Posts

Showing posts with the label Masak Dan Masakan

Daging Korban Nak Masak Apa?

Image
  Bismillah, Ada dapat daging korban tapi tak tau nak masak apa? Jom kita cuba 2 resepi kat bawah ni. Resepi daging black pepper Bahan-bahan: Daging Bawang putih 4ulas (tumbuk) Bawang holland 2 biji Serbuk kunyit 1 sudu kecik Sos black pepper Lada hitam 2sudu (tumbuk) Capsicum hijau 1biji Tomato 2biji Carrot (optional - taknak letak pun takpe) Daun bawang (optional-taknak letak pun takpe) Garam, gula, aji Minyak masak Cara Masak: Rebus daging sampai empuk. Bila air dah kering masukkan minyak masak, serbuk kunyit , kacau lepastu masukkan bawang putih. Kemudian masukkan sos blackpepper & lada hitam yang ditumbuk tadi. Masukkn garam, gula,aji. Masukkn carrot,lada capsicum.agak agak bila  sayur dah lembut ,masukkan pulak tomato, bawang Holland & daun bawang. Ok dah siap! Kredit resepi Fatimah Ibrahim Resepi daging merah thai Bahan memasak, 1 kilo daging -rebus +pewarna merah 2 sudu makan cili blander 2 sudu makan sos cili 1 sudu makan sos tomato 1 sudu makan sos tiram 1 su...

Resepi Samperit Klasik

Image
  Bismillah, p/s : Hasil salin tampal SAMPERIT KLASIK (A) 250g Buttercup/Planta 1 cawan gula aising 1 sudu kecil esen vanilla 1 biji kuning telur Sedikit pewarna kuning (B) 1 cawan tepung jagung 1 cawan tepung kastad 2 cawan tepung gandum Ceri merah dan hijau untuk hiasan Campur semua bahan A pukul sebati sahaja hingga gula tidak berketul. Ayak dulu bahan B kemudian masuk kan sikit demi sedikit sambil gaul rata guna senduk saja. Uli hingga semua sebati adunan tak lembik tak keras mudah tuk di tekan. Saya gunakan acuan pecah 10. Selesai menekan rehat kan dulu 10/15 minit sebelum bakar elak dari bunga menjadi kembang selepas di bakar. Bakar dengan suhu 170c : 30-40minit ikut oven masing masing. Nak dapat kan biskut yang cantik dan kemas?  KENA BUAT DENGAN SABAR 🥰 Kredit Raja Azura.

Resepi Kek Pisang Gebu

Image
  RESEPI KEK PISANG GEBU Bahan A: 3 biji telor gred A  190 gm minyak jagung  200 gm gula kastor  1/4 sudu kecil garam  1/2 sudu kecil esen pisang  Bahan B:  250 gm Pisang berangan yg dah dilenyek. Bahan C:  150 gm tepung gandum  1 sudu kecil soda bikarbonat Notes  *boleh guna minyak masak ganti minyak jagung  *boleh guna sebarang jenama tepung gandum  *pisang berangan boleh ganti dgn pisang emas  *kalau tiada telor gred A, guna gred B 4 biji Cara-caranya *************** 1. First prepare loyang. Guna loyang petak saiz 7 inci. Sapukan marjerin keseluruhan permukaan loyang 2. Alas loyang dgn baking paper. Cuma bahagian tapak sahaja. Tepi loyang tak perlu. 3. Lenyek pisang sampai hancur. Kalau tak ada alat yg sesuai, guna jer buntut gelas atau botol 4. Sediakan hirisan pisang utk diletak atas adunan kek nanti. Nak potong nipis bulat bulat  pun boleh. Atau hiris memanjang, ikut suka korang lah. 5. Ayak tepung dgn soda bika...

