Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2019

Ikan segar beku Nekmatbiz

Assalamualaikum. Bila tiba musim tengkujuh, rata rata nelayan sukar untuk turun ke laut. Terutama nelayan bot bot kecil. Bila nelayan tak kelaut , tentunya ikan susah nak dapat dipasaran. Tapi itu dulu.. Bermula tahun 2019 ni- Persatuan Nelayan Kebangsaan dan beberapa badan berkaitan telah menaik tarafkan satu lagi cara untuk hasil nelayan tempatan negara. Iaitu ikan segar beku dan beberapa produk lain lagi. Ianya hasil ikan segar dari nelayan yang disejuk bekukan dan diedarkan diseluruh pelusuk negara atas nama Nekmatbiz. Laman web Nekmatbiz  DISINI ! Gambar dibawah ini merupakan antara hasil keluaran Nekmatbiz. Boleh dihantar kerumah ,order secara online ! Mereka tengah cari pengedar tu. Kalau anda berminat ,boleh pergi ke  laman instagram  mereka . Ada banyak lagi sebenarnya produk mereka tapi cuma tu saja yang mampu maq kongsi. Anda boleh cari kawasan yang ada jual produk produk ini dari laman web yang maq kongsi atas tu. Kempen BM

Cough ? Did you know?

sharing cause caring ❤

Stroke

Ini adalah copypaste* Stroke? ingatlah tiga huruf pertama ini.S.T.R. Seorang sahabat menghantarnya  kepada saya dan menggalakkan saya menyiarkannya dan menyebarkannya. Saya setuju. Jika semua orang dapat mengingat sesuatu yang mudah ini,kita akan dapat menyelamatkan  beberapa nyawa. Pengenalan stroke. Seorang ahli saraf mengatakan bahawa jika dia boleh sampai kepada seorang mangsa stroke,dalam masa 3 jam, dia benar benar boleh membalikkan kesan stroke tersebut sama sekali.Beliau berkata dengan alasan itu bagi mendapatkan stroke yang dikesan, didiagnosis dan kemudian pesakit dijaga secara perubatan dalam masa 3jam yang sukar. Ingat 3 langkah. STR! Baca dan belajar! Kadang kadang gejala stroke sukar dikenal pasti. Malangnya bila kekurangan kesedaran menjadi penyebab yang mendatangkan bencana. Mangsa stroke boleh mengalami kerosakkan otak yang parah bila orang yang berdekatan gagal mengenali gejala stroke. Seorang doktor mengatakan seorang pemerhati boleh mengenali stroke d

Penawar kulit Melecur

Assalamualaikum. Pernah tak dengar kisah yang pernah viral kat  laman sosial whatsapp beberapa bulan lalu? Kisah bagaimana orang guna tepung gandum sebagai penawar kulit melecur. Anda pernah dengar? Pernah baca ? Hari Isnin lalu ,bila semua orang cuti sempena Deepavali , maq pun buatlah kek Marble kegemaran keluarga sebagai juadah minum petang. Malang tidak berbau , bila kek dah masak dan hendak dikeluarkan , tetiba pergelangan tangan maq terkena pada jaring panas yang ada dalam oven tu. Dengan suhu 150 darjah dan dah dimasak selama 50minit , so anda pun tahu keadaan panas besi tu macamanalah kan? Bila dah kena ,maq terus sejukan kat bawah aliran air paip sinki.  Bertujuan nak bagi kulit yang melecur tu rasa sejuk dan untuk kurangkan rasa sakit. Kemudian selang beberapa minit ,maq pun sambunglah semula kerja kerja yang masih belum siap sempurna lagi tu. Tapi kulit yang melecur tu terus terusan rasa pedih dan perit. Maq mengadulah pasal sakit tu dekat hero pujaan hati ( en

Dugaan Keluarga Kami

Assalamualaikum. Bukan saja saja kita diduga. Semua yang berlaku pasti ada hikmahnya. Allah yang lebih mengetahui. Sejak bulan September hinggalah ke Oktober ,keluarga terdekat kami ramai diduga dengan sakit. Dan setelah puas pergi ziarah orang sakit setiap hujung minggu, akhirnya minggu ini ,Ety ,maq dan encik suami pula diserang demam ,batuk dan selesema. Dan kali ini kami pula diserang demam on off -( kejap badan panas ,kejap badan jadi normal ) Demam yang kejap ada ,kejap takda ni sebenarnya merbahaya juga. Selain ianya adalah  tanda ada problem diparu paru ,ianya juga seperti tanda tanda awal demam denggi. Allahhu , mintak jauhkanlah. Demam tapi  tekak pulak nak makan mee udang. So hujan hujan pun sanggup terjah keluar rumah.  Tapi dah jadi perangai kami sekeluarga , mana nak ke klinik atau hospital jika demam tak berapa nak teruk. Selagi boleh berjalan dan aktiviti makan pun masih berselera, masing masing cuma makan ubat farmasi. Apa pun maq dah cadangkan untuk ke

Cardiac Arrest - pembunuh dalam senyap

Assalamualaikum. Sejak kebelakangan ini kerap sangat kita dengar berita kematian yang tidak disangka sangka. Orang kata nampak elok je tapi tiba tiba rebah ketika bermain bola dipadang. Takda sakit,takda penyakit.  Kali ini maq kongsikan sedikit info punya semua tu berlaku. Mungkin memang dah ajal dia ,tapi jika kita tahu punca dan penyebabnya , sedikit sebanyak ianya dapat membantu. Jom baca! 5 hari lalu seorang guru besar sekolah umur 38 tahun di Sabak Bernam pengsan dan meninggal di gelanggang badminton. Semalam seorang lelaki di Gua Musang meninggal waktu bermain futsal. Kedua2 nya berlaku ketika bersukan waktu malam dan kedua2 nya akibat cardiac arrest. Cardiac arrest ini adalah pembunuh senyap dan ia membunuh mereka yang tidak ada rekod sakit jantung sebelumnya. Ia berlaku bila sistem elektrik jantung tidak berfungsi (malfunction). Jantung dan nadi terhenti terus dan mangsa tidak memberikan respon. Rawatan segera WAJIB diberikan kerana jika lambat bantu maka jantung akan b

Anoreksia Nervosa bukanlah penyakit

Kenali Anoreksia Nervosa atau Kecelaruan Tabiat Pemakanan. 1.  Mempunyai persepsi yg salah terhadap 'body image' (berat dan bentuk badan). 2. Menyangkakan diri berlebihan berat badan tapi realitinya sangat kurus. 3. Sentiasa merasakan diri tidak cukup kurus. 4. Sanggup berlapar keterlaluan dan enggan mengekalkan berat badan. 5. Tabiat pelik seperti enggan makan di depan orang lain. 6. Sentiasa memaksa diri untuk bersenam keterlaluan. Anoreksia Nervosa memberi implikasi kpd kesihatan. 1. Anemia 2. Osteoporosis 3. Kerosakan hati 4. Tekanan darah rendah 5. Tahap kesuburan yang rendah 6. Sembelit 7. Boleh menyebabkan kematian. Individu yg mengalami Anoreksia Nervosa perlu kongsi kegusaran persepsi 'body image' dengan  rakan-rakan atau dapatkan bantuan profesional. copypaste dari Sumber: @BhgPemakananKKM

Khutbah Jumaat JDT

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم           *السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ*         INTISARI KHUTBAH JUMAAT JDT TARIKH : 25 Oktober 20l9                  26 Safar 1441 TAJUK  : Ancaman Terhadap                   Pelaku Dosa.                 1) Dosa- balasan buruk kerana melakukan larangan Allah; meninggalkan suruhan Allah; kelakuan yg salah dlm ajaran islam;  seorang yg melakukan perbuatan buruk; balasan setimpal mengengkari perintah Allah. 2) Firman Allah Surah Al-baqarah/206 bermaksud: "Dan apabila dikatakan kpdnya: bertaqwalah engkau kpd Allah, timbullah kesombongannya dgn (meneruskn) dosa (yg dilakukannya itu). Oleh itu padanlah ia (menerima balasan azab) neraka jahanam dan demi sesungguhnya (neraka jahanam itu) adalah seburuk2 tempat tinggal". 3) Sebagai manusia- tidak terlepas melakukan kesilapan; sengaja & tidak sengaja; orang mukmin berusaha elak kesilapan & dosa; tanda kehancuran diri apabila tidak henti2

