Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2024

Gurun Sahara 0ktober 2024

  Bismillah, Gambar diatas merupakan pemandangan tanah arab yang sejak lahir lagi kita telah diberitahu ia hanyalah tanah yang tandus. Berbatu batan. Bergurun termasuklah nama yang tak asing lagi,gurun Sahara. Apa khabarnya gurun Sahara pada Oktober 2024? Jom tonton. Ya ,itulah keadaan gurun Sahara yang korang kena tahu di Oktober 2024. Maka benarlah apa yang dikatakan oleh kumpulan Mega, tak mustahil ada sekuntum bunga sakura mekar di Gurun Sahara . Stay tune 📌

Muscat Malaysia - KKM

  Bismillah, Berita Baik buat peminat muscat . KKM dah buat kajian mengenainya dan kat bawah ini hasil kajian tersebut. Okey, katanya anggur shine muscat tidak tercemar.So korang dah boleh sambung beli semula. Ini cara maq bila beli buah buahan, Sebelum dimakan maq biasanya akan rendam dan basuh buah buahan yang maq beli dengan larutan air garam. Rendam dua tiga minit kemudian bilas dengan air bersih , bersih bersih. Usaha ini maq buat termasuklah pada buah pisang,betik dan buah mata kucing dan semua jenis buah buahan.Jika korang rendam buah mata kucing, nanti korang akan lihat keruhnya air rendaman tersebut.Menunjukkan betapa kotornya kulit luar buah tersebut. Tapi setakat ni maq belum rendam dan basuh  buah durian lagi.Korang rasa perlu ke? haha

Nasihat Ustaz Pasal Kucing

  Kucing... Bismillah, Kucing boleh dibela tapi bersyarat.Apa syaratnya ? Tonton video ini.Biar tahu jangan keliru. Maq hanya berkongsi, selebihnya terserah kepada pemilik kucing yang lebih arif pasal kucing. Kita ada banyak lagi amalan sunnah yang mudah yang boleh kita ikut dan amalkan. Antaranya, -Bila nak pakai kasut/stokin,mulakan dengan kaki kanan dan ketika nak buka kasut/setokin, mulai dengan kaki kiri. -Jaga whuduk -bersiwak ( berus gigi dengan kayu siwak) -beri salam kepada semua orang termasuk kanak kanak - Ambil whuduk sebelum tidur Dan ada banyak lagi amalan sunnah yang mudah tapi dapat pahala yang maq rasa korang pun dah sedia tahu akan perkara tersebut. Pointnya kat sini yang kita kena faham, Nabi sayang kepada semua haiwan termasuk kucing tapi nabi tak bawa kucing tinggal serumah dengan keluarga baginda. ***jom selawat sampai kiamat💞

Fail Faraidh Peribadi

  Bismillah, Pernah tak korang terfikir nak buat fail faraidh peribadi macamni? Ini hanya sebagai hiasan Cuba korang tengok contoh yang diberi dibawah ini.Manalah tahu kot korang nak senaraikan harta dan hasil yang sudah diusahakan selama puluhan tahun tu. Atleast dapat juga memudahkan pihak waris bila terjadinya satu satu perkara dikemudian hari nanti.Ini hanyalah antara contoh dan idea untuk menyediakan Fail Faraidh Peribadi. ---------------------------------------- FAIL FARAIDH PERIBADI( ASAS ) 1) Jenis fail ( plastik seperti album ) 2) ▶️Dokumen asal + fotostate       ▶️Dokumen fotostate sahaja ❇️DOKUMEN APA YANG DIPERLUKAN❇️ 1) MAKLUMAT ASAS PERIBADI     a) Nama     b) IC     c) Alamat     d) No Telefon     e) Waris 2) SIJIL KEMATIAN (kosongkan) 3) SENARAI HARTA ❗️Tidak termasuk duit tunai ❗️ 📚HARTA ALIH📚 1) Bank statement ( No akaun + Nama ) 2) Tabung Haji 3) KWSP 4) Socso 5) Barang Kemas 6) Kereta ( Gera...