Ayam Goreng Hot And Spicy

Image
sekadar hiasan   Bismillah, Maq jumpa resepi ini kat group masak masak difacebook. Resepi Ayam Goreng Hot and Spicy! Bahan-bahannya , Ayam Tepung jenama BESTARI Tepung Gandum Tepung Beras Serbuk Cili (jika perlu) Minyak Masak ***Resepi ni tak memerlukan garam sebab tepung bestari tu dah masin Cara-cara, 1. Bancuh tepung bestari bersama air sahaja. Bancuh sampai jadi sederhana pekat (ikot pada kuantiti ayam) 2. Masukan ayam dalam bancuhan tepung tadi & perap. Makin lama perap makin lembut isi ayam & rasa pedas akan serap dalam isi ayam. Saya perap 5 jam. 3. Sediakan tepung untuk salutan pulak. 4. Campurkan tepung bestari yang belum di bancuh dengan air dan tepung gandum & tepung beras. **saya takda sukatan yang tetap. Main agak agak je. Anggaran 1 senduk tepung bestari ,1 senduk tepung gandum ,1 ½ senduk tepung beras. 5. Pastu amik ayam yang dah diperap tadi masuk dalam campuran tepung kering & salutkan serata. **Buat seketul seketul sebab kalau buat banyak banyak na...

Kek Minyak Anti Gagal

Image
  Bismillah, Jom masak kek minyak .Resepi anti gagal. Bahan bahan 5 biji telur 1/2 cawan gula halus 2 cawan tepung gandum 1 sudu teh baking powder 3/4 cawan susu pekat 1 sudu besar ovallate 1 cawan minyak masak perasa yg disukai ( tak letak pon takpe) 1 sudu teh esen vanila Pewarna yg disukai Cara 1. Satukan tepung dan baking powder kemudian di ayak, ketepikan.   2. Pukul telur bersama gula dan ovallate hingga kembang dan gebu.Putar dlm 5 minit.   3. Masukkan susu pekat dan esen vanila, pukul sebati.   4. Masukkan minyak masak dan perasa sambil dipukul lagi tapi hanya sekadar untuk adunan bergaul rata.   5. Akhir sekali masukkan tepung gandum yang telah di ayak. 6. Kaup balik adunan dengan spatula hingga rata 7. Bahagikan adunan kepada 3 atau 4 bekas. Letakkan pewarna dalam setiap bekas mengikut kesesuaian & gaul rata.Sediakan loyang 8 inci / 9 inci 8. Lapik dasar loyang dengan kertas minyak dan sapu keliling loyang dgn majerin.   9. Tuangkan adunan ber...

Tips Masak Nasi Guna Beras Basmathi

Image
  Bismillah, Kalini maq nak kongsi tips macam mana nak dapatkan nasi lembut , berderai dan masak sekata guna beras basmathi. Maq jumpa tips ni dari laman muka buku. Semoga jadi jariah buat owner tips ni. Bawah ni adalah caranya, -basuh beras bersih dan rendam 20 minit dalam air yang diletakkan dengan garam sedikit (petua ni saya ikut dari guru lama saya untuk bagi nasi kita berderai dan lembut) - sukatan air nisbah 1 cawan beras bersamaan 1 cawan 1/2 air (1/2 tu susu atau santan) bergantung nasi apa yang korang nak masak. -untuk memasak nasi,  didihkan dulu air baru masukkan beras. -kacau beras semasa air masih banyak, jika dah kering better kacau sekali je untuk mengelakkan beras dari patah. - untuk mewarnakan nasi ,korang kena tunggu air kering baru titiskan pewarna dan biarkan sekejap baru dikacau. - untuk nasi  yang  masak untuk tempahan last sekali saya akan letak dua sudu butter (ini adalah cara saya) **okey tu je,semoga beri manfaat kepada semua. Gambar dan ti...

