Assalamualaikum.
Awal pagi tadi, kami - bekas pelajar SMKS batch yang lahir pada tahun 1968 /1969 ( sekolah Menengah Kebangsaan Senggarang ) telah mendapat berita bahawa salah seorang sahabat kami telah kembali kepada Pencipta nya.
Innalillahiwainnahirojiun..
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون
Ya Allah, Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman..
AlFatihah
. بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ
عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين
Selepas berkahwin, mungkin jarak dan komitmen masing masing telah memisahkan kami tapi dalam group sekolah sepertinya kami masih lagi dalam sekolah SMKS. Padahal memori disekolah tu dah lapuk, dah berpuluh tahun kami tinggalkan. Namun itu bukan halangan. Sahabat kami, Salbiah Binti Othman merupakan pesakit kanser payudara yang telah merebak hingga kerahim.
Arwah rupanya dah lama menderita sakit tersebut tapi hanya beberapa orang sahabat sahaja yang tahu, lainnya kekal menjadi rahsia atas permintaan arwah. Ya Allah.. Sedang kami berseronok bersembang dalam group tu, bergurau senda dan ceria dengan gelak tawa, rupa rupanya salah seorang sahabat kami sedang menderita sakit..
Allahhu ,maafkan kami..
Dan hari ini, pukul 7 .00 pagi tadi, Kau ambil dia dari kami. Ya Allah, tempatkan Salbiah binti Othman dikalangan hamba Mu yang beriman dan beramal soleh.
Ada beberapa orang sahabat sekolah yang menetap di Selangor dan kawasan kawasan berdekatan telah pergi menziarahi arwah dan ahli keluarga. Alhamdulillah.
Lepas ini pasti kami pula yang akan menyusuli Arwah Salbiah binti Othman 'kesana'. Kerana mati itu pasti..
Bawah antara detik sedih disaat perjumpaan terakhir sahabat sahabat sekolah dengan arwah Salbiah.
Bawah ini kenangan arwah Salbiah bersama sahabat sahabatnya yang akan kekal jadi kenangan buat semua.
Selamat tinggal Sal.. Semoga kau tenang disana sahabat. Maaf, aku tak dapat ziarah kau ketika kau sedang menderita menahan sakit. Aku tak tahu yang kau sakit sebab senyuman kau tak menunjukkan yang kau sedang sakit.. 😭
Petang tadi pada hari ini group whatsapp sekali lagi diselubungi pilu dengan berita seorang lagi sahabat kami Fatimah binti Kassim yang sudah semakin tenat. Bila mana kuman kanser diparu paru sudah mulai merebak ke bahagian tulang beliau.. 😭
*اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّد*
Allahumma yassir, Wala tu’ assir. Rabbi tammim bilkhair, Birohmatika ya Arhamar rohimim.
Ya Allah, permudahkanlah. Jangan dipersulitkan dan Kau akhirkanlah dengan kebaikan.
*آمـــــين آمِيّنْ آمِيّنْْ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن*
*جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا*
Nota maq : yang ada bersama ketika kita susah dan ketika kita senang, itulah sahabat ❤
Salam takziah...alfatihah
ReplyDeleteCikgu : terima kasih, aamiin..
ReplyDeleteAlfathihah. Sedihnya dgn perkhabaran ini.
ReplyDeleteSemoga Allah merahmati semua, aamiin.
ReplyDelete