Posts

Showing posts with the label Pengalaman

Brisk Walk Dan Kelebihannya

Image
  Bismillah, Ini hanyalah cerita aktiviti brisk walk maq bersama encik suami.Dalam seminggu kami akan berjalan sebanyak 5 hari.Baki lagi 2 hari adalah hari untuk "pause" kan badan.Isnin dan Khamis adalah hari istirehat kami dari brisk walk. penjaga Tasek Y. Jalan jalan Maq tidak selaju langkah orang muda seperti anda tapi bagi kami yang dah level warga ke emas emasan ni ,3 km dalam masa 40 minit tu sangat bererti. Berasa jugak otot betis tua ni.Tapi bak kata pakar ,no pain ,no gain.Okey fine! Results tertinggi bulan May.Ini paling tak disangka oleh Maq.Tapi lepastu betis dan pelipat lutut terus jadi sakit dan sakitnya tu makan masa jugak nak hilang. Results terpaling rendah bulan May.Masani pun tak tahu kenapa dekat nak 1jam setengah berjalan tapi jaraknya tak sampai 2km. Apa maq ambil sebelum brisk walk?  ini dia ... sebiji kurma & setengah gelas air mineral.Balik dari brisk walk nanti barulah maq makan sarapan. Apa kelebihan brisk walk?Bawah ini adalah hasil salin tampa...

Siapa Orang Yang Layak Kita Hargai

Image
  Bismillah, Kejap lagi azan isyak bakal kedengaran.Ada sedikit perkongsian yang maq nak sampaikan pada anda yang sudi singgah diblog level acik acik ni. Siapa orang yang layak kita hargai? Bagi diri maq,orang yang selayaknya maq hargai ialah diri maq sendiri.Jasad dan roh bersatu menjadi Maq.Takda siapa yang mampu buat diri dihargai melainkan diri kita sendiri. Bukan bermaksud nak suruh bangga kat diri sendiri tapi kita memang kena menghargai diri kita.Jangan harapkan penghargaan orang lain. Berpenat lelah untuk keselesaan orang lain akan  bikin jiwa luka parah. Bersusah payah untuk kehidupan orang lain memang bakal kecewa dihujung jalan ceritanya. Sekarang tolonglah sedar, jika kita terlalu mengharapkan mahlok ,hujung hujung tak ada apa yang boleh diharapkan sebab semua mahlok adalah tidak sempurna dan tidak kekal. Kesempurnaan itu hanya milik Allah SWT.Dan yakinilah,bila berharap kepada Allah, jiwa akan jadi lebih tenang dan selesa. kata Ai,kanak kanak ini adalah maq sewakt...

Sedang Belajar Berkata Tidak

Image
  Bismillah, Guys! Dah nak masuk 17 Zulkaedah 1447!? Zulkaedah tu bulan ke 11 hijrah. Masyaallah,kejapnya 1447 dah nak habis.Jemaah haji 1447 pun dah berpusu pusu diterbangkan ke Mekah dan Madinah.Moga jemaah haji Malaysia sentiasa dalam lindungan kasih sayang Allah swt.Dilancarkan semua urusan mereka sewaktu disana hingga kembali ke tanah air. Kalau korang nak tahu kisah Maq pulak. Bermula 1 May 2026 yang lepas,maq dah tutup semula taska dirumah Maqnie Nurseri setelah 30 tahun beroperasi.Maq sekarang dah mula rasa penat.Maq rasa diri ni dah macam tak terurus beberapa tahun sejak kebelakangan ini. taska dirumah dah ditutup. Last beroperasi pada 30/4/2026 yang lalu. Cucu asuhan yang terakhir di taska dirumah maq.Beliau sekarang dah berpindah ke Johor Bahru.Beby ,jaga diri okey 💕 Ada yang bertanya.Dah tak kerja tu nanti macamana nak dapat duit poket? Sabar guys.Inshaallah nanti maq minta kat Allah.Sejak lahir pun rezeki maq datangnya dari Allah.Alhamdulillah... Kenapa belum umur 60 ...

