oleh sesiapa pun... harini aku nak share cita cita hebat anak aku yg berusia 10 tahun ni manjanya senyumannya telatahnya yg becok dan sikapnya yg lebih matang dari usianya adakala buat kami sekeluarga terhibur dan tak kurang juga makan hati hehehe... ~ adibah aida ~ katanya dah besar nak jadi ahli sains nak cipta 1 jenis kenderaan yg mampu digunakan di tiga permukaan sebuah kereta yg mampu terbang diudara belayar dilautan dan pecut dijalan raya amboi... hebat sungguh impian dia dan yg buat aku terharu tu orang yg pertama yg akan dijual kenderaan itu ialah aku - mama dia sendiri - habis lew aku dibuat bahan ujikaji :p hahahaha...

'cover jiwa'

morning! story about jiwa.. ye naluri yg datang adalah kehendak jiwa kenapa nak cover jiwa? ramai orang yg menipu diri sendiri... hipokrit !! bagi aku jiwa perlu diluahkan. semua orang kena ambil tau! jika tidak kelak merana... aku tak mau semua tu aku benci merana aku anti kesedihan... bagi aku..jiwa aku suci dan semua kehendak aku perlu diutamakan! lebih lagi dalam situasi sekarang dalam kemelut yg makin merusuh... perlu apa lagi? jika dipendamkan apa yg dapat? hanya perasaan dendam yg bakal timbul... mungkin...? aaah... persetan semua tu! mulai dari saat ni.. jangan nak cover jiwa korang lagi kerana aku pernah mati dalam diri sendiri hanya kerana aku sering cover jiwa aku tu... berharap lah agar semua akan kembali seperti asal...

Jujur Itu perit

Assalamualaikum semua.. selamat menjalani kewajipan sebagai mahluk Tuhan ..bangun pagi mata dah pedih pedih. malam tadi susah nak tidur entah la kenapa , terlalu banyak sangat yg bermain diminda ni...Allah je yg tahu... harini jiwa  dah semakin tenang segala kemelut jiwa makin pulih kesilapan yg terjadi kini sudah dimaafkan kekusutan makin terlerai hanya hati yg mampu menjawap.. naluri menjerit merintih demi sebuah kejujuran kena jugak terima kenyataan ini.. biarlah..sudah berterus terang dan sudah pun memaafkan. terima kasih sangat-sangat. sesungguhnya diri ini mahluk Tuhan yg tidak sempurna t api diri ini jugak ada hati dan perasaan yg harus di hormati. ..terima lah diri ini seadanya...

harapan seorang ibu

assalamualaikum semalam maq bising lagi.  peperiksaan  tinggal lagi tak sampai sebulan tapi anak-anak masih leka macam tarikh tu lagi satu tahun di buatnya.mereka masih rapat dengan handset masih lagi asik menuntun tv,masih lagi leka melayari ..sedang kan buku-buku dan nota-nota kaku tak disentuh..kalau sentuh pun buku yang ada kerja sekolah je.. mungkin mereka tak tahu yang maq selalu memerhati telatah mereka ..mungkin selama ni maq hanya berdiam diri.mungkin mereka jugak tak nak berjaya dalam pelajaran??hati mana tak kecewa..hati mana tak terluka jika harapan yang selama di dijulang..tapi orang yang diharap buat endah tak endah..sukar sangat ke berusaha..bukan untuk orang lain tapi untuk kejayaan sendiri maq bukan tak bagi anak-anak berkawan atau apa,tapi maq memang mengharapkan kejayaan anak-anak dalam pelajaran sebab maq nak anak-anak berjaya dalam kehidupan masing-masing ..kehidupan dunia dan akhirat..insyaallah .jangan jadi macam maq yang serba tak mampu ketika di

