Skip to main content

Posts

Showing posts with the label perkongsian dari group Whatsapp

Pray For Johor - Ramadhan 1446

  Bismillah, Ujian bagi rakyat Johor dan penduduk bandaraya Johor Bahru,bila kediaman mereka dilanda banjir menjelang 10 hari terakhir ramadhan. Hujan yang turun berterusan sejak semalam (Rabu 19/3/2025) hingga ke petang ini ( Khamis 20/3/2025) telah melimpahkan airnya hingga ke kawasan yang tidak terduga diuji banjir. Bawah ini adalah kenyataan dari menteri besar Johor, Dato Onn Hafiz.Mengenai pengumuman laporan darj MET Johor. Buat seluruh Bangsa Johor yang saya kasihi sekalian. Saya telah menerima laporan daripada Jabatan Meteorologi Johor (MET Johor), bahawa hujan lebat berterusan dijangka berlaku sehingga 21 Mac 2025 (Jumaat). Amaran hujan lebat berterusan pada tahap buruk dijangka berlaku di daerah Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru. Manakala amaran hujan berterusan pada tahap waspada dijangka berlaku di Tangkak, Segamat, Muar dan Batu Pahat. Saya mohon agar seluruh rakyat Johor untuk sentiasa peka dengan sebarang arahan pihak berkuasa, dan terus...

Wanita Istimewa Bernama Siti Khadijah

Bismillah, Siti Khadijah Memang Wanita Istimewa. Dua pertiga  (2/3) wilayah Mekah adalah milik Siti Khadijah binti Khuwailid, isteri pertama Rasulullah ï·º.  Ia wanita bangsawan yang menyandang kemuliaan dan kelimpahan harta kekayaan. Namun ketika wafat, tak selembar kafan pun dia miliki. Bahkan baju yang dikenakannya di sa'at menjelang ajal adalah pakaian kumuh dengan 83 tampalan. "Fatimah putriku, aku yakin ajalku segera tiba," bisik Khadijah kepada Fatimah sesaat menjelang ajal. "Yang kutakutkan adalah siksa kubur. Tolong mintakan kepada ayahmu, agar beliau memberikan serbannya yang biasa digunakan menerima wahyu untuk dijadikan kain kafanku. Aku malu dan takut memintanya sendiri." Mendengar itu Rasulullah berkata, "Wahai Khadijah, Allah menitipkan salam kepadamu, dan telah dipersiapkan tempatmu di syurga." Siti Khadijah, Ummul Mu’minin (ibu kaum mukmin), pun kemudian menghembuskan nafas terakhirnya dipangkuan Rasulullah.  Didakapnya sang isteri itu d...

Nasihat Imam Fudhail ibni Iyadh

Bismillah, Kepada seseorang yang telah mencapai umur 45, 55, 60, 70 tahun. Imam Fudhail telah memberi nasihat ,katanya : Bererti kamu sekarang berjalan menuju kepada Tuhanmu dan hampir sampai. Lakukan yang terbaik pada sisa usia senja-mu,lalu akan diampuni dosa-dosamu yang lalu. Tapi jika engkau masih berbuat dosa di usia senjamu, kamu pasti dihukum akibat dosa masa lalu dan masa kini sekaligus...!  Maka para alim ulama pun memberi nasihat dan cara bagaimana untuk umat islam menjalani umur yang sudah mencapai 45, 55, 60, 70 tahun: 1. JANGAN banyak bergurau dan terjebak dalam hal-hal yang tidak ada manfaatnya untuk akhirat 2. JANGAN berlebih-lebihan berhias,bersolek dan berpakaian. 3. JANGAN berlebih lebihan makan, minum, dan berbelanja barang yang kurang diperlukan untuk mendukung amal soleh. 4. JANGAN  berkawan dengan orang yang tidak menambah iman, ilmu, dan amal kepada kita. 5. JANGAN banyak berjalan dan melancong ke sana sini tanpa manfaatnya yang dapat mendekatkan diri pa...

Petua Power Untuk Baik Pulih Diri Sendiri

Assalamualaikum.. Jika baik pulih diri kita secara bersepadu, Allah SWT akan ubah anak-anak dan semua orang di sekeliling kita. Juga, semakin rapat kita dengan Allah SWT, maka Allah SWT akan perbaiki hubungan kita dengan semua orang. Mulai hari ini baik pulih diri secara menyeluruh dengan: 1. Jaga solat 5 waktu dan lakukan solat-solat sunat qabliah dan ba'diah untuk menampung segala kekurangan dalam solat-solat fardhu kita. 2. Solat taubat dan istighfar 70 kali sehari setiap hari. Lakukan juga solat hajat, istikharah dan tutup dengan solat WITIR setiap malam. Nabi SAW suruh kita untuk solat witir setiap malam sebagai pembalut kepada semua amalan kita setiap hari untuk dipersembahkan kepada Allah SWT. 3. Maafkan semua orang setiap malam sebelum tidur agar hati jadi bersih, badan sihat, wajah jadi anggun, doa dimakbulkan, semua orang sayang dan anak dengar cakap kita. 4. Untuk merangsang ahli keluarga supaya solat dan elok perangai, bacalah Surah Ibrahim (ayat 40). Ini meman...

Pengkebumian Jemaah Umrah di Baqi', Kota Madinah.

Assalamualaikum. Video perkongsian seorang sahabat sewaktu beliau menunaikan umrah baru baru ini. Ianya menunjukkan cara bagaimana pengkebumian disana dilakukan secara dekat. Nampak berbeza sangat dengan cara ditempat kita tapi sebagaimana kita sedia maklom,kawasan disana pun adalah terhad dan ini sahaja cara yang sesuai. Menurut beliau lagi,   selang beberapa tahun, jenazah akan ditukarkan ketempat lain dan diganti dengan jenazah yang baru. Tempat lain tu dimana?  Waalallahhua'lam. Al Fatihah buat  mereka yang meninggal di sana. Semoga ditempatkan dikalangan hamba hambaNya  yang beriman dan beramal soleh. Aamiin ya Robbal alamiin..

8 Tanda Ikhlas

Assalamualaikum.. Perkongsian menarik tentang 8 TANDA IKHLAS : 1 Takutkan kemasyhuran, sanjungan yang boleh membawa fitnah kepada diri dan agamanya. Lebih-lebih lagi jika beliau seorang yang berkebolehan. 2 Sentiasa menganggap dirinya cuai terhadap Allah, lalai dalam melaksanakan ibadah, tak dapat mengawal hati dari dimasuki oleh sifat megah dan ta'jub dengan diri sendiri (takut dosa tidak diampuni, takut kebaikan tidak diterima). 3 Suka melakukan amalan kebaikan secara tersembunyi daripada amalan yang dipenuhi iklan dan irama paluan kemasyhuran. 4 Sama sahaja beliau bekerja sebagai pemimpin atau ahli selagimana keduanya adalah berkhimat kepada dakwahnya. 5 Tidak mengharapkan keredhaan manusia jika di sebaliknya adalah kemurkaan Allah. 6 Cinta dan benci, beri dan menahan, redha dan marah : semuanya kerana Allah dan agamanya. 7 Tak bersifat malas, lembab atau ketinggalan kerana perjalanan yang jauh, buah yang lambat dapat dipetik, lambat dapat kejayaan dan penat be...

