Posts

Showing posts from May, 2026

Sedang Belajar Berkata Tidak

Image
  Bismillah, Guys! Dah masuk 16 Zulkaedah 1447!? Kejapnya 1447 dah nak habis.Jemaah haji 1447 pun dah berpusu pusu diterbangkan ke Mekah dan Madinah. Moga jemaah haji Malaysia sentiasa dalam lindungan kasih sayang Allah swt.Dilancarkan semua urusan mereka sewaktu disana hingga kembali ke tanah air. Kalau korang nak tahu,bermula 1 May 2026 yang lepas,maq dah tutup semula taska dirumah Maqnie Nurseri.Maq dah penat.Maq rasa diri macam tak terurus beberapa tahun kebelakangan ini. Ada yang bertanya.Dah tak kerja macamana Maq nak dapat duit poket nanti? Sabar guys.Inshaallah nanti maq minta kat Allah.Sejak lahir pun rezeki maq datangnya dari Allah. Kenapa belum umur 60tahun maq dah give up nak berusaha jadi pengasuh?Banyak penyebabnya tapi biar maq simpan elok elok dalam kotak ingatan maq sorang je. So sekarang Maq buat apa? Bermula May 2026 ,lepas subuh maq dan encik suami lakukan brisk walk.Kami ambil masa 1 jam untuk aktiviti itu.Aktiviti ni kami kena pelan pelan kayuh,tak muda lagi g...