Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Faraid

Faraid - Masih Ramai Kurang Faham

  sekadar hiasan*** Bismillah, Dalam masyarakat kita ,lama dah maq perati, bila belakunya satu kematian dan si mati meninggalkan sejumlah harta, kebanyakkan ahli keluarga masih kurang ilmu tentang pembahagian harta tersebut.Lebih lagi berkaitan  hukum Faraid. Bincang pasal faraid ini bukan sebab tamak tapi sebagai memenuhi hukum yang telah ditetapkan didalam islam. Kadang tu, macam macam hukum baru yang tetiba muncul dari kalangan mereka ( anak cucu si mati ) sedangkan perihal harta peninggalan ini sudah pun disebut satu persatu dalam al Quran sejak dari zaman Nabi lagi. Dan andaikata anak cucu simati kurang arif dalam bab menguruskan harta peninggalan  ini,adalah disarankan buat lah sedikit rujukan daripada pakar.Pergi saja ke pejabat agama yang berdekatan,ambil sikit ilmu dari mereka.Sebab semua urusan itu memang dalam bidang kerjaya mereka. Video dibawah ini salah satu solusi pada masalah faraid yang mana pada awalnya ahli keluarga dengan rileksnya ' memandai mandai' t...

Cara Mengurus Harta Si Mati

  kata kata nasihat** Bismillah, Harta si mati hendaklah dimanfaatkan mengikut susunan keutamaan ini seperti yang digariskan syarak: 1-Harta yang dipegang sebagai amanah sekalipun diletakkan atas nama si mati, hendaklah dipulangkan kepada yang berhak, dan tidak boleh dimasukkan dalam senarai harta untuk difaraidkan. 2-Harta si mati boleh digunakan untuk menanggung kos pengebumian yang tidak keterlaluan. Sekiranya ada ahli waris yang telah menanggung kos ini terlebih dahulu, bolehlah menuntut kembali dari harta si mati sebagai hutang, sebelum harta-harta tersebut difaraidkan. 3-Hutang-piutang si mati wajib diselesaikan terlebih dahulu. Hutang dengan manusia dan hutang dengan Allah.Oleh yang demikian, sebelum sesuatu harta itu difaraidkan, hendaklah hutang si mati dilangsaikan sepenuhnya. Haram sekiranya mengambil harta si mati sedangkan ahli waris mengetahui ada hutang yang masih tertunggak, melainkan si pemberi hutang secara nyata telah menghalalkannya. Maka selesaikanlah ...

Fail Faraidh Peribadi

  Bismillah, Pernah tak korang terfikir nak buat fail faraidh peribadi macamni? Ini hanya sebagai hiasan Cuba korang tengok contoh yang diberi dibawah ini.Manalah tahu kot korang nak senaraikan harta dan hasil yang sudah diusahakan selama puluhan tahun tu. Atleast dapat juga memudahkan pihak waris bila terjadinya satu satu perkara dikemudian hari nanti.Ini hanyalah antara contoh dan idea untuk menyediakan Fail Faraidh Peribadi. ---------------------------------------- FAIL FARAIDH PERIBADI( ASAS ) 1) Jenis fail ( plastik seperti album ) 2) ▶️Dokumen asal + fotostate       ▶️Dokumen fotostate sahaja ❇️DOKUMEN APA YANG DIPERLUKAN❇️ 1) MAKLUMAT ASAS PERIBADI     a) Nama     b) IC     c) Alamat     d) No Telefon     e) Waris 2) SIJIL KEMATIAN (kosongkan) 3) SENARAI HARTA ❗️Tidak termasuk duit tunai ❗️ 📚HARTA ALIH📚 1) Bank statement ( No akaun + Nama ) 2) Tabung Haji 3) KWSP 4) Socso 5) Barang Kemas 6) Kereta ( Gera...

Bila Kematian Suami,Isteri nak buat apa?

