Aurat yang kerap dilupakan

Assalamualaikum.

Salam ukhwah buat pembaca yang dirahmati Allah. Sedikit perkongsian dari Ustaz Mohamad Haidzir mengenai aurat orang perempuan yang kadang kita terlepas pandang.


Perempuan Selalu Lupa Tiga Perkara..

1) Lengan adalah aurat.
2) kaki juga adalah aurat.
3) dada adalah aurat, jadi wajib melabuhkan tudung mereka menutup dada.

Perempuan selalu alpa dua perkara..

1) pandang remeh dgn aurat di pergelangan tangan.
2) tidak memakai stokin.

Dan perempuan leka tentang dua perkara..

1) aurat mereka adalah maruah mereka.
2) kecantikan bukan pada muka, tapi pada hati.

Dan Perempuan seringkali lupa bahawa menutup aurat adalah UNDANG-UNDANG ALLAH, bukan manusia.

"Perempuan" - Dia tengah tidur, tapi malaikat tulis dosa dia. Dia tengah solat, tapi malaikat tulis juga dosa dia.Dia makan, belajar, mandi, tapi malaikat tetap juga catit dosa dia.Dia tak buat apa2 pun malaikat tetap catit dosa dia.

Ehh.... apa salah dia?

Ohh, rupa2 nya byk mata sdg melihat gambarnya yg tidak menutup aurat di media sosial. Walaupun hanya lengan bajunya terangkat sedikit hingga melebihi pergelangan tangannya. Setiap kali ada lelaki yg melihat, setiap kali itulah dosanya bertambah..


Sekadar hiasan


Maq pun ada kala buat jugak hal ni..ya ,kerap terlepas pandang dan kesannya tetap berdosa.

Kenapa dikira berdosa kalau sebelum ni kita tak tahu? Sebenarnya alQuran dah kata dah SELAIN dua tapak tangan dan muka, keseluruhan tubuh perempuan itu adalah aurat ,dan wajib ditutup dengan sempurna.

 Astagfirullah halazim..ampunkan kami ya Allah..😭

Nota maq : Ustaz Mohamad Haidzir ialah salah seorang tenaga pengajar dikelas muslimah di Taman Bukit Perdana, Terima kasih Ustaz atas penjelasan diatas.

Popular Posts