Jangan terlalu sibuk untuk dunia

Assalamualaikum. Alhamdulillah. Dipagi Jumaat yang indah ,terjumpa pesanan paling bermakna buat diri ini dan buat yang lain jugak. Tapi kali ini maq lebih tertumpu pesanan ini bagi diri maq sendiri. ( Sasaran utama ) "jangan terlalu mengurusi kehidupan dunia,sehingga membuatmu lupa dengan kehidupan Akhirat " Manusia, sejak azali lagi mudah lupa. Awalnya alam ini di zaman bermulanya kehadiran Adam  dan Hawa pun sudah berlaku. Bilamana Adam dihasut oleh Shaiton nirojim untuk makan buah khuldi hinggakan  dia terlupa pesanan Allah. Sehinggalah kedua mereka dikeluarkan dari syurga dan dipisahkan  jauh antara satu sama lain. Selang 200 tahun  kemudian  barulah mereka  ditemukan semula dikawasan pergunungan diJabal Rahmah.  ( sejarah Islam ) Manusia zaman sekarang sudah berbeza. Kebanyakkan mereka bukan saja lupa perintah Allah ,namun sudah berani mencabar Allah. Allah suruh sedekah , dia taknak. Allah suruh puasa , dia taknak. Allah suruh solat, dia taknak.

Tanjung Balau ,Kota Tinggi

Assalamualaikum. Selesai acara pengkebumian arwah angah Linda tempohari ,kami gerak lebih awal untuk balik ke Batu Pahat. Sebab pada awalnya encik suami berniat hendak masuk kerja pada shif malam dia . Tapi bila dah bergerak keluar dari kediaman arwah, dalam 20 minit perjalanan macam tu, tiba tiba beliau batalkan niat. Katanya matanya dah mula mengantuk dan badan beliau pun rasa sengal sengal. Apa tidaknya seawal 4pagi kami dah keluar dari rumah di Batu Pahat menuju ke Felda Sening. Sebab mengikut apa yang diberitahu ,jenazah akan dikebumikan awal pagi. Dan jarak Felda Sening dari Batu Pahat ambil masa 3jam lebih ! Makanya  pukul 3.00 pagi lagi kami sekeluarga dah bangun untuk bersiap siap  kesana. Dan kami tiba di distinasi tepat pukul 7. 15pagi. Dan jenazah angah dikebumikan pada pukul 9pagi. Pukul 6.20pagi dan perjalanan masih jauh.  Matahari mulai menampakkan sinarnya Sambung semula cerita pasal encik suami yang nak cuti pada hari tersebut. Bila dah sahih keputusa

Aplikasi Tilawah Malaysia

Assalamualaikum. Bila kita berjalan keluar untuk satu jarak yang jauh, masa yang terluang sebagai "penumpang" disebelah pemandu jangan dipersia siakan macamtu sahaja. Ada banyak cara untuk kita tak membazirkan masa kosong yang berjam jam itu. Isilah dengan membaca al Quran, selawat ataupun berzikir . Kalau maq, maq suka baca Quran dalam kereta. Tak lama pun takpa, asalkan ada baca. Kadang maq baca kejap kejap,sambil layan encik suami sembang sambil sambil memandu tu. Kalau tak dapat baca surah ,baca tafsiran pun dah okey dah. Oleh sebab itulah maq ada download satu aplikasi Al Quran di handphone . Dengan tujuan supaya tak payah susah susah nak buka kitab al Quran dalam kereta. Banyak dah aplikasi maq try guna tetapi yang terbaik setakat ini adalah aplikasi tilawah Malaysia, dan maq baru aktifkannya belum sampai tempoh setahun pun lagi. Tapi rasa maq inilah aplikasi terbaik setakad ini. Alhamdulillah.. Tu dia wallpaper nenek nenek nowday 😂 Tilawah Malaysia m