Berlumba Lumba Dan Bersegera Didunia

Bismillah, Umat manusia disuruh BERLUMBA-LUMBA dan BERSEGERA walaupun hidup di dunia ini sementera. ----Firman Allah---- سَابِقُوا إِلَىٰ مَغْفِرَةٍ مِّن رَّبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا كَعَرْضِ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ أُعِدَّتْ لِلَّذِينَ آمَنُوا بِاللَّـهِ وَرُسُلِهِ ذَٰلِكَ فَضْلُ اللَّـهِ يُؤْتِيهِ مَن يَشَاءُ وَاللَّـهُ ذُو الْفَضْلِ الْعَظِيمِ  ﴿الحديد: ٢١﴾ BERLUMBA-LUMBALAH kamu kepada (mendapatkan) ampunan dari Tuhanmu dan surga yang luasnya seluas langit dan bumi,yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-rasul-Nya.Itulah karunia Allah,diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya.Dan Allah mempunyai karunia yang besar. (A Hadid :21) فَاسْتَبِقُوا الْخَيْرَاتِ أَيْنَ مَا تَكُونُوا يَأْتِ بِكُمُ اللَّـهُ جَمِيعًا إِنَّ اللَّـهَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ  ﴿البقرة: ١٤٨﴾ Maka BERLUMBA-LUMBALAH (dalam membuat) kebaikan.Di mana saja kamu berada pasti Allah akan mengumpulkan kamu sekalian (pada hari kiamat). Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas sega...

Nasihat Imam Fudhail ibni Iyadh

Bismillah, Kepada seseorang yang telah mencapai umur 45, 55, 60, 70 tahun. Imam Fudhail telah memberi nasihat ,katanya : Bererti kamu sekarang berjalan menuju kepada Tuhanmu dan hampir sampai. Lakukan yang terbaik pada sisa usia senja-mu,lalu akan diampuni dosa-dosamu yang lalu. Tapi jika engkau masih berbuat dosa di usia senjamu, kamu pasti dihukum akibat dosa masa lalu dan masa kini sekaligus...!  Maka para alim ulama pun memberi nasihat dan cara bagaimana untuk umat islam menjalani umur yang sudah mencapai 45, 55, 60, 70 tahun: 1. JANGAN banyak bergurau dan terjebak dalam hal-hal yang tidak ada manfaatnya untuk akhirat 2. JANGAN berlebih-lebihan berhias,bersolek dan berpakaian. 3. JANGAN berlebih lebihan makan, minum, dan berbelanja barang yang kurang diperlukan untuk mendukung amal soleh. 4. JANGAN  berkawan dengan orang yang tidak menambah iman, ilmu, dan amal kepada kita. 5. JANGAN banyak berjalan dan melancong ke sana sini tanpa manfaatnya yang dapat mendekatkan diri pa...

Apa Usaha Kita Akan Datang?

  Bismillah, Terkejut dan hampir tak percaya bila maq dapat tahu tentang harga sayur bakal naik 3 kali ganda?! Biar betul? Tapi nak cakap apa kalau itu benar benar belaku. Suka tak suka memang kena hadap jugak. Zaman Madani harga barang naik bukan benda pelik.Yang pelik naik selalu turun tak pernah dan ianya memang mustahil berlaku sekarang ini. Maq selalu dok mikir ,bagaimanakah struggle ibubapa muda yang sedang nak besarkan anak zaman sekarang lah kan. Zaman dulu ,memang gaji kami kecil tapi rakyat sering dibantu dengan subsidi dan peruntukkan lain oleh kerajaan yang datangnya dari berbagai sudut. Berbeza zaman sekarang,bantuan semakin kurang malah satu persatu kemudahan rakyat mahren ditarik dan dimansuhkan.Tak cukup dengan tu,harga barang keperluan hampir setiap bulan ada je kenaikannya. Lepas satu ,satu barang keperluan naik harga. Maq dah plan satu usaha untuk cover masaalah harga sayuran bakal naik 3 kali ganda tu nanti. Sis,apakata kita gantikan hobi menanam pokok pokok bun...

Yang Terindah Dipandang Mata

Bismillah, Buat cuci mata. Beberapa keping gambar pemandangan menara jam dan menara Masjidil haram dari pelbagai sisi yang menarik. Dan tak lupa juga keindahan kubah hijau di Masjid Nabawi.Dimana dibawah kubah tersebut terletaknya makam junjungan besar nabi kita Nabi Muhamad saw. Masyaallah tabarokallah.Semoga kita semua bakal diundang ke sini sedikit masa lagi.  Allahhumma Aamiin... **Photo from facebook.

Cara Mudah Dan Ringkas Buat Solat Hajat

  Bismillah, Kalini kita belajar bagaimana cara bacaan dan doa bagi solat hajat yang mudah dan ringkas. Sebenarnya ada banyak cara mudah yang boleh dipraktik kan tapi maq kongsi cara yang bawah ni sebab ianya mudah untuk difahami. Semoga perkongsian ini beri manfaat. Niat dan Bacaan  Amalan selepas solat Doa selepas solat Sumber :Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Kenapa nak buat solat hajat ? Berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah ibni Abi Afwa Al islami r.a, beliau berkata,  Pada suatu hari,Rasulullah keluar dan menuju kepada kami,lalu bersabda ; Sesiapa yang mempunyai sebarang hajat kepada Allah atau kepada salah seorang daripada makhluk-Nya, maka hendaklah dia berwuduk dan kemudiannya solat dua rakaat lalu dia membaca: لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ الْحَلِيمُ الْكَرِيمُ سُبْحَانَ اللَّهِ رَبِّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ مُوجِبَاتِ رَحْمَتِكَ وَعَزَائِمَ مَغْفِرَتِكَ وَالْغَنِيمَةَ مِنْ كُلِّ بِرٍ...

Lampu Solar Special

Bismillah, Haaa inilah lampu solar yang dah menerangi kegelapan rumah maq bila belakunya black out. Orang jawa cakap black out tu takda karen. Awal pagi isnin yang baru lepas ni,Alarm maq berbunyilah macam biasa ,iaitu pukul 4.00am. Bila maq sedar, ruang tidur kami bahang ,puanass dan rimas.  Maq tanya encik suami, "abang tutup kipas?" "haa ah"...jawab dia mamai "Ani berpeluh peluh ni, kenapa ditutup kipas?" "abang sejuk..." katanya lagi sambil hulur remote kat maq. "nah remote,tekan lah mode paling laju kalau berpeluh.." katanya penuh yakin. "takpalah.." maq majuk! "yelaaa..kitakan tau guna je tapi tak tau nak tolong bayar bil ..." rungut maq lagi.. Encik suami gelak je sambil baring santai dalam bilik yang gelap gelita tu. Maq on data fon. Masuklah notification whatsapp bertalu talu. Kenapa maq pilih online whatsapp first?Sebab dalam whatsapp je maq boleh tau banyak berita terkini.Penyampai dilaman social lain tida...

Khasiat Buah Kedabu

  Bismillah, Buah kedabu atau dengan nama lain buah pedada atau buah berembang adalah buah yang sama.Orang kampung maq je ke panggil buah ni buah kedabu ? Masa zaman kanak kanak maq pernah makan buah ni.Rasanya masam dan sedikit kelat. Buah yang mentah agak keras tapi bila dah matang, buah ini lembut dan mudah dikupas.Sesuai dimakan bilamana warna kulitnya sudah menjadi hijau kekuningan. Pokok buah kedabu hidup dipersisiran sungai.Itulah tempat paling sesuai mereka membiak.Korang tryla tanam depan rumah mana tahu boleh hidup. Di sesetengah kawasan dinegara Indonesia ,mereka hasilkan " dodol " dari buah ini.Buat jeruk,buat jus dan dimakan begitu sahaja.Korang cari je kat youtube pasal ini,confirm jumpa. Kami diMalaysia suka makan dicicah garam,ada juga bagi idea makan cicah kicap.Lahaaaai bergenang air liur dalam mulut dah saat ni. Bila maq buat carian digoogle, rupanya banyak khasiat buah kedabu,pedada dan berembang ni. Antaranya, *kaya dengan vitamin C *boleh settle masaalah...

Cruise Di Batu Pahat

  Bismillah, Satu lagi daya tarikan buat pelancong yang datang ke Batu Pahat.Terletak dipersisiran Sungai Batu Pahat berhampiran Dataran Syahbandar, ada sebuah cruise yang dijadikan pengangkutan untuk pelancong bersiar siar di sungai Batu Pahat. Dan pagi semalam maq berkesempatan pergi ke Dataran Syahbandar tapi cruise rupanya belum beroperasi waktu tu. Jeti Yok BP Cruise Tempat menunggu giliran. Kaunter beli tiket  Cruise berada dikawasan semulajadi Air pasang,sampah dari laut hanyut ke muara Ada skuter berbayar didataran Syahbandar Dataran Syahbandar.Selalu ada event disini Nak tau harga tiket ? Macammana nak beli tiket? Akaun tiktok rasmi :  yok bp cruise  

Terung Pipit

Bismillah, Anda yang ada tanah  terbiar dikampung, boleh la tanam pokok terung pipit berselang seli dengan ubi dan keladi. Sekarang,harga sekilogram terung pipit mencecah RM12-RM19 kat Batu Pahat ni. Negeri lain saya tak pasti. Pesakit darah tinggi sangat digalakkan ambil terung pipit sebagai makanan tambahan. Tak perlu hari hari  makan. Saya dan encik suami dah buat percubaan, memang benar, tekanan darah berada pada paras normal bila kami makan berlaukkan sambal hijau terung pipit. **ikan bilis kasi lebih sikit dalam sambal tu... Terung pipit atau Turky Berry Ini pengalaman pertama maq dan sekeluarga makan terung pipit hasil masakan sendiri.Senang kata maq tak reti langsung masak terung pipit ni. Bila ibu saudara maq beritahu terung pipit boleh kawal tekanan darah tinggi,dan beliau bagi juga terung pipit buanyaaak. Nak tak nak maq kenalah buat sesatu menu untuk jadikan terung ni sedap dimakan. Cari resepi ditiktok. Jumpalah resepi sambal hijau terung pipit. Lada cili hijau 25...

Adab Dan Ilmu Mana Lebih Tinggi Nilainya?

  Bismillah, Mana lebih tinggi nilainya ,adab ke ilmu? Kadang serabut juga bila nak cari jawapan. Bukan mudah rupanya jadi orang tua.Apatah lagi apa juga yang dilakukannya pasti akan menjadi ikutan oleh anak anak dan cucu. Kalau yang ditiru itu perbuatan baik takpalah tapi kalau yang sebaliknya? Ini ujian... Gambar sekadar hiasan Atok dan Cucu Cucu Mari kita tengok 15 adab  yang anak akan cepat tiru. 1 - Panggil orang-Kalau dia nampak kita panggil orang woi woi, tak mustahil anak pun akan ikut panggil woi woi. 2 - Bercakap-Kita suka cakap tengking-tengking. Anak pun akan ikut cakap tengking-tengking. 3 - Mengarah-Ibu nak makan. Ibu nak susu. Ibu air tumpah. Bagaimana kita mengarah orang, begitu la anak akan tiru. 4 - Sebut tolong-Ibu tolong buatkan susu, adik haus. Mudah je tapi anak tak buat kalau dia tak nampak kita buat dulu. 5 - Ketika makan-Ketika makan jangan banyak bersungut. Anak ikut nanti, ada sahaja yang dia tak puas hati. 6 - Marah orang-Jika kita cepat marah orang...

Benda Kecil Boleh Menjadi Beban

Bismillah, Sengaja kongsi untuk jadikan panduan kepada kita semua. Kadang kadang benda yang dianggap hal kecil,rupanya menjadi "beban" kepada kita didunia dan diakhirat . Contohnya sampah puntung rokok ini.Nampak je simple.Sampah kecil je kan. Tapi tahu kah korang apa kesannya untuk si pembuang puntung rokok tu untuk jangka masa yang panjang? Meh kita baca dan fahamkan soal jawab dibawah ni. Sumber : facebook Soalan : ustaz apa hukum jika kita membuang sampah merata sedangkan sudah di sediakan tong sampah?adakah berdosa? Jawapan nya : ia adalah berdosa sebab islam mengajarkan kita tentang kebersihan dan apabila sudah di sediakan kemudahan tapi kita tetap pilih untuk buang merata,sedangkan kekotoran adalah kesukaan iblis dan syaitan! Firman Allah SWT bermaksud:  “Dan apa juga yang menimpa kamu daripada sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (daripada perbuatan yang salah dan berdosa) dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebaha...

Hadiah Buat Si Mati

  Bismillah, Dunia bukan tempat tinggal tapi tempat kita meninggal.Ayat ini biasa didengar kan? Tertarik dengan ayat diatas maka maq pun berminat untuk menaip mengenainya pada entri kali ini. Perkongsian yang maq dapat dari penceramah di kelas agama dan ceramah ceramah agama yang maq pernah dengar. Dan ini merupakan nasihat dan pesanan kepada waris waris maq terutamanya. Anak anak tak perlu bersusah payah nak buat majlis majlis kenduri seperti bacaan yasin dan tahlil jika ianya menjadi beban atau menimbulkan masalah bagi keluarga. Kenapa? Selepas ibubapa meninggal,doa yang arwah perlukan adalah doa dari anak anaknya yang soleh dan solehah.Kata ustaz ,doa dari anak takda bersekat.Direct terus diterima oleh simati. Buat tahlil dan bacaan yasin itu harus ,jamu orang makan itu sunat - ustaz Azhar Idrus Makanya waris boleh je amalkan 3 perkara yang dibawah ini.Nak buat waktu bila bila pun boleh.Nak buat hari hari pun boleh.Nak buat sambil bekerja pun boleh.Yang penting didahului dengan ...

15 Oktober 2024

  Bismillah, Jika abah masih ada,harini merupakan hari lahir abah yang ke 82 tahun.Tapi abah milik Allah.2 tahun lepas ,Allah ambil semula abah dari kami.Masa tu seminggu lagi abah nak jumpa hari tarikh lahir abah yang ke 80 tahun. Sempena tarikh harini 15 Oktober 2024, hanya doa ini sebagai hadiah buat abah "disana"                  اَللهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ Semoga Roh abah ditempatkan dikalangan hambaNya yang beriman dan beramal soleh. Aamiin...

Cita Cita Terakhir

  Bismillah, Ibu maq pernah beritahu bahawa datok maq belah keluarga abah pernah pesan kat ibu,katanya... "Ani ni nanti dah besar ,diajarkan Al Quran ,ngaji sampai khatam." Masa maq berumur 9tahun,ibu hantar maq mengaji dirumah jiran kami.Waktu tu sekolah agama Johor ambil pelajar darjah satu pada umur 9 tahun. So maq ngaji quran semasa darjah satu sekolah agama, darjah 3 sekolah kebangsaan. Mengaji pun semata mata hanya nak kenal huruf hijriyah je kot masa tu.Takda pun terfikir pasal tajwid ke apa.Mengaji Quran zaman dulu tak sama macam sekarang. Sekarang kalau nak cari pengajar,kena cari yang ada bertauliah dan ada pengiktirafan dari pejabat agama islam,baru boleh belajar Quran. Pada tahun 2021 lalu ,Maq berhasrat nak ulang semula semua pembelajaran Al Quran.Belajar tajwid dan nak kenal semua tentang bacaan Al Quran. Sebetulnya sebelum ni maq dah pernah belajar tapi sekerat jalan sebab ada ujian besar yang maq kena tempuh masatu.Kalau tak silap baru belajar sampai Juzuk 9 j...

Anak Perempuan Sulung 5 Generasi 2024

  Bismillah, Aturan Allah sangat indah. Alhamdulillah keluarga maq sekarang ni telah pun melepasi generasi ke 5 anak sulungnya adalah perempuan.Dan syukur kepada Allah kerana kasih sayang Nya semua ini berlaku.Mari lihat susur galur generasi tersebut. Gambar atas, Generasi 1 ( Maktok -ibu kepada ibu maqnie) Gambar atas, Generasi ke 2 ( ibu Maqnie -anak sulung kepada maktok) Gambar atas, Generasi ke 3 ( ofkos lah maqnie - anak sulung kepada ibu) Gambar atas, Generasi ke 4 ( Pastinya along - anak sulung kepada maqnie) Gambar atas, Generasi ke 5 ( Anak pertama along  - cucu kepada maqnie ) Alhamdulillah... Doa dari maq ,semoga anak anak perempuan sulung dalam 5 generasi ini menjadi anak yang solehah ,yang berjasa kepada kedua orangtuanya,berjaya kehidupannya didunia dan diakhirat.  Aamiin Allahhumma Aamiin.. Gambar : Ini baru ⅓ daripada Anak anak ,cucu cucu ,cicit cicit dan piut piut kepunyaan maktok.Inshaallah,ada rezeki nanti,kami akan bergambar keluarga keseluruhan u...