Skip to main content

Roti telur bawang putih

Assalamualaikum..

Alhamdulillah masih diberi peluang menjalani kehidupan untuk harini. Semuga segala urusan kita harini dipermudahkan,aamiin..

Pagi ni maq buat sarapan ringkas berasaskan roti. Sejak dulu lagi ,kalau semua orang dalam rumah ini dah keluar seawal 6pagi dan tinggallah maq sendirian, roti adalah sarapan pilihan. Ingat ya , waktu sarapan yang elok ialah dari 7pagi hingga 9pagi. Sarapanlah walau hanya dengan sekeping roti dan setengah cawan air manis. Ini akan buat anda makan sedikit ditengah hari nanti. Lain lain kebaikan bersarapan awal pagi , sila rujuk google , haishh dasar lazy lady betul kan  #maafkansaya😂

Pagini roti pilihan maq ialah roti bawang putih telur. Macamana nak buat? Jom..


Beberapa keping roti.
3biji telur ayam (dikocak)
Buttercup 2sudu (disapu atas roti)
Sedikit Herba thyme.
2ulas bawang putih( ditumbuk + dengan telur)

Roti yang telah disapu butter.

Kemudian letakkan campuran telur +bawang putih pula.

Lepastu taburkan herba thyme.

Bakar pada suhu 150' selama 7-8 minit.
Ikut oven masing masing.

Alhamdulillah dah siap.
Jom nikmatinya bersama secawan nestcafe panas.



*untuk telur 3biji ,maq dapat 8keping roti macam diatas tu. Dalam telur boleh letak ,cendawan ,daging cincang  , ayam cincang jugak.

*buat minum petang pun sedap.

* selamat mencuba!

Popular posts from this blog

Skala Gempa Bumi Dan Kesannya

Cucu Asuhan Lain Dari Yang Lain

Ulasan Mantan Menteri Agama Tentang "penjenamaan Semula Tabung Haji"

Pfizer ,EO dan Encik suami

Diam Diri Umat Akhir Zaman

Santai Petang Di Kuala Lumpur

Satu Ingatan ,Satu Kesedaran

Ety try Silicone Glaze

Kedai Makan Di Benteng Sunyi?

Selawat Fatih