Skip to main content

Posts

Showing posts with the label cabang perniagaan

Tadarus Al Quran 2026

  Bismillah, Ramadhan tahun ini ,maq berpeluang berkumpul dengan wanita wanita satu penempatan dengan maq.Kami bersama sama bertadarus Al Quran selama 2 hari berturut turut. Biro wanita taman Bukit Perdana telah menganjurkan program bertadarus pada 21&22hb Februari lalu.Dan Majlis khatam pula berlangsung pada 28hb Februari pula. Al Quran yang mengandungi 30 juzuk telah selamat kami baca dengan dipantau oleh pembimbing yang bertauliah. Pada hari pertama,setiap kumpulan kena baca 2 juzuk.Kumpulan maq baca juzuk ke 3&4. Manakala pada hari kedua,kumpulan maq baca juzuk ke 18. Alhamdulillah.Gabungan wanita dewasa & remaja telah meraikan al Quran sepanjang 2 hari tersebut.Program bermula dari pukul 8-pukul 11 pagi. Seronoknya bertadarus ni,kita boleh baca sambil disemak oleh pembimbing.Bila silap dalam bacaan,pembimbing secara auto akan perbetulkan.Semuanya berjalan dengan lancar. Berbeza baca quran sorang sorang dirumah,takda siapa yang boleh semak bacaan kita. Moga Allah te...

20 Potensi Tanaman Bunga Telang Yang Ramai Tidak Tahu

  8/1/1447H Bismillah. Tetiba je kan maq berminat nak kongsi pasal pertanian dan perniagaan pulak. Korang yang ada tanah kosong yang agak luas dan sedang berfikir fikir nak tanam apa atas tanah kebun tu,meh try tanam pokok bunga telang.Apapun adalah lebih baik korang belajar dulu cara cara nak tanamnya.Pergi je pejabat pertanian tu kot kot mereka boleh bantu. Tapi kenapa pokok bunga telang?Nak tau sebabnya? Jom kita siasat sesama! 1. Dijadikan teh herba kering, dengan harga sekitar RM20 setiap 100 g kering. 2. Diproses menjadi serbuk ekstrak, dijual sekitar RM20–21 per 100 g. 3. Digunakan sebagai pewarna makanan semula jadi, sangat diminati dalam industri F&B (contohnya nasi kerabu, kek, puding). 4. Potensi dijadikan minuman atau sirap kesihatan di kafe dan restoran moden. 5. Digunakan dalam kosmetik & produk kecantikan seperti syampu, toner, atau serum semula jadi. 6. Mudah ditanam di iklim Malaysia, tanpa keperluan racun perosak yang berat. 7. Cepat dituai — boleh mula di...

Resepi Samperit Klasik

  Bismillah, p/s : Hasil salin tampal SAMPERIT KLASIK (A) 250g Buttercup/Planta 1 cawan gula aising 1 sudu kecil esen vanilla 1 biji kuning telur Sedikit pewarna kuning (B) 1 cawan tepung jagung 1 cawan tepung kastad 2 cawan tepung gandum Ceri merah dan hijau untuk hiasan Campur semua bahan A pukul sebati sahaja hingga gula tidak berketul. Ayak dulu bahan B kemudian masuk kan sikit demi sedikit sambil gaul rata guna senduk saja. Uli hingga semua sebati adunan tak lembik tak keras mudah tuk di tekan. Saya gunakan acuan pecah 10. Selesai menekan rehat kan dulu 10/15 minit sebelum bakar elak dari bunga menjadi kembang selepas di bakar. Bakar dengan suhu 170c : 30-40minit ikut oven masing masing. Nak dapat kan biskut yang cantik dan kemas?  KENA BUAT DENGAN SABAR 🥰 Kredit Raja Azura.

Resepi Kek Pisang Gebu

  RESEPI KEK PISANG GEBU Bahan A: 3 biji telor gred A  190 gm minyak jagung  200 gm gula kastor  1/4 sudu kecil garam  1/2 sudu kecil esen pisang  Bahan B:  250 gm Pisang berangan yg dah dilenyek. Bahan C:  150 gm tepung gandum  1 sudu kecil soda bikarbonat Notes  *boleh guna minyak masak ganti minyak jagung  *boleh guna sebarang jenama tepung gandum  *pisang berangan boleh ganti dgn pisang emas  *kalau tiada telor gred A, guna gred B 4 biji Cara-caranya *************** 1. First prepare loyang. Guna loyang petak saiz 7 inci. Sapukan marjerin keseluruhan permukaan loyang 2. Alas loyang dgn baking paper. Cuma bahagian tapak sahaja. Tepi loyang tak perlu. 3. Lenyek pisang sampai hancur. Kalau tak ada alat yg sesuai, guna jer buntut gelas atau botol 4. Sediakan hirisan pisang utk diletak atas adunan kek nanti. Nak potong nipis bulat bulat  pun boleh. Atau hiris memanjang, ikut suka korang lah. 5. Ayak tepung dgn soda bika...