Hadiah Selepas Shawal

Image
  Bismillah, Shawal dah pergi, zulkeadah pula muncul. Amalan shawal jangan putus separuh jalan.Bermaaf maafan itu kena diteruskan sampai bila bila.Buat salah je minta maaf,minta maaf je lepastu buat salah lagi.Ek!?  Tapi bagi kami orang Johor ,bukan je bermaaf maafan kami teruskan,open house shawal pun masih meriah.Walaupun dah beberapa hari masuknya zulkaedah.Apa yang lagi best mereka sambut aidil fitri sampai ke aidil adha.Haaa nikmat apa yang kau dustai???Hujung minggu ni pun masih ramai lagi buat sambutan rumah terbuka. Maq? walaupun tahun ni sambut sederhana tapi kemeriahan tetamu sangat bermakna bagi maq.Hinggakan maq tak dapat nak keluar beraya jauh.Family kat JB tu ,satu rumah pun kami tak dapat lagi nak kunjungi hingga ke hari ini. Lepas shawal pergi undangan walimatul urus pulak.Acara yang jugak wajib dikunjungi.Setiap minggu ada saja majlis yang perlu disantuni.Baru 3 majlis Maq pergi,maq dah pulak diuji demam batuk dan selsema. 5 hari demam on off ,batuk batuk yang...

Tukar Jenama Ubat Darah Tinggi

Image
  Bismillah, Sehingga hari ini, Maq masih lagi ambil ubat untuk stabilkan tekanan darah tinggi. Semalam masa ambil ubat difarmasi KK Batu Pahat,ubat darah tinggi maq telah bertukar jenama lain. Jika sebelum ni maq makan ubat yang ni, Tapi semalam, farmasi dah tukar ubat keluaran kilang lain pulak.Macam ni haa rupa ubat dan kotaknya, Nama pun dah lain.Bila ditanya ahli farmasi,apakah ini ubat baru? Beliau jawab , "masih ubat yang sama tapi dari kilang yang berlainan..." Okey, jadinya tadi sebelum makan ubat ,maq buat siasatan di google.Ini maklumat yang maq dapat. Perindopril adalah perencat ACE yang digunakan untuk merawat tekanan darah tinggi (hipertensil),penyakit arteri koronari yang stabil dan kegagalan jantung. Ia merendahkan tekanan darah dan mengurangkan ketegangan jantung, mengurangkan risiko serangan jantung dan strok. Kesan sampingan yang biasa termasuk batuk kering ,pening dan sakit kepala. Masa sahur tadi maq dah makan sebiji ,so kita tunggu hasilnya.Kalau sebelum...

Tahun Ke 30 Maqnie Nurseri

Image
  Bismillah, Alhamdulillah.Terima kasih Allah untuk setiap rezki dan nikmat yang diberikan kepada kami hingga ke saat ini. Alhamdulillah.Diam tak diam ,tahun 2026 ini genap 30 tahun Maq berkerjaya sebagai seorang 'baby sitter '. Ini juga bermakna dah 30 tahun taska dirumah Maqnie Nurseri beroperasi. Boleh baca pengalaman maq dalam  dalam label ini . Bermula dari 'tolong jaga anak jiran' akhirnya berpanjangan usaha ni sampai ke hari ini. Bila diimbas kembali,rupanya maq dah jaga 3 generasi.   Gen Y ( 1981- 1996 ) Gen Z ( 1997-2012 ) Gen Alpha ( 2013-2024 ) 1- Generasi Milenial (Gen Y) : 1981-1996 Waktu umur maq 14 tahun,maq dah jadi ' babysitter termuda' waktu itu.Baby tu lahir pada tahun 1981.Siapa? Beliau adalah adik lelaki maq. Masani ibu kami kena keluar bekerja asbab nak bantu abah sara keluarga.Ibu kerja dari awal pagi dan balik pukul 12 tengahari. Dan pada waktu ini juga,maq berada ditingkatan 2 sekolah menengah kebangsaan.Sesi persekolahan pula belah peta...