  Assalamualaikum. Terjumpa maklumat ni. Dan demi kebaikan kepada mereka yang berkaitan,maq kongsi dalam blog peribadi milik maq.Semoga beri manfaat. Bila suami meninggal ,pertamanya isteri perlu iddah selama empat bulan 10 hari tanpa apa-apa solekan untuk berhias dan cukup sekadar bersih serta keluar rumah hanya urusan penting sahaja. Seterusnya, isteri perlu selesaikan hutang suami daripada harta peninggalannya dan harus tuntut bahagian harta sepencarian di mahkamah syariah. Hutang itu termasuk hutang dengan manusia dan hutang nya dengan Allah. Seorang isteri juga perlu tunaikan wasiat suami jika ada dibuat sebelum dia mati serta segerakan pembahagian faraid daripada tinggalan harta si mati. Waallahua'lam

Celik Faraid

Assalamualaikum. Tiba tiba negara kita digemparkan lagi dengan isu masyarakat. Harta peninggalan telah jadi bahan bualan warganet. Abaikan masalah keluarga tersebut kerana insyaallah Allah akan bantu mereka nanti.  Kita orang luar hanya layak mendoakan yang baik baik saja untuk mereka. Apa yang maq nak kongsikan kali ini.Dalam kisah yang belaku  beberapa hari ini, ada sedikit ilmu yang kita sama sama boleh pelajari.Tak kesahlah kita ada harta atau tidak untuk ditinggalkan,yang penting ilmu mengenainya kita ada. Sekadar nasihat Sedikit perkongsian dari seorang warganet mengenai Faraid.   Suami meninggal ? Meninggalkan ibu, isteri dan anak lelaki? Ibu dapat 1/6. Isteri dapat 1/8. Anak lelaki dapat baki keseluruhan. Adik-beradik suami terhalang oleh anak lelaki. Walaupun anak lelaki itu bawah umur. Walaupun anak lelaki itu masih kecil.Walaupun anak itu masih janin yang belum dilahirkan.Dia tetap ada hak faraid dia.Isteri pula ada hak untuk uruskan hart...

Hak Pewaris Dan Hak Penama

Assalamualaikum. Terbaca satu tajuk yang menarik di berita harian online semalam. Pada pandangan maq , bagus juga dibuat sistem  Faraid ni.  Selain mengelak dosa ,secara tak langsung penama tahu setiap ahli keluarga tu semasa hidupnya  dan selepas matinya ,mereka tetap ada hak sesama sendiri. Hak sebagai ahli keluarga terdekat ! Janganlah kita abaikan adik beradik kita ,anak anak kita bila hidup kita lebih senang dari mereka. Kerana sesetengah keluarga yang maq sendiri jumpa ,mereka sering anggap adik beradik yang hidup susah itu sebagai satu  bebanan bagi keluarga. Takda fungsi apa apa. Bila mereka ada buat satu satu keputusan pun tiada langsung berbincang atau memaklumkan dengan saudara yang tidak berharta  itu.  Sedangkan mereka itu bersaudara sampai kiamat. Dengan istilah lain, mereka tu darah daging sendiri. Alasannya ? " Ala , dia bukan ada duit , buat apa bincang dengan dia? bukan boleh bantu apa pun.." Bilakah  waktu yang tidak ...

Kisah Barang Kemas

Assalamualaikum Alhamdulillah wasyukurillah. Masih mampu tersenyum dan diberi keizinan untuk berusaha buat sehari lagi dibumi Allah ini. Harini maq nak kongsikan satu lagi ilmu yang maq dapat masa pergi kelas muslimah semalam. Jika sebelum ini maq beranggapan bahawa bila sesaorang isteri itu telah meninggal , barang kemas yang telah menjadi hak miliknya bakal beralih tangan kepada isteri muda. Haa Seram tak ! sehinggakan maq jadi truma nak masuk kedai emas . Hahha ayat tu sering terngiang ngiang dicorong telinga maq. Berbelas tahun dah berlalu tapi maq tetap pegang kata kata tersebut. " haaa Puan puan, belilah barang kemas banyak banyak , nanti mati , isteri muda yang  beruntung " Okey , itu dulu. Semalam bila ustaz beritahu , bila meninggal sahaja seorang isteri , semua hartanya termasuk barang kemasnya adalah hak anak anaknya ! Hak tersebut hendaklah dibahagi dalam kiraan faraid . Okey dah boleh lega hahaha. Dan menurut ustaz lagi , haram jika simati ada anak ...