Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Bulan Islam

Tirai 1448H Langit Indah

  Bismillah, Semalam Maq sempat jugalah brisk walk bersama encik suami.Kami nak ambil suasana awal muharam ditepi tasik.Sambil keluarkan peluh. Kami tiba tepi tasik tu dalam pukul 6.40pagi.Lepas buat regangan 2/3 minit,kami pun mulakan perjalanan macam biasa. Masuk je pusingan ke dua,Maq lihat langit sangat indah.Masa ni matahari baru terbit.Tanda masuknya waktu syuruk.Tapikan suasana tu lain dari hari hari biasa.Kalau tak takkan maq sanggup berhenti kejap langkahan semata mata nak rakam suasana indah tersebut. Indahkan? Ini bukan edit tau.Hasil filter pun bukan.Seriusly tak pernah kami lihat langit pagi seperti ini sebelum sebelum ni.Biasanya awan putih berkepul kepul je atau awan mendung berwarna kelabu tanda tanda hujan nak turun.Tapi pagi awal tahun baru semalam sangat lain dari biasa. Subhanallah ,maq sempatlah merakam keindahan tirai pagi maal hijrah 1448H tu semalam bersama encik suami.Tapi momen tu tak lama pun,adalah dalam 10minit.Lepastu langit kembali cerah seperti biasa...

2 Muharam 1448H

  Bismillah, Pada pendapat maq, tak banyak yang diperlukan untuk hidup dalam circle akhir zaman ini. Sebagai manusia yang waras,ada 2 hal yang perlu kita jaga sebaik baiknya. 1-jaga iman 2-jaga kesihatan Jika iman sempurna,segala ujian yang datang,jiwa boleh hadap dengan tenang. Letaklah apa pun sebagai ujiannya,hati tetap berbalik pada tauhid yang dipegang.Semua ini adalah aturan Allah.Kerana Qada dan Qadar Allah.Masa tu apa pun masalah biarpun masalah terpaling berat,ia takkan jadi luka atau kudis berdarah pada diri. Kesihatan yang baik boleh buat hati tenang juga.Selesa dalam melakukan kerja hakiki dan lakukan ibadah seharian.Maksud kesihatan terjaga baik tu bukanlah takda sakit langsung tapi tubuh badan sihat tanpa perlu makan ubat yang banyak dan tak perlu nak kena follow up medical check up tiap bulan atau setiap tahun.Dan minda tak perlu tersakiti asbab rasa iri hati.Ye,itulah sihat yang terjaga baik yang maq maksudkan. Umat akhir zaman macam kita ni sebenarnya sangat perluk...

1 Muharam 1448H

  Salam Maal Hijrah 1448❤ Alhamdulillah, Selamat datang 1 Muharam 1448H. Semoga yang baik baik sahaja untuk kita dan seluruh ahli keluarga kita disepanjang tahun ini dan juga pada tahun tahun yang seterusnya. Allahhumma Aammin ...

Dunia - Jun 2026

  Bismillah, Harini Jumaat bersamaan 19 Zulhijjah 1447H. Sikit hari lagi umat islam sedunia akan sambut Maal hijrah 1448H. Dan jika korang masih ingat,Rasulullah pernah beritahu bahawa umat baginda takkan sampai  1500 tahun.Sekarang sila ambil kalkulator dan bolehlah korang nampak berbaki beberapa tahun je lagi. Tak mustahil ada yang kata ,ala lama lagi,mungkin kita dah takda lagi kat dunia masatu. Ye,maq ingat lagi sewaktu Tun M buat wawasan 2020.Masa tu ramai jugak cakap ayat yang serupa. Ala,entah kita ada lagi ke tak masa tu.. Tapi dengan izin Allah,kita bukan je boleh melepasi tahun 2020 malah terlebih ke tahun 2026 dah!  Alhamdulillah,terima kasih Allah. Hal ini maq cuma lebih nak ingatkan diri maq sendiri.Sebab masa wawasan 2020 dilancarkan ,maq masih "budak" lagi.Sekarang 2026,Maq dah jadi "nenek" budak.Masyaallah tabarokallah... Guys,harini maq nak kongsi sedikit info tentang pergolakan dunia yang sedang berlangsung.Maq harap sumber ni sahih.Tapi kalau kora...