hati yang terluka

Harini awal pagi lagi mood saya dah jatuh menjunam seawal jam 5.30am saya dah dikejutan olehnya suaranya kali ini lain dari biasa kata-katanya meruntum dijiwa tersentap nya hati pekara yang saya tak gemari kini diulangi tapi kali ini sangat hebat saya sedih kenapa dia begitu mana janji dia dulu mana semangat dia untuk memberi perubahan untuk keluarga kami? kecewa maha dasyat mana kah nilai pengorbanan saya selama ni? saya tidak mengharap semua kejayaan untuk saya yang saya mau kejayaan kekal milik kamu demi masa depan kamu demi diri kamu kehidupan kamu tapi bagaimana aku mengolah diri kamu? adakah cara kamu ni bakal memberi kejayaan dalam hidup kamu nanti? tahukah kamu .. saya sangat kecewa kali ini...hmmm...

Warasnya sebiji akal

Assalamualaikum.. manusia adalah mahluk tuhan paling sempurna dimukabumi ni diberi akal fikiran untuk berfikir.diberi nikmat yang pelbagai untuk menjalankan kehidupan ,tapi kenapa manusia lah yang sering melakukan musibah dibumi jugak? Adakah manusia ini ego?sebab dia mahlok yg sempurna? Atau sebab manusia ada akal sebab tu manusia boleh jadi pemusnah? Hari-hari kita tatap kejadian-kejadian ngeri,kejam, keganasan yg hanya dilakukan oleh manusia! kadang-kadang kita hangen bila ada kes anjing liar gigit kanak-kanak.mencederakan orang tua, apa yang ter keluar ayat dari mulut kita. Tembak je anjing tu, bikin masalah pada orang ramai je! Tapi bagaimana dengan orang yang bunuh orang?orang yg buang anaknya sendiri bersepah-sepah tu?orang yg membunuh ibubapanya hanya disebabkan wang! Orang yg mencekik bayi sampai mati? Orang yg memperkosa anak sendiri? Orang yg membiarkan ibubapanya melarat dijalanan? haishh..ada banyak lagi , tak perlu di paparkan disini. Hukuman apa kah yang perlu dib

Ayat pelembut hati

Assalamualaikum, Melembut kan hati yang keras dan degil memang sukar. Kadang-kadang macam nak terkeluar air mata darah rasanya, tapi perangai tu tetap ada... kat mana silapnya. Penyesalan bukan penamat,tetapi usaha menghindarkan tu yang perlu diteruskan..ye tak? Dalam blogwalking maqnie hari ni. Allah telah menemukan maq dengan satu blog yang akan memberi ilmu untuk maqnie dan semua. tak salah kiranya kita panjang-panjang kan ilmu yang terdapat diblog beliau . Ini juga untuk manafaat semua. ..insyaALLAH.. semuga anda semua dapat menjadikan blog ini sebagai informasi  dalam kehidupan seharian. okeyh? InsyaALLAH...jika diizinkan... sila klik  DISINI  dan selamat berilmu dan beramal la ya.. *** sesungguhnya yang buruk datangnya dari kita, dan yang baik itu datang dari ALLAH hanya untuk kita..waallahua'lam... Dah senyum belum ni 😊

Nampak macam mudah tapi susah

Tajuk je tak boleh blah.. Mula mula kata mudah lepas tu kata susah..apa pon tak boleh. Eh ,chop,chop ! Salam belum beri... Assalamualaikum semua.. Apa benda lah yang mudah tapi susah tu kan...hurmmmm benda ni sebenarnya selalu kita lakukan..iaitu..memohon maaf kemudian  memberi maaf . Cakap minta maaf memang mudah bila kita dah buat silap. 'maafkan saya'.. Satu ayat mudah dan ringkas, namun apakah kita tahu kesan yang datang selepas kita buat silap tu? tuan empunya badan saja yang mengerti... Mohon maaf sebenarnya  satu penawar bagi jiwa yang sakit. Ianya menunjukan satu  kesilapan itu terjadi bukan kehendak hati. Ianya berlaku tanpa niat . Walaupun ada kala ianya  datang dengan niat jugak huhu maafkan saya~ Sebagai mangsa pulak (orang yang diminta maaf tadi ) kita hendaklah mengenepikan ego kita. walaupun jiwa sakit hati pedih sebab  kesilapan yang di lalukan terhadap kita. Baik maafkan aje lah kan . Hehehe tak rugi kot..Memberi maaf dengan jiwa yang ikhlas

