Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2022

Taman Syurga Anaknda

  Assalamualaikum. Rindu paling sakit adalah rindu pada orang yang dah tak ada.. Jumaat pertama bulan ramadhan minggu lalu,ibu Adam ada berkongsi satu gambar diwhatsapp. Taman syurga anaknda. Ye, rumput rumput sudah tumbuh subur  melata diatas pusara arwah Adam Danish. Sebagai seorang ibu yang melahirkan , setiap masa beliau nakkan yang terindah buat anak anaknya walaupun anaknya itu telah berada dialam yang lain. Semua ibu akan  rasa begitu. Dan sebagai salah seorang ahli keluarga terdekat ,ibu Adam sering juga berkongsi apa jua aktiviti beliau dipusara Adam. Alhamdulillah ,biarpun maq duduk jauh , paling tidak dapatlah lihat perkembangan terkini disana.  Anak syurga...tenanglah awak ditaman syurga,disamping para solihin.Rezeki awak ,dapat pergi terlebih dahulu dari kami.Nanti sampai waktu ,kami pun bakal menyusul. InshaAllah... Ya Allah... Dengan keberkataan bulan Ramadhan kali ini , aku bermohon kepadaMU, KAU bebaskan aku dan ahli keluargaku dari api neraka ,dan KAU bebaskan umat Mu

Ayam Bakar Sedap

 Assalamualaikum. Sedar tak sedar dah habis seminggu kita berpuasa.Tinggal 3 minggu lagi berbaki. Alhamdulillah , setakat ni semua aktiviti ramadhan berjalan lancar. Semoga Allah terus beri kita rezeki sihat. Kalini maq nak kongsi resepi ayam bakar yang sangat sesuai dimakan bulan bulan puasa ni.Sebab ? takda sebab pun saja nak kongsi .Kot korang dah buntu nak masak apa untuk makan berbuka nanti. Ok jom semak resepi ,kot ada bahan bahan kat dapur tu ,boleh masak nanti. Bahan bahan. Seekor ayam belah 4. sos cili 6 sudu makan sos tiram 2 sudu makan madu 2 sudu makan lada kisar 2 sudu makan lada hitam 1 sudu makan  ( nak pedas tambah lagi ) garam 1 sudu teh gula 1 sudu makan bawang putih 2 ulas ( tumbuk lumat) butter 50gram ( kalau takda butter ,margerin pun boleh guna) Cara : bersihkan ayam dan toskan. masak semua bahan atas api pelahan sampai butter cair sekata,dah mendidih,tutup api . Bila dah sejuk sikit tuang atas ayam dan gaul rata,perap 2 jam. Susun elok elok atas loyang pembakar .

Kena Covid19 ke demam?

  Assalamualaikum. Beberapa hari selepas PRN Johor pada 12 Mac haritu ,maq ,encik suami & anak bongsu diuji dengan demam & selsema.  Mula tu niat nak beli test kit covid19 tapi bila fikir balik , kami bukan ada nak keluar kemana pun ,jadinya  maq pilih untuk kendiri dalam rumah selama 8 hari je. Pesan kat ahli keluarga  lain ,jangan balik kerumah kami buat masa tu,kami sedang jalankan kendiri. Dan mereka akur. Maq positif ke?Ntahlah tapi demam kalini lain dari demam biasa. Mula² tu tekak rasa perit ,macam ada something yang tersangkut  antara kerongkong & hidung. Hembus hembus tak keluar apa pun.Tapi rasa sangat tidak selesa. Lepas tu badan mula rasa dedo,maq makan panadol jelah sebagai ubat. Kemudian ok, pastu bila petang dedo semula bila pagi ,ok semula. Tapi demam dia taklah sampai tahap demam panas.Cuma dedo biasa. Masuk hari ke 2,petang tu masa nak mandi maq dah gigil sakan.Satu badan rasa bisa.Nafas pun berat . Mandi cepat cepat dan pakai sweater. Minum air banyak² &a

Ramadhan 1443

 Assalamualaikum. Alhamdulillah ,harini masuk hari ke 4 Ramadhan. Sejak pendemik dari tahun 2020, kalini rakyat Malaysia beralih ke fasa endemik pula. Ramadhan tahun ni semua orang boleh ke bazar ,bebas bershopping ke sana ke sini dengan meriah .Takda siapa nak halang lagi dah.Yang penting SOP jaga .Lain lain acara pandai pandailah berjaga jaga. Bila dah 2 kali kena sambut raya hanya dirumah sendiri, tahun ni apa apa persiapan raya pun maq tak fikirkan lagi.Letih dah nak mikir..nak raya ye raya ,taknak raya kita puasa ajelah. Puas jugak cari mood ,tapi mood raya masih tak mau muncul .Mungkin masih terlalu awal kot nak fikir pasal persiapan raya tu. Fokus maq sekarang ni, diberi peluang berpuasa dengan rezeki kesihatan yang baik disepanjang bulan ramadhan tahun ni,itu pun dah syukur alhamdulillah... Kepada readers ,maq ucapkan selamat berpuasa ,semoga kita diberkati disepanjang bulan mulia ni,inshaallah.. Aamiin..