Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2023

Jalan Jalan Bandar Kluang September 2023

 Bismillah, Kami ni cakap je tinggal di negeri Johor dah lebih 50 tahun ,tapi baru minggu lepas maq berpeluang pergi ke stesen keretapi di Bandar Kluang,Johor. Tak jauh pun dari Batu Pahat,kurang lebih 1jam 20minit je.Itu jarak buat kami yang pertamakali jalan jalan dibandar tersebut.Kalau orang yang dah biasa, mungkin sejam je kot. Stesen sekarang ni sedang dalam perubahan untuk dinaik taraf. Agak uzur stesen yang lama tu.Inshaallah sikit masa lagi siaplah sepenuhnya stesen baharu tu. Agak terkilan sebab sewaktu maq sampai sana, keretapi dah pun berlalu,jadi hanya dapat ambil sedikit je kenangan yang sempat maq rakamkan kat stesen tu. Memula kami melepak di rail coffee.Ngopi kat situ adalah salah satu tarikan utama maq kesana. Apa?hanya untuk kopi sampai ke Kluang rail coffee,jauh giler!Pecinta kopi sanggup lakukan apa saja demi secawan kopi,sis...heeee Dah dapat kopi idaman,muka ada senyum.. Kedai Kluang rail coffee ni tutup pukul 6.00 petang. Apa yang maq nak beritahu,kedainya bersi

2022 Tahun Ujian Kami bertiga

Bismillah, Hampir 3 bulan blog sepi.Idea betul betul kering  beberapa bulan kebelakangan ni.Padahal banyak  aktiviti yang maq buat tapi langsung tak boleh nak menaip untuk maq kongsikan dalam blog. Tajuk entri nampak macam something?Jum teruskan bacaan anda. " 2022 tahun ujian buat kami bertiga" Pada awal tahun 2022 ,semua aktiviti kami berjalan lancar.Encik suami,maqnie & anak  bongsu hanya urus bisnes Amway dan perfume Dcalysta kami seperti biasa.Bisnes berjalan lancar ,tiap bulan ada je sale masuk,biar pun tak sekencang otai otai berbisnes tapi maq tetap rasa syukur.Biarpun nampak macam tak buat apa apa tapi sebenarnya kami bekerja. Bermula pada pertengahan bulan May 2022 Kami bertiga yang tiada pengalaman ,tetiba diberi amanah menjaga ibu mertua yang katanya tak boleh nak bangun dan berjalan. Kalau sebelum ini beliau boleh je bergerak kesana sini walaupun hanya dengan bertongkat , tetiba terus tak mampu nak buat apa apa. Nak bangunkan badan pun tak kuat,lesu.Bila anak