Posts

Showing posts with the label Zikir

Kata Kata Pilihan Hari Ini

Image
  1447- Terus pelbanyakkan zikir dan selawat

Zikir Bangun Tengah Malam

Image
  Bismillah 3/1/1447 Menurut ustaz ,kalau terjaga ditengah malam tapi tak mampu nak buat solat sunat tahajud,baca zikir dibawah ni sebelum anda sambung  untuk tidur semula. لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ قَدِير Laailahaillallah wahdahu laa sharikalakh lahul mulku walahul hamdu wahuwa ala kulli shaiin qodir. Alhamdulillah,  wasubhanallah, walaailahailallah, wallahhuakbar , walaa hawlaa walaa quwatailla billah. Allahummaghfirli... **yang bemaksud ; Yaa Allah maafkanku & ampunkanku... 1447- Teruskan berzikir & berselawat

Ayat Orang Redha

Image
  Bismillah, 2/1/1447 ‏حسبنا الله ونعم الوكيل Ayat ni bukan ayat biasa biasa. Ini merupakan ayat orang yang redha, tapi tak berputus asa. Ini jugak ayat orang yang sedang goyang tapi memilih untuk berpaut kuat dengan Allah. 1447- Teruskan berzikir & berselawat.

10 Terawal Zulhijjah

Image
  Bismillah, Kenyataan rasmi sudah diumumkan.7 Jun 2025 Kita akan sambut hari raya Aidil Adha.So malam ni lepas maghrib masuklah 1 Zulhijjah 1446H (1/12/1446). Nak buat apa? 10 hari terawal dalam bulan zulhijjah merupakan hari hari yang penuh barokah. Buatlah apa juga amal kebajikan yang korang mampu buat. Maq selalu pesan kat diri sendiri,dalam berurusan dengan ibadah dan amal kebaikan, tak dapat nak buat semua ,jangan tinggalkan semua.Moga Allah terima amalan ku dan amalan kamu, Inshaallah Aamiin. 🗨️teruskan berselawat.

Mahkota Yang Jadi Dambaan

Image
  Bismillah, Mungkin ada yang dah amalkan semua mahkota dambaan ini.Tapi sekali lagi maq kongsikan diblog ini sebagai ulangkaji peribadi. 1. Mahkota Zikir : Laa ilaaha illAllahu wahdahu laa syarikalah lahul mulku wallahul hamdu wahuwa 'alaa kulli sya'in qadiir. 2. Mahkota Tasbih : Subhanallah wabihamdihi 'adada khalqihii waridha nafsihii wa zinata 'arsyihii wa midaada kalimaatihi 3. Mahkota Doa : Rabbanaa aatinaa fiddunyaa hasanah wafil 'aakhirati hasanatau waqinaa 'adzaa bannaar 4. Mahkota Istighfar : Allahumma Anta rabbii Laa ilaaha illaa anta, khalaktani wa anaa abduka wa anaa 'alaa 'ahdika wawa'dika mas tatha'tu, a' uudzubika minsyarri maa shana'tu, wa abuu'u laka bini'matika 'alayya wa abuu'u bidzanmbii faghfirlii fa innahu laa yaghfirufzdzunuuba illaa anta. 5. Mahkota Perlindungan : Bismillaahil ladzii laa yadhurru ma'asmihi syai'un fil Ardhi walaa fis-samaa-i wahuwas samii'ul 'aliim.  6. Mahkota Pele...

Ratib Al Attas

Image
  Bismillah, 12 Ramadhan 1446H Video pilihan maq kali ini ialah Ratib Al Attas.Bulan puasa macam waktu sekarangni ,sedang perut tengah kosong ,dengar pulak Ratib Al Attas, jiwa pun automatik jadi tenang. Apa itu Ratib Al Attas? 🔸Ratib adalah sesuatu yang tersusun, teratur dengan rapinya. 🔸Ratib al-Attas mengandungi zikir, ayat-ayat al-Quran dan doa-doa yang telah sedia tersusun. 🔸Ratib al-Attas adalah salah satu daripada koleksi ratib dalam Tarekat Alawiyah (Ahli Bait Rasulullah). Prinsip Tarekat Alawiyah ada 5 perkara iaitu Ilmu, Amal, Wara’, Khauf dan Ikhlas. 🔸Ratib al-Attas mengandungi 17 zikir yang bersumberkan al-Quran, hadis dan zikir para wali Allah SWT. Ratib al-Attas memiliki nama yang popular iaitu  Aziz al-Manal Wa Fathu Bab al-Wisol (sesuatu yang sukar diperolehi dan kunci bagi pintu penghubung) . 🔸Ratib al-Attas diasaskan oleh Keturunan Rasulullah S.A.W yang ke 29 iaitu  Habib Umar Bin Abd Rahman Al-Attas  (w.1072H) di Huraidah, Hadramaut, Yaman...