Sukatan Masakan

Image
  Gambar sekadar hiasan Bismillah, Bagaimana nak tahu sukatan untuk bahan masakan? Bawah ni maq ada kongsikan. Semoga beri manfaat: 1. Beras biasa- 1 kg untuk 10 orang makan. 2. Beras basmathi- 1 kg untuk 12 orang makan. 3. Daging lembu/kerbau/kambing- 1kg 10 orang. 4. Ayam- ikut potong berapa. Contoh- seekor potong 16. Kalau 100 org makan, 7 ekor cukup. 5. Mee 1 peket- untuk 6 orang makan. 6. Mihun 1 peket 350gm- untuk 8 orang. 7. Kuah- 1 liter untuk 4 orang. 8. Spagetti 1 peket untuk 8 orang. 9. Pulut 1kg untuk 12 orang. Ini cuma anggaran sahaja. Terpulang kalau nak buat lebih. Yang penting jangan membazir. -Sukatan ni hasil salin tampal ,moga jadi jariah yang berpanjangan  bagi penulis***

Tips Masak Sagu biji

Image
Assalamualaikum. Ikut pengalaman peribadi maq, bila masak sagu biji ni, kadang tu menjadi, kadang  tu kelaut  jugak perginya. Harini terjumpa pulak tips yang maq rasa logik  untuk diguna pakai bila masak sagu biji. Bawah ni antara tips tersebut. Apa pun apa yang maq harapkan,esok lusa kalau nak buat sagu gula melaka, dah sedap dah kejadiannya, Insyaallah.. -Pastikan air betul-betul mengelegak baru masukkan sagu, kalau tidak nanti hancur dan hilang. -Jangan basuh sagu, kalau basuh nanti hancur. -Kacau setiap 5 minit supaya sagu tidak berketul. -Cuci sagu pada air paip & masukkan ke dalam bekas berisi air paip supaya tidak melekat. -Selepas warna, biarkan dalam 20 minit supaya warna melekat & cuci kembali sagu selepas itu supaya kuah susu tidak bewarna. -Pastikan penapis dicuci selepas tos sagu, kalau tidak nanti sagu melekat dekat penapis. Okey,  semoga beri manfaat. 

Biskut Kacang

Image
Assalamualaikum. 'just stay at home'  Hari ni dah masuk hari yang ke 4! Tapi kalini cerita hari ke 2. Bila dah mula bosan duduk rumah sebab ikut arahan perintah kawal pergerakkan oleh kerajaan Malaysia.  Maq pun mulalah selongkar stock apa yang ada dan cari apa apa je bahan yang boleh dipelbagaikan sebagai kudapan kami dirumah ini. Cari punya cari, jumpalah baki kacang tanah yang tempohari maq buat rempeyak. Adalah dalam kiraan 200gram + "Buat biskut je yangggg... " - kata encik suami "jap, nak check bahan bahan lain dulu, kalau cukup bahannya baru boleh buat "- jawab maq sambil selongkar kabinet berisi stock bahan makanan kering. Tepung gandum 200gram ✔ Tepung jagung 200gram✔ Kacang tanah 230gram✔ ( goreng dan kisar halus) Gula kastor 200gram ✔ ( gula pasir blend pun boleh guna) Margerin 3 sudu makan ✔ Baiking soda 1 sudu teh ✔ Minyak masak ¾ +- ✔ ( minyak masak secukupnya ) Kuning telur untuk sapu atas biskut✔ ( telur saiz B ,seb...