10 Zulhijjah 1447H

  Selamat hari raya aidil adha 1447H ❤ BALASAN SYURGA BAGI MEREKA YANG MEMBACA TAHLIL DAN TAKBIR Rasulullah ﷺ bersabda, ❝Tidaklah seorang  membaca tahlil satu kali, kecuali akan diberi khabar gembira, dan tidaklah seorang bertakbir satu kali, kecuali akan diberi khabar gembira.❞ Ditanyakan, ❝Apakah dengan syurga?❞ Baginda menjawab, ❝Ya.❞ As-Silsilah Ash-Shahihah 1621. Asy-Syaikh Ibnu Utsaimin rahimahullah berkata, ❝Bacaan takbir di 10 hari zulhijjah ini adalah: الله أكبر، الله أكبر، لا إله ألا الله، الله أكبر، الله أكبر، ولله الحمد. Laki-laki membacanya dengan keras di masjid, di pasar dan di rumah, adapun wanita membacanya dengan perlahan.❞ Majmu' Fatawa wa Rasail (190/25)

9 Zulhijjah 1447H

  Bismillah, Hari ini hari Arafah (9 Zulhijjah 1447H)Jam 5.18 petang nanti,tolong standby, letak tepi handphone kejap (kecuali untuk tengok teks doa), dan cari ruang yang tenang. Kenapa? Sebab bermula Jam 5.18 petang hingga 11.57 malam (Selasa, 26 Mei 2026) adalah waktu kemuncak di mana pintu langit terbuka luas untuk menerima doa kita.  Waktu ini adalah waktu yang sangat mustajab kerana ia berlangsung serentak dengan waktu wukuf para jemaah haji di bumi Mekah. Jangan biarkan hari Arafah berlalu seperti hari biasa begitu sahaja. Kadang-kadang di depan orang kita boleh tersenyum, tapi sebenarnya dalam hati kita teramat penat. Kita semua sedang diuji dengan jalan cerita yang berbeza: - Ada yang sedang hebat diuji dengan sikap suami atau isteri. - Ada yang rezekinya melimpah-limpah, tapi rumah tangga pula tak pernah tenang. - Ada yang kerjayanya cukup stabil, tapi hati sentiasa rasa kosong. - Ada yang berduit, tapi anak-anak pula menjadi punca ujian. - Ada yang setiap malam boleh...

Tadarus Al Quran 2026

  Bismillah, Ramadhan tahun ini ,maq berpeluang berkumpul dengan wanita wanita satu penempatan dengan maq.Kami bersama sama bertadarus Al Quran selama 2 hari berturut turut. Biro wanita taman Bukit Perdana telah menganjurkan program bertadarus pada 21&22hb Februari lalu.Dan Majlis khatam pula berlangsung pada 28hb Februari pula. Al Quran yang mengandungi 30 juzuk telah selamat kami baca dengan dipantau oleh pembimbing yang bertauliah. Pada hari pertama,setiap kumpulan kena baca 2 juzuk.Kumpulan maq baca juzuk ke 3&4. Manakala pada hari kedua,kumpulan maq baca juzuk ke 18. Alhamdulillah.Gabungan wanita dewasa & remaja telah meraikan al Quran sepanjang 2 hari tersebut.Program bermula dari pukul 8-pukul 11 pagi. Seronoknya bertadarus ni,kita boleh baca sambil disemak oleh pembimbing.Bila silap dalam bacaan,pembimbing secara auto akan perbetulkan.Semuanya berjalan dengan lancar. Berbeza baca quran sorang sorang dirumah,takda siapa yang boleh semak bacaan kita. Moga Allah te...