Ayam Goreng Hot And Spicy

sekadar hiasan   Bismillah, Maq jumpa resepi ini kat group masak masak difacebook. Resepi Ayam Goreng Hot and Spicy! Bahan-bahannya , Ayam Tepung jenama BESTARI Tepung Gandum Tepung Beras Serbuk Cili (jika perlu) Minyak Masak ***Resepi ni tak memerlukan garam sebab tepung bestari tu dah masin Cara-cara, 1. Bancuh tepung bestari bersama air sahaja. Bancuh sampai jadi sederhana pekat (ikot pada kuantiti ayam) 2. Masukan ayam dalam bancuhan tepung tadi & perap. Makin lama perap makin lembut isi ayam & rasa pedas akan serap dalam isi ayam. Saya perap 5 jam. 3. Sediakan tepung untuk salutan pulak. 4. Campurkan tepung bestari yang belum di bancuh dengan air dan tepung gandum & tepung beras. **saya takda sukatan yang tetap. Main agak agak je. Anggaran 1 senduk tepung bestari ,1 senduk tepung gandum ,1 ½ senduk tepung beras. 5. Pastu amik ayam yang dah diperap tadi masuk dalam campuran tepung kering & salutkan serata. **Buat seketul seketul sebab kalau buat banyak banyak na...

Kek Span Hitam Manis

  kek Span Hitam manis. Bahan bahannya. 300gm tepung gandum 10 biji telur ayam gred A 500gm butter 200gm horlicks 1 tin kecil susu pekat 1 kotak/tin kecil nestle cream 1 tin kecil serikaya 400gm browning sugar sedikit esen vanilla Cara caranya: Pukul butter sampai kembang. masukkan telur satu per satu. Kemudian masukkan horlicks, nestle cream, susu, kaya & tepung gandum dan masukkan juga sedikit vanilla esen. Akhir sekali masukkan browning sugar. gaul rata.Kukus 4 jam menggunakan loyang 8x8. Tapi kek dalam gambar tu guna loyang 7x7- adunan bahagi 2. Kukus 3 jam tapi kukus 2 jam pun dah masak. 3 jam boleh buat kek tahan bila disimpan lama.So terpulang. p/s: utk memudahkan korang mengeluar browning sugar dari botol-rendam botol browning dalam air panas. note: untuk mndapat hasil kek yg cantik gaul sebati dulu setiap bahan sebelum memasukkan lagi bahan bahan lain yang seterusnya. Credit to owner📌

Savon Magic sabun serbaguna abad ini

Assalamualaikum. Maq kenal savonn magic ni dari group facebook.  Suri suri rumah guna produk ini untuk bantu selesaikan masalah mencuci mereka. Ramai dah mengakui bahawa sabun ini berbaloi beli.  Bawah ini antara kegunaan yang boleh kita perolehi dari produk ini. Sedikit perkongsian cara penggunaan Savonn Magic. 🌻Jika nak rendam pakaian, seharusnya asingkan pakaian putih & berwarna 🌻Air rendaman tidak boleh terlalu banyak. Kalau air terlalu banyak, hasilnya kurang memuaskan. Kiranya air paras2 terendam pakaian 🌻Untuk kotoran degil perlu rendam dgn air panas 1. *CUCIAN MESIN (HARIAN) Untuk basuhan 12-16kg, tambahkan 4-5 scoop SAVONNMAGIC. Basuh macam biasa.Baju bersih, wangi, segar, dan nampak baru. 2. *CUCIAN KASUT SEKOLAH.  Masukkan 1 scoop untuk 2 pasang kasut. Rendam semalaman. Esok pagi senang berus walaupun tapak kasut. Lebihan sabun boleh guna untuk basuh lantai tempat letak kereta. 3. *CUCIAN BAJU PUTIH. Masukkan 2 scoop sabun untuk 4-5 ...