Jangan Biasakan Ponteng Solat Jumaat
Bismillah, Harini Jumaat.Shawal dah seminggu berlangsung.Kuih raya masih bersusun cantik diatas meja tapi ramai dah mula berkerja mencari nafkah diri demi kelangsungan hidup. "Takpa,raya aidil fitri dekat Johor ni boleh sampai ke raya haji tuan tuan." Inilah antara kata kata ustaz yang beri ceramah di Masjid Al Azim ( masjid ditempat maq tinggal ) Gambar sekadar hiasan* Di khabarkan negara di asia tenggara telah mula merasakan kesan asbab krisis perang US - Iran. Di Bangladesh - negara ini dah muflis minyak. Di Pakistan - pelajar dah mula dicutikan. Dalam seminggu mereka ke sekolah hanya 3/4 hari. Di Filipina - rakyat terpaksa berjalan kaki untuk ke tempat kerja. Di Thailand - banyak stesen minyak sudah tidak beroperasi.Minyak diesel sudah kehabisan. Bagaimana Malaysia ? Dekat sini rakyat nya masih seronok beraya. "Bersalam salaman,bermaaf maafan dihari yang bahagia ini..." Selain ucapan dari PMX suruh rakyat berjimat cermat.Dikhabarkan juga dalam teks khutbah jum...