Tak Mampu Nak Buat ,Pilihlah Diam

Image
  Bismillah, Sejujurnya Maq dan Encik suami masing masing masih lagi mempunyai ibu.Apapun kami tak berpeluang untuk jaga mereka dirumah kami.Masing masing ada alasan tersendiri dan kami pun terima kenyataan itu dengan penuh kesedaran. Kalau dipihak encik suami, ini pendapat beliau waktu maq tanya kenapa tak nak bawa ibu beliau kerumah kami ; "Diri awak sendiri pun asik keluar masuk klinik,mana nak uruskan cucu yang 2 orang tu lagi,nak uruskan rumahtangga,nak uruskan makan minum saya,nanti macamana awak nak uruskan emak saya?Biar saya yang akan balik kampung tengok mak saya.Awak uruskan je rumahtangga dan jaga budak budak." Kalau tak silap,kali terakhir kami dapat jaga ibu ibu kami tak silap pada tahun 2022. Encik suami pun baru je beberapa bulan sembuh dari masalah kesihatannya. Sebelum ni beliau diuji dengan slip disc sebelum tibanya hari raya korban yang lalu.So setiap langkahnya pun masih lagi dengan langkah berhati hati. Ibu Mertua Maq💕 Ini gambar lama waktu kami sambut ...

Aturan Allah Sangat Indah

Image
  Bismillah.. Selamat malam. Sebenarnya takda idea apa pun dalam minda saat ni.Tapi jari jemari ini perlukan senaman dan Maq pilih untuk menaip. Dari tahun 1993 Maq menjawat jawatan isteri dan surirumah tangga sepenuh masa, tahun 2025 ni rasanya Maq dah layak ke untuk terima anugerah? Hahaha tiber ! Sebenarnya tak perlu pun semua tu. Bagi Maq ,lepas nikah fokus hidup Maq cuma pada rumahtangga,suami,anak anak dan alam. Bila dah semakin berumur macam sekarang ni,tak sangka kehidupan boleh berubah sejauh ini. Asalnya Maq hanya seorang budak kampung yang naif yang terpaksa jual kuih epok epok untuk duit belanja dan tambang kesekolah.Dan Maq juga terpaksa tamatkan alam persekolahan selepas tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM ) demi beri laluan kepada 2 orang lagi adik yang perlu meneruskan pelajaran mereka. Alasan parents , adik adik Maq lebih bijak so pelajaran mereka lebih penting  di beri keutamaan dan Maq anak sulong yang IQ pun level sederhana je ni lebih baik car...

In Silent

Image
  Bismillah.. Lebih separuh tahun dah 2025 berlalu. Terlalu banyak perkara yang diluar jangkaan telah dan sedang kita lalui. Sebagai wanita dewasa yang dipilih melihat kehidupan akhir zaman didepan mata,jujur cakap,maq takut,maq sedih dan maq jadi penat dan kadang jadi terlalu penat. Kita sedang berada dizaman fitnah.Zaman dimana ,you buat hal yang betul dikata salah dan you buat hal yang salah tentu tentunya dikatakan salah. Rasulullah pun ada pesan ,jika kita tak dapat nak ucapkan hal yang baik baik,pilihlah untuk berdiam diri. Dan sentiasalah bersangka baik dengan ujian Allah. Dan dalam post kalini,maq just nak cakap, " Yaa Allah ,maq dah penat.Sangat sangat penat..."

Diam Diri Umat Akhir Zaman

Image
  Bismillah, Banyakkali dah jari ini nak menaip dalam blog tapi selalu saja gagal. Sekarang dah tak macam dulu.Kalau blogging zaman 10 tahun sebelum ini,maq akan balun je apa yang terlintas difikiran.Sekarang mode tu dah beralih. Tengah syok  menaip ,bila baca semula macam tak kena je ayatnya,automatik delete!Lepastu buat kerja lain. Tetiba terlintas idea nak menaip tapi bila difikir semula 2/3 kali, terus batalkan niat sebab nak jaga hati orang luar yang membaca. Baru je buka blog nak share benda viral ,eh boleh pulak jari ini tahu malu.Terus stop ,atas alasan dosa dah banyak ,malu kat Allah. Haha itulah tabiat warga keemas emasan. Lebih kepada berani berani takut.Tak macam jiwa orang muda belia.Mereka sanggup redah je apa yang tersirat ,asalkan hajat yang diimpikan dapat. **Maq pernah muda sebab tu berani cakap. Malam ni ada sedikit pesanan yang maq boleh taipkan sebelum munculnya hari esok. Guys,hati hati..Negara islam kini sedang rancak dihuru hara kan.Kacau bilau belaku d...