5 perkara yang dituntut

Assalamualaikum.. Kata ustaz ada 5 pekara yang dituntut oleh Allah  dalam hidup ni.Iaitu,   -MEMIKIR AYAT-AYAT ALLAH  Kita dituntut memikirkan ayat -ayat Allah  iaitu surah Al-Quran, dan dibaca sekali terjermahannya bagi menguatkan ilmu kita. Dituntut juga  membaca Al-quran sehingga khatam sambil mempelajari erti dan pengajarannya. Sebagai hamba kita dituntut untuk  memikirkan tujuan Al-Quran diturunkan didunia ni. - MEMIKIR NIKMAT-NIKMAT ALLAH  Tujuannya supaya kita bersyukur atas nikmat yang kita dapat. tidak leka dengan semua nikmat yang Allah beri. rujuk surah Al-Kaf ayat 96 yang bermaksud,    ''  bila mana penduduk sebuah negara itu beriman,   Aku (ALLAH) akan memberi nikmat dari langit dan dari   bumi.'' - MEMIKIR JANJI-JANJI ALLAH. Tujuannya: bagi menambah iman kita demi janji Allah, iaitu syurga hanya untuk orang yang beriman. rujuk surah Hud ayat 117 yang bermaksud,   ' jangan menolong orang zalim,Allah akan menghumban kita kedalam neraka.&

Moga sentiasa Bahagia

Assalammualaikum... Bila sebut pasal bahagia, semua orang nak hidup bahagia kan..Maqnie pun. tapi adakah kita dapat bahagia tu semudah yang kita sebut? Pengalaman maqnie sebagai perempuan .. perempuan memang sentiasa hendak yang semuanya sempurna. padahal,tak semua dalam dunia ini sempurna kecuali ALLAH SWT. namun sikap tamak, iri hati sering saja  bermain dalam jiwa dan raga seorang perempuan. Bahagia disamping suami dan anak-anak adalah impian setiap perempuan yang bergelar isteri. hari-hari mendapat belaian dari insan yang digelar suami bikin hidup bagai disyurga.isteri pula dapat meluahkan semua masalah, mengadu letih berkerja ,dan suami pula sedia mendengar keluhan isteri. Itu pun sudah dianggap sungguh bahagia... Untuk anak-anak pula , berjaya dalam bidang yang diceburi, baik ilmu dunia mahu pun ilmu akhirat. Sentiasa hormat ibubapa,menurut perintah tuhan dan rasul, menghurmati masyarakat sekeliling, ahh...sejuk perut maq...bahagia sungguh maq jika semua ni milik maq

Orang sakit takut ubat

Assalamualaikum.. pagi ni rasa letih sangat sangat. malam tadi dan malam-malam yang sebelomnya, asben maq demam! B eliau mula diserang pada hari ahad lalu. namun disebabkan permintaan ibu maq dikampung nak jumpa anakcucunya, beliau kuatkan juga badannya untuk pulang ke kampung pada hari tersebut. Kalini sakitnya bertambah teruk , masaalahnya asben maq ni malas untuk ke klinik! Ha a..takut makan ubat le tu!! A da takda,maq lah doktor dia, nurse dia, tukang urut dia, dan segala-galanya untuk dia. Harini maq pujuk lagi agar dia ke klinik,ntahlah..dia pergi ke tak haishh... kalau dia budak-budak senang sikit maq pujuk, ni bapak budak!!! Bukan maq tak iklas nak jaga dia sakit, tapi pemeriksaan doktor amat perlu jika demam dah lebih 3hari kannn???? Ape pon tak boleh kalau orang yang takut ubat ni sakit. H arapan maq, moga dia cepat semboh. Dan dapat menjalankan aktivitinya seperti biasa. Tak  sanggop maq tengok dia terlantar disitu dengan mindanya yang takut ubat.  sayang..