Cara Nak Rasa Dekat Dengan Allah

Assalamualaikum.. Salam Jumaat penuh barokah. Zikir Rabbaniyah.Ustaz Jafri Abu Bakar Mahmoodi - nak tenang, nak selesa dalam hidup & nak rasa dekat dengan Allah amalkan zikir2 ini : 1. Astaghfirullahal azim - 100× 2. Subhanallah wabihamdi subhanallah al azim - 100x 3. Lailahailallah - 100x 4. HasbiAllah wani'mal wakil - 100x 5. Subhanallah walhamdulillah walailhaillallah wallahuakbar - 100x 6. Lahaulawala quwwata illa billahil'ali hil azim - 100x 7. Allahumma salli 'ala sayidina Muhammad wa'ala alihi wasohbihi wabarik wasallim -100x Buatlah suatu kebaikan yang akan terus hidup, walaupun setelah kita meninggal nanti.

Bicara Solat

Assalamualaikum.  Gambar bawah ini antara kata kata alim ulama' perihal kepentingan solat bagi semua umat Muhammad. Sengaja maq kongsikan diblog ini untuk dijadikan peringatan anak cucu bila mereka membaca  blog maq nanti.   Semoga Allah jadikan anak cucu kita sebagai keturunan yang tidak meninggalkan solat.  Aamiin...   Nikmat apa  lagi yang akan kau dustakan? Sumber : group whatsapp.  

Meruqyah Diri Sendiri

Assalamualaikum, Perkongsian maq diblog kali ini adalah berkaitan hal dimana kita boleh berusaha untuk mengubati diri kita sendiri (ruqyah diri  sendiri). Apa yang diajarkan dibawah antara amalan rasulullah SAW ketika baginda sedang sakit. Benda boleh amalkan kenapa kita  taknak diamalkan?  Jom kita cuba. Nabi shalallahu ‘alaihi wa sallam apabila merasakan sakit, meludah sedikit di tangannya (tiga kali) dengan membaca Qulhuwallahu Ahad dan Mu’awwidzatain (An Nas dan Al Falaq), Beliau mengusap dengan kedua tangannya pada setiap kali apa yang boleh disentuh dari bahagian tubuhnya ketika beliau shalallahu ‘alaihi wa sallam akan tidur, dimulai dengan kepala, wajah dan dadanya.  Sebagaimana yang diberitakan Aisyah dalam hadis yang shahih. Jibril merquyah beliau di air ketika sakit dengan ucapannya,  "Dengan nama Allah aku meruqyahmu, dari setiap penyakit yang menyakitimu, dari kejahatan setiap jiwa atau ‘ain orang yang dengki, Allah akan menyembuhkanmu, dengan...

Group Whats App sekolah diselubungi pilu

Assalamualaikum. Awal pagi tadi, kami - bekas pelajar SMKS batch yang lahir pada tahun 1968 /1969 ( sekolah Menengah Kebangsaan Senggarang ) telah mendapat berita bahawa salah seorang sahabat kami telah kembali kepada Pencipta nya. Innalillahiwainnahirojiun.. Ø¥ِÙ†َّا Ù„ِÙ„ّÙ‡ِ ÙˆَØ¥ِÙ†َّـا Ø¥ِÙ„َÙŠْÙ‡ِ رَاجِعون Ya Allah, Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.. AlFatihah . بِسْÙ…ِ ٱللَّÙ‡ِ ٱلرَّØ­ْÙ…َـنِ ٱلرَّØ­ِيم  Ù±Ù„ْØ­َÙ…ْدُ Ù„ِÙ„َّÙ‡ِ رَبِّ ٱلْعَـلَÙ…ِين۞ ٱلرَّØ­ْÙ…َـنِ ٱلرَّØ­ِيم۞ Ù…َـلِÙƒِ ÙŠَÙˆْÙ…ِ ٱلدِّين۞Ø¥ِÙŠَّاكَ Ù†َعْبُدُ ÙˆَØ¥ِÙŠَّاكَ Ù†َسْتَعِينُ۞ ٱهْدِÙ†َا ٱلصِّرَØ·َ ٱلْÙ…ُسْتَÙ‚ِيمَ۞صِرَØ·َ ٱلَّذِينَ Ø£َÙ†ْعَÙ…ْتَ عَÙ„َÙŠْÙ‡ِÙ…ْ۞ غَÙŠْرِ ٱلْÙ…َغْضُوبِ عَÙ„َÙŠْÙ‡ِÙ…ْ Ùˆَلاَ ٱلضَّاۤÙ„ِّينَ۞امين Selepas berkahwin,  mungkin jarak dan komitmen masing masing telah memisahkan kami tap...