Sebab Degil Dos Ubat Ditambah Lagi

Image
  Bismillah, Kalini saja je nak kongsi kisah 17 Jun 2025 yang lepas.Pada hari tersebut ,maq ada temujanji dekat klinik kesihatan Batu Pahat. Ini adalah rutin 6 bulan sekali. Sebelum itu pada 3 Jun lepas, maq dah diarah ambil sample darah untuk mengetahui tahap kesihatan maq terkini. Lepas raya aidil fitri & aidil adha ,ofkos gaya pemakanan yang sangat buruk! Hahaha tiap tahun memang macam gini. So bila keluar je result darah, maq pun kenalah tahan telinga ni sebab confirm kena bebel dengan doktor.Puncanya? Jujur guys, inilah puncanya. Result yang teruk! Tahap kolestrol naik sampai 7.46! Dan ada juga beberapa lagi keputusan  yang naik termasuk bacaan tekanan darah. Apa pun alhamdulillah berat badan dah turun sekilogram ,tapi tak berbaloi jugak kot kalau yang lain lain semua dah semakin naik. Uuuargh😭 Tapi Doktor dah tahu dah punca semuatu. "acik ni tak makan ubat ea?" ***ye doktor,banyak sangat la ubat yang acik nak kena telan. "dah tu tiap bulan acik ambil ubat nak ...

Kita Hanya Seorang Hamba

Image
  Bismillah, Harini dah masuk hari ke 15 Zulhijjah 1446H. Bermakna berbaki 2 minggu je kita akan masuk ke tahun baru 1447H.Moga moga kita dapat jumpa dengan tahun 1447H tu nanti.Allahhumma Aamiin. Hidup dekat dunia ni singkat. Biarpun dah berumur 80 tahun ,ianya tetap terasa sekejap berbanding waktu kita berada dikehidupan seterusnya nanti.Waallahu'lam. Sejak akhir akhir ni,banyak kematian yang belaku tanpa dijangka.Orang muda ,orang baik, orang jujur ,orang penyayang sudah dipanggil untuk 'balik'.Itulah yang disebut suratan takdir .Semua sudah tersurat sejak azali.Sebagai manusia ,kita cuma perlu meredhakan pada semua ketentuanNya.Tak perlu lagi nak pertikaikan kenapa dan mengapa, sebabnya bila cerita berpusing 360° sekalipun jawapannya tetap akan kembali pada rukun iman ke 6 iaitu qada' dan qadar Allah. Jiwa rasa perit ,sakit,sedih dan terasa kosong atas kehilangan itu semua perasaan yang datang sebentar,lama lama nanti bakal hilang.Yang tinggal cuma kenangan... Maq s...

Mengikhlaskan

Image
  Bismillah, Harini dah masuk 29 Zulkaedah 1446H.Kalau korang ada buat korban haiwan  pada tahun ni, esok hari terakhir potong kuku,rambut ek?Sebabnya hari khamis nanti dah masuk 1 Zulhijjah. Tapi harini maq bukan nak sembang pasal bulan bulan islam tu, tapi nak bukak topik "mengikhlaskan" . Maksud nya apa? Okey maksudnya kita dengan rela hati kena ikhlaskan sesuatu keadaan.Kena berlapang dada pada satu kenyataan yang sukar. Biarpun susah nak buat tapi korang tetap kena jugak hadap.Sampailah pada satu keadaan korang dah terbiasa dengan keadaan macam tu dan pengakhirannya nanti, mengikhlaskan tu bukan lagi kerja yang susah bagi korang lakukan. Contoh? Kita sebagai orangtua terutama emak emak ni kena mengikhlaskan dengan apa juga yang anak anak buat kat kita.Sebagai contohnya, **jangan meroyan kalau anak anak jarang balik  ziarah kita.Anak anak jarang kontak.Jangan kata anak kena queen control lah,kena jadi hamba keluargalah, buang orangtua sendiri la,takda rasa tanggungjaw...

Kesilapan Besar

Image
  Bismillah, Semalam.Awal pagi seorang jiran call. Banyak yang kami sembangkan termasuklah pasal status encik suami yang dah lama tak bekerja. Ayat dia menarik perhatian maq. *Ani untung duit banyak. *Man dah tak kerja ,duit simpanan ada. Maq diam. *Tapi kan Ni, duit tu umpama bukit ,kalau dah hari hari dok cangkul lelama bukit pun boleh rata.Hahahahahahahaha - dia balas kata kata dia dengan gelak besar. Maq masih terkedu.Dah tak tau nak cakap apa.Otak automatik blank.  Dia masih teruskan kata kata dia sampai telinga ni terasa panas.  Katanya dia pun dah bebas hutang tapi untuk belanja harian dia berniaga makanan kecil kecilan.Umurnya dah nak masuk 70 tahun tapi dia terpaksa juga buat kerja untuk nak sara hidup dia dan pasangannya. Sedangkan maq dan encik suami umur pun tak sampai lagi 60 tahun,  dah duduk je berehat rehat dekat rumah. Begitulah lebih kurang kata katanya. Akhirnya maq terpaksa bersuara, "Kami ni kak ,tinggal bil air ,bil api je yang kena bayar tiap b...

