Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Adam Danish

Taman Syurga Anaknda

  Assalamualaikum. Rindu paling sakit adalah rindu pada orang yang dah tak ada.. Jumaat pertama bulan ramadhan minggu lalu,ibu Adam ada berkongsi satu gambar diwhatsapp. Taman syurga anaknda. Ye, rumput rumput sudah tumbuh subur  melata diatas pusara arwah Adam Danish. Sebagai seorang ibu yang melahirkan , setiap masa beliau nakkan yang terindah buat anak anaknya walaupun anaknya itu telah berada dialam yang lain. Semua ibu akan  rasa begitu. Dan sebagai salah seorang ahli keluarga terdekat ,ibu Adam sering juga berkongsi apa jua aktiviti beliau dipusara Adam. Alhamdulillah ,biarpun maq duduk jauh , paling tidak dapatlah lihat perkembangan terkini disana.  Anak syurga...tenanglah awak ditaman syurga,disamping para solihin.Rezeki awak ,dapat pergi terlebih dahulu dari kami.Nanti sampai waktu ,kami pun bakal menyusul. InshaAllah... Ya Allah... Dengan keberkataan bulan Ramadhan kali ini , aku bermohon kepadaMU, KAU bebaskan aku dan ahli keluargaku dari api neraka ,dan K...

Telaga wakaf Adam Danish

  Assalamualaikum. Hampir 4 bulan kami kehilangan Adam Danish. Anak saudara maq yang dah pergi lebih awal dari kami untuk menemui penciptanya. Al Fatihah... Gambar sekadar hiasan. Selepas beberapa minggu arwah pergi, ibu Adam berhasrat untuk manfaatkan wang simpanan arwah yang terkumpul di bank. Selain berinfaq atas nama arwah , buat umrah badal untuk arwah bapa saudara ,ibu Adam ada plan satu lagi cabang infaq jariah,iaitu buat perigi dikawasan terpencil di negara Kemboja. Sebuah negara islam termiskin di asia tenggara.  Aktiviti berjalan pada bulan 12/2021.Program tu dinamakan telaga wakaf. Alhamdulillah semua urusan berjalan lancar. Hajat ibu Adam telah pun terlaksana dengan izin dari Nya. Alhamdulillah. Semoga perigi yang diinfaq atas nama keluarga dan atas nama Adam Danish,Allah beri ganjaran pahala yang berpanjangan sampai bila bila dan memberi manfaat kepada penghuni rumah dan pendudul disekitar kawasan disitu.I nshaallah, aamiin... Al Fatihah  Buat Adam Danish...?...

Masih Belum Boleh Move On

  Assalamualaikum. Bismillah... Siapa tu yang masih belum " move on "? Pastinya maqnie lah. Kehilangan anak buah kesayangan merupakan kejutan paling hebat buat maq secara peribadi. Anak saudara paling rapat sebab dia seorang yang sangat manja ,sopan tapi ceria.Mudah dididik oleh ibu ayahnya. Allahhu Rindunyaa...😭 Dulu  dari baby sampai dia berumur 4-5 tahun, bila kami jumpa, salam dan cium pipi ,dahi serta hidung tu adalah habit kami.Ye,anak sedara lain takda nak buat macamtu kat maq ,kecuali Adam.. Maq akan peluk dan cakap , Adam Danish anak mak long kan? Dan dia anggukan je kepala  tanda sudi jadi "anak" mak long dia. Masa pergi umrah 2019,arwah lah yang jaga maq pengganti encik suami yang tak dapat nak sertai ibadah umrah asbab tuntutan kerja.  Bila ditanya,Adam boleh jaga mak long ganti pak long? dengan pantas dia jawab " boleh" sambil tersengeh sengeh .Waktu tu umur Adam 11 tahun. Bila covid 19 melanda seantero dunia, kami dah mula berjauhan.Adam dah...

Selamat Jalan Adam Danish

Assalamualaikum. 21 Oktober 2021. Terima kasih Allah untuk pinjaman selama 13 tahun ini. Anak syurga keluarga kami telah pergi menemuimu . Kami redha Ya Allah. Kami tahu perjalanan ini aturanMu. Semua ini hanya pinjaman dari Mu dan kami juga bakal dipulangkan kembali nanti. Al fatihah buat anak saudara mak long , Adam Danish. Kita kini telah terpisah  tapi kasih sayang mak long pada Adam takkan pernah pudar sampai bila bila pun,inshaallah. Sambut birthday yang ke 13 pada 1 Ogos lalu.  Doa mak long buat Arwah Adam Danish, "Semoga tangan tangan yang tolong urut kaki mak long waktu letih berjalan ziarah umrah dulu, tangan yang tolong ambilkan air kopi panas, tolong bawakan makanan² naik lift dan hantar ke bilik mak long suatu ketika dulu ,tangan yang tolong ibu ,ayah ,abang ,kakak²,atok, nenek  tanpa rasa mengeluh setiap waktu.Ye semoga tangan² itu sekarang ini sedang dipimpin oleh bidadari bidadari untuk berehat ditaman² syurga." Berehatlah sayang,satu hari nanti kami juga ...

Kenangan bagi burung makan di Kota Madinah

Assalammualaikum. Video diatas ini sebenarnya video peribadi maq . Tapi bila Oppo dah suruh update handphone, lepastu bertalu talu pulak aplikasi dari oppo masuk. Sampaikan storage handphone asyik penuh. Akhirnya maq ambil keputusan untuk simpan je video pendek ini diblog ini. Harap harap lepasni storage kembali okey. Bawah ni aplikasi yang oppo bagi, dah tu tak boleh nak uninstall pulaknya..Allahhu.. Maq redha..nak tukar handphone lain macam belum mampu lagi 😂 Tapi kenapa nak simpan video yang pendek macamni? Mungkin itu pengalaman pertama dan terakhir maq ke sana. Jadinya biarlah semuanya jadi kenangan abadi maq dan family. Pengalaman yang tak mungkin berulang biarpun maq diberi peluang kedua. Maha suci Allah. Hanya Dia yang tahu tentang segalanya. Seronok sangat masa tu. Makanan burung itu dijual oleh penduduk tempatan disitu. Ibu maq beli 3paket , dan beliau bersungguh suruh kami bergambar dalam ratusan burung yang sedang ma...