Ayam goreng berempah

Image
Assalamualaikum Hidangan lauk tengahari tadi.   Ayam  goreng  yang diperap dengan rempah ratus. Ayam goreng berempah.Macamana nak buat?  Bawah ni langkahnya. Bahan bahan perapan : Bawang besar sebiji (saiz besar) Bawang putih 3 ulas Kunyit hidup 2inci Halia 2 inci Ketumbar 2 sudu makan Jintan kasar 1 sudu makan Garam Pati ayam seketul Serai 3/4 batang ( tapi dlm gambar takda serai sebab maq dah kehabisan stok serai ) Kisar semua bahan dan perap ayam dalam 1-2jam. Bila dah perap , goreng guna minyak penuh. Tips : jangan goreng ayam terlalu garing, nanti bila dah sejuk,ia jadi keras. Ayam yang diperap  Bila dah nak habis menggoreng, nampak tak bahan perapan yang masih banyak terkumpul lagi tu ⬆⬆? Jangan dibuang baki perapan sebab kandungan perapan itu boleh dibuat masakan  untuk resepi "ayam masak sambal" versi maq! Macam bawah ni ⬇⬇ okey simpan dalam peti sejuk. Cara masak Ayam bersambal pulak. Goreng isi ayam ...

Instagram masak2_makan2

Image
Assalamualaikum.. Jari jari maq  memang rajin menaip.  Tapi memori dalam Minda ni kadang bila dah full dengan macam macam benda nak fikir, kadang jadi low jugak. Benda simple pun jadi celaru hehe. Ada satu haritu, nak log in instagram melalui twitter. Password  instagram masih ingat tapi user name maq lupa.  So maq pun apa lagi, belasah je guna nombor fon. Sebab biasanya benda tu macam dah setting kot. Guna nombor fon je untuk masuk laman sosial sendiri. Tapi ada jadik? Maq dah tercipta satu lagi akaun instagram!  Ahh sudahhh... Tiba tiba sendiri bingung* Masuk instagram lama.. Sekali tu, alamak user name nya lain, no fon sama?! What ? what ? what? What are you doing maqnieee.. Hehehe kelupaan! Seminggu maq biarkan ig baru tu krik³sepi.  Sebab instagram  yang ada tu pun dah jarang maq update. Kecuali kongsi telatah cucu dan aktiviti maq sekeluarga jelah.  Kalau takda kemana mana memang sunyiii sangaaaat.. Bila nak delete terasa p...

Kek Susu (cara bakar )

Image
Assalamualaikum. Teringin nak masak kek susu bakar. Pernah masak kek susu tapi masak dengan cara kukus. Rasa sedap tapi agak kurang sikit kegebuan keknya. Jumpa di youtube resepi kek susu bakar ni. Makanya maq olah resepi dengan bahan bahan yang ada dalam stock maq. Bahan bahan kek susu. 5 biji telur gred B 1 cawan tepung kek ½ cawan tepung jagung ½ cawan susu tepung ¾ cawan gula pasir ¼ cawan susu fresh 40 gram ovelet 90 gram margerin ( dicairkan ) ❤Sebelum mengadun,pastikan oven telah dipanaskan . Suhu 150' / selama 10 minit. (oven maq ,oven anda ikut pada suhu yang biasa anda guna je ) Cara buat, ❤Campurkan kesemua bahan kecuali margerin cair. Kacau guna mixer sampai adunan jadi putih dan gebu. Masukan margerin yang telah cair tu sikit sikit. Pastikan margerin tu dah betul betul sejuk ye. Kacau dengan spitula. Kaup balikan supaya adunan sekata. Tuang dalam acuan. **jangan lupa sapukan margerin kat loyang sebelum tuang adunan . ❤Nak hias kek? Ambil sediki...

Timun Tua

Image
Assalamualaikum. Lihat gambar dulu... Ini sejenis buah buahan kah  atau sayur sayuran kah ? Bila maq cari digoogle ,rupanya ia sejenis sayuran. Namanya timun tua. Maq nak kenal nama sayur ini pun kena cari di google dulu sebab ini pertamakali sayuran ini ada dirumah maq. Nak tergelak pun ada juga , maq hidup berumah tangga dah nak masuk 26 tahun , sekali pun maq tak pernah beli timun ini. Paling kelako bila maq guna nama "timun coklat" masa nak search digoogle ,hahaha sedih pun ada  tau . Sayur ini Puan besan maq yang beri semalam. Alhamdulillah. Agaknya kalau beliau tak bagi lah kan  , sampai bila bila pun maq tak kenal buah/ sayur dalam gambar tu. 😂. Tadi masa nak masak ,maq pun search google lagi. Rupanya buat sup sedap. Sebab timun tua ni jenis sayur 'sejukkan badan'- anda mungkin paham maksudnya. Selain tu amat elok untuk pesakit tekanan darah tinggi , kerana ia boleh stabilkan tekanan darah. Kesahihannya? Waallahua'lam , tu google yang caka...