Pertarungan Maut diusia 60 Hingga 70

Assalamualaikum..                     Tidak ramai orang yang hidup hingga mencapai usia 60 tahun. Jika kita mencapainya maka waspadalah, kerana inilah ketika yang menentukan akhir perjalanan seorang manusia. Pengakhiran yang baik (Husnul Khatimah) atau penghujung yang buruk (Su'ul Khatimah). Allah swt juga mengingatkan hamba-Nya yang mencapai usia 60 tahun sebagaimana tersirat dalam firman-Nya dalam Al-Fathir ayat 35 -  37. "Dan mereka menjerit di dalam neraka itu, "Ya Tuhan kami, keluarkanlah kami (dari neraka), nescaya kami akan mengerjakan kebajikan, yang berlainan dengan yang telah kami kerjakan dahulu." (Dikatakan kepada mereka), "Bukankah Kami telah memanjangkan umurmu untuk dapat berfikir bagi orang yang mahu berfikir, padahal telah datang kepadamu seseorang pemberi peringatan? Rasakan (azab Kami), dan bagi orang² zalim tidak ada seorang penolong pun."                ...

Rezeki Itu Hak Peribadi

Assalamualaikum. Hamka berkata ... Rezeki tu bukan bermakna kamu dapat apa kamu nak. Tapi bila kamu terima apa yang Tuhan anugerahkan. Kamu belajar tentang sirah. Tahu Mariam tak berkahwin tapi dapat anak. Itulah rezeki dia. Kamu tengok pula sirah Aishah. Kahwin tapi tak dapat anak. Itu pun rezeki dia. Allah hantar Musa kerumah Firaun sebagai anak angkat untuk membawanya ke syurga. Tetapi tetap juga Firaun menjadi manusia paling celaka yang memilih neraka. Allah menghantar Nuh untuk menyelamatkan kaumnya tetapi anak isterinya sendiri derhaka dan enggan terima dakwah baginda. Pelajari lah sesuatu dari kisah kisah seperti itu. Sungguh. Kamu akan faham bahawa rezeki masing masing tidak sama. Semua ada pro dan kontranya! Orang yang ada suami, ada isteri, ada anak ni bermakna ada tanggungjawab juga. Mudah mendapat pahala. Tapi mudah juga mendapat dosa. Yang tak bertemu jodoh, yang tak dikurniakan zuriat pun satu rezeki juga. Rezeki terlepas dari tanggungjawab dan risiko n...

Dosa Dosa Besar

Assalamualaikum. Perkongsian seorang sahabat mengenai dosa dosa besar. Macam tak adil kalau maq sorang je yang tahu kan. Jadi maq kongsikan pula diblog peribadi ini. Nanti bolehlah buat pengetahuan kita bersama mengenai apakah dia antara yang dikata dosa dosa besar. Dan antara usaha nak hapuskan dosa dosa besar pula ialah , - taubat - solat - banyakkan amalan  bersedekah -tidak mengulangi kesilapan serupa - berpuasa -membuat kebaikan - sentiasa dalam keadaan berwhuduk - memohon shafaat Nabi Muhamad S.A.W. - kekal bersabar pada setiap ujian mendatang. - ikhlas bila melakukan amalan. - sentiasa menjaga tauhid - banyakkan berzikir ,terutama zikir lafaz ringan disebutan tapi berat ditimbangan amal . "Subhanallah wabihamdi subhanallah hilazimi " Nota maq : semoga beri manfaat bersama ❤