Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2019

Bawang Berempah

Assalamualaikum. Setiap hari Rabu akan ada diskaun di Aeon Big. Maq tak lepaskan peluang ini untuk beli barang terpilih yang ada potongan harga. Biasanya bawang merah dan kentang. Sekilogram cuma RM 1.00 ! Dapur officer macam maq ,pastinya paling seronok bila 2 benda ni harganya murah! Maq suka makan makanan berasaskan bawang besar. Tak kiralah apa pun. Termasuklah tomyam , masak sambal tumis , bawang goreng berikan bilis dan kicap , bawang potong bersama cili padi ,limau kasturi  dan cencalok. Dan yang terkini bawang goreng berempah. Wah semua penaik selera ni hehe. Bawang goreng berempah ni ,pertama kali maq rasa masa pergi umrah dulu. Kami makan nasi arab berulamkan bawang berempah. Kalini maq teringin nak buat versi maq. Rasanya hampir sama tapi tak la sesedap air tangan pak arab tu. 2 biji Bawang besar potong 4 , lepastu potong kecil melintang. ( ikut saiz bawang kat rumah anda) Setengah biji karot dipotong halus memanjang. Sebiji tomato dipotong dadu. Sesudu ke

Ke IKEA , Tebrau

Assalamualaikum. Sabtu dan Ahad minggu lepas  semua orang dalam rumah ni cuti kecuali maq. Suri rumah katanya  mana boleh cuti daaa... Ahh tapi maq tak kira ,maq nak cuti jugak ! No masak masak ! Hehee paksa !  *sebetulnya dah tak tahu nak masak apa , hari hari dah kitar semula semua resepi dan menu  ,beginilah nasibku sebagai seorang ' dapur officer ' , 😂. Masa masak kat dapur tu kan,kalau  ada yang tolong kan best. Kerja boleh buat dengan pantas. Cepat siap masak , cepatlah makannya kan. Lagi lagi kalau anak anak dara yang tolong ,makanan jadi makin sedaplah jawabnya. ⬇ Bila masakan sedap ,makan pun berselera. Mak mertua lalu kat  belakang pun tak nampak . Esok esok pesan kat mak mertua tu ,lain kali lalu depan depan, jangan lalu belakang.. 😂⬇ Sambil makan sambil membawang, tulah perempuannnn.. Heyp ,tapi tak semua tau. Ada juga orang perempuan yang sambil makan sambil baca buku. Exam dah dekat lah tu. Hmm⬇ Tak kurang jugak yang sambil makan ,sambi

Ainul Belajar Makan Sayur

Assalamualaikum. Bila gigi Ainul dah tumbuh banyak (+-8 batang ). Dia dah mula makan makanan yang pejal sedikit. Kalau sebelum ni dia cuma makan bubur nasi dan sayur kisar. Sekarang tok mak dah ajar dia makan nasi lembik dan sup  sayur potong potong je. Sayur potong potong? Apakah? Tulah dia sup sayur potong potong hehe Tok mak rebus jek semua bahan ni. Karot tu direbus dulu kemudian masukan batang saderi ,dah lembut keduanya baru masukan telur dan sedikit garam. Telur tak perlu terlalu masak. Umur seperti Ainul tak sesuai lagi makan makanan yang  masinnya lebih.  Suka kah ainul makan sayur sayuran tu ? Ya , dia suka ,😊 Alhamdulillah.. Cuma seperti biasalah , Ainul ni seorang yang cepat jemu ,jadi menu ni tak boleh nak di sediakan setiap hari. Tok mak dah faham tabiat ainul sekarang,kalau lapar , ainul takkan menangis atau merengek , tapi dia susah nak tidur siang ! Bila perut dah cukup kenyang , dia sendiri akan cari tilam selepas dibersihkan badannya sebab com