Asam pedas telur ikan

Image
Assalamualaikum. Ini merupakan entri peribadi pertama pada tahun 1441hijrah. Jeti nelayan di Hentian Mahkota Parit Simin. Nak beli ikan yang segar segar dari laut datanglah kesini. Kawasan tempat makan diHentian Mahkota Parit Simin. Sebelah malam lebih meriah pengunjungnya. Kedai pun banyak beroperasi disebelah malam jugak. Sebenarnya lama dah 'craving' asam pedas telur ikan,lebih 5 bulan dah kot tak makan lauk ni. Alhamdulillah ,lepas balik ziarah ibu mertua siang tadi, sempat juga maq singgah ke jeti nelayan di Kampung Parit Simin, Semerah ,Muar. Orang Batu Pahat tahu la kot kawasan ni* Sambil tunggu encik suami beli ikan, sempat usha kedai asam pedas kat sebelah kiri jeti. Ada terdapat beberapa  buah kedai asam pedas beroperasi disebelah  siang hari  juga. Maq belum try makan kat sini lagi. Insyaallah satu masa nanti. Bila dah jumpa apa yang diidam idamkan,apa lagi terus je beli dan bawa balik. Tepat pukul 12.30 tengahari maq sampai rumah kami d...

Coklat Bar homemade

Image
Assalamua'laikum. Minat makan coklat? Orang perempuan pastinya pengemar coklat paling setia, termasuk maq ! Nak makan coklat tanpa rasa was was ? Hebatnya kamu, yakinnya kamu hehe.  So apa lagi marilah kita buat sendiri. Kalau maq kata coklat ini sedap itu maknanya  coklat homemade ini memang  betul betul sedap ! Swear🙋 Bahan bahan yang kena beli . Pesan maq : janganlah mintak kat jiran pulak ,malu nanti .. Coklat masakan jenama Berlys (milk) . Coins boleh ,bar pun boleh. Maq guna coins milk sebab cuma itu je yang ada dalam simpanan. Maq tak cadangkan brand lain sebab setakat ni brand berlys je coklat masakan yang maq rasa sedap. Kacang Badam. Maq beli 200gram lepastu bakar kat oven dalam 8minit pada suhu 150'. Tu oven maq ,oven anda mungkin lain sikit kot. Tapi pakailah suhu biasa biasa je.. Jangan terlalu panas, nanti hangusss. Lepastu sejukan ,lepastu tumbuk kasi hancur. Ingat ,hancur je bukan kasi lumat . Bebaik karang jadi sambal kacang pulak! Em...

Koktel Sumi Jelly mudah.

Image
Assalammualaikum. Pernah makan  koktel sumi jelly? Apa tu? Haa sejenis dessert yang sangat mudah disediakan.  Dan rasanya pun sedap. Kanak kanak pasti sukakannya. Kalau nak buat open house ,menu ni sangat simple dan sedap! Bahannya: 2 tin susu cair . Nata de coco 1 mangkok. Maq guna perasa laici. Pudding mangga . Maq beli yang dah siap punya, yg ada dijual di kedai kedai biasa. Potong potong  bagi saiz kecil sikit. Sumi jelly 2 bungkus. Ini pun potong potong juga. Air gula. Ais. - caranya : campurkan semua bahan. Adjust kemanisan gula nya. Letak ais. Koktel sumi done ~ Puding mangga yang ada dipasaran. Sumi jelly dan susu cair. Abaikan susu krimer tu. Gambar dari google jek hehe. Nata de coco.  Kat bawah ni video ringkas koktel sumi jelly versi khairul Ameng . 🙊.. Selamat mencuba ... Pengesan sedap oleh beberapa orang tukang rasa  😂: Anak saudara. Anak menantu. Anak sendiri terus tanya resepi ! 😂 ...

