Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2022

Doa Doa Dari Al Quran Dan Hadis

Assalamualaikum. Bawah ini antara doa dari Al Quran dan hadis yang elok dibuat amalan.Ini hasil dari salin dan tampal Maq dari group whatsapp. gambar sekadar hiasan** 1. DOA MEMOHON KEAMPUNAN Daripada Aisyah r.a., bahawa beliau bertanya Nabi Muhammad SAW: “Wahai Nabi Allah, jika aku bertemu dengan malam al-Qadar, maka apa yang sepatutnya aku ucapkan. Baginda bersabda: اللهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ، فَاعْفُ عَنِّي Maksudnya: “Ya Allah Ya Tuhan Kami, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan amat suka akan keampunan, maka berikanlah keampunan kepadaku.” (HR Tirmizi) 2. SAYYIDUL ISTIGHFAR (PENGHULU ISTIGHFAR) Daripada Syaddad bin Aus r.a., bahawa Nabi SAW bersabda: سَيِّدُ الِاسْتِغْفَارِ أَنْ تَقُولَ:  اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لاَ إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ، خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ، أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ، أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ، وَأَبُوءُ لَكَ بِذَنْبِي فَاغْفِرْ لِي، فَإِنَّهُ لاَ يَغْفِرُ ال

Galeri Ustazah Asma' Harun & sale merdeka!

 Assalamualaikum, 18/7/2022 maq sempat singgah ke galeri ustazah Asma Harun yang terletak di bandar Senawang,Negeri Sembilan. Rupanya tak susah pun nak cari galeri ustazah ni. Exit tol Senawang ,belok sana ,belok sini , masuk simpang sana , keluar simpang sini , dah sampai. Nak lebih mudah ,cari Pasaraya Mydin Senawang ,diaorang pakat pakat duduk area sama je tu. Beli apa kat galeri tu? Kami cari jubah untuk encik suami dan Maq pulak beli kurma tangkai sebagai ole ole dari Senawang untuk anak cucu dirumah. Sebetulnya takda plan pun nak ke galeri tapi disebabkan dah lalu,so singgahlah sekejap untuk ' mencuci mata ' Eaah..macam shopping balik umrah pulak ek! bawa kurma dan jubah. Ok,itu  cerita 18/7/2022. Sekarang maq nak cerita terkini pasal galeri Ustazah tu. Jom baca bawah ni. JUALAN HARGA GUDANG TERBESAR SEHINGGA 70% DI GALERI USTAZAH ASMA’ HARUN 😃🎊✨ Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar.  Sempena menyambut Hari Kebangsaan yang ke-65 ✊, Galeri Ustazah Asma’ Harun berbesar

Bila Kematian Suami,Isteri nak buat apa?

  Assalamualaikum. Terjumpa sedikit maklumat ni. Dan demi kebaikan kepada mereka yang berkaitan,maq kongsi dalam blog peribadi milik maq.Semoga beri manfaat. Bila suami meninggal ,pertamanya isteri perlu iddah selama empat bulan 10 hari tanpa apa-apa solekan untuk berhias dan cukup sekadar bersih serta keluar rumah hanya urusan penting sahaja. Seterusnya, isteri perlu selesaikan hutang suami daripada harta peninggalannya dan harus tuntut bahagian harta sepencarian di mahkamah syariah. Seorang isteri juga perlu tunaikan wasiat suami jika ada sebelum mati serta segerakan pembahagian faraid daripada tinggalan harta si mati. Waallahua'lam

Duit itu tanda sihir?

Bismillah, Pertengahan bulan Ogos lepas,maq sekeluarga dikejutkan dengan penemuan dua keping duit rm1.00 dibawah pasu pokok keladi hiasan rumah kami. Yang buat kami hairan bin pelik anjung rumah kami tu tinggi ,nak kata anak anak jiran letak ,macam tak masuk akal pulak.Biasanya anak jiran bermain sampai parkir kereta je takda pulak sampai naik ke anjung atas tu. Nak kata cucu letak ,diaorang dah 2 minggu tak balik rumah kami sebab mama diaorang tak sihat.Batuk & asma. Lagipun  gerobok hitam tu tinggi kot untuk seorang kanak kanak capai. Video bawah ni dirakam lepas encik suami beritahu ,ada dua tempat yang diletakkan duit tersebut.  Bila maq update kat status wasap,ramai pm pesan jangan ambil kalau itu bukan duit kami.Katanya seperti ada niat tak elok yang dihantar ke rumah kami.Maq pun akurlah pesanan tu.Dah sah sah memang bukan hak maq. Tapi pada petang Khamis 18hb ( waktu maghrib ) , encik suami rupanya dah ambil duit duit tersebut untuk diisi ke tabung masjid. Beliau maklumkan

Komen Disorok

 Assalamualaikum. Salam Maal Hijrah 1444. Bila maq check ada entri yang dikomen tapi bila masuk kat blog takda pulak, hati terus lah jadi celaru .Kenapalah blog nak buat magik pulak ni, rasa macam tak lawak okey.. Lepas beberapa lama bila maq perati,laaa rupanya komen tu disorokkan dulu.Bagi owner blog luluskan barulah publish ..adeh,maq pun satu ,benda mudah macam itu pun tak reti reti nak  paham hehehehe.. Bukan apa, sebelum ni maq memang takda pun setting nak sorokkan komen komen tu . Mungkin banyak sangat kot komen yang berunsur tak sihat diberi  so blogspot  pun settinglah elok elok bagi suasana jadi tenang & damai gitu. **cewah  padahal memandai mandai je maqnie ni hehe  Bytheway terima kasih la kat sahabat blog yang rajin beri komen kat blog maqnie ni.Contohnya Wak Warisan Petani & Dana serta tukang tukang komen yang sudi mengomen kat blog maq. Thanks ye,nanti bebila maq belanja minum cendol kat Batu Pahat hehe. okey dah boleh rasa lega dah ni.Problem dah tak jadi masala