Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2018

Minyak angin aromatherapy Freshcare

Assalamualaikum. 2018 ni , umur  dah 49 tahun ,manakala  tahun depan dah jadi wargaemas dah kot ,inshaAllah. Apa yang paling ketara bila dah cicah ke ambang usia senja , banyak sudut boleh di edit . Bukan je wajah ketika selfie tapi iman dalam diri , silaturahim sesama ahli keluarga , tanggungjawab terhadap pasangan dan ahli keluarga lain juga masyarakat. Semua boleh diedit , semua boleh dinaik tarafkan. Kerana menurut  kata Ulama' , pada usia 50 tahun , kita hanya perlu menghitung apakah yang belum dibuat untuk mati. Tak perlu lagi berebut untuk dunia . Namun ada sesuatu keadaan dimana orang berusia 50 tahun tak boleh nak edit edit atau naik taraf. Apakah ? Hehe sakit sakit badan. Otot cepat cramp , pinggang senang letih ,  sendi cepat lenguh . Ini akan dialami oleh semua wargaemas. Maq pun dah ada dah sikit rasa seperti diatas tu. Terutama bila pergi shopping , turun naik shopping mall . Letih nya semacam jek hehe. Baru baru ni maq diperkenalkan oleh sesaorang dengan miny

Parut kenangan

Assalamualaikum .. Kalau anda perasan di dahi maq ada terdapat kesan parut . Dahi sebelah kiri. Atas kening kiri. Nak tahu tak kisahnya? Parut itu terhasil ketika  maq berusia 3 tahun lebih ( ini cerita zaman dulu dulu). Kata ibu maq ,ketika tu kami dirumah mak tok. Waktu tu sarapan pagi ,maq nak minta tambah lempeng kat dapur . Dengan usia sekecil 3 tahun , bawa pinggan kaca turun tangga , sedangkan ketika tu tangga tersebut licin sebab baru lepas dibasuh oleh mak Uda . Apa jadi lepastu? Maq tergelincir ditangga yang basah dan licin , pinggan terjatuh dilantai simen lalu pecah. Kemudian dengan takdirNya ,maq pula yang jatuh diatas pinggan kaca tersebut. Luka besar berlaku diatas dahi budak yang berumur 3 tahun tu , 🙈. Alahai budak,  nasib kaca tidak tertusuk dimata kamu , alhamdulillah. Dan parut luka tu kekal hingga kehari ini. Bila aksi berselfie ,sepertinya maq adalah salah seorang kakak kawasan yang  berparut didahi , ala ala gengster gitu  ! Tepeklah bedak tebal man

Faktor usia

Assalamualaikum Nampaknya idea diblog maqnie nurseri ni makin lama makin lusuh , blog terbiar lengang tanpa kata kata. Mentang mentang blog peribadi katanya , asyiklah sunyi dan sepi . Pada maq untuk apa menaip jika ayat tak beri semangat atau ayat makin menutup jalan untuk majukan diri. Tak salah luahkan isi hati ,lagi lagi pada blog peribadi ,namun mustahil hasil anda tidak dibaca atau mustahil kata kata anda tiada yang terasa. Berpada padalah dalam menyusun ayat. Tak kira di ruang komen mahu pun ditimeline sendiri. Ada masa ,maq sendiri akan terlepas kata kata yang tak elok , dan bila maq sedar , cepat cepat maq akan delete ,supaya tak ramai lagi pembaca yang terasa hati. Owh ,mungkin juga cara kita berbeza ,maq faham . Orang muda jiwa selalu panas dan cepat berbahang ,berbeza dengan peringkat emak emak ni , kadang hot ,kadang cool . Inikah yang dinamakan faktor usia? Nota maq : ponteng puasa tahun lepas dah habis bayar kah ? Tanya jek .. 🙊  Tips nak nampak sent

Gelora jiwa

Assalamualaikum. Minggu ni dan minggu mendatang merupakan minggu penantian bagi maq dan ahli keluarga . Akhir March 2018 atau awal bulan April 2018 - anak sulong maq akan melahirkan anak pertamanya. Bila detik makin hampir , debaran terasa pula bagi pihak maq. Allah hu .. Semoga dipermudahkan semua urusannya  dan proses melahirkan berjalan lancar . Apa yang maq dapat ungkaikan tentang perasaan ini untuk kalini , " penantian itu satu penyiksaan " hehe dasyat kan? Dulu masa sendiri nak bersalin takda pulak nak rasa macamni . Elok jek bawa perut ke hulu kehilir . Tapi bila giliran anak sendiri , macam macam rasa dah menjelma , Allah hu akhbar... Sayang mak , hargailah  detik menjadi seorang ibu . Kesakitan hanya sementara , perjuanganmu itu yang beserta pahala. Tak semua orang perempuan kat dunia ini merasa pengalamannya. Bersyukurlah pada tiap dugaan  dan nikmat  Allah , semua itu yang menjadikan kita jadi lebih matang. Doa emak akan selalu mengiringi langkah

Pengaruh

Assalamualaikum , selamat pagi buat semua seisi alam maya. Harini Sabtu 3/3/2018 . Cepatnya masa berlalukan. Betapa ringkas Allah mencantas masa kita sehingga kita tak perasan 2020 dah tinggal setahun lebih je lagi. Ternyata ,kehendak dunia telah buat kita leka. Masa berjalan meninggalkan kita selaju roket diangkasa . Kalau dulu bila sebut wawasan 2020 , automatik kita kata , " eleh tah jumpa ke idok cik Peah oii ,lama bebeno lagi tu , 2020 ! " Hehe itu dulu ! Dan harini juga bersamaan 16 jamadilakhir 1439Hijriah.  Apa yang maq pernah baca , mengikut kata sorang pakar agama , dunia hanya kekal selama hanya 1500 tahun hijriah ( selepas kehadiran Nabi Muhamad s.a.w. ) jika benar apa yang dikata oleh beliau , ternyata dunia ini dah tak lama dah lagi. 1500 - 1439 = ? Sebagai hamba Allah , apa kah yang kita perlu lakukan? Ada baiknya kita fokus dunia dan akhirat. Nak fokus akhirat 100% pun nanti dunia kita terabai. Sedangkan cari rezeki pun ibadah dan dapat pahala . M