Kerabu Telur

Image
Assalamualaikum. Syawal dah nak habis. Bermula raya pertama,hinggalah beberapa hari sebelumni ,hari hari dah mengadap lauk pauk raya. Berempah ,berkari dan bersantan . Bukan jemu atau cerewet tapi tekak ni dah mula naik muak . Sampaikan encik suami cuma suruh masakkan nasi putih dan ikan goreng je untuk makan tengahari beliau. Ingatkan maq je sorang yang muak dengan lauk pauk berempah bagai tu, dia pun sama .. Orang dah tua memang macamtu kot , selera makan sudah semakin  hambar .. Allah huakhbar . Ikan goreng dengan nasi putih panas panas pun dah rasa nikmat nak oii.. Hehe Alhamdulillah.. Harini maq buka notification dari youtube. Nampaklah video seminit resepi. Tajuknya " kerabu telur Thai style " dan maq pun teringin nak cuba resepi tersebut. Bahan bahan 90% sudah ada dalam petiais ,walaupun tak semua bahan ada. Antara yang perlukan : Telur 3biji ,maq buat telur dadar. Kalau telur mata tu makan dengan kicap je sedap bagi maq. Bawang putih 3ulas dihiris halus...

Tanda Ikan Masak Sempurna

Image
Assalamualaikum. Bila ada anak perempuan ni serba sedikit hal "kedapuran" mereka kena ambil tahu jugak.  Pernah satu hari anak maq tanya :  mak , apa tanda ikan yang kita masak tu dah cukup masak? Maq : pertama tengok biji mata ikan tu ,kalau dah terjengil keluar ,itulah tanda ikan tu dah cukup masak. Kedua tengok pada bahagian ekor ( lihat gambar atas ) kalau isi ikan tu sudah merekah dari tulangnya ,itulah tanda ikan itu dah masak sempurna. Tapi dalam gambar tu ,ikan tu dah macam dah terlebih masak jek ,heehe  Tips ini bagi memasak ikan ikan kecil sahaja . Kalau ikan yang besar besar tu tipsnya lain pulak.  Apa pun bagi anda yang sedang berjinak jinak nak duduk dapur memasak untuk keluarga ,mudah mudahan tips ini berguna . Inshaa Allah.

Laksa Penang paling simple.

Image
Assalamualaikum. Untuk hari pertama berpuasa tahun ini,maq  sediakan menu simple buat family. Laksa penang mudah ! Bahan bahan nya : ❤Ikan mata besar - rebus dengan asam keping,lepastu blend isinya dengan air rebusan tadi. Nak kuah lebih tambah lagi air. ❤Cili kisar  1senduk ❤Dalam pinggan hijau tu- bahan untuk kuah : daun kesum, asam keping,bawang besar ( kalau nak pekat kuahnya ,tambah lagi sebiji dua bawang tu kemudian kisar halus ) , serai untuk elak bau ikan memenuhi ruang rumah. ❤Semua bahan atas ni dimasukan kedalam periuk .Kacau dan tetapkan rasanya dengan menambahkan garam. Masak sampai mendidih. ❤Dalam bekas hijau empat segi tu , bawang besar dan cili padi untuk ulaman . Semuanya dihiris halus ( ikut citarasa anda ) Antara bahan lain untuk hiasan dan penyedap laksa penang. Telur rebus , limau kasturi,sedikit daun kesum dihiris halus. Disebabkan daun salad lupa beli , so ianya tidak kelihatan disitu. ❤inilah rupa kuah laksa yang terhasil ...