Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2018

Baby cot berguna masa darurat

 Beginilah situasi baru dirumah maq. Assalamualaikum. Dulu , masa maq pergi ke pejabat  Jabatan Kebajikan Masyarakat di Batu Pahat untuk daftar diri sebagai pengasuh dirumah. Ada beberapa syarat yang pegawai disitu berikan. Selain anak asuhan tidak melebihi 5orang untuk sebuah rumah pengasuh , penggunaan buai dan baby cot juga adalah dilarang. Masatu maq baru je beli baby cot seperti dalam gambar tu dengan harga rm200. Tokey kedai baik sangat ,dia sendiri yang kurangkan harganya ,mungkin sebab maq masa tu comel lagi kot jika  dibandingkan dengan maq yang sekarang ,hahaha dah mula rasa mual lah tu.. 😝 Awalnya maq dah rancang nak simpan atau jualkan saja baby cot tersebut tapi bila fikir balik , satu hari nanti mesti berguna katil ini. Dan harini , baby cot itu telah membantu maq dalam tugas harian. Kes ini maq panggil waktu "darurat dirumah" . Bila tiada siapa siapa selain maq dirumah ni , bila kata perut dah mulas nak melepaskan hajat , baby Ainul , maq dah

Hargai apa milikmu

Assalamualaikum... Bila nak raya , banyak benda yang kita kena fikirkan. Mula dengan baju raya, kuih raya ,hiasan rumah raya ,balai raya , jalan raya dan pelbagai bagai rayalah lagi senang cakap. Pastinya semua tu perlukan modal. Modal bukan pakai air liur jek tapi pakai wang . Wang atau kita panggil duit. Terdapat dikalangan kita yang tidak berpuas hati raya tahun ni ada bonus kena potong. Ada yang bonus dapat sikit , ada yang langsung tak dapat bonus ! Mereka marah , salahkan orang tu dan orang ini. Tapi terfikirkah mereka , diluar sana bukan saja kata bonus , ada tu gaji  pun mereka tak ada ! Ada tu kerja pun tak ada ! Ada tu ada kerja tapi tenaga dia tak ada disebabkan masalah kesihatan. Mereka tu rasanya merunggut tak pasal bonus raya ? Tentunya tidak sebab orang yang senantiasa  bersyukur apa yang dia miliki , dia tak akan merunggut untuk sesuatu yang dia tidak punyai. Ok , ada orang mengamuk kat suami sebab tak dibelikan baju baru untuk raya kali ini , habis terbang per

Pesanan dari seorang doktor.

Assalamualaikum. Kali ini maq nak kongsi hasil copy paste dari sebuah page dilaman facebook. Ianya pesanan dari seorang doktor buat umum. Dan pesanan itu tentunya khas buat diri maq sendiri , sebab tu beria ria maq kongsikan disini. Maaf andai gambar buat anda tak selesa tapi baca lah apa kata kata doktor itu. AKIBAT MALAS MINUM AIR KOSONG Dipetik dari fb : Dr Wong Chan ini antara akibat malas minum air kosong. - sarapan minum kopi/teh tarik/3in1 - minum pagi kena lagi kopi/teh tarik/3in1 - tengahari minum sirap/teh o ais/jus - petang minum kopi/teh tarik/3in1 - malam minum kopi/teh/3in1 - macam2 makanan dah telan seharian Buah pingang jadi sesak dengan mineral sehingga membentuk BATU dan menjejaskan fungsi buah pinggang. Akibatnya terpaksa ulang alik pusat dialisis cuci buah pinggang, 3 hari sekali kena pi cuci darah sebab buah pinggang dah tak boleh cuci. kalau nak pi mana-mana tak boleh lebih 3 hari @ kena booking pusat dialisis ditempat yg nak pi. Memang s

Pengalaman bersihkan uri

Assalamualaikum. Ayat motivasi pagi ini Bila sesuatu kejadian itu berlaku kepada kita, walaupun ianya sukar, jalan penyelamatnya kita boleh kata dengan tenang bahawa :  " inilah yang terbaik bagi aku walaupun aku tidak pernah memikir untuk mengalaminya namun Allah lebih maha mengetahui apa yang aku perlukan " Ayat atas tu hari hari maq amalkan. Tak kiralah walau keadaan apa sekali pun. Dan jawapan bagi ayat di atas biasanya maq akan mohon sesuatu dari Allah.  " yaAllah , permudahkan urusan aku hari ini dan urusan aku dihari hari yang seterusnya. Aamiin.. Pagini bukan nak sembang politik Malaysia baru ya , sebab maq bukan pakar dalam bidang tersebut. Yang jelas GST telah dimansuhkan berkuat kuasa hari ini 1Jun 2018. Ramai rakyat rasa lega. Apakah kelegaan menyusul ? Kita lihat aja nanti. Biar 'mereka yang pakar' aja yg buat. Pada 4April 2018 - maq tak jangka maq akan dapat pengalaman baru , selain jadi 'tok mak' . Apakah ? Seumur hidup ,