Belum ada rezeki

Ety , anak perempuan maq nombor 2. Umur dah nak masuk 24tahun. Dah mula kalut takut takut lambat nak kahwin hmm.. Lagi sedih ,selepas habis belajar di Kolej Kejururawatan ,Kuantan tahun lepas ( 2018 ) ety belum lagi dipanggil untuk 'posting' kemana mana. Bulan puasa ni cukup setahun ety menunggu. Mujur sekarang ni ety ada buat kerja sambilan di Home Care . Bertugas sebagai jururawat persendirian. Dapatlah dia duit kocek nak buat beli make up , lens ,baju ,kasut ..almaklom perempuannnnn..hehe Ety beritahu maq " mak jangan risau , pelajar yang kemasukannya sebelum ety tu ( batch januari 2015)  pun masih ada yang belum dapat panggil lagi, apatah lagi batch julai 2015 macam ety ni" .. Maq tanya kenapa lambat dipanggil  sebab sebelum sebelum ni , pelajar under KKM ,lepas konvokesyen 3/4bulan dah dipanggil posting mana mana kawasan. Kata ety : " antara sebabnya ialah bila ramai makcik makcik misi yang melanjutkan tugasan mereka sampai ke umur  60tahun . S

Makan Untuk Hidup

Assalamualaikum. Tajuk macam biasa dengar ,kan? Setiap manusia kena makan untuk teruskan kehidupan. Tapi makan bagaimanakah yang boleh buatkan kita terus hidup? Bila makan ,janganlah makan ikut nafsu kerana ia amat merbahaya. Bila makan sampai membuak buak nasi dan lauk pauk dalam sekeping pinggan bersaiz 8inci boleh kah perut yang kapasiti muatannya 1500mililiter tu nak tampung? Perut disumbat dengan makanan makan malam,makan tengahari ,makan petang dan kudapan kudapan lagi. Faktor kuantiti makanan yang perlu diambil kena juga tengok pada apa jenis perkerjaan individu tersebut. Kalau macam maq ,kerjanya cuma " santai santai duduk rumah " agak agak kena makan gaya apa ek? Nasi pastinya bersaiz besar penumbuk ku ini,😂 *perkataan santai santai tu penuh makna tau.. Aduh kesiannya usus kena tampung kesemua makanan tersebut . Bukan sehari tapi setiap masa! Badan yang sihat pun akan sakit bilamana usus dia dah penat buat kerja. Boleh nak makan sesekali makanan yan

Pesanan untuk anak perempuan

Dengar pesanan emak.. Bila kita telah diamanahkan jadi seorang anak perempuan. Jadilah anak perempuan yang benar benar perempuan. Kecantikan selalu dipandang dari seorang perempuan ,namun bukan wajah je perlu cantik tetapi akhlak ,budi pekerti, gaya pemikiran , perbuatan ,ilmu ,amal ibadah dan semua yang bersangkut paut dengan kehidupan hendaklah selalu ' cantik ' . Orang tak mengata kalau anak lelaki rumah nya berselerak tapi orang akan heboh bila anak  perempuan tidak reti mengemas rumah. Orang takkan berbunyi dibelakang kalau anak lelaki langsung tak reti memasak tapi orang akan bercerita tak elok bila anak perempuan masak tak sedap atau memang tak reti  memasak. Orang takkan cerita bila anak lelaki tidurnya  bangun lewat tapi orang akan pandang serong bila anak perempuan bangun matahari dah  tinggi menggalah. Orang tak membawang kalau anak lelaki kahwin lewat tapi orang akan bersangka buruk bila anak perempuan tak kahwin kahwin. Ingat... Bila nak jadi '

Dia Masih Orang Yang Sama

Assalamualaikum. Bila kita kenal sesaorang termasuk family kita sendiri , belum tentu kita akan kenal dia 100%. Betul ke betul ? Haa memanglah  betul. Sedang anak yang dikandung 9bulan 10hari tu pun bila dah besar sikit , kita dah susah nak percaya perubahan dekat perangai dia . Kenapa ? Sebab sampai satu ketika , perangai dia akan mula berubah. Kadang depan kita dia baik ,pijak semut pun tak pengsan. Tapi kat belakang kita , boleh ke patut dia cakap kat kawan kawan dia  bahawa emak dia ialah emak paling garang kat lorong rumah dia tu! Garangnya macam singa ! Anak siapa ? Anak maq lah ! Anak siapa lagi ! Aduhh.. Dia bayangkan i macam Singa tu sis !!   i can't believe this !! 😂.. Pening? Emak kalian lagi pening nak melayan karenah kalian bertiga tau! 😂 ( lokasi : Melaka  2015 ) Tu kisah dululah ,masa tu along , ety masih di alam sekolah rendah lagi . Aida pun tak edit apa pun lagi masatu hahaha. Now diaorang dah besar panjang . Perangai dah berubah , cinta da

Minyak Zaitun Olio Sasso

Pernah nampak tin kecil ni? Maq pertama kali nampak sebab baru pertama kali beli minyak zaitun dalam tin. Sebelum ni jumpa yang dalam botol kaca jek. Ini hasil keluaran bumi Italy. Maq beli semasa ke Mekah ,Januari ritu. Produk Olio Sasso ni Pure ! 100% tulin bang!  ini peniaga kat hotel maq menginap tu rekomen kan. Dia cakap semua orang boleh guna termasuk baby , semua bahagian badan boleh sapu , makan boleh ,minum boleh ,masak pun boleh. Amboi promote sakan! Harga setin tu RS 15.00 tapi dia bagi kat maq RS 12.00 . Maq dah minum sesudu setiap pagi. Rasanya ? Memang mables 😘. Dia tak berbau kuat seperti minyak zaitun yang maq ambil sebelum ni. Memang enak bangat !kiranya kata janji pak arab tu sumpah tak tipu !👍 Tapi tulah ,maq cuma beli setinnnnnn.. Aduh nyesaaaaal.. Kalaulah tau..kalaulah tau kan ..haaa kalaulah  tau sedap kan ,nak beli berapa tin agak agaknya ek? ( jawablah ) 😂

Orangtua harini kena belajar ?

Assalamualaikum. Bila maq ajukan soalan kat kawan kawan sebaya , betul ke anak anak zaman sekarang terlajak manja? Ada yang jawab : ya ✅ mereka terlalu dimanjakan oleh emak emak mereka sampai tak tahu nak buat apa apa kerjarumah. Ada pula yang jawab : biarlah mereka manja .. ( hat ni ada pulak penyokongnya) Maq : kenapa nak biarkan je? Sahabat maq : kalau marah pun esok esok dia akan buat hal lagi , so biarkan je. My wife kalau anak anak tak dengar kata dia , dia akan cakap " biarkan jek , esok anak anak dia akan buat macam perangai dia tu jugak " - nanti budak budak tu pandai je buat mana patut. Dah tak jadi nak malas malas lagi. Hehe pada maq ,ha ah  ..good idealah !   Nak bermalas malasan? Ok fine. Esok anak anak pun ikut perangai bermalas malasan you jugak ! Masa tu you baru tahu apa ibu you rasa hari ini ! 😂  Sebenarnya bukan senang nak didik anak. Ibu bapa yang kretif ideanya akan bijak menangani masalah anak anak zaman ini. Harap sangat , jangan jem

10 Amalan Ahli Syurga

Assalamualaikum. Sebuah perkongsian dari seorang sahabat mengenai syurga. Semoga jadi panduan buat sesama kita. Mungkin kita  tak mampu buat semua tetapi sangat berazam utk buat sebelum kita pergi meninggalkan dunia ini... Gambar sekadar hiasan.  *10 AMALAN AHLI SYURGA* *Pertama* Qiamullail, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin dekat dengan Allah Swt. *Kedua* Tilawah  Al-Qur’an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk apapun kita, bacalah walau beberapa ayat... *Ketiga* Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh dan isyak Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke mesjid, kerana masjid merupakan pusat keberkatan, bukan kerana panggilan muazzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.'dan untuk Allah beri

Tips Suara Sedap

Assalamualaikum. Dapat perkongsian video kali ini dari group santai ibu ibu ditaman maq tinggal. Isi agak menarik kerana ianya macam betul macam tidak. Tapi itulah yang dikongsikan oleh ustaz. Moh le kita dengar bersama sama. Okey ,maq dah plan. Lepas update kat blog ,maq nak kongsi pulak kat encik suami.. Anda nak cuba?  Belum cuba belum tau kan? 😬 Ucapan ribuan terima kasih kepada  Ustaz untuk tips tersebut. Semoga beri manfaat kepada semua. Seronoknya baca quran kalau suara sedap , bertajwid yang betul , baca beramai ramai.

Perginya Takkan Kembali - Bro Paly

Assalamualaikum. Alhamdulillah kerana masih mampu menaip disini. Terima kasih Allah.. Innalillahiwainnaailaihirojiun.. Ya Allah, Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.. AlFatihah . بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم  ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين Puan Suhazlia  Salam takziah buat adik sepupu maq ( Puan Suhazlia ) yang baru saja kehilangan suami beliau malam semalam (18march 2019) April 2017 Baru nak masuk tahun kedua perkahwinan mereka tapi Allah lebih mengetahui pada setiap kejadian. Sebagai hambaNya ,kita c

Tips Nak wujudkan Sifat Menghargai Dan Tolak Ansur Dalam Diri

Assalamualaikum. Alhamdulillah. Dapat satu perkongsian dari sorang sahabat. Ini tips bagaimana nak didik diri kita untuk menjadi seorang hamba Allah yang lebih bersifat menghargai dan bertolak ansur terhadap hamba hamba Allah yang lain.  Jadikan amalan selepas solat. Mudah mudahan Allah perkenankan. Aamiin.. -Asma ul husna

Dugaan Itu Bukan Saja Saja

Assalamualaikum. Alhamdulillah wasyukurillah. Sekali lagi kita bertemu diarena penulisan wargaemas ini. Eceh .. Baru harini mengaku tua hehehe Orang Johor masih gelisah selagi Pasir Gudang belum pulih seperti sedia kala. Mungkin juga bukan saja orang Johor tapi seluruh negara Malaysia masih resah. Keluhan mereka dapat terlihat di semua media. Salahkah kalau maq katakan , bukan saja saja dugaan ini datang kepada kita? Sebagai contoh  ,bila satu satu kawasan terlibat dengan insiden seperti ini , kita dapat tahu apa kekurangan tempat itu. Apa kemudahan asas yang penduduk setempat sangat perlukan yang selama ini pihak berwajib mungkin terlepas pandang. Keduanya bila sesuatu insiden belaku , semua orang kenamaan akan turun padang. Mana yang anggap hal ini serius akan berterusan berada disana setiap masa. Dan bagi pihak yang merasa hal itu cuma hal " besha besha je " mereka akan datang untuk lepas kan batuk ditangga,lantas pergi..😭 Ketiga ,bila dapat tindak balas dari

Khutbah Jumaat JDT

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم           *السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ* INTISARI KHUTBAH JUMAAT JDT TARIKH : 15 MAC 2019                  08 REJAB 1440 TAJUK  : PENGAKHIRAN HIDUP                 YANG BAIK 1) Firman Allah Surah Ali-imran/102 bermaksud: "Wahai orng2 yg beriman! Bertaqwalah kpd Allah dgn sebenar2 taqwa dan jgn sekali2 kamu mati melainkn dlm keadaan islam". 2) Menjalani kehidupan- tidak mudah putus asa; penuh pengharapan kpd Allah; kembali kpdNya dgn 'husnul hotimah' atau 'suul hotimah'. 3) Husnul hotimah (pengakhiran hidup yg baik)- Allah beri taufiq sblm datang kematiannya; tinggalkn segala perbuatn yg Allah murka; bertaubat dari segala dosa; melakukn ketaatan; mati dlm keridhoan Allah. 4) Sabda Rasul SAW bermaksud: "Sekiranya Allah inginkn kebaikn kpd seseorng, Dia akn melakukn kebaikn kpd orng tersebut. Allah akan mula pandukan  orng itu utk melakukn amal soleh sblm kematiannya&qu

Pasir Gudang 14March 2019

Assalamualaikum. Apakah berita selanjutnya tentang pencemaran udara di Pasir Gudang?  Alhamdulillah ,harini 14hb Mac 2019 - Pasukan elite ATM (Pusat Nuklear, Biological & Bahan Kimia Tentera Darat) telah sampai Di Pasir Gudang bagi sumbang kepakaran. First respon dari Tim CBRNe Tentera Darat. Akhirnya bantuan kepakaran Tentera Darat telah tiba di Bilik Gerakan. Pasukan awal CBRNe dari 12 Skn RAJD tengah mengadakan perbincangan dengan pasukan Hazmat & CBRNe Bomba bagi melakukan tinjauan awal. Untuk maklumam semua, pasukan utama CBRNe Tentera Darat akan tiba dari Kuala Lumpur untuk menyelaraskan operasi bersepadu bersama bomba hari ini. -  Malaysia Military Power Antara yang terlibat sudah ambil bahagian. Semoga semua usaha mereka dipermudahkan dan mereka dilindungi dari hal yang tidak diingini. Keselamatan diutamakan ! Bagaimana dengan anak anak serta pesakit lain yang sedang dirawat dihospital? Mereka harini telah menerima kunjungan dari hamba