Rindu Yang Tak Mungkin Padam

  Bismillah, 12 Rabiul Awal 1447. Biarlah apa pun yang diperkatakan tentang tarikh keramat ini , kami akan setia merindui mu yaa Rasulullah.Terima kasih membawa islam dan semua kebaikannya kepada kami. Perbanyakkan Selawat Ke Atas Rasulullah. اَللّهُمَ صَلّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلٰى اٰلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ 𝐀𝐋𝐋𝐀𝐇 𝐇𝐔𝐌𝐌𝐀 𝐒𝐎𝐋𝐋𝐈𝐀'𝐋𝐀 𝐒𝐀𝐘𝐘𝐈𝐃𝐈𝐍𝐀 𝐌𝐔𝐇𝐀𝐌𝐌𝐀𝐃 𝐖𝐀𝐀'𝐋𝐀𝐀 𝐀𝐀𝐋𝐈𝐈 𝐒𝐀𝐘𝐘𝐈𝐃𝐈𝐍𝐀 𝐌𝐔𝐇𝐀𝐌𝐌𝐀𝐃 "Ya Allah, Limpahkanlah Rahmat Kepada Nabi Muhammad Dan Kepada Keluarga Nabi Muhammad." Miss you yaa Rasul Allaah 😭

1 Muharam 1447H

  Bismillah , 1/1/1447 Tekankan kewajipan solat kepada ahli keluarga sehingga mereka tahu bahawa solat itu bukan satu ibadah yang kosong. Ia adalah amanah yang penuh dengan kebaikan. -Kenangan- Acik acik baru balik dari berjemaah 1447 -Teruskan berzikir & berselawat

Muslim Malaysia Beruntung

  Bismillah, Harini hari Jumaat bersamaan 9 Zulhijjah 1446H.Beruntung sangat kita ni jadi umat islam di Malaysia. Semalam -  muslim di Malaysia dapat berpuasa sunat tarwiyah dan dalam masa yang sama jemaah haji di Saudi melakukan wukuf di Arafah ,berdoa untuk keampunan dan kesejahteraan. Inshaallah adalah tu terselit sesikit doa doa yang dipanjatkan untuk orang muslim di Malaysia kan.  Biarpun kita tak lakukan haji tahun ni. Kita pun masih boleh berdoa waktu mereka disana juga berdoa.Moga Allah makbulkan semua doa kita dan doa tetamu² Allah itu ...Aamiin. Ibadah puasa sunat tarwiyah tak habis macam tu je,lepas maghrib kita sambung lagi dengan bacaan surah Al Khafi , selawat dan baca doa lagi. Sebab malam tadi malam Jumaat. Masyaallah semua itu merupakan aktiviti yang menjadi rutin setiap orang islam di Malaysia bila tibanya malam Jumaat kan? Tapi malam Jumaat kalini sangat istimewa sebab kita baca surah khafi dan berselawat serta berzikir pada malam Jumaat ,termasuk pulak...

10 Terawal Zulhijjah

  Bismillah, Kenyataan rasmi sudah diumumkan.7 Jun 2025 Kita akan sambut hari raya Aidil Adha.So malam ni lepas maghrib masuklah 1 Zulhijjah 1446H (1/12/1446). Nak buat apa? 10 hari terawal dalam bulan zulhijjah merupakan hari hari yang penuh barokah. Buatlah apa juga amal kebajikan yang korang mampu buat. Maq selalu pesan kat diri sendiri,dalam berurusan dengan ibadah dan amal kebaikan, tak dapat nak buat semua ,jangan tinggalkan semua.Moga Allah terima amalan ku dan amalan kamu, Inshaallah Aamiin. 🗨️teruskan berselawat.

Tarikh Penting Zulhijjah 1446

Bismillah, Berikut adalah tarikh penting bulan Zulhijjah 1446 /2025 📌Hari terakhir untuk mencukur dan memotong kuku bagi peserta qurban adalah pada 30 Zulkaedah 1446H bersamaan  28 Mei 2025 📌Puasa Sunat bermula pada 1-8 Zulhijjah 1446H bersamaan 29 Mei - 5 Jun 2025  TARIKH SUNAT BERPUASA  *1 Dzulhijjah = Khamis 29 May 2025 *2 Dzulhijjah = Jumaat 30 May 2025 *3 Dzulhijjah = Sabtu 31 May 2025 *4 Dzulhijjah = Ahad  1 June 2025 *5 Dzulhijjah = Isnin   2 June 2025 *6 Dzulhijjah = Selasa  3 June 2025 *7 Dzulhijjah = Rabu  4 June 2025 *8 Dzulhijjah = Khamis  5 June 2025 📌Puasa Sunat Arafah pada  9 Zulhijjah 1446H bersamaan  6 Jun 2025 📌Hari Raya Aidiladha pada 10 Zulhijjah 1446H bersamaan  7 Jun 2025 📌 Hari-Hari Tasyrik pada 11-13 Zulhijjah 1446H bersamaan  8-10 Jun 2025  HARAM BERPUASA PADA TARIKH INI *10 Dzulhijjah =  7 June 2025 *11 Dzulhijjah =  8 June 2025 *12 Dzulhijjah =  9 June 2025 *1...

Raikan 1 Shawal 1446H

Bismillah, Selamat Hari Raya,Maaf Zahir dan Batin dari Maqnie sekeluarga. Harini barulah berkesempatan nak update post kat blog selepas beberapa hari sibuk dengan urusan ditinggalkan ramadhan dan urusan nak sambut kedatangan shawal. Post kalini maq nak kongsi momen shawal pertama di kediaman bonda kami di Kampung Parit Balak. Inilah keluarga kecil kami,Alhamdulillah. Moga Allah terima amalan kita disepanjang ramadhan , shawal dan pada bulan bulan yang seterusnya. Allahhumma Aamiin... 🗨️jom selawat.

15 Ramadhan 1446H

  Bismillah, Masuk je hari ke 15 berpuasa, tetiba pagi tadi sebelum subuh badan lesu semacam. Kepala rasa berat melayang layang.Sebelum ni badan semua rasa sakit macam dicocok duri tapi maq buat diam je. Apa pun keadaannya maq tetap juga kena gagahi untuk lakukan rutin ramadhan. Dan lepas subuh tadi makin menjadi jadi badannya meragam.Kalut cari alatan yang kat dalam gambar atas tu. Tekanan darah 128/74 Nadi 67 Spo 98 suhu badan 36.5° Alhamdulillah semua normal. Tak lama lepas subuh ,maq trylah aktifkan badan ni.Buatlah kerja sesikit, angkat kerusi dan meja jati kat ruang tamu,kononnya nak buang habok dan nak bagi badan berpeluh. Pukul 8.00pagi semua settle.Ruang tamu kecil kan,cepat je siapnya. Dan pada pukul 12 tengahari , tetiba pinggang cramp!Jalan pun tak stabil.Nyaris nyaris kena solat duduk tadi tapi i try my best . Alhamdulillah tak perlu solat duduk. Cuma kena solat pelan pelan dan tahan sakit. Bulan puasa guys ,bulan keampunan.Sakit datang silih berganti.Moga Allah ampunk...

Puasa Sunat pada 8 dan 9 Dzulhijjah

Assalamualaikum. Sedikit perkongsian bersama. Esok dan lusa adalah ibadah yang sangat luar biasa jika kita boleh mengerjakannya. Puasa Tarwiyah (Jumaat, 8 Dzulhijjah / 9 Ogos 2019) Puasa Arafah (Sabtu , 9 Dzulhijjah / 10 ogos 2019). Puasa sunah Tarwiyah dan Arafah sangat dianjurkan bagi umat muslim sedunia, agar kita dapat turut merasakan nikmatnya seperti yang dirasakan oleh para jama’ah haji. Namun, bagi jamaah haji sendiri haram hukumnya untuk berpuasa di hari Arafah 9 Dzulhijjah. Adapun yang dimaksud dengan puasa Arafah adalah (Mengetahui) puasa yang dilaksanakan pada hari Arafah yakni pada tanggal 9 Dzulhijjah yaitu hari pada saat jama’ah haji melakukan wukuf dipadang Arafah. Dan Puasa Tarwiyah adalah (Merenung atau berpikir) puasa yang dilaksanakan pada hari tarwiyah yakni 8 Dzulhijjah, hari sebelum hari wukuf. 📌KEUTAMAAN PUASA SUNAT TARWIYAH DAN ARAFAH Adapun keutamaan puasa sunah Tarwiyah (8 Dzulhijjah) dan Arafah (9 Dzulhijjah) bagi orang yang tidak melaksanakan iba...

Dzulhijjah 1440Hijrah

Assalamualaikum. Bismillahirrahmaanirrahiim. *Hanya mengingatkan* 29 Dzulkaedah = 1 Ogos_ Khamis. 1 Dzulhijjah = 2 Ogos  2019_ Jumaat. 2 Dzulhijjah = 3 Ogos 2019_ Sabtu. 3 Dzulhijjah = 4 Ogos 2019_ Ahad. 4 Dzulhijjah = 5 Ogos 2019_ Isnin. 5 Dzulhijjah = 6 Ogos 2019_ Selasa. 6 Dzulhijjah = 7 Ogos 2019_ Rabu. 7 Dzulhijjah = 8 Ogos 2019_ Khamis. 8 Dzulhijjah = 9 Ogos 2019_ Jumaat. 9 Dzulhijjah = 10 Ogos  2019_ Sabtu. * 10 hari puasa sunat..* HARAM PUASA : 10 Dzulhijjah = 11 Ogos  2019 11 Dzulhijjah = 12 Ogos 2019 12 Dzulhijjah = 13 Ogos 2019 13 Dzulhijjah = 14 Ogos 2019 2 Ogos hingga 8 Ogos 2019 disunahkan puasa dan perbanyak amal sholeh kerana pahalanya akan dilipat gandakan. Puasa Tarwiyah 8 Dzulhijah = 9 Ogos 2019. Puasa Arafah 9 Dzulhijah = 10 Ogos 2019. Aidul Adha 10 Dzulhijjah = 11 Ogos 2019. 12/13/14 Ogos 2019 adalah hari TASRIK (HARAM PUASA) Cadangan Atur Cara pagi 10hb. Dzul-Hijjah: 1. Solat fardhu subuh berjamaah. 2. W...

Hikmah 10 terawal dan terakhir

Assalamualaikum. Harini Rabu 30hb Ogos 2017 masihi bersamaan 7hb Zulhijjah 1438 Hijrah. Hujung bulan September nanti masuk sudah tahun baru Hijrah (bulan Muharam) 1439. Dapatkah masa menunggu kita? 10 hari pertama pada bulan Zulhijjah adalah masa terbaik untuk tambah amalan? Ya Betul. Kalau kita lihat pada bulan Ramadhan , 10 malam terakhir adalah malam malam dimana umat islam bersungguh sungguh mencari pahala kerana antara malam malam tersebut akan belakunya malam lailatul qadar, selain mereka meraih pahala dari berpuasa , sedekah ( bayar zakat fitrah) dan solat solat wajib dan solat sunat terawih. Begitu juga dalam bulan Zulhijjah. Ditanah suci Mekah manusia berpusu pusu mengerjakan ibadah haji , di serata dunia , muslim dan muslimah berpuasa ,bersedekah daging qurban , bertakbir dan bertahmid ,zikir serta melakukan solat wajib dan juga solat solat sunat. Allah hu , dan apa yang lagi indah dengan adanya hari Arafah. Dimana tahun ini ianya jatuh pada 31 Ogos 2017 , lepas...

Bulan Rejab

Assalamualaikum... *1 REJAB 1438H = 29 Mac 2017* *اَللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْ رَجَبَ وَشَـعْبَانَ وَبَلِّـغْنَا رَمَضَانَ* “Ya Allah, berkatilah kami (limpahkanlah kasih sayang kepada kami) dalam bulan Rejab dan Syaaban, serta pertemukanlah kami dengan bulan Ramadhan.” * Apa Maksud ‘Rejab’? ‘Rejab’ bererti keagungan, kerana bulan ini diagungkan oleh Allah s.w.t. *Mengapa Bulan Ini Diagungkan? Ini kerana ia termasuk dalam 4 bulan suci dan mulia yang diharamkan berperang atau bersengketa dalam Islam. Bulan ini adalah bulan aman, damai dan selamat. Seperti firman Allah s.w.t yang bermaksud; "Sesungguhnya, bilangan bulan di sisi Allah adalah 12 bulan, (sepertimana) dalam ketetapan Allah pada waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya ada empat bulan suci tidak boleh berperang di dalamnya (Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram, Rejab). Itulah ketetapan agama yang lurus, maka janganlah kamu menzalimi dirimu dalam (bulan yang empat) itu…: Surah at-Taubah:36 *...