Benda Kecil Boleh Menjadi Beban

Image
Bismillah, Sengaja kongsi untuk jadikan panduan kepada kita semua. Kadang kadang benda yang dianggap hal kecil,rupanya menjadi "beban" kepada kita didunia dan diakhirat . Contohnya sampah puntung rokok ini.Nampak je simple.Sampah kecil je kan. Tapi tahu kah korang apa kesannya untuk si pembuang puntung rokok tu untuk jangka masa yang panjang? Meh kita baca dan fahamkan soal jawab dibawah ni.  Sumber : facebook Soalan : ustaz apa hukum jika kita membuang sampah merata sedangkan sudah di sediakan tong sampah?adakah berdosa? Jawapan nya : ia adalah berdosa sebab islam mengajarkan kita tentang kebersihan dan apabila sudah di sediakan kemudahan tapi kita tetap pilih untuk buang merata,sedangkan kekotoran adalah kesukaan iblis dan syaitan! Firman Allah SWT bermaksud:  “Dan apa juga yang menimpa kamu daripada sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (daripada perbuatan yang salah dan berdosa) dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebah...

Jadi Babysitter Semula

Image
Bismillah, Selepas berhenti jaga cucu pada bulan April 2023 ,suasana rumah sangat sunyi. Bisnes pun dah semakin berkurang apataknya ,semua orang dok pakat boikot amway ,hahaha puas lah leader leader beritahu amway bukan produk israel ,masyarakat apa kesah ,boikot tetap boikot!  Maq percaya pada rezeki ,bagi maq , setiap orang ada hak nak buat apa yang mereka suka ,selagi tak langgar hukum islam dan undang undang negara ,ikut suka korangla.Nak cakap apa pun kena berbalik pada rukun iman yang ke 6,percaya pada Qada dan Qadar Allah.Berat apa pun ujian , rezeki kita mustahil akan bertukar dengan rezeki oranglain.Yakin akan itu ! Julai 2023, maq dapat misscall dari nombor yang tidak dikenali.Waktu tu maq sedang mendapatkan pemeriksaan doktor so memang maq tak dapat nak jawablah kan.Ye,maq buat pemeriksaan ujian darah untuk masalah kolestrol tinggi dan darah tinggi (jumpa doktor 6 bulan sekali ) Tak lama lepas tu , aplikasi whatsapp pulak masuk pesanan, rupanya seorang penduduk taman maq...

Orang Marah Selalu Lupa

Image
 Assalamualaikum. Sambil teman baby Aisy tidur , jari ni sibuk nak menaip.Lama tak membebel sebenonya ni. Dalam pergaulan maq dengan masyarakat keliling,lama dah maq perati. Kita ni..haa kitalah, anda & diri maq sendiri selalui melaluinya. Kita ,bila marahkan sesaorang,kita cuma nampak semua buruk dia.Betulkan ? Buruk dari sekecil kecil buruk sampailah sebesar besar buruk dia, kita akan ingat..Padahal ada 1000 kebaikan yang dia dah buat untuk kita ,automatik kita lupa dah semua tu! Nauzubillahiminzaliq. Bila dah teringat semua kesalahan dia dari perasaan nak marah sikit terus la meluap luap api kemarahan tu. Kadang kita rasa macam,eh...aku betul kot,kaulah yang bersalah sebab salah kau itu,itu,itu ,itu dan itu. Dan aku tetap dengan pendirian aku,aku tidak bersalah. hmm jelas sudah terpapar kelemahannya kita disini. Tanpa kita sedari , segala datok nenek keturunan syaiton nirojim dah buat kerja,mereka doklah  mencucuk cucuk kita supaya teruskan api kemarahan tu. Istighfar b...