Tanda tanda mati bagi umat lslam

Assalamua'laikum.. Hidup lawannya mati! Adapun tanda2 mati mengikut ulamak adalah benar! Ianya wujud! cuma dlm ketakwaan kita saja yg dpt membezakan kepekaan kita kepadanya. Sesungguhnya..ALLAH swt tidak pernah berlaku zalim kepada hambaNYA. Tanda2 ini akan berlaku kpd org islam saja supaya mereka dapat bertaubat dan bersedia dlm perjalanan menghadap ALLAH..nanti. manakala utk orang kafir, nyawa mereka akan terus direntap tanpa sebarang peringatan. ini sesuai dengan kekufuran mereka kepada ALLAH swt. Tanda2 kematian itu adalah : tanda 100 hari sebelum m ati tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu asar. Seluruh tubuh akan bergetar.. dari hujung rambut sehingga hujung kaki seakan2 menggigil bagi yg sedar,kehadiran tanda ini  maka ia adalah peluang baik utk memanfaatkan masa yang ada utk mempersiapkan diri dgn amalan yg akan dibawa nanti sesudah mati tanda 40 hari sebelum mati ketika ini bahagian pusat akan berdenyut2. ketika itu juga  daun yg tertulis nama kita a

Zikir mengatasi masalah anak anak

Assalamualaikum... Bila dah hari-hari mengadap anak. Anak sendiri, anak orang. Tapi atas nama tanggunggjawab kerja yang dah buat hampir 16 tahun ni memang menarik. Dapat pulak ibubapa yang boleh bertolak ansur,lagi lah maqnie sayang.... Bayangkan daripada mereka berusia 2 bulan.. pejam celik, pejam celik. Sekarang sudah berusia 4 tahun, tak terasa susah semasa proses membesarkan diaorg pon. Entahlah..yang penting kerja yang dibuat ikhlas. Harap2 mereka akan membesar dengan sempurna dan sukses. Hari ni maqnie nak share beberapa amalan utk mendidik anak2 ni agar satu hari mereka akan menjadi insan yang berjaya.. inshaALLAH. kata orang kalau tak pecah kan ruyung,mane nak dapat sagunya..kan? Amalan2 tu mudah jek.kita boleh ajak anak2 kita buat sama. Amat mudah! Buku ini pon maqnie baru jumpa.. simpan dah lama tapi tak pernah dipraktikkan sebab bukunya silap letak.. maklom orang dah 'tua' .. I is pelupa.. ok2...amalan nya ialah berunsur zikir nama2 ALLAH..mudah utk dihaf

Post Pertama

Asalamualaikum... Maqnie nak bagi tau,ni merupakan post maqnie yg sulung.Meminati blogging selepas tengok anak2 dara maqnie enjoy jek layan blog diaorang. Jeles kah tu?  Tak la jeles tapi dgn cara ni kita dapat berkongsi2  idea kita dgn org lain ,kongsi maklumat, kongsi idea ,kongsi resipi but tak mau la kongsi suami.... sis tak rela you! Sebagai seorang pengasuh  yg bergiat hampir selama 16 tahun ,banyak juga pengalaman maqnie.Nanti maqnie kongsi kan kt sini ye.Tunggu tau... Utk permulaan biarlah kita berkenal kenalan dulu. Maqnie, seorang ibu beranak 3. Anak semua perempuan. Seorang surirumah, seorang pengasuh. Seorang yang kuat membebel walaupun dalam tidur. Umur?  Dah baligh dah.  Alhamdulillah. Nampaknya itu saje utk permulaannya yek....tunggu tau post akan datang .  Nak surprise le pulak kan. kejap ! nak beri ucapan boleh tak? utk semua reader.... Selamat malam,sweet dreams ....