Hadiah Yang Termampu Buat Ibu

Image
  Bismillah, Alhamdulillah dengan izin Allah pada hari Sabtu 11 Januari 2025 bersamaan 11 Rejab 1446H ,maq telah berjaya capai  Cita Cita usia senja Maq dan juga tertunai sudah hajat Arwah Atok maq( Arwah Atok Munadi bin Abdul Kadir )  Group whats App  ‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته ‎بسم الله الرحمن الرحيم ‎الحمد لله رب العلمين والصلاة والسلام على رسول الله وعلى اله وصحبه اجمعين Alhamdulillah, Tahniah buat Puan Noraini binti Rokani pada 11 Rejab 1446H telah berjaya khatam 30 juzuk, bertalaqqi online dengan Riwayat Hafs An Asim Toriq Syatibi.  Mudah mudahan nikmat yang sebegini akan terus dikurniakan Allah  kepada sahabat sahabat  yang lain dengan izinNya. Alhamdulillah,Terima kasih Ustazah. Selama 3 tahun belajar tajwid Al Quran dan baca Al Quran bersama tunjuk ajar ustazah Izan secara online. Actually tak mudah bagi ustazah nak ajar wargaemas macam maq tapi level kesabaran ustazah sangat tinggi.Sebab tu maq pilih beliau sebagai cikgu ngaji. Alhamd...

Tips dan Petua Dari Almarhum Tuan Guru Dato Dr Haron Din

Image
  Kata kata Nasihat Bismillah,Alhamdulillah. Jumpa tips rawat penyakit bersama rawatan ayat ayat suci Al Quran dari Almarhum Tuan Guru Dato Dr Haron Din.Maq sengaja simpan dalam blog ini untuk mudah dicari bila perlu. Guys, Al Quran itu penawar bagi semua penyakit.Zahir dan Batin.Maq berani buat pengakuan ini sebab Maq memang amalkan nya.Bahkan demam selsema pun Maq baca ayat Al Quran sebagai ubat. Okey, Maq akan simpan ilmu ini disini baik baik.Inshaallah ,moga beri manfaat buat korang yang memerlukannya.Dan menjadi jariah berpanjangan buat Almarhum Tuan Guru.Semua dengan izin Allah. 1) Angin dalam badan, sakit - sakit sendi     Amalkan Baca Surah - fussilat, ayat 44 2) - Disengat ikan sembilang atau ikan keli, penawar ada pada otak ikan tersebut.  - Ketuk kepala ikan, ambil sebahagian kecil seperti gel  - Ambil & sapu pada bahagian yang disengat 3) - Terkena duri kelapa sawit. Penawarnya ada pada buah kelapa sawit.  - Ambil buah, diketuk/ dipecahkan d...

Zikir Penyembuh 70 Penyakit

Image
  Bismillah, Ustaz Adi Hidayat beritahu  zikir ini diamalkan setiap hari dengan istiqomah . Baca 3 kali setiap hari. Inshaallah Allah akan tarik satu persatu "penyakit" yang ada dalam tubuh badan kita. Surah Anbiya' ayat 83. Seperti biasa sebelum beramal ,niatkan terlebih dahulu tujuan amalan tersebut. Ingat,niat kebaikan dibalas kebaikan juga,inshaallah... Sedikit kata kata buat tambah ilmu📌 Ustaz Adi Hidayat pernah menyatakan bahawa mazhab bukan kelompok,ia adalah pilihan pendapat yang sudah ada. Mazhab merupakan salah satu pilihan pandangan yang dipilih oleh orang muslim. Dan dari Ustaz Azim pula ( beliau merupakan penceramah di kelas dhuha di taman maq tinggal) katanya , orang muslim yang pilihannya berlainan mazhab itu tidaklah berdosa, yang berdosa adalah bila dia seorang muslim tapi kemudian dia pilih menjadi murtad. So korang kenalah hati hati dalam menilai pilihan dan pandangan dari sesaorang. Jom selawat!

Elak Santau Sihir

Image
  Bismillah, Beberapa amalan dan doa untuk elak santau sihir. Pesan Ustaz ,sebelum buat apa apa amalan dan bacaan mulakan dengan niat.Untuk apa ianya diamalkan dan dibacakan.Niat yang baik baik, yang baik baik juga bakal mendatangi kita.Inshaallah... 1- baca surah al Fatihah 7x 2- baca surah Hud (11) ayat 56 3- baca surah At Taubah (9) ayat 128 4- baca surah At Taubah (9) ayat 129 Sumber dari ceramah ustaz Kazim di youtube. Semoga beri manfaat. **kalau tulisan tak jelas ,korang boleh cari surah surah tersebut dalam Al Quran. Selawat dah? 

Zikir Ketika Sedang Sakit

Image
  Ketika diuji sakit,amalkan zikir zikir dibawah. Semoga beri manfaat. Bismillah, *لا اله الا الله والله اكبر *لا اله الا الله وحده لا شريك له *لا اله الا الله له الملك وله الحمد *لا اله الا الله ولا حول ولا قوة الا بالله العلى العظيم Jangan lupa berselawat**

Duit Tanda Orang Hantar Sihir?

Image
Bismillah, Pertengahan bulan Ogos lepas,maq sekeluarga dikejutkan dengan penemuan dua keping duit rm1.00 dibawah pasu pokok keladi hiasan rumah kami. Yang buat kami hairan bin pelik anjung rumah kami tu tinggi ,nak kata anak anak jiran letak ,macam tak masuk akal pulak.Biasanya anak jiran bermain sampai parkir kereta je takda pulak sampai naik ke anjung atas tu. Nak kata cucu letak ,diaorang dah 2 minggu tak balik rumah kami sebab mama diaorang tak sihat.Batuk & asma. Lagipun  gerobok hitam tu tinggi kot untuk seorang kanak kanak capai. Video bawah ni dirakam lepas encik suami beritahu ,ada dua tempat yang diletakkan duit tersebut. Sempat lagi rakam & buat video sebagai bahan bukti.Style zaman sekarang. Bila maq update kat status wasap,ramai pm pesan jangan ambil kalau itu bukan duit kami. Katanya seperti ada niat tak elok yang dihantar ke rumah kami. Maq pun akurlah pesanan tu. Dah sah sah memang bukan hak maq. Tapi pada petang Khamis 18hb ( waktu maghrib ) ,encik suami ru...

Kelebihan Zikir Ya Latiff

Image
Assalamualaikum. Antara kelebihan Zikir Ya Latiff.  ( Asmaul Husna ) 1. Berkesan membentuk peribadi anak-anak dan menangani kerenah anak untuk mengurangkan masalah kedegilan dan panas baran anak dan juga supaya anak mudah menerima pelajaran apa yang diajar oleh gurunya . 2. Sebagai Suami/ isteri atau yang masih bujang ( ingin mendekatkan jodoh) , Perbanyakkan Membaca Zikir Ya Latiff sambil berniat di dalam hati melembutkan hati diri sendiri, melembutkan hati pasangan Suami / isteri atau pasangan kekasih, Meredakan ketegangan rumah tangga, meredakan sifat marah, mengelak perceraian dan melembutkan hati musuh. 3. Bagi yang ingin mendapatkan kemurahan rezeki, mendapatkan pekerjaan, kenaikan pangkat dan melariskan perniagaan atau menghadapi peperiksaan atau temuduga. Perbanyakkan Membaca Zikir Ya Latiff dan surah as-Syura ayat 19 ( seperti di atas) sambil berniat apa yang di hajati.. Insha Allah mudah²an berjaya. 4. Juga dikatakan dengan izin Allah perbanyakkan membaca Zikir ...

Amalan bacaan Tahlil

Image
Assalamualaikum.. Tahlil bermaksud bersama-sama berkumpul bagi membacakan ayat-ayat al-Qur’an terpilih serta berzikir dan berdoa untuk orang yang sudah meninggal dunia. Antara kandungan ayat-ayat al-Qur’an yang dibaca ketika tahlil ialah Surah al-Fatihah, Surah al-Ikhlas, Ayat Kursi dan beberapa bahagian ayat-ayat dari surah al-Baqarah. Sementara zikir-zikir yang dibaca ialah kalimah la ilaha illallah serta kalimah-kalimah tayyibah yang lain seperti tahmid, takbir, tasbih dan salawat. Hukumnya adalah harus kerana ia melibatkan perkara-perkara yang baik dan tidak di larang oleh syarak. Kalimah serta ayat-ayat yang dibacakan dalam tahlil adalah kalimah-kalimah yang baik dan bakal diberi ganjaran kepada pembacanya. Sementara berdoa kepada mereka yang telah meninggal dunia adalah sesuatu yang disarankan Islam sepertimana yang disebut oleh al-Qur’an: (Surah Muhammad :Ayat 19): “Oleh itu tetapkanlah pengatahuanmu dan keyakinanmu (wahai Muhammad bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang...