Skip to main content

Haiwan zaman kecil maq

Assalamualaikum.

Salam ukhwah buat pembaca yang dirahmati Allah. Pagi ni lepas siapkan ainul mandi ,susu , si kecil tu tak bagi tok mak dia memasak. Haa dia nak ajak tok mak dia golek golek depan tv..sambil melayan ainul menonton katun, tok mak dia pulak berkesempatan bersembang dengan makcik dan pakcik tok mak kat group whatsapp. Dengan cara tak tersengaja terkeluarlah kisah dua haiwan ini..

Taddaa..siapa kenal ni namanya apa?
Ianya spisis udang juga. Udang dalam tanah dipanggil udang tanah. Waktu maq kecil ,kami panggil jejabut. Mungkin itu sebutan dari orang jawa kot, hehe. Tapi adakah ramai yang kenal haiwan ini zaman sekarang ni? Bila ditanya boleh dimakan kah? Sedangkan ia haiwan dua alam? Jawapan maq , bila zaman dimana semua orang hidup dalam serba serbi tak ada , haiwan ini pun boleh jadi makanan. Rebus sedap ! Sepit dia rasa seperti isi ketam. Hidup dalam selut. Tanda ia ada dalam sarangnya ialah selut tu akan naik kepermukaan tanah dan berbentuk seperti busut kecil.


Ini pula siput timba. Bukan perigi mencari timba tau tapi timba ini mencari pokok kalau air laut pasang . Anda pernah makan?  Maq pernah. Rebus atau goreng berlada sedap. Yang uniknya ,nak makan dia kena sediakan pin ( guna pin baju ). Zaman dulu mana ada jual pencungkil gigi ,kalau tidak mungkin pencungkil gigi tu lebih sesuai guna kot untuk keluarkan isinya.  Dagingnya kenyal kenyal tapi memang sedap.  Ahh zaman zaman  susah , apa jek yang tak sedap kan?  Semua nya sedap belaka. 


Nostalgia ni telah diulang ingatannya oleh kami ( maq dan pakcik makcik maq ) dalam keadaan tak sangka sangka. Kenangan lama sangat tu. Kalau tak silap ,masatu umur maq dalam lingkungan 6-7 tahun kot hehe kecik noh lagi. Usia kami jarak tak jauh sangat pun sebab tu peredaran zaman kami sama seiring .

Sebenarnya bila dikenang semula zaman serba serbi takada , maq rasa bersyukur sangat dengan keadaan  sekarang. Apa yang ada ni , itulah rezeki dari Allah yang tertulis untuk maq dan semua.


Orang sekarang ni beruntung sangat sangat. Biar harga barang mahal. Nak makan apa jek ,biarpun tak dapat makan selalu ,tapi bila dapat gaji pasti mencari ! Lagi lagi makanan viral ,sanggup beratur panjang ,sanggup memandu berjam jam dalam kereta , sanggup bayar lebih sebab nak rasa benda viral. Lepas tu bila tak sedap , complain. Hehehe belajarlah bersyukur sekali sekala kalau tak dapat buat selalu.

Nota maq : seronoknya jadi budak kampung..

Comments

  1. kampung mane sis. sy pontian. dulu rajin gak ikot arwah mak tangkap ni. tp kami panggil lengkoro.. nnt kami nk gi tangkap lagi bersama adik beradik. hidupkn kembali nostalgia

    ReplyDelete
  2. Saya org Senggarang. Sekarang kat kampung saya pun dah jarang jumpa haiwan ini. Wah,pasti seronok moment tu. Teruskan niatnya, nostalgia sangat bernilai.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Badan Terlebih Gula & Resepi Alami

Sekadar hiasan* Bismillah.Tanda-tanda badan terlebih gula. 1. Selalu haus dan kerap kencing.Badan cuba buang gula yang berlebihan melalui air kencing, sebab tu badan cepat hilang air. 2. Cepat letih dan mudah mengantuk.Bila gula tinggi, insulin terpaksa kerja kuat.Tenaga pun turun naik, sebab tu badan cepat lemau. 3. Penglihatan kabur.Gula tinggi boleh ubah cecair dalam mata, jadinya pandangan jadi tak jelas. 4. Selera makan naik tak berhenti.Walaupun gula dalam darah tinggi, sel badan masih tak cukup tenaga sebab insulin tak berfungsi elok. 5. Gigi selalu bermasalah. Bakteria plak dan penyebab ulser mulut senang membiak bila gula darah tinggi. 6. Luka lambat sembuh.Gula berlebihan ganggu aliran darah dan proses pembaikan sel. 7. Kulit gatal, kering, atau naik tompok hitam di leher/ketiak.Ini tanda insulin dalam darah banyak sangat. 8. Berat badan naik atau turun tanpa sebab yang jelas. Metabolisme badan jadi tak stabil gara-gara gangguan insulin. 9. Rasa kebas atau semut-semut di tang...

Dato Maszlee Malik letak jawatan di KPM

Assalamualaikum... Harini hari ke 2 dalam tahun  2020. Negara harini dikejutkan  dengan perletakkan jawatan oleh Menteri Pendidikan Malaysia ( Dato Maszlee Malik ) setelah 20 bulan beliau berkhidmat. Antara yang telah beliau usahakan. Ye, walaupun berat,kena reda dengan kenyataan ini.   Dan  kabar angin juga mengatakan jawatan Dato Maszlee bakal diganti oleh YB Teo Nie Ching? Betul atau tidak,kita lihat je nanti.. Tahniahlah jika ianya benar. Kepada semua pelajar. Tak kira sekolah tadika kah, sekolah rendah kah,Menengah kah,pusat pengajian tinggi kah, belajarlah dengan jayanya.  Rezeki kalian itu hak Allah. Jangan jemu menuntut ilmu. Bangsa akan dipandang hina bila kurang ilmunya. Nanti apabila sudah jadi orang bijak yang berjaya, kalian cuma perlu ingat,ilmu itu untuk dimanfaati, bukan untuk menghianati. Malaysia telah banyak berubah bila terlalu ramai orang bijak. Mungkin inilah yang dinamakan Wawasan 2020 ? Maaf, ini cuma pendapat ...

Bandar Muar diwaktu malam

 Assalamualaikum.  Minggu ni kami bertiga ( maq,  encik suami dan anak bungsu)  dah diserang demam selsema. Dimulai dengan encik suami, kemudian anak kami last sekali maq. Alhamdulillah sakit penghapus dosa dosa  kecil. Kami lalui situasi tu dengan tenang dan sabar. Lama dah  maq tak kena demam selsema batuk ni. Bila diduga dengan family sekali rasanya biarlah kami je yang sakit,  jangan kena kat keluarga kami yg lain. Awal awal maq dah pesan kat anak anak  yang lain tak payah balik rumah sementara waktu ni sebab kami tak sihat. Takut jangkit. Maq risau . Terutama cucu maq tu.  Bila ibu mertua call tanya bila nak balik kampung, kami cakap kami semua tengah tak sihat. Alhamdulillah  mujurlah beliau paham. Sejak covid19  ni, ibu mertua sangat  berjaga jaga pasal kesihatannya dan kesihatan semua orang. Syukurlah.. Tapi.. Haa ada tapinya tu.  Bila dah seminggu memerap dalam rumah asbab selsema batuk,  siapa tahan wey. Bos...

Pakar 3 Pakar Mata Klinik Pakar Batu Pahat

Assalamualaikum.  Kalini nak story story pulak pasal pengalaman maq ke pakar 3 ( pakar mata)  di Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat pada 13/10/2020. Walaupun jarak hospital dengan rumah maq kurang lebih 1 kilometer sahaja tapi disebabkan taknak berebut nombor giliran, maq keluar rumah seawal 7.00 pagi ditemani kekasih awal dan akhir, my encik suami.  Temu janji maq pada pukul 8.00am. Kenapa keluar awal?  Sebab klinik pakar mata ni katanya selalu je sesak. Lagipun cepat kita berurusan, cepatlah kita balik kerumah nanti, kan?  Duduk hospital bukan boleh shopping pun.  Eh!   Waktu maq sampai didepan pintu klinik pakar tu, beberapa orang pesakit yang datang lebih awal dari maq sudah pun terpacak menanti. Dan Maq pesakit yang ke 4 terpacak disitu! Alhamdulillah .  Kesian kakak berdua ni kena berdiri lama. Ada sorang lagi pakcik dia dapat kerusi, ada tu duduk kat tepi tembok.  Pukul 7.30 pagi, cik misi datang dan buka pintu klinik. Apa ...

Urusan Maya sudah selesai

Assalamualaikum. Alfatihah. Semalam ( 18hb Mac 2020) kami sekeluarga dikejutkan lagi dengan satu lagi berita kehilangan ahli keluarga.  Pemergian Arwah Maya amat mengejutkan maq kerana selama ni maq tak tahu menahu pun yang arwah ada mengidap kanser tisu. Sepupu maq yang dah aktif dalam bidang seni tanahair  hampir 26tahun ni,  tak pernah pun menunjukan yang beliau sakit. Keceriaannya dihadapan peminat dan ahli keluarga  sepertinya hanya mengatakan yang dia sihat dan bahagia. Pandai dia sorokkan. Allahhu.. Semoga ahli keluarga lain redha dengan semua ini. Sama sama kita doakan semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang orang yang beriman dan beramal soleh. Kenangan . Maya bersama ahli keluarga kami pada sambutan hari  raya beberapa tahun lalu. Dia adalah penghibur   untuk peminat dan juga untuk ahli keluarga. Lepas perjumpaan hari raya tu maq cuma mampu lihat arwah aktif di skrin gegar vaganza 2018 dan semalam lah berita terakhir t...

Covid19, Denggi, Johor

 Assalamualaikum.  Lama dah tak berblog apatah lagi blog walking, lama sangat rasanya tak jalan jalan masuk blog kawan kawan. Terima kasih kepada adik adik yang rajin komen kat setiap post maq. Semoga kehidupan anda semua senantiasa dipermudahkan. Insyaallah, Aamiin.  Sebetulnya takda idea nak taip topik malam ni tapi asbab rasa rindu nak menaip datang membuak buak, sambil layan buletin utama tv 3, maq pun gagah menaip.  Batu Pahat diduga dengan Covid19?  Harini 4hb Disember, daerah Batu Pahat merupakan daerah kes Covid19  tertinggi di negeri Johor.  Innalillahiwainna ilaihirojiiun..  Sampai bila covid19 ni nak menghantui kehidupan kita lah kan. Maq pun tak boleh nak jangkakannya. Bila ada sesetengah orang menganggap covid19  ni hanya isu fake, hanya alasan yang direka reka, hanya bebanan untuk rakyat, hanya permainan ahli ahli politik ,selagi itulah virus ni tidak dipeduli. Bila ramai tak peduli maka ramai tak jaga SOP. Sebab tu lah covid19 ...

Group Whats App sekolah diselubungi pilu

Assalamualaikum. Awal pagi tadi, kami - bekas pelajar SMKS batch yang lahir pada tahun 1968 /1969 ( sekolah Menengah Kebangsaan Senggarang ) telah mendapat berita bahawa salah seorang sahabat kami telah kembali kepada Pencipta nya. Innalillahiwainnahirojiun.. Ø¥ِÙ†َّا Ù„ِÙ„ّÙ‡ِ ÙˆَØ¥ِÙ†َّـا Ø¥ِÙ„َÙŠْÙ‡ِ رَاجِعون Ya Allah, Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.. AlFatihah . بِسْÙ…ِ ٱللَّÙ‡ِ ٱلرَّØ­ْÙ…َـنِ ٱلرَّØ­ِيم  Ù±Ù„ْØ­َÙ…ْدُ Ù„ِÙ„َّÙ‡ِ رَبِّ ٱلْعَـلَÙ…ِين۞ ٱلرَّØ­ْÙ…َـنِ ٱلرَّØ­ِيم۞ Ù…َـلِÙƒِ ÙŠَÙˆْÙ…ِ ٱلدِّين۞Ø¥ِÙŠَّاكَ Ù†َعْبُدُ ÙˆَØ¥ِÙŠَّاكَ Ù†َسْتَعِينُ۞ ٱهْدِÙ†َا ٱلصِّرَØ·َ ٱلْÙ…ُسْتَÙ‚ِيمَ۞صِرَØ·َ ٱلَّذِينَ Ø£َÙ†ْعَÙ…ْتَ عَÙ„َÙŠْÙ‡ِÙ…ْ۞ غَÙŠْرِ ٱلْÙ…َغْضُوبِ عَÙ„َÙŠْÙ‡ِÙ…ْ Ùˆَلاَ ٱلضَّاۤÙ„ِّينَ۞امين Selepas berkahwin,  mungkin jarak dan komitmen masing masing telah